Tuesday, September 06, 2011

Alfatehah buat Yusof Sahri dan Yussof Man

Dua orang saudara saya, seorang di Segamat, Johor, dan seorang lagi di Kuala Terengganu, Terengganu, pulang ke rahmatullah petang semalam.

Pertama adalah Yusuf bin Haji Sahri, abang sepupu saya yang meninggal dunia di Felda Pemanis, Segamat, Johor, akibat serangan stroke. Jenazah Allahyarham dikebumikan di kawasan Felda yang sama selepas Asar petang semalam.

Kedua adalah Haji Mohd Yussof bin Man, suami kepada kakak saudara saya Hajah Khadijah Mohd Salleh @ Long Jah yang kini menetap di Seberang Takir, Kuala Terengganu. Allahyarham meninggalkan dunia akibat serangan pneumonia.

Allahyarham Haji Mohd Yussof, berasal dari Permatang Pauh, Pulau Pinang, adalah bekas pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak dan kemudiannya di Maktab Perguruan Kuala Terengganu. Jenazah Allahyarham di kebumikan di tanah perkuburan Bukit Rakit, Kuala Terengganu, juga selepas Asar petang semalam.

Saya sekeluarga mengucapkan takziah kepada keluarga kedua-dua Allahyarham. Moga-moga roh Allahyarham Yusuf dan Allahyarham Mohd Yussof tergolongan di kalangan orang yang soleh dan sentiasa dicucuri rahmat Allah AWT jua. Alfatehah!!!!!

No comments: