Friday, April 10, 2009

USAH ULANGI CITRA LAMA

Sekali air bah sekali pasir berubah. Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sudah pun mengumumkan kabinetnya. Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Timbalannya. Para menteri dalam kabinet Najib juga ramai muka-muka baru. Wajah-wajah yang mencerminkan kepimpinan lama dimansuhkan bayangnya.

Bagaimanapun kenyataan di bawah ini wajar dihalusi erti dan maksudnya supaya tidak terulang gelagat dan citra lama. Eloklah jika Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang baru mahu membantu Najib dalam apa jua kapisiti. Tetapi waspada, jangan sokong membawa rebah dan padah. – Ruhanie Ahmad

Khairy sedia bantu PM

MELAKA 9 April - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sedia membantu Perdana Menteri walaupun tidak terpilih menganggotai barisan Kabinet yang diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, jawatan dalam Kabinet tidak penting baginya apatah lagi dengan tanggungjawab beratnya sebagai ketua pergerakan tersebut.

"Sebagai Ketua Pemuda UMNO, saya sedia membantu Perdana Menteri sama ada dalam atau luar kerajaan dan saya rasa jawatan (Kabinet) itu tidak penting," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0410&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

17 comments:

mie said...

takut nti pisang berbuah dua kali..

Al-Yasar said...

Sepatutnya jika Najib tidak mahu melantik KJ untuk memegang jawatan menteri atau timbalan menteri, anak Tun Mahathir,Mukhriz juga tidak patut dilantik. Barulah adil. Lagipun Mukhriz di letak di Kementerian di mana keluarga Mahathir banyak kepentingan. Adakah ada tujuan tertentu?

PARPUKARI said...

SAYA SETUJU DENGAN DATO RON!

SEKARANG MASA KITA BEKERJA DAN JANGAN CAKAP JE NAK BERUBAH TAPI MESTI KENA UBAH, TAK UBAH NANTI KENA UBAH, SAPA YANG SUSAH?

HE HE HE

Jiwa Merdeka said...

Sebahagian anggota kabinet ialah orang yang telah ditolak oleh rakyat (kalah dalam pilihan raya). Sebahagian yang lain terdiri daripada orang yang ditolak oleh parti(kalah dalam pertandingan dalam perhimpunan UMNO). Ada juga orang yang masuk mengikut pintu belakang (sebagai senator).

Saya tidak tahu bagaimana secara tiba-tiba barisan kabinet seperti ini diberi jolokan "kabinet rakyat"?

Adakah mereka mempunyai ciri-ciri penting yang melayakkan mereka diberi jolokan seperti itu?

Kalau tak ada, ini sama dengan mengabui mata rakyat.

pakbelalang said...

Saya cadangkan supaya KJ pergi kekampong-kampong berjumpa dengan budak-budak kampong kumpulkan mereka buat pasukan bola sepak Mykampong team. Bagi mereka bola,jersey dan boots sekali. Lepas tu adakan perlawanan bola sepak antara kampong dianjurkan oleh UMNO Bahagian.

Peranan Pemuda UMNO mesti mesra dengan budak-budak kampong dan begitu juga dengan budak-budak bandar yang berada dikawasan perumahan kos rendah.

Pemuda UMNO mesti galakan bermacam-macam aktiviti sosial dan sukan yang sihat.

Kalau ahli-ahli exco UMNO sibuk nak buat business sahaja untuk kepentingan diri mereka tanpa ambil tahu tentang pemuda-pemuda kampong dan juga bandar maka akhirnya mereka akan berjauhan dengan UMNO dan berjinak dengan parti lawan seperti PAS dan PKR.

Budak-budak kampong simple orangnya dan pemimpin Pemuda UMNO pun mesti berperangai simple juga. Jangan pulak pergi melawat kekampong nak melaram dengan kereta mewah, pakai gelang atau rantai dileher.

Udo Majau said...

Datuk, Saya rasa ragu dgn segala sokongan yg dinyatakan oleh Khairi ni, kalau kita pandang dan ambil kira ttg cita cita beliau yg mahu jadi PM termuda,saya DSN patut berhati hati dgn mamat ni.

Skrg ni dia memegang jawatan yg agak penting dlm hiraki parti, nanti dia gunakan jawatan yg ada ni utk mengumpulkan kekuatan utk menentang DSN. Pada pandangan saya dia ni boleh lebih jahat dari Anwar Ibrahim, jadi saya harap Datuk pun war war kanlah kebimbangan ini kpd kawan kawan Datuk utk memantau budak Khairi ni.

Sekian.Wasalam.

Seladang said...

Dato Ron yang dihurmati!

Siapa yang menjual pasir ke Singapura dari Johor untuk Singapura menambak pantai?

Siapa yang ampunya angkara hingga Pulau Batu Putih terserah ke Singapura?

Selamat lagi mereka ya!

Khairy nak cakap apa lagi? Itulah cara orang politik yang keciwa bercakap!

Tunggu nak golong tikar saja lagi!

pakbelalang said...

It is rather interesting to note that Ministers' performance are being assessed through KPI.

In my case, practically every year I had to face my boss to assess my work performance for the purpose to determine my salary increment and bonus for the year.

I was given a set of KPI form to assess my own performance and my boss had the same KPI form to assess my performance. So we discussed openly about my performance. Every question is performance related and the grading is from 1 to 10.

As usual normally, I would always put my grading higher than my boss grading of my performance and I had to argue my case why I put my grading higher. Finally, we settled at certain figure and both of us have to sign my KPI form to be submitted to HR Dept.

So I think the system that is going to be applied to Ministers should be more or less the same as in the corporate sector, which I think if properly executed would be very transparent and effective.

Secondly, I would like to suggest that the KPI blank form for Ministers should be posted on line through internet and let the rakyat to participate in assessing the Ministers performance. That would be very "lively" and the rakyat would feel that they also have their role to assess the performance of the Ministers.

What do you think, Dato' ?

pakbelalang said...

KJ kena ada KPI juga !!

pakbelalang said...

People Come First In My Cabinet Selection, Says Najib

From Yong Soo Heong and Arul Rajoo

PATTAYA, April 10 (Bernama) -- Datuk Seri Najib Razak says his choice of his new Cabinet line-up may not be able to satisfy everyone as the most important consideration was the people's well-being.

He said the people must feel happy with the Cabinet.

"It's impossible to satisfy everyone. I seek to satisfy the public first of all," he said when asked about dissatisfaction among some Umno members, including those who won in the recent party elections.

comment:

Yes, agreed. It is just impossible to satify everybody especially when you have to identify who are the cleanest among them all. It is not that easy especially when your UMNO party is "infested" with corrupted people around you. You have limited choice but to select a few remnant of those who are seen to be clean. Even that according to Tun M a few manage to slip in.

burungjantan said...

Dato'
Bekas Menteri Penerangan memang pandai cakap, sebab dia sudah terpilih dalam kepimpinan negara sebagai menteri belia dan sukan.

Dia gunakan anologi pengurusan negara ini macam pasukan bola sepak. Namun dalam saf kepimpinan kerajaan dapat dilihat tidak sama.

Apa yang waras ditimbang ialah dalam situasi nak ambil hati, sebagai bapa kepada anak-anak, biarlah sama rata, nampakkan keadilan, jangan tunjukkan pilih kasih.

Bagaimana perasaan anak yang berjaya, tiba-tiba yang kalah diberi peranan, tetapi yang menang dipinggirkan.

Bagi si anak itu mungkin boleh terima, sebab yang buat keputusan adalah seorang bapa, maka terimalah aje, tetapi bagaimana hati jiran-jiran, bagaimana hati teman-teman?

Anggapan orang luar kepada si bapa ialah bapa mungkin sudah singet, tidak betul, dan dipengaruhi pihak emak tiri.

Mungkin YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan mendapat simpati yang bertambah-tambah, apatah lagi apabila Tun Dr mahathir tidak sudah-sudah nak peleceh, dan membodoh.

Tun Dr Mahathir, jarang insaf kepada akibat perbutan itu, namun adakah perkataa insaf dalam kamus politik?

Dalam saf kepimpinan negara, anak bangsawan diberi peranan berlebihan, dan melampau, tetapi wakil akar umbi dilayani seperti anak tiri. Hanya mungkin Jamil Khir dari tentera, yang diletakkan sebagai mesin top up.

Jamil khir ditarik dalam politik seperti juga yang dilakukan ke atas Dr. Hamid Othman, Dr Yusof Nor, Genderal Abdul Hamid Zainah Abidin, dan Dr Abdullah Mat Zain.

Memang sukar untuk memuaskan semua orang, tetapi puaskah hati si bapa apabila melihat lahirnya beberapa hang jebat seperti dalam cerita Hang Tuah.

Si Hang Tuah tidak apa-apa tetapi Hang Jebat pula yang berang dan membela, di situasi itu Hang Jebat sudah terlewat untuk diberi nasihat.

Akhirnya Hang Jebat mati dalam tangan Hang Tuah sendiri. Namum mampukah Hang Tuah menerima hakikat kematian Hang Jebat sedemikian rupa?

Menteri boleh kata kononnya sebagai pemain simpanan, namun dalam perjuangan kalah mati, sesuaikah ia diletakkan dalam simpanan.

Sebagai menteri sukan dan belia, meletakkan simpanan cara begini kita tidak akan menang apa-apa juara. Negara tidak akan menang apa-apa, kecuali takdir mengatakan sebaliknya.

pakbelalang said...

Baru beberapa hari jadi First Lady, Rosmah telah diberi tahniah kerana di gelar "FIRST LADY OF CHARITY" oleh Berjaya Group of Companies. Full page coloured advert in the Sun paper. Handal!

Apa gelaran-gelaran lagi yang Rosmah akan dianugerahkan pada masa terdekat ini?

Hopefully, Rosmah is not carried away!!

Kalau banyak Rosmah dapat anugerah tentunya KPInya sebagai First Lady mesti excellent !!

Saya nak cadangkan next gelaran, Rosmah dianugerah dengan gelaran First Lady of .........? Nantilah saya fikirkan. Belum dapat ilham lagi !!

Apa "message" atau "signal" disebalik Berjaya Group mengiklankan ruang muka penuh berwarna message tahniah berserta dengan gambar Rosmah yang cun (mungkin ada buat facelift ke)?

Ada udang disebalik batu ke? Kena tanya Vincent?

Juraimi Zainal said...

Salam,

1) Pada sy senarai kabinet tu adalah 'biasa2' saje..
-Najib tak byk pilihan
-Still conservatif approach dlm pemilihan..(tak seberani arwah ayah yg berani bubar perikatan & ganti BN)
-persepsi rakyat, pemilihan masih dibayangi Mahathir.
-Ramai muka2 yg kalah dilantik.

2) Sy masih tak jelas macamana KPI tu akan dikira?
- Berapa byk projek siap ker?
- Indek keyakinan rakyat utk setiap kementerian ker?
- cam mana weightage task dikira?
-setiap kementerian ada % ker nanti dia punya KPI?
(kalau sy mesti nak tahu cara KPI tu kira)

3) Banyak perkara yg belum pulih w/pun selepas 1 tahun PRU1 berlalu seterusnya jd cabaran.
-KJ still liabliti dlm UMNO & rakyat, ada kata persepsi.
-Sy nak tgk adakah JKKKP akan dimansuhkan? Kalau tak dimansuhkan alamat la Kerajaan tak dgr suara majoriti rakyat di negeri PR.
-Sy nak tgk cara media perdana (Utusan,BH, TV3 & RTM) membuat laporan.. Kalau masih tak sedar2 7 tak telus., sy confirm media ni akan jd salah satu penyumbang kekalahan BN di PRU13.
-Nak tgk pengagihan bantuan kpd negeri2 PR.. Kalau masih style lama.. alamat la jd isu PRU13 nnti..
-Rakyat sedang memerhati hati gelagat SPR, SPRM, Polis dalam keterlibatan mereka dgn kerajaan..
-MAMPUKAH MEREKA MENANGANI RASUAH DALAM UMNO SETELAH MENJADI DARAH DAGING.


anyway good luck

wira said...

Datuk Ron,

Syabas saya ucapkan kepada YAB Tan Sri Muhyiddin kerana jawatan DPM. Alhamdulillah saya berasa syukur dengan ucapan beliau yang menyatakan tanggungjawab ini adalah satu amanah bukan satu keistimewaan.

Kalau boleh semua pemimpin pemimpin sedar jawatan ketua yang dipilih melalui undi adalah satu tanggungjawab dan amanah perlu menentukan mereka ini dapat menjalankan amanah ini. Jika mereka sedar bahawa mereka tidak dapat menjalankan baik mereka berundur kerana kegagalan mereka mengakibatkan perasaan kecewa oleh rakyat dan pengundi.

dan kajang said...

As'kum Dato',

1. Saya kira tindakan PM DS Najib tidak melantik KJ dalam barisan Kabinetnya adalah tepat.Beliau akan cari penyakit dan jerot diri sendiri jika dia lantik juga.

2. Tapi sekarang KJ yang merupakan liabiliti pada Umno dan DS Najib masih berkuasa.Cara KJ memenangi jawatan Ketua Pemuda itu pun adalah cara demokrasi terpimpin.Waluapun "bersalah tapi masih boleh bertanding" dan seterusnya dengan kuasa "ghaib"nya telah menang jawatan penting itu .Walaupun KJ kata dia menghormati keputusan PM tidak melantiknya dalam Kabinet,tapi saya tidak yakin beliau akan berdiam diri.Sudah pasti beliau terasa maruahnya tercabar.Beliau pasti akan mengugat kedudukan DS Najib.Walau pun sukar,tapi saya pasti beliau akan mengguna pengaruh Pemuda untuk mendesak PM melantiknya.

3. Jika desakan ini berlaku maka kedudukan DS Najib akan tergugat dan tercabar.Jadi eloklah DS Najib bertindak sekarang untuk memperbetulkan kedudukannya supaya lebih selamat sebelum KJ dapat mempengaruhi fikiran keseluruhan Pemuda untuk berdiri dibelakangnya.

4. Saya tidak fikir susah bagi DS Najib untuk berbuat demikian.Beliau hanya perlu membenarkan SPRM membuka kes KJ yang didapati bersalah oleh Umno.Kalau dah Umno mendapati beliau bersalah, takkanlah SPRM pula nak kata sebaliknya.Biarlah undang2 menentukan nasibnya.

SKKB said...

kabinet dato najib adalah pelbagai. ada yg ditolak oleh rakyat tetapi diterima oleh parti, ada yg diterima oleh rakyat tetapi ditolak oleh parti dan ada yg bukan dari dua situasi tersebut. tetapi bagi saya, yang penting adalah rakyat demi kelangsungan kuasa dan UMNO pada masa depan.

wa ya sin said...

Datok Ron, Apakhabar semua, General Baru dah di lantik. Apakah yang akan baru saya pun tak boleh ramal. Cuma satu jangan setiap PIEM ada slogannya - belum siap dah bertukar. Modal Insan, Terbilang, Gemilang, Cemerlang, BCA CMT dsbnya. Itu semua trend lapok. Tak payah lah slogan2 ni yang penting buat dasar untukan Rakyat dan Negara. Cukuplah. Tapi Sy ingat pemimpin Melayu dah hilang sengat, tak ada aura dah asyik sibuk dengan anak beranak dan $$. See lah bagi peluang mereka BUKTIKAN .. bagi sokongan jangan dok asyik KUTUK saja. Sekian