Sunday, April 05, 2009

SELEPAS TEORI RAHMAN TEORI HAMKA?

Warga siasah Malaysia mempunyai satu teori (baca: sistem meramal giliran) yang unik mengenai siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri di negara ini selama enam generasi mulai 1957. Sistem meramal giliran ini dikenali sebagai TEORI RAHMAN.

Teori ini bukannya teori dalam ertikata ilmiah yang sebenar-benar. Ia sekadar satu singkatan abjad kepada nama lazim Perdana Menteri Malaysia mulai dengan Tunku Abdul Rahman Putera, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan akhir sekali perkataan (N) yang baru saja dipenuhi oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.

Saya diperkenalkan kepada teori ini oleh sekumpulan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di era Datuk Harun Idris pada tahun 1973. Bagaimanapun, tiada sesiapa mengetahui siapakah insan pertama yang mencipta teori berkenaan.

Mengikut pendukung teori ini, bakal-bakal PM Malaysia selama enam generasi mulai 1957, adalah dari kalangan mereka yang pangkal namanya terangkum dalam abjad perkataan RAHMAN.

Teori ini pernah menjadi polemik hangat di era Mahathir bila Tun Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri. Kata pendukung teori, Musa tidak akan menjadi PM kerana abjad pangkal namanya tidak menepati huruf A selepas M yang diisi oleh Mahathir.

Bila Musa meletakkan jawatan dan Tun Abdul Ghaffar Baba mengisi kekosongannya, para pendukung teori ini mengatakan Ghaffar mungkin menjadi PM sesudah Mahathir. Bagaimanapun proses politik menggantikan Ghaffar dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Oleh kerana abdaj di pangkal nama itu adalah A, maka pendukung teori itu yakin Anwar akan menjadi PM selepas Mahathir.

Hajat Anwar tidak kesampaian. Proses politik meminggirkan beliau daripada teori RAHMAN. Tetapi, Abdullah pula yang mengisi abjad A dalam teori RAHMAN.

Abjad terakhir N dalam teori RAHMAN ini dipenuhi oleh Najib semalam. Ini bermakna tamatlah curcuit teori RAHMAN ini. Dengan itu, mungkin muncul pihak yang akan mengemukakan teori-teori lain bagi meramalkan siapakah PM Malaysia di masa akan datang? Mungkinkah muncul teori HAMKA – H=Hishamuddin. A=Ahmad Zahid Hamidi. M=Mukhiz. K=Khairy. A=????? – Ruhanie Ahmad

69 comments:

sri tribuana said...

yang K tu kalau jadi hancus Malaysia. Sekarang pun dh porak-poranda angkara dia

pakbelalang said...

Dato',

Nak tahu A sapa?

AKU lah !

kah,kah,kah !!

Hasbullah Pit said...

H = errr nama saya H

Fadli Halim said...

Saya rasa dengan lengkapnya teori RAHMAN bererti tamatlah era PM dari UMNO.

Najib PM terakhir dari UMNO.

Selepas Najib, UMNO akan jadi pembangkang sebab masih mahu mengamalkan politik cara lama dan masih rasuah.

azienmat said...

Selepas 'Teori RAHMAN' sudah tentu datang 'Teori MAHATHIR'.
Ini kerana 2 nama inilah yang mencorakkan nama Malaysia semenjak ia merdeka. Mereka inilah paling banyak berjasa kepada negara dan Perdana Menteri Malaysia yang paling terkenal diluar negara.
Walaupun mereka banyak kontraversi namun pemerintahan mereka hasilnya dapat dilihat nyata di mana-mana dan dinikmati bersama.
Tokoh besar ini pernah bergaduh politik dan padanlah namanya cukup panas dan ganas sesuai dilekatkan sebagai gimik, teori, andaian atau ramalan sesuai dengan hukum & sifat politik itu sendiri.
Hamka itu siapa? Teori Pak Hamka..
'Teori Razak' pun kira ok lah jugak.

BabaKaisah said...

HAMKA? mcm pelik jer..

R.A.Z.A.K ok lah juga..

R-Rais Yatim

A-Ahmad Zahid Hamidi

Z-Zulhasnan Rafique.

A-Ahmad Husni Hanadzlah

K-Khairy Jamaluddin.



lepas ni baru teori HUSSEIN

Unggal said...

Salam Dato'.
Anak Jawe tumpang lalu.

Lebih sedikit setengah abad, Malaysia merdeka, namun masih lagi kita mengamalkan konsep 'syirik' kerana ianya adalah haram dalam Islam. Dalam konteks ini, cendiakawan UMNO masih lagi suka membuat teori ramalan - andai ramalan itu tidak menepati, tarikh, nombor bilangan atau apa jua konsep ramalan, maka ianya ditolak. Macam kata orang jawe, masih lagi percaya dengan konsep 'penasaran', konsep 'keliwon' dan konsep 'paing', yang berunsurkan budaya hinduisma.

Tapi, it's ok now, UMNO kini telah menghalalkan segala bentuk ramalan dan perbuatan syirik demi untuk mendapatkan segala yang dihajatkan.

zeme said...

Salam Datuk,

Teori HAMKA? Mungkin juga. Tetapi sekiranya selepas PRU-13, kerajaan pimpinan sekarang bertukar tangan kepada pembangkang apakah pangkal H itu merujuk kepada H-Hadi? Segalanya mungkin.

Selepas teori RAHMAN, hati saya juga terdetik apakah teori RAZAK (Perdana Menteri Ke-2) pula akan menjadi aras tanda kepada pimpinan negara. Mungkinkah RAZAK merujuk kepada R-Razaleigh Hamzah, A-Ali Rustam, Z-Zahid Hamidi, A-Ahmad Shabery dan K-Khairy Jamaluddin?

Kepada Allah kita berserah untuk kesejahteraan negara Malaysia.

kudakepang said...

Bro Unggal

Jutaan maaf. Posting ni suka-suka je nak lepaskan bengang studi. Hari tu Niman ada di KL. Saya janji nak jumpa tapi time was very unkind to me bcoz lecture pagi ditukar ke petang. Anyway bro. good luck and salam takzim. RON

ReMyZiEy said...

teori RAHMAN adalah teori yang dangkal. Untuk PM yang pertama saya masih boleh diterima apabila huruf pertama pada nama keduanya diambil iaitu 'R'ahman. Namun bagi PM kedua kenapa huruf pada perkataan 'A'bdul yang diambil dan bukan 'R' pada Razak? Hussein dan Mahathir tidak mempunyai masalah namun apabila sampai kepada Najib perkataan Abdul sudah dipinggirkan? sekiranya konsisten teori sebenarnya ialah RRHMN.... sila rujuk tulisan dalam malaysia today

imah said...

Saya fikir Najib bukan PM terakhir dari Umno.

Saya fikir selepas Najib, PM seterusnya dari Sabah jika ditakdirkan berlaku sesuatu keatas Timb Presiden Umno masa ini.

Masa untuk warga Sabah jadi PM hampir tiba. Malah jikalah pemimpin Sarawak lebih bijak dan waras, mereka membawa masuk Umno ke Sarawak sudah pasti bilangan perwakilan Sabah dan Sarawak akan lebih seimbang dengan perwakilan di semenanjung dan selaras dengan itu kemunginan besar calon yang mendapat sokongan Sabah dan Sarawak mampu dengan mudah menjadi Presiden Umno.

Kenyataan ini telah pun dapat kita lihat hasil PRU 12 lalu dimana BN hanya bergantung kepada kerusi Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan kerajaan.

Diharap pemimpin politik di Sarawak selepas Taib Mahmud dapat membuka sedikit minda mereka kearah politik nasional.

Apa komen Datuk?

AJ said...

salam Dato',
Saya rasa teori RAHMAN dah tak betul sebabnya org ambik huruf tu ikut sedap je..kenapa Abdul Rahman org ambik R, tapi Abdul Razak ambik A ie bukan R. H betul utk Hussein, M betul utk Mahathir, A betul utk Abdullah, tapi bila Mohd Najib ambik N plak..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

suka-suka la Datuk.

M- Muhyiddin
A- Ahmad Zahid Hamidi
H- Hishamuddin
A-
T-
H-
I-
R-

Yang lain-lain tu tak nampak bintangnya lagi. Muhyiddin sekarang berumur 61 tahun. Najib baru 56 tahun. Sempat ke Muhyiddin jadi PM? Kepada Allah berserah!

wira said...

Datuk Ron, saya sependapat dengan sahabat blog yang menyatakan selepas RAHMAN ini maka berakhirlah rejim ini kerana persekitaran kita sudah berubah dan politik wang berleluasa dan 'anti-establishment' sudah menerap menjadi sebahagian penghidupan generasi baru walaupun mereka ini dibesarkan dan disekolahkan didalam suasana yang dibinakan oleh Umno.

Satu pendekatan baru atau anjakan paradigma yang ketara seperti menjadi lebih beriman dan jauhi isu isu mungkar dan jadikan hari jumaat sebagai cuti hujung minggu adalah sebahagian dari elemen anjakan paradigma yang mungkin dapat mengekalkan kesinambungan.

Dulu kalau kerajaan negeri atau kawasan parlimen itu dikuasai bukan barisan maka aktiviti kerajaan tidak sampai dikawasan tersebut.

Kini kerajaan barisan tidak dapat berbuat apa-apa kerana walaupun kerajaan negeri telah jatuh ditangan pembangkang kerajaan pusat masih lagi peduli dengan berbagai bagai projek seperti di Pulau Pinang dan di Selangor serta di Bandaraya KL.

Inilah yang saya maksudkan sebagai 'anti-establishment' - tidak sokong tapi ambil apa-apa pemberian yang ditabur. Ini adalah perbuatan tidak beriman dan tidak bersyukur.

dd said...

Imah,
harap anda berhati2 bila cakap pasal Sarawak.Awak siapa yang cuba mempersoalkan kebijakan pemimpin politik Sarawak?!

dd said...

Imah,
harap anda berhati2 bila cakap pasal Sarawak.Awak siapa yang cuba mempersoalkan kebijakan pemimpin politik Sarawak?!

Anonymous said...

Datuk,apa2 saja teori boleh diramalkan sekarang selepas RAHMAN. cuma saya tak berapa nak setuju sekiranya Hishamuddin masuk dalam list bakal PM sebab beliau tidak ada 'kekuatan', apologis dan agak 'tangkap leleh'.peristiwa seperti aksi menjunjung keris kemudian memohon maaf serta mudah menangis menyebabkan beliau dirasakan tidak mampu menjaga negara Malaysia yang tercinta ini. saya amat bersetuju sekiranya Khairy sebab beliau lebih agresif,pintar, berdaya saing dan mempunyai ciri2 spt Dr. Mahathir semasa muda. cuma khairy gelojoh sedikit di awal kemunculannya, biasanya anak muda.

pakbelalang said...

I would like to suggest to Najib and Mahyuddin to include in their working schedules to visit all the Pejabat Daerah and get briefing from the DOs on the current status of every district development projects. This will help them to get the real situation what is happening on the ground. I remember Tun Razak did that when he was the Deputy Prime Minister to monitor the progress of rural development. My father was a penghulu during that period and when Tun Razak dropped by to visit Pejabat Daerah the DO called all the penghulu kampong to meet Tun Razak. I remember how excited my father was to be able to meet Tun Razak and listened to the briefing given by the DO and dapat berbual dengan Tun Razak untuk mengadu hal dikampong masing-masing.

Secondly, I think there should be a budget to upgrade all the Balai Raya. I would suggest that the government build a multi-purpose hall as big as Dewan Sekolah in every Mukim and provide with all the facilities like ATM machine, counters to pay utilities, zakat and cukai tanah, badminton court, sepak takraw court, football field, basketball court etc.

The community hall or Balai Raya could be utilised "fully" for social activity programmes in the Mukim. For example, the hall can be used for belajar agama untuk orang dewasa once a week (bukan ceramah agama), buat majlis kahwin,belajar silat, senaman, belajar main kompang,belajar masak-memasak,belajar bermacam tarian seperti kuda kepang termasuk lion dance, klas tuition, belajar main music ghazal , adakan kumpulan nasyid dll.

Disamping itu digalakkan penduduk kampong adakan berbagai persatuan sosial seperti marhaban, team bola sepak, team takraw dll.

Macam-macam boleh buat kalau kita nak "berubah" dan mesra rakyat. I think this is the most effective way to be close to the rakyat.

There must be active participation for the kampong folks to interact among themselves especially the youngsters supaya mereka tidak berkeliaran di simpang jalan atau di tembok jalan atau di kedai kopi tanpa membuat sesuatu yang berfaedah.

All these activities must NOT have any political inclination towards any party. The objective is strictly for the well being of the community.

pakbelalang said...

Rais Expects Clean Cabinet Lineup




KUALA LUMPUR, April 5 (Bernama) -- Foreign Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim today said Datuk Seri Najib Tun Razak is free to determine his Cabinet lineup and will surely choose those with clean records.


comment:

Of course, that goes without saying. We expect the best candidates to be in the Cabinet line-up nothing less. Candidates with wisdom and integrity of the first order.

We want polished technocrats to run the government, not the haprak, HP6and dah bodoh stupid type of candidates who talk "cock".

pakbelalang said...

'Give Me A Chance And Evaluate My Leadership Positively,' Says Najib




KUALA LUMPUR, April 5 (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak wants Malaysians to be positive and have an open mind in evaluating him and to give him a chance in demonstrating his leadership.


comment:

Najib's first test of his leadership quality is how he selects his Cabinet line-up.

From his selection we could easily analyse his wisdom and which direction he wants to move the country forward. We could assess his inclination towards which sector he is going to focus most

pakbelalang said...

Ministry Offers 128,295 Places For IPT Students




JOHOR BAHARU, April 5 (Bernama) -- This year 128,295 places would be offered to students for pursuing their higher education at public institutions, polytechnic and community colleges starting July, said Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

He said his ministry had received 400,996 applications for degree, diploma, polytechnic and community college certificates from students throughout the country.

"From the 128,295 places offered, 40,559 are for those with Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) and matriculation while 28,000 are for Sijil Pelajaran Malaysia holders.


comment:

So Khaled, what is your alternative plan for those applicants who miss the boat to further their studies? Almost 70% will be "mengangur". It is mind boggling indeed. Kemana nak di "campakkan" muda mudi ini? Ini bermakna 272,701 keluarga "pening kepala" bagaimana nak uruskan perjalanan hidup anak mereka yang tentunya akan melepak di rumah tanpa buat apa-apa pun. Dah lah keadaan ekonomi merudum dan hasil pendapatan tidak menentu, macam manalah keluarga ini akan menghadapinya.

Apa yang dapat kerajaan tolong? Mungkin ada yang dapat berkerja dengan kerajaan tapi berapa ramai yang boleh ditampong?

Ini adalah satu masaalah besar kepada kerajaan dan jika tidak dapat ditangani dengan berkesan maka akan timbullah masaalah sosial yang buruk akan menimpa.

pakbelalang said...

Salah tu Dato'. Lepas teori RAHMAN bukan Teori HAMKA tapi teori HANTU !!

H : Hadi (PAS)
A : Anwar (PKR)
N : Nadarajan (PKR)
T : Tian Hwa (PKR)
U : UTHAYAKUMAR (Hindraf)

Semua akan di lantik Perdana Menteri pada 16 hb. Sept 20...?

Hari Keramat bagi PKR.
Hari dan bulan HANTU KOPEK bagi pengikut PKR ...kah,kah,kah

princemafia said...

assalamualaikum Dato'

saya ada terdengar satu teori baru sambungan kepada RAHMAn iaitu AL-HAJ (sambungan kepada rahman putra al haj) iaitu

A-Anwar
L-Lim Kit Siang / Lim Guan Eng
H- Hadi
A.....
J.....

ni cuma cakap2 lepas letih berkempen la...mana tahu kan?

The Eugenist said...

Tok,

Saya akan mati beragan kalau teori HAMKA ni jadi kenyataan..

Tapi saya ramal mungkin teori MAHATHIR..

M - Muhyiddin
A - Abdul Zahid Hamidi
H - Hishamuddin
A - ?
T - ?
H - ?
I - ?
R - ?

pakbelalang said...

Khir Toyo denies wrongdoing in going for Disneyland tour
By : V. Shankar Ganesh

KLANG, Thurs:

Former Selangor menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, alleged to have spent millions belonging to state subsidiaries on holidays for his family, has denied any wrongdoing. He accused the committee set up by the state assembly to probe the financial dealings of the former Selangor Elected Representatives Wives Welfare Association (Balkis) of revealing “half truths” and trying to cover up for his successor’s problems.

“The technical visits cost is much larger than the cows and car issue but I followed the rules while he (Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim) did not.”

Dr Khir was referring to “technical visits” to Disneyland Paris and Disneyworld Florida, which cost state subsidiary Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) RM1.7 million. The Select Committee on Competence, Accountability and Transparency (Selcat) hearing heard that Dr Khir was accompanied by his wife, three children and officials.

comment:

Without the slightest shadow of doubt, I think practically all those previous Menteri Besars of Selangor were "jinx". Make no mistake about it.

This "technical visits" were just an excuse. It doesn't make sense.

I think Khir Toyo must be the second person whom Tun M regretted appointing him as Mentri Besar of Selangor.

Unknown said...

dato',

sebenarnya teori RAHMAN yang lengkap ialah:

"ARRAHMAN ARRAHIM"

maka sekarang ARRAHMAN itu sudah sempurna maka yang tinggal adalah ARRAHIM.

Mengapa ARRAHMAN ARRAHIM? Antaranya kerana bumi ini (tanah melayu) telah dirahmati dan sentiasa berada dibawah jagaan ALLAH YaNG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENGASIH, wallahualam.

Untuk ARRAHMAN pecahan nya adalah:

AR - Ab Rahman (tengku)
RA - RAzak
H - Hussein (Onn)
M - Mahathir
A - Abdullah
N - Najib

manakala untuk ARRAHIM, allahualam...

johnlabu said...

salam datuk....

sebenarnya tidak ada teori-teori siapa pemimpin negara.. kalau percaya ni sama lah percaya dengan benda khurafat. sebabnya, amat jelas...
PM1 - Abdul Rahman
PM2 - Abdul Razak
PM3 - Hussien
PM4 - Mahathir
PM5 - Abdullah
PM6 - Mohd Najib

yang ada hanya AAHMAM, tak kan nak buang Abdul dan Mohd tu pulak. Jadi kesimpulannya... tak payahlah datuk sebar-sebarkan perkara tak betul ni....

sekian banyak tulisan datuk yang saya ikut, rasanya... inilah posting terburuk yang datuk buat...

Cucu Tok Selampit said...

Dato',

Diharap saya dapat menemui Nya terlebih dahulu sebelum Khairy menjadi PM!

cekodokmasin said...

Salam dato'
Teori HAMKA? Hancur lebur le.... terutama H dan K tu...
Cuba guna teori MAS
Muhyidin
Ahmad Zahid
Syed Hood..
Muahahahahaha.. Lawak saja Dato'
Lama tak balik kawasan...?

Mika Angel-0 said...

lepas najib negara ini di perintah militair, mas.

mahu 'betting'?
nyawa pun tak pa - ruh pun lagi bagus

wartawanutara said...

nih, takut Hamka tu jadi macam ni saja;
H - HADI
A -
M -
K -
A -

hahaha

Feriz Omar said...

"BERAKHIRNYA SATU TUGAS, BERMULANYA SEBUAH PERJUANGAN" rencana Feriz Omar yang ke-6 setiap Selasa dalam Utusan Malaysia hari ini menceritakan kisah susah dan sedih perjuangan Feriz Omar, ProWaris sejak penubuhannya pada tahun 2001.

Pemimpin muda dan juga Presiden ProWaris yang berasal dari Johor ini adalah di antara pelopor Revolusi NGO dan bloggers yang terlibat secara langsung dalam Transformasi Politik 2007-2009. Wassalam.

ADMINISTRATOR
www.ferizomar.com

Radzi Sapiee said...

Hamka? Ka! Ka! Ka!

Satu lagi kemungkinan. Selepas R.A.H.M.A.N tidak akan ada lagi PM di Malaysia malah di mana-mana. Sistem pemerintahan dunia secara seluruhnya mungkin berubah secara total. Sistem politik demokrasi berparlimen akan hancur seiring dengan sistem kapitalis sekarang yang sudah pun merudum. Dunia menghampiri kancah perang besar agar Yahudi dapat memenuhi cita-cita mereka mahu menakluki dan memerintah dunia secara terang dan banyak tanda-tanda sudah pun muncul membawa kepada peristiwa penghujung akhir zaman seperti disebut dalam Hadis-hadis Nabi malah ramalan-ramalan dalam agama-agama lain.

Jika dalam kalimah Bismilah, Ar-Rahman diikuti Ar-Rahim. Dari segi tafsir berbentuk keSufian, ar-Rahman membawa makna kasih-sayang Allah yang meliputi semua makhluk, samada Islam mahupun kafir. Atas nama Ar-Rahman lah para penderhaka turut mendapat rezeki, lalu Ar-Rahman juga disebut sebagai Yang Maha Pemurah.

Tetapi Ar-Rahim lebih spesifik iaitu kasih-sayang Allah terhadap cuma mereka-mereka yang terpilih sahaja. Atas nama ini, mereka yang tidak mendalam agamanya tidak layak mendapat tempat apa lagi jika bukan Islam dan berIman, tidak akan lagi mendapat layanan baik Allah. Bersedialah untuk menyambut sistem KHALIFAH!

p/s: Ada kenalan baru-baru ini membuat kira-kira astrologi bahawa pemerintahan Najib cuma akan bertahan selama 3 tahun sahaja. Ini bermakna ia akan tamat tahun 2012 sedangkan keadaan dunia termasuk ekonomi menurut astrologi pula akan semakin kelam-kabut.

Saya pun teringat tentang ramalan menurut kalendar kaum Maya yang menyebut dunia akan berakhir tahun 2012. Mungkin juga dunia yang kita kenali kini akan berakhir untuk digantikan dengan dunia bentuk baru yang tak kita sangka-sangka? Satu dunia penuh karamah yang bakal melangkaui imaginasi kita yang selama ini sudah terbiasa hidup dalam dunia sains beku?

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Rasuah Dan Ekonomi Islam
(rasuah tidak boleh berjalan bergandingtangan dengan perdagangan islam, tuanku)

Berbangkit bersama-sama persoalan ini
adalah pemaslahatan UMNO mencadangkan
tun mahathir di perkenankan
tuanku-tuanku semua sebagai penasihat
umno dan kerajaan persekutuan BN ke majlis raja-raja dan istana
dalam hal akhlaq kepimpinan
raja-raja melayu

Dan tuanku-tuanku
ketua islam payung agama
kata orang lama sambil menerangkan
tentang cabaran ekonomi dunia
dan penyakit akidah orang melayu

Al-Yasar said...

Salam,

Jika apa yang diramalkan oleh "teori rahman" itu ternyata benar, saya kira ia berlaku secara kebetulan saja.

Apa yang dikatakan "teori rahman" itu memanglah bukan teori dalam pengertian ilmiah. Ia sebenarnya tidak mempunyai "kuasa" untuk membuat ramalan, dan hanya mampu membuat agakan secara "main-main" sahaja .

wak segen said...

Teori yang benar2 pasti mestilah TAQDIR selain nya adalah kebetulan sahaja.
Cuba lah semua fikirkan siapa mereka dalam T.A.Q.D.I.R.
Jangan lah ambil seriuos sangat perkara2 saperti ini ya.
..hehehe jangan marah..

pakbelalang said...

UMNO dah cantik molek.

Cuma kita kena cari pemimpin yang benar-benar bermaruah.

Inilah masaalahnya. Yang salahnya ialah ahli UMNO yang menghidangkan pemimpin yang haprak dan HP6 untuk memimpin kita.

Mengapa setengah daripada kita masih lagi "pekak, buta dan tuli" tidak dapat menilai yang mana pemimpin yang boleh memertabatkan bangsa dan agama?

Semuanya ini adalah kerana perwakilan yang diberi hak mewakili 3 juta ahli-ahli UMNO tidak dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan jujur.

Mereka telah menyelewang kerana jati diri mereka lemah akibat disogok dengan wang rasuah yang begitu lumayan untuk di tolak.

Akhirnya UMNO dapat pemimpin "pariah" yang rasuah dan pentingkan diri mereka sendiri.

Apabila perwakilan haprak, maka hapraklah pemimpin yang dipilih. Merekalah yang jadi petualang bangsanya sendiri. Mereka tidak malu. Mereka sungguh menjijikkan.

Bertaubatlah kalau mereka sedar yang mereka tidak amanah. Pintu bertaubat masih terbuka besar. Allah memang penyayang lagi mengasihani!!

Mrhomestay said...

Teori Rahman? Kenapa bila Abdul Rahman, "A" tidak diambil kira, Abdul Razak "A" diambil kira tetapi Mohd Najib "M" tidak diambil kira.
kalau semua huruf permulaan nama di ambil kira teori ini menjadi A.A.H.M.A.M

Unknown said...

H = Hadi Awang..?!?

Hehehe... jangan marah Datuk... nanti kena jual... kata tadi topik ni gurau-gurau aje kan.

AbiDamia said...

selepas rahman , rahim ada sesiapa nak komen?

hj zolCar9 said...

Nama Agong pertama Tuanku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama Tengku Abdul Rahman. Jadilah teori RAHMAN. Rahman itu ertinya Pengasih. Apa kah UMNO bersifat Pengasih (sifat BAPA; BAPA Pembangunan; BAPA Perpaduan dll)

Dalam lafaz bismillah pun kita baca Ar-Rahman (nama pertama Allah dalam Asma'ul Husna) yang kedua adalah Ar-Rahim. Jadi R-Razaleigh Hamzah; A-Anwar Ibrahim; H-Hadi Awang; I- ...(sila cadang)...; M-...(sila Cadang)...;

ATAU R - Razaleigh Hamzah; A-Ahmad Zahid Hamidi; H- Hishamudin; I-...(sila cadang)..., M...(sila cadang).....

Apa kah pemimpin2 ini bolih bersifat Penyayang (sifat Ibu). Lepas ini akan adakah pula Ibu Pembangunan, Ibu Perpaduan dll?....

Sekadar brain teaser sahaja, tapi salahkah kalau kita juruskan teori2ini ke jalan menTAUHIDkan ALLAH!!!

Malaysia ini unik. 9 Raja 1 Agong; 9 planet 1 matahari (cuma planet tak bergilir2); Bagi Nusantara pula 9 Wali Songo, 1 Wali penghulu nya!;

Apakah Negri Sembilan juga unik; mungkin jadikan 9 daerah; satu daerah mempopularkan 1 Planet, 1 Wali Songo, 1 emperor of 9 Gods (fahaman Cina), 1 abjad dari 1 ke 9; 11 nama Allah (9 daerah jadi 99nama dalam Asmaul Husna)dan lain2untuk tarikan pelancong.

Sekadar nukilan dari...
Anak Negeri9.
ZolCar9

pakbelalang said...

If we were to analyse the personal background of those UMNO delegates who were given the responsibility to elect UMNO leaders during the last UMNO General Assembly, I can safely say that most of them I believe are Class F contractors or small time businessmen or self employed who are struggling to make ends meet.

So during this occasion they felt that it was timely for them to squeeze the balls of those aspiring candidates to get "duit rasuah" to at least cover some their outstanding "hutang" back home.

How many of them are professionals,teachers, social workers or government servants?

So I feel that the delegates were actually opportunists of the first order taking full advantage what was being presented to them on the table.

Sewangi Pandan said...

Saja nak suka-suka. Jangan percaya sangat. Tak ada niat lain. Lepas ini bukan teori Hamka atau Razak atau lain-lain. Lepas ini guna teori RAHIM. Siapa ini? Fikir sendiri...

pakbelalang said...

So how is BN going to address the trend of voters going against the government. Things do not look bright for BN. I think even if BN were to overhaul its policies I think it will be an uphill battle. Best of luck to all Malaysians. We are going to see our society disintegrate sooner or later.
Everything is in a mess. I don't see any hope for a united Malaysia. We will fail as a nation. Make no mistake about it. May God Bless Us All !!

Ex-UMNO said...

Tumbang juga akhirnya si sahamboi yg sombong, bongkak dan takbur.

tok janggut said...

Selepas N, jawatan PM akan berpindah pula kepada pembangkang. Dan siapa orang pertama daripada pembangkang menjadi PM, maka nama dialah yang akan menjadi teori.

Kalau Anwar jadi PM, maka akan lahirlah pula teori Anwar. Betul tak?????

rudy bluehikari said...

Datuk, saya rasa teori HAMKA ini mungkin terkubur kot? Berdasarkan senario pilihanraya kecil 2 bukit ni, nampak gayanya mcm PRU13 kerajaan BN akan tersungkur. Najib akan jd PM paling singkat jawabnya dlm sejarah. Silap2....HAMKA jadi Hadi-etc etc.....

Tok Najib kena kerja keras nampaknya....Pengundi saluran 5 benar benar mahukan tsunami lebih hebat dlm pru13. aduhai...

cree said...

Mungkin H itu Hadi

Unknown said...

lepas RAHMAN, RAHIM
lantaklah kau orang...
pastu apa?

wira said...

Datuk Ron,

Telah jelas Teori RAHMAN itu sudah lapok dan tidak sesuai digunapakai dizaman ini.

Teori seperti ini tidak ada relevannya dan terbukti dengan kekalahan di pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Jelas rakyat sekarang tidak langsung pandai menilai kebaikan dan mengucapkan terima kasih kerana telah diracuni dengan perasaan 'anti establishment'. Terima apa-apa sahaja yang diberi dan tetap undi parti lawan.

Oleh yang demikian Datuk Ron, kita perlu ada satu anjakan paradigma dan Umno kini perlu berubah muka dan tingkah laku seperti menganjur gagasan baru seperti menyarankan cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan mengadakan majlis qiamulaill. Jelas orang melayu ingin perubahan kerana tahap menghidupan mereka sudah meningkat kerana kerajaan Umno dan mereka ingin meningkat bekalan akhirat pula.

Jelas apa apa teori yang tidak menjurus kepada peningkatan bekalan akhirat tidak disenangi oleh ramai.

rozana said...

Selepas ini teori Anwar Nizar W.. A.. R... Untuk lengkap ini, ambil masa puluh tahun, jadi apa pun boleh jadi seperti sifir politik " dulu kawan/protege esok lawan/nemesis "

Unknown said...

Salam Yang di Hormati Dato' Ron,

Dengan motto diblog Dato' " Berani, Jujur dan Ikhlas " diharap Dato' dapat memberi teguran dan idea dari dalam yang benar-benar ikhlas supaya UMNO dapat di terima kembali oleh Melayu. Biar UMNO dapat dipimpin oleh mereka-mereka yang jujur dan ikhlas seperti UMNO semasa selepas Malaysia mendapat kemerdekaan dahulu. UMNO pada saya perlu wujud lagi sebagai sebuah parti yang membuat check and balance pada masa hadapan.

Unknown said...

Hamka dari Indonesia, mungkin ia sesuai utk rakyat Indon bukan utk rakyat Malaysia

burungjantan said...

Dia ambil huruf suka-suka hati tak kira hujung, pangkal atau tengah. Asalkan matlamatnya dapat huruf RAHMAN. Matlamat menghalalkan cara. Macam orang nak cepat sampai, lampu merah pun halal sahaja dilanggar.

Suka-suka aje, tapi ada pula yang ikut, ada yang percaya, lagi salah (sesat) dan menyesatkan. Nasib-nasib tak baik dinampak pakcik trafik, baru tau kena saman.

Siapa pakciik trafik itu? Iaitu pengundi yang akan mengeluarkan saman (membungkus mayat) kepada RAHMAN itu. he hae hu ....

Unknown said...

apa punye teori..la merapu. kalau rahman tu boleh diterima pasal sudah berlaku..tapi hamka ini yang buat teori tak logik betul la.

nagagua said...

SELEPAS NI DAH TADAK TEORI 'RAHMAN' DAH KALAU ORANG MELAYU TERUS KENA BODOH DENGAN PAS PKR DAN KOMUNIS DAP TU LEPAS NI AH TONG .AH MENG ,RAJU ORANG PAS TAK PE DIA BANGGA DENGAN KELANTAN JELAH

Uda said...

H - Hadi
A - Anwar
M - Mohamad Nizar
K - Karpal Singh
A - Azmin Ali

Anonymous said...

Memang terer betul org yg cipta... Dengan lengkapnya teori RAHMAN ini maka berakhirlah pendudukan kerusi perdana menteri Malaysia dari dinasti Umno. Skrg ni pun kita boleh nampak dgn jelas bahawa gelombang sokongan rakyat semakin memihak kepada Pakatan Rakyat. Insya-Allah selepas PRU13 ini semua teori2 khurafat seperti ini tidak diperlukan lagi.

nazmi said...

HAMKA..

bagi saya HAMKA mungkin milik Pakatan Rakyat


Najib adalah pemimpin terkahir dari UM NO yang akan menjadi PM


H - Husam atau Hadi Awang
A - Anwar Ibrahim
M - Ir Mohd Nizar
K - ???
A - Azmin Ali


kenapa bukan Anwar yang mula jadi PM dari Pakatan Rakyat ???


Mungkin boleh jadi ada perkara tertentu yang tidak mengizinkan anwar menjadi PM

Maka Hadi Awang selaku pemimpin no2 Pakatan Rakyat akan menggantikan Anwar jika Pakatan Rakyat mempunyai majoriti dalam parlimen

atau


jika Pakatan Rakyat memerintah selepas pemilihan pemimpin kanan PAS..

berkemungkinan Husam akan diangkat menjadi Presiden atas kredibilitinya dan ketokohannya


Seterusnya Anwar akan menjadi PM dan kedudukan Anwar sebagai PM akan diserahkan kepada Nizar sebagaimana dijanjikan dalam kempen baru2 ini jika Pakatan Rakyat memerintah

pakbelalang said...

BN sudah tidak dapat sokongan dari orang Cina dan India. Paham-pahamlah. Jadi kita mesti teruskan agenda Melayu tanpa mereka "without fear". Mereka tidak mahu bersama kita.Bukan salah kita. Teringat President Bush berkata " Either you are with us or you don't". So the struggle must go on with or without them. We just cannot continue with this kind of game play of hypocrisy by the Chinese and Indian communities. How much more sacrifice the Malays have to offer. Surely, there is a limit to everything. It looks like nothing is being appreciated.

odeen said...

SELESAINYA TEORI "RAHMAN" BERMAKNA BERAKHIRLAH PEMERINTAHAN BN(UMNO) DI MALAYSIA SELEPAS INI. PRU13 ADALAH PENENTU SEGALANYA BAHAWA AKAN ADA TEORI BARU PULA....MUNGKIN "ANWAR"....
A=ANWAR
N=NAHAR
W=WAHID
A= ALIAS
R= RAMZI

BajuKurungPurple said...

Tuan,
Saya suka teori MAHATHIR lagi sebab tak ada K!! Keh Keh.

Awang Maya said...

Awang rasa jengkel bila mendapat berita bahawa parti MCA meminta bilangan peruntukan menteri dan timbalan menteri sedia ada untuk parti tersebut perlu dikekalkan tatkala DS Najib sedang merangka untuk mengecilkan saiz struktur kementerian sedia ada. Malah lebih memualkan kerana ada ura-ura parti tersebut cuba momohon diperuntukan jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua.

Komen pertama Awang ialah - BANYAK CANTIK? ......baca seterusnya di http://awangmaya.blogspot.com/

ababina328 said...

Saya berpendapat teory RAHMAN sudah terlaksana sepenuhnya, maka tamatlah zaman umno berkuasa, kerana umno terlalu lama berkuasa, maka macam orang jugalah, jika terlalu tua, macam2 penyakit akan mendatang, paling2 tidak, sakit tua, sakit tua mana ada ubat.........oleh itu terimalah hakikat bahawa giliran umno berkuasa sudah tamat.....

nazmi said...

HAMKA mungkin merujuk kepada

H - Hadi Awang atau Husam Musa

A - Anwar Ibrahim

M - Mohd Nizar

K - Khalid Samad

A - Azmin Ali




harap - harap termakbul..


Dato..

sila komen mengenai perkara dibawah




" kabinet dapur najib saiznya lebih kecil daripada kabinet dapur pak lah.

Peralihan kuasa Pak Lah kepada najib bukanlah satu transformasi tapi momokan kepada rakyat.Najib memerintah dengan otak mamak memanda pencen.tak ubah macam boneka.negara kita kini berada seperti pada zaman mamak memanda pencen memerintah dulu.

Kabinet dapur yang baru dibentuk ibarat kabinet perpecahan yang menanti masa untuk retak dan menanti belah.

Pemerintahan 100 hari najib sebagai PM hanya untuk memenuhi nafsu serakah mamak memanda pencen untuk menyingkirkan KJ.Liciknya mamak memanda pencen ini ialah mengekalkan hulubalang kanan KJ seperti sepupunya shaziman,Ismail Sabri dan saifuddin abdullah dalam kabinet dapur najib.

Sama seperti yang dilakukannya ketika memasukkan Rais yatim dan Brahim Ali dalam kabinet dapurnya hanya untuk meminggir dan menjadikan Kuli terasing daripada hulubalang kanannya.KJ senasib dengan Kuli

Tok tak percaya KJ akan bersabar dan membiarkan dirinya diinjak-injak oleh mamak memanda pencen. KJ belum memetik butang kecemasan dan setakat ini Pak Lah masih bersikap neutral tapi jika menantu kesayangannya terus dianiaya,sudah tentu Pak Lah akan mengumpul bala tenteranya untuk melawan. "


sambungnya lagi,



" Semboyan perang masih belum dibunyikan.Najib masih terus-terusan mengikut telunjuk mamak memanda pencen yang sibuk melobi tempat untuk anaknya dalam kabinet dapur najib sambil menyingkirkan seteru utamanya KJ.

Selepas ini dijangkakan rombakan teraju kepimpinan akan berlaku di Perlis,Negeri Sembilan,Melaka, johor,Pahang dan Terengganu.Mereka akan digantikan oleh hulubalang-hulubalang najib.

Masih ada 3 MP di Perlis yang berpihak kepada Pak Lah dan Pulau Pinang kerusi Pak Lah sendiri parlimen Kepala Batas,seorang MP di Melaka,7 MP di Perak,3 di Negeri Sembilan,seorang MP di WP,2 MP di Selangor,6 MP di Johor,6 di Pahang,3 di Terengganu dan Kuli di Kelantan.

Sekurang-kurangnya 10 MP lagi akan menyertai Pak Lah jika beliau berjaya mengumpulkan 30 MP menyertainya.Ketika ini tak mustahil jika mereka keluar UMNO dengan menjadi bebas dan mencapai persetujuan dengan PR untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru dan menumbangkan kedudukan najib sebagai PM melalui undi tak percaya yang dikemukakan d dalam parlimen.

Jika ramalan tok berlaku,nescaya umno akan tumbang dan setelah menjadi parti yang mendominasi kaum Melayu akhirnya parti ini mulai reput dan tinggal usang.

kehadiran mamak memanda pencen selaku tuan penasihat najib akan mempercepatkan lagi kejatuhan najib.

Bila dan bagaimana? Sama-samalah kita tunggu dan lihat "




saya tertarik dengan ..


" Masih ada 3 MP di Perlis yang berpihak kepada Pak Lah dan Pulau Pinang kerusi Pak Lah sendiri parlimen Kepala Batas,seorang MP di Melaka,7 MP di Perak,3 di Negeri Sembilan,seorang MP di WP,2 MP di Selangor,6 MP di Johor,6 di Pahang,3 di Terengganu dan Kuli di Kelantan. "


apakah 34 ahli parlimen tersebut akan menubuhkan unity gov bersama- sama anwar ibrahim, haji hadi dan lim guan eng membentuk kerajaan pusat baru menggantikan UM NO/ BN ????


Saya merasakan kerajaan pusat baru ini berkemungkinan akan melantik PM di kalangan bukan ketua parti tetapi individu tersebut mendapat sokongan majoriti ahli parlimen..


siapakah diantara Anwar, Haji Hadi, Azmin Ali, Khairy, Abdullah Ahmad Badawi dan Tengku Razaleig Hamzah yang akan dilantik menjadi PM ???


Teori HAMKA tidak boleh digunakan jika PM pertamanya bukan bermula abjad H iaitu berkemungkinan Hadi Awang



TOLONG JAWAB

luqman333 said...

Assalamualaikum!

1. Maaf Tuan-tuan. Allah tak naikkan pemimpin ikut abjad.
2. Allah naikkan Pak Lah untuk melemahkan UMNO dan tak tahu apa hikmah Allah naikkan Najib.
3. PAS dan PKR jangan perasan. NEGARA ISLAM TIDAK AKAN DITEGAKKAN MENGGUNAKAN SISTEM CIPTAAN KAFIR.
4. Ikut Kitab-kitab HADIS akhir zaman, pemimpin Malaysia selepas ini adalah seorang lelaki pilihan Allah dari Bani Tamim.
5. Pendita-pendita Yahudi di Israel telah mengetahui hal ini tapi mereka tak dapat berbuat apa-apa.
6. Malaysia akan gantikan US sebagai kuasa besar di tangannya. (Jangan Gelak).Ever wonder why our flag and US flag were very similar.
6. Telah tiba giliran orang Melayu membina empayar atas nama Islam. (Sepatutnya, kita gembira akan berita ini).
7. Tuan-tuan fikir Allah ilhamkan Dr Mahathir untuk membina Putrajaya yang hebat itu untuk siapa?
8. Sekiranya Allah telah melantik pemimpin ini dan ramai memperlekehkannya, dia tidak akan rugi apa-apa.
9. Terserah pada tuan-tuan semua untuk berada di pihak mana.
10. Seperti kata Bush: Either you are with us or you are against us. Kebenaran itu satu. Tiada dua atau 73.
11. Semuga Allah selamatkan kita semua.

Unknown said...

Assalamualaikum wbt

Teori RAHMAN telah selesai.

Apakah akan bangkit semula Kesultanan Melaka...bermulanya kebangkitan sekali lagi bangsa Melayu di bumi Nusantara?

Ambo

Unknown said...

Bro Ron, datang ABJAD apa pun dah terasa apa. Kerana PRU 13 ni kena lah berhati-hati.

Kalau beginilah corak pentadbiran kerajaan BN berterusan begini. Rakyat akan memberi tunjuk jalan siapa pula akan menguasai kerajaan pada PRU 13 nanti.

Sekarang bukan masanya memperbodoh kan rakyat dan orang kampung lagi dengan cakap berbunga-bunga. Kalau masih tidak insaf maka terimalah hakikatnya selepas ini.

Salam Bro Ron.

Rais said...

Senario politik Malaysia sekarang ini tidak ubah seperti skim cepat kaya. Rakyat dijanjikan dengan bermacam-macam kemewahan dan kesenangan jika mereka dapat tampuk pemerintahan. Namun hakikatnya jauh panggang dari api. Prinsip mudahnya, kalau orang(pemimpin) dok tak sabaq2 nak jadi pemerintah, tunggulah masa ada yang nak kena jual nanti(macam kg. buah pala). Janji ni samalah macam ubat. Kalaulah satu ubat boleh menyembuhkan semua penyakit alamatnya gulung tikar lah kilang2 ubat kat dlm dunia ni.. Jadi orang politik samalah mcm. ubat yg boleh menyembuhkan semua penyakit tadi. Masa dok berkempen, semua boleh..tapi yang sebenarnya boleh blahhhh... Tengok penduduk kg. buah pala..kan dah kena blahhhh dah.. Itulah hakikat politik skg.. Betapa senangnya rakyat ditipu, sekelip mata kg. buah pala menjadi BALA kepada mereka.. Sifir mudahnya, kalau pemimpin2 dok berjanji sakan sampai tak masuk dek akal time berkempen tu, ingat2lah, depa ni tak buleh pakai punya.. Akhir sekali, orang Melayu jangan berpecah lagi, dulu 2 tapi sekarang dah menjadi 4(Umno, Pas, PKR dan DAP melayu).. maka genaplah ia.. kalau kahwin 4 takpa lah jugak tapi kalau dah terpecah 4 ni..pikiaq la sendiri.. Stategi musuh Islam ialah pecah dan perintah. kalau diikutkan, mereka dah berjaya 100% untuk memecah-belahkan orang Melayu, cuma yang masih belum suksess lagi ialah tinggal time nak perintah je.. Agak-agaknya PRU13 nanti...segalanya berkemungkinan.