Tuesday, April 21, 2009

MALAYSIA-SINGAPURA: REALIST-INDEPENDENCE LAWAN REALIST-INTERDEPENDENCE

Ruhanie Ahmad

Dasar dan hubungan luar Singapura adalah berasaskan falsafah realist-independence. Dasar dan hubungan luar Malaysia pula berteraskan falsafah realist-interdependence. Singapura terkenal sebagai pengamal sikap kiasu. Malaysia pula masyhor sebagai pengamal sikap perkayakan jiran anda (enrich thy neighbour).

Inilah ironi dan paradoks hubungan Malaysia-Singapura. Bagaimanapun, kita ikutilah apa yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya mengenai Iskandar Malaysia di bawah ini, apa olahan semula ke atas Iskandar Malaysia yang dimaksudkannya, apa sikap Singapura mengenainya, apa reaksi Najib terhadap saranan Datuk Shahrir Abdul Samad mengenai jambatan lurus merentasi Selat Teberau dan apa pula sikap Singapura mengenai projek jambatan ini yang pernah dibatalkan oleh rejim lama Malaysia dengan penuh tanda tanya.

Pada waktu yang sama, moga-mogalah kepimpinan baru Malaysia menginsafi fenomena dan perkembangan politik antarabangsa di abad ke-21 ini yang kononnya akan dibebani oleh masalah yang mungkin timbul daripada konsep kedaulatan negara dan identiti bangsa dalam konteks dunia rentas-sempadan dan dunia tanpa sempadan yang kini sedang dirincikan oleh para sarjana keselamatan dan hubungan antarabangsa di peringkat global. Oleh itu, mungkinkah soal kedaulatan Malayia di Iskandar Malaysia akan dijejaskan oleh konsep kedaulatan yang baru ini?

Apapun, jangan bimbang. Tulisan ini sekadar untuk menjolok minda pemimpin kita. Tetapi, realitinya yang belum pasti tidak boleh diketepikan tanpa kajian mendalam oleh pihak pemerintah!

ISKANDAR MALAYSIA DIOLAH SEMULA

JOHOR BAHRU 20 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Pusat akan mengolah semula pelaksanaan Iskandar Malaysia bagi memastikan sasaran meletakkannya di peta dunia tercapai tanpa meminggirkan rakyat.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm

FDI ISKANDAR MALAYSIA HAMPIR RM47 BILION

KUALA LUMPUR 20 April - Iskandar Malaysia hampir memenuhi sasaran keseluruhan pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah AS$13 bilion (RM47.19 bilion) bagi fasa yang berakhir pada 2010.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm

JAMBATAN LURUS BUKAN BENGKOK – SHAHRIR

JOHOR BAHRU 20 April - Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad, hari ini memperbetulkan laporan Utusan Malaysia bahawa cadangan projek jambatan ke Singapura yang dimaksudkannya adalah jambatan lurus.

"Apa yang saya maksudkan semalam adalah jambatan lurus, bukannya jambatan bengkok," katanya semasa memperbetulkan laporan Utusan Malaysia tersebut.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm

7 comments:

SEGAR said...

Tok,

Tolong bagi pandangn tentang artikel ini:

Zambry perolehi perintah yang tidak laku
Mohamed Hanipa Maidin
Mon | Apr 20, 09 | 10:36:22 pm MYT
Pembaca ruangan ini masih bertanya kepada saya adakah dua perintah perisytiharan yang dikeluarkan Mahkamah Persekutuan pada 15 April lalu bahawa penggantungan Zambry dan enam exconya oleh Speaker Perak dibatalkan membolehkan mereka menghadiri sidang DUN Perak nanti.

Jawapan saya adalah tidak! Berikut adalah alasan-alasan saya.

a. Apa yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya hanyalah perintah deklarasi (perisytiharan) semata-mata. Tidak lebih dari itu. Di dalam undang-undang perintah deklarasi yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya tidak membawa apa-apa makna kerana perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan (coercive force).

Pakar undang-undang Pentadbiran, Prof M.P Jain secara jelas menyatakan:

"A declaration merely declares what the legal rights of the concerned parties are. A declaratory order has no coercive force as such nor does it quash any decision which may have been taken by an administrative authority."

(Perintah deklarasi hanya sekadar satu perisytiharan hak pihak-pihak yang terbabit dari segi perundangan. Perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan (memaksa seseorang mengikut perintah tersebut). Perintah tersebut juga tidak memadam, membatalkan atau mengenepikan sebarang keputusan yang dibuat oleh mana-mana pihak berkuasa pentadbiran.)
[10:36:48 AM] Shah DBKL1 says: b. Memandangkan Zambry dan enam exconya hanya memperolehi perintah deklarasi, perintah tersebut tidak meletakkan sebarang tanggung jawab (impose an obligation) ke atas Sivakumar untuk mematuhinya kerana dari segi rekod di dalam DUN di Perak, perintah penggantungan tersebut masih wujud selagi tidak dipadam oleh Mahkamah (not quashed by the court).

Untuk memudahkan kefahaman umum, saya berikan contoh berikut:

Kita ambil satu kes misalnya seorang menyaman Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana mengekalkan nama di dalam kad pengenalannya sebagai Ali bin Abu sedangkan beliau mendakwa telah menukar agama dan memohon namanya ditukar kepada John Abraham.

Katakan beliau meminta satu perintah deklarasi bahawa tindakan atau keputusan JPN yang tidak menukar namanya kepada John Abraham adalah tidak sah.

Katakan Mahkamah bersetuju dengan beliau dan mengisytiharkan bahawa keputusan atau tindakan JPN adalah tidak sah dan Mahkamah juga mengisytiharkan nama beliau adalah John Abraham. Maka persoalan yang timbul adalah, adakah JPN wajib menukar namanya kepada John Abraham selepas beliau mendapat perintah perisytiharan tersebut?

Dari segi undang-undang, JPN tidak wajib menukar namanya kepada John Abraham kerana Mahkamah hanya mengisytiharkan tindakan JPN adalah tidak sah tanpa memerintahkan nama Ali bin Abu dipadam dan ditukar kepada John Abraham.
[10:38:44 AM] Shah DBKL1 says: JPN hanya wajib menukar nama Ali bin Abu kepada John Abraham jika pemohon mendapat perintah 'certiorari' iaitu perintah mengenepikan/memadam (quash) keputusan JPN tersebut dan selanjutnya perintah mandamus iaitu perintah mengarahkan JPN menukar nama beliau dari Ali bin Abu kepada John Abraham.

Selagi tidak ada perintah 'certiorari' dan perintah mandamus tersebut maka nama beliau akan kekal di dalam kad pengenalan sebagai Ali bin Abu meskipun Mahkamah mengisytiharkan namanya John Abraham.

c. Dalam konteks kes Zambry lwn Sivakumar apa yang sepatutnya peguam Umno buat adalah selain mendapatkan perintah perisytiharan (deklarasi) bahawa penggantungannya tidak sah, Zambry juga sepatutnya memohon Mahkamah mendapatkan perintah-perintah berikut iaitu perintah 'certiorari' iaitu perintah mengenepikan atau memadam keputusan Sivakumar yang menggantung beliau dan enam exconya, dan juga perintah mandamus iaitu perintah meminta Sivakumar menbenarkan beliau dan enam exconya hadir ke dalam sidang DUN Perak.

d. Tanpa perintah 'certiorari' dan mandamus tersebut maka perintah perisytiharan yang Zambry dan enam exconya perolehi dari Mahkamah adalah satu perintah yang tidak membawa apa-apa kesan ke atas Sivakumar. Berhadapan dengan perintah seperti itu Sivakumar dengan tenang akan menjawab begini: "So what!"
[10:40:09 AM] Shah DBKL1 says: Mungkin pembaca ingin bertanya mengapa Zambry dan enam exconya tidak memohon perintah 'certiorari' dan mandamus sebaliknya hanya memohon perintah perisytiharan sahaja.

Ada dua sebab mengapa mereka tidak berbuat demikian.

Sebab Pertama adalah peguam Zambry sendiri secara jelas mengakui semasa penghujahan di Mahkamah Persekutuan bahawa Zambry tidak boleh memohon perintah 'certiorari' dan mandamus kerana kedua-dua perintah tersebut tidak boleh dipohon di dalam kes ini disebabkan doktrin pengasingan kuasa (separation of powers).

Dengan lain perkataan peguam Zambry mengakui bahawa berdasarkan doktrin pengasingan kuasa, Mahkamah tidak boleh memerintah Sivakumar sebagai Speaker untuk sama ada memadamkan keputusannya atau membenarkan Zambry masuk dan hadir di dalam persidangan DUN Perak.

Hatta jika kita lihat kepada 10 perintah yang Zambry pohon kesemuanya adalah perintah berbentuk perisytiharan sahaja. Malahan Mahkamah juga tidak membenarkan perintah perisytiharan supaya beliau dan enam exconya untuk masuk, menghadiri dan mengambil bahagian di dalam sidang DUN Perak.

Sebab kedua adalah Zambry dan enam exconya telah tersalah memilih prosedur Mahkamah. Jika beliau ingin memohon perintah 'certiorari' dan mandamus, beliau perlu membuat permohonan semakan kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan bukannya melalui Saman Pemula seperti yang mereka buat.

Memandangkan mereka telah tersalah prosedur maka mereka dengan berat hati terpaksa berpuas hati dengan perintah perisytiharan yang tidak membawa apa-apa makna.
[10:41:52 AM] Shah DBKL1 says: Atas dasar itu juga peguam Sivakumar juga telah berhujah bahawa perintah perisytiharan yang Zambry pohon sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah dan meminta Mahkamah tidak melayan perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry tersebut.

Hujah peguam Sivakumar adalah berasaskan apa yang dinyatakan di dalam kes Fan Yew Teng vs Government of Malaysia di mana Mahkamah telah menerima pakai apa yang dinyatakan oleh Erskine May di dalam buku Parlimentary Procedure (17th Edition) di mana penulis telah menyatakan:

"The decisions of the court are not accepted as binding the house in matters of privilege, nor the decision of the House by the courts."

(Keputusan Mahakamh tidak diterima sebagai mengikat Parlimen atau DUN di dalam perkara menyentuh keistimewaan, begitu juga keputusan Parlimen atau DUN tidak mengikat Mahkamah.)

Mengapa? Mungkin pembaca bertanya mengapa Mahkamah membenarkan juga perintah yang tidak berfaedah tersebut? Jawapan mudah saya adalah ia hanyalah perintah untuk mengambil hati Umno. Perumpamaan yang mudah, ia adalah ibarat hadiah saguhati kerana menyertai pertandingan.

Jenis Umno ini, kita beri mereka wang satu sen pun mereka melonjak gembira sedangkan satu sen boleh beli apa?

Seperkara lagi yang saya perlu kongsi di sini adalah mengenai sidang DUN di bawah pokok yang diadakan pada 3 Mac 2009. Isu keabsahan (validity) persidangan di bawah pokok tersebut juga merupakan salah satu isu yang dirujuk oleh Zambry ke Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak.

Isu yang dirujuk adalah sama ada sidang bawah pokok pada 3 Mac 2009 adalah sah apabila ianya dibuat tanpa perkenan Sultan Perak.

Selepas mendengar hujah peguam Zambry dan peguam Sivakumar, Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk tidak membuat apa-apa keputusan terhadap isu keabsahan sidang DUN di bawah pokok pada 3 Mac 2009 tersebut. Secara tersirat kita boleh menyimpulkan bahawa Mahkamah bersetuju bahawa sidang DUN di bawah pokok adalah sah.
[10:42:11 AM] Shah DBKL1 says: Memandangkan tiada perintah Mahkamah yang membatalkan keputusan sidang bawah pokok, Umno terpaksa menerima hakikat berikut:

a. Persidangan DUN di bawah pokok telah mengesahkan (endorsed) keputusan Sivakumar yang menggantung Zambry dan enam exconya selama 18 bulan dan 12 bulan.

b. Dengan pengesahan tersebut maka keputusan penggantungan tersebut adalah sah dan masih mengikat Zambry dan enam exconya yang lain.

c. Di dalam samannya Zambry mengatakan keputusan Sivakumar adalah tidak sah kerana keputusannya tidak disahkan oleh DUN Perak. Memandangkan sidang DUN Perak pada 3 Mac 2009 telah mengesahkan keputusan Sivakumar yang dibuat pada 18 Februari 2009 dan memandangkan Mahkamah Persekutuan tidak membuat apa apa keputusan yang mengisytiharkan sidang bawah pokok adalah tidak sah, maka keputusan DUN Perak di bawah pokok adalah sah dan mengikat Zambry serta enam exconya.

d. Apa yang Mahkamah putuskan hanya melibatkan keputusan Sivakumar pada 18 Februari dan bukannya keputusan DUN Perak pada 3 Mac 2009.

Kesimpulannya Umno hanya dapat perintah Mahkamah yang tidak membawa apa-apa faedah.

Nota: Hanipa Maidin ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat dan ahli panel penasihat undang-undang, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin.- tajdid_

Kawan saya emailkan....nampak gaya macam tak selesai hal di perak ni..

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

The Professionals(terpulang atas zambry mengempur dewan)

Terpulanglah kepada kepintaran Mohd Najib dalam orde dunia baru untuk menentukan polisi dalam perhubungan luarnegara negara mana digunapakai hubungan 'realist-independence' and negara mana 'realist-interdependence'.

Dan mungkin juga elok diselidiki prinsi-prinsip ini sekiranya baik digunakan dengan parti-parti politik dalam Barisan Nasional dengan mengambil Michael Chong sebagai Timbalan Menteri KDN. Micheal ini senang kita katakan saperti Lee Lam Thye atau paling tidak mirip Lee Liong Sik.

Kalau Mohd Najib masih lagi PM selepas PAU ke-60 atau PRU13 sama-samalah kita bersabar.

Kalau nak dibuat satu analisa bukannya sukar hanya keberkesanan dan mutu analisa itu bergantung kepada keprihatinan mereka yang ditugaskan atau diminta melakukan analisa itu.

Saperti contoh sekiranya kita mahu membuat satu analisa atas mana-mana individu mahupun calon mahupun yang akan bertanding di dalam mana-mana pemilihanraya; dan kita masih ragu-ragu sekiranya Ethos masih berpegang dengan kefahaman pakar-pakar runding dan pegawai khas: be specific and do not be afraid of the bill for the work done.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Adakah anda pernah periksa admiralnadim@gmail.com baru-baru ini?

Terima kasih.

wira said...

Yang Berbahagia Datuk Ron,

Saya tidak berapa faham tentang filosofi 'Realist-Independence' dan 'Realist-Interdependence', namun begitu saya masih tidak faham kenapa kita mesti memberi kemudahan kepada warganegara asing untuk berlibur di Malaysia, walhal kita sendiri mempunyai pasaran domestik yang cukup bagus iaitu lebih dari 24 juta penduduk yang boleh kita manfaatkan. Kenapa mesti kita menyenangkan orng asing untuk masuk kenegara kita, walhal negara asing tidak lansung memberi kemudahan serupa kepada warga kita untuk berkunjung, jauh sekali bekerja disana.

Saya tidak nampak kita boleh meniru keadaan yang terpakai di EU kerana disana persekitaran mereka adalah lebih homogenous kerana semua warga EU seketurunan dan seagama.

Semut Api said...

I am certain that we do need the Jambatan. One reason is for the free flow of marine transportation for the east-west connection in Selat Tebrau.

The reason why there is a proposal for a slanting or scenic bridge is due to Singapore's refusal to cooperate and build the bridge together.

I can't see any reason why they wouldnt want a more modern bridge apart from probably trying to insert that as a bargaining chip in negotiations for other outstanding issues. The half bridge is technologically feasible.

When dealing with Singapore, one must also be neutral and look at it from the perspective of national interest. Wealth and power should never enter the equation in supporting or opposing a certain issue.

rinStarr said...

Datok, berdegar-degar sblm ni nak membela Melayu... Ni 30% kuota Melayu dlm Sektor Perkhidmatan Awam akn dikurangkan, Apa cerita??? takkan dok diam??? hari tu MB Selangor baru nak cakap nak buka 10% kuota utk non-bumi macam2 perhimpunan dibuat, pelbagai tohmahan dilemparkan... Aik??? sekarang ni???

kudakepang said...

Rinnstar

Kita ada buat statement. Tunggu esok kita edar pada press. Tk dan salam takzim. Ruhanie Ahmad