1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.
2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.
3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).
4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.
5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.
6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.
7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.
8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.
9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.
Ibrahim Ali
25 April 2009

16 comments:
As'kum Dato',
1. Saya bersetuju tindakan Kerajaan memansuhkan peruntukan 30%ekuiti tempatan untuk sub sektor tertentu. Namun demikian ia tidak boleh dibuat secara open dated.Kerajaan perlu membuka peluang ini hanya untuk sesuatu tempoh tertentu sahaja,mungkin dua atau tidak tahun sahaja. Selepas itu ia hendaklah dikaji semula dan dikembalikan semula ekuiti tempatan kepada 30% atau dikurangkan kepada 20%.
2.Dengan cara ini akan membuat pelabur2 luar mengejar peluang tempoh yang terhad ini. Dan pada masa yang sama pelabur tempatan bolehlah menyiapkan diri untuk memasuki semula dalam aktiviti sub sektor berkenaan dengan lebih bersedia lagi.
saya sokong kenyataan Perkasa ini kerana saya amat bimbang keadaan bumiputera yg tak mampu bersaing
SALAM DATO RON, SAYA DAH PASTE DALAM BLOG SAYA!
HIDUP MELAYU!
saya bersetuju dengan dasar kerajaan dan pastinya akan di sepikulasikan pihak yang tak bertangungjawab jika diubah.pada saya itu adalah yang tebaik untuk rakyat.
A'kum,
Kenapa kita kena setuju dengan pemansuhan 30% ekuiti tempatan. Bukankah selama ini PERKASA adalah satu NGO yang mempertahankan DEB dan hak bumiputera.
Kenapa kita kena berkompromi.Sebelum ini tiada apa masaalah dengan konsep ini. Jika ini pendekatan PERKASA bagi saya ini adalah pengkhianatan kepada bumiputera.
Sekarang baru saya tahu apa sebenarnya PERKASA ini. PERKASA ini adalah pertubuhan bekas pemimpin-pemimpin UMNO yang digunakan untuk membodek UMNO. Jika ini dicadangkan oleh orang lain PERKASA akan membuat bantahan besar-besaran... buat forum, buat demo... tapi sekarang bila PM yang buat cadangan PERKASA telah jadi PENGECUT.
Tapi masih ada lagi antara kalian yang melaungkan HIDUP MELAYU....
Tengoklah cermin puas-puas sewaktu anda melaungkan HIDUP MELAYU...
Penghapusan peruntukan 30% ekuiti Melayu dalam sektor awam memberi impak besar kepada melayu UMNO tidak lagi memperjuangkan nasib mereka.demi meraih undi bukan melayu,najib telah membuat polisi yang bertentangan dengan arwah bapanya,arwah tun razak yang mengutamakan ekuiti melayu dalam sektor awam.
Tidak hairanlah mengapa semakin ramai melayu yang berbondong-bondong menyertai PAS dan PKR.Pelik tapi ajaib Melayu yang menyertai DAP juga semakin bertambah.
Isu PPSMI juga gagal ditangani dengan baik oleh UMNO dan benarlah kenyataan profesor dr khoo kay khim bahawa dasar pendidikan negara bukan ditentukan oleh tokoh akademik tetapi oleh tokoh politik.
Kehadiran dr mahathir yang mencampuri urusan pentadbiran negara juga akan mempercepatkan kejatuhan UMNO kerana ahli UMNO sendiri turut meluat dengan sikapnya itu.
Tok seperti generasi muda yang lain telah hilang kepercayaan kepada umno.Krisis politik sesama UMNO di Terengganu dan Perlis semakin menguatkan keyakinan rakyat petanda awal UMNO akan berkubur.
Tok tak tahu apa peranan yang dilakukan oleh PERKASA tapi melihat kredibiliti pemimpinnya,tidak ada gunanya menaruh harapan kepada NGO ini kerana rata-rata rakyat melihat PERKASA lebih kepada suara UMNO dalam NGO.
Salam Dato,
Penyertaan org melayu tidak tertutup hanya kerana kuota 30%, Nobisha menulis, kenapa 30% bukan60%. Dgn tiadanya kuota 30% ini kaum bumiputera akan masuk menyertai perniaggan itu dgn ekuiti 100%.
Sampai bila org melayu nak rasa diri sendiri tak mampu ni. Pemimpin2 yg ada pun bukannya nak bagi semangat kata org melayu boleh, dia api2kan lagi dgn mengatakan habislah org melayu sebab 27 jenis perniagaan di negara ni kerajaan dah tak bagi org melayu ceburi. Sebab apa pemimpin melayu ni! tak kasi dorongan langsung pada kami anak2 melayu. Org melayu jadi bangsa yg tak ada keyakinan diri langsung.
Dato, pemikiran macam ni kalau kita biarkan habis anak2 kita dato.
Saya bersekolah di KL pd taun 80 an dtg dari felda, nasib baik ada asrama felda di AU2, pengurusnya Sekarang Prof Dr. Faiz Hamid, pd masa itu. Tiap2 hari saya dengar betapa pandainya anak2 kaum lain org melayu ni tak layak pon nak dpt no. 1 dlm kelas kalau bersaing dgn bangsa lain. Dari tahun 80an dato kita di suap dgn kata2 ni sampai hari ni saya dengar.
Saya berjanji pd diri saya saya akan katakan pd anak2 saya setiap hari yg mereka blh berjaya bersaing selagi mereka berusaha bersungguh2, saya tidak akan kata pd anak saya bahawa kerajaan tidak menggalakkan dia dari menceburi 27 sektor perniagaan, saya akan kata kpd mereka " sayang2 papa semua ni kalau kita berusaha bersungguh2 dan kita berdoa kepada Allah utk apa yg kina nak insyaallah kita berjaya". Tidak ada kuota yg akan menghalang kejayaan anak2 kita Dato.
Saya belajar di Jepun atas dasar pandang ke timur, ada Msc (tak de biasiswa masa buat Msc sebab saya nak buktikan org melayu blh buat apa sja walaupun tiada pertolongan terus dari kerajaan) sekarang berkerja di Kuantan dgn Syarikat JV German dgn Petronas.
Salam
Saya sokong dengan sdra Dan Kajang. Tempuh mesti di kenakan. Mungkin 3-5 tahun.
Datok Saya saran kan juga Perkasa tanding kerusi Penanti sebagaicalun bebas sekiranya UMNO tidak bertanding
Datuk Brahim..kenyataan akhbar ini nampak lunak dan lembut.Sepatutnya..menentang sekeras-kerasnya tindakan itu kerana datuk adalah seorang yang lantang memperjuangkan hak bumi dan melayu.Kalau tidak, tiada ertinya datuk presiden Pribumi perkasa.Kenyataan ini nampak macam datuk dah ada tempat duduk di sebelah sana walaupun digahamkan Perkasa non-partisan.Keras sikit datuk!
Bila YAB Tan Sri Khalid baru memberi idea supaya UITM dibuka untuk pelajar bukan melayu, ramai yg melatah dan melompat. Tak kurang dengan bahasa kasar.
Bila YAB PM sekarang mengumumkan pemansuhan 30% ekuiti tsb, lunak pula bahasa sesetengah dari yg melatah dulu, termasuk PERKASA. Dah hilang perkasa kah?
Mana mastermind yg mengerahkan bala tentera student UITM berdemo dulu??
tak habis-habis dengan kebimbangan bumiputra tak dapat bersaing...mentaliti macam nie..sampai bila ketua le..dengan sendirinya menjatuhkan maruah bangsa sendiri. Macamlah bumiputra tak ada akal atau akal kurang dari bangsa lain. Inilah dia menjerit kehulu-kehilir ketuanan melayu. Ketuanan yg dipaksa ke atas orang lain. Kalau kita nak jadi bangsa yg dihormati dan disegani bukannya reotorik ketuanan melayu..kita kena berani bersaing dan maju dengan dasar persaingan tersebut. Bukan dengan di spoon feed., Dan kalau melayu hendak dihormati pemimpin kena berakhlak baik, tidak korup dan bersikap adil.
Minggu lepas, saya telah berjumpa dengan beberapa rakan bloggers saya. Kami telah menbincangkan pelbagai isu dari politik hingga la ke dunia kewartawanan.
Dalam pelbagai isu yang diperbincangkan malam itu, saya tertarik dengan satu isu yang amat hebat! Saya telah diberitahu oleh rakan blogger saya (yang dah kira macam otai la dalam dunia blog ini) bahawa kebanyakan wartawan suratkhabar Cina tidak tahu berbahasa Malaysia rupanya!
Tidak kira dari mana-mana suratkhabar cina la, mereka kebanyakannya tidak reti berbahsa malaysia, saya pun amat terkejut sekali la dengan berita itu, kerana pada hemat saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang wartawan mereka seharusnya tahu berbahasa Malaysia!
Menurut sahabat blogger saya ini juga, selalunya selesai sahaja temuramah maka akan berkumpullah kesemua wartawan itu tadi dan mereka akan bertanyakan sesama sendiri tentang apa yang telah mereka dengar dan faham, kebiasaannya akan ada seorang yang dikira boleh faham sikit-sikit bahasa kebangsaan kita itu dan mereka kemudiannya akan menyalin lah kesemua temuramah tadi!
Biasanya proses sebegini akan mengambil masa dua hingga tiga jam selalunya, saya hampir pengsan bila saya dengar kisah ini, saya sangkakan selama ini semua rakyat Malaysia boleh berbahasa Malaysia! Bukankah itu bahasa rasmi negara kita?
Adalah amat menyedihkan apabila saya dapat tahu masih terdapat orang Malaysia tidak tahu berbahasa Malaysia, bagaimana kita hendak menjadi satu Malaysia sekiranya kita sebagai rakyat Malaysia tak tahu nak berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan kita?
Jadi tidak hairanlah, tidak berapa lama dahulu wartawan dari suratkhabar Cina ini telah salah tulis mengenai penjelasan YAB TPM kita? Ada logiknya bila TPM kita telah mengatakan bahawa kesemua wartawan tersebut harus belajar Bahsa Malaysia!
Memalukan betul bila perkara ini terjadi, kenapa sebagai rakyat Malaysia, tidak kira dari keturunan apa sahaja, kita tidak tahu berbahasa kebangsaan kita? Bukankah bahsa jiwa bangsa? macamana nak jadi bangsa Malaysia kalau nak berbahasa Malaysia pun tak tahu?
Saya memang amat bersetuju sekali dengan pandangan Dato Mukhriz bahawa untuk menyatu-padukan Malaysia kita perlukan satu sekolah! Tidak ada lagi sekolah cina atau tamil lagi! Hanya satu sekolah yang akan menjadi wadah pertemuan semua bangsa dan ianya akan melahirkan "ONE MALAYSIA"
Kita kena mulakan dari sekarang! Kalau nak bersatu maka hapuskanlah perkauman, langkah pertama untuk menghapuskan perkauman adalah dengan menghapuskan sekolah 'vernacular'
HIDUP SATU MALAYSIA!
salam
30% ekuiti bumi dihapuskan bg sub2 tertentu.
dah sampai masa sekolah jenis cina dan sekolah jenis tamil ini di tutup, yang perlu ada hanya sekolah 1 malaysia berorientasi Bahasa Malaysia sepenuhnya,
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Datuk Ron, samaada sedar atau tidak, kebanyakkan mereka yang menyuarakan BANTAHAN terhadap kenyataan akhbar Datuk Ibrahim Ali ini adalah BALACI kepada Ketua Pemuda UMNO yang tengah merancang untuk naik pangkat nanti dan jugak golongan yang memperalatkan UMNO untuk cari makan..
Ye lah.. Golongan nih semua mana boleh hidup kalau UMNO cuba untuk kembali kepada perjuangan asalnya - iaitu memperjuangkan tuntutan untuk orang Melayu!
http://sensecredaccountability.blogspot.com/
Wallahualam..
Tak payah lagi 30% penyertaan bumiputra. Nak buat apa lagi. UMNO dah tak dapat sokongan lagi dari orang Melayu.
Orang Melayu dah tak menghargai lagi apa UMNO dah buat selama ini.
Sokonglah PKR PAS DAP. Mungkin mereka lebeh terer lagi dapat buat dasar baru untuk tolong orang Melayu.
Beramai-ramailah orang Melayu sokong PKR/PAS/DAP.
Best of luck to the Malays. You are great Malay race. Make no mistake about it. You don't need UMNO anymore. Why should UMNO help you anymore. After all you don't appreciate whatever UMNO have done for the Malays for the past 50 years.Now is the right time to move on and support other parties. That's what the Malays want now. Go ahead. JUST DO IT.
Tak payahlah hendak hentam UMNO habis-habisan lagi. It is sickening !!!.
Pergilah jauh-jauh dari UMNO. UMNO dah MATI. Melayu jangan berpaut lagi kepada UMNO.Tak ada gunanya UMNO melayan kerenah orang Melayu. Tak ada hasil. Melayu sudah bijak clever dan tidak lagi bodoh stupid. Melayu dah boleh berfikir. Melayu dah tak payah dimanjakan lagi. Ayoh! apa tunggu lagi lebeh baik UMNO terus ditalkinkan. Apa tunggu lagi.
Go, go, go !!
The International Trade and Industry Ministry and other ministries need to adopt an integrated approach to woo more investors in the tourism, medical and education sectors in the country, said its minister Datuk Mustapa Mohamed.
comment:
Yang penting sekarang kerajaan mesti tegas memperbetulkan suasana politik yang dah tak stabil dan bercelaru akibat perbuatan parti pembangkang yang dajal kalau hendak meningkat pelaburan masuk ke negara kita.
Selagi masaalah politik dalaman negara tidak menentu segala usaha untuk menarik pelaburan tidak akan berkesan walaupun berbagai cara kerajaan membuat rancangan bersepadu untuk melibatkan semua Kementerian berkaitan.
Post a Comment