Wednesday, August 15, 2007

Perkembangan Terbaru
Isu Blog Palsu Hamizi

Datuk: Nampaknya hamba Allah tu dah memenuhi kehendak saya, iaitu memadam gambar, komen, nama dan blog barunya yang menggunakan nama saya. Saya tidak akan membuat laporan polis sebab sudah berjanji dengannya jika dia melaksanakan kehendak saya selewat-lewatnya hari rabu. Walaupun saya masih ada bukti "screen capture" sebelum dia delete blog dan komen tersebut, janji tetap janji. Terima kasih atas sokongan semua dalam isu ini. – Hamizi, 1.02 pagi, Rabu, 15 Ogos 2007.

5 comments:

haji said...

Maaf Dr Chua Soi Lek, saya tak terima permohonan maaf Wee Meng Cheeyang telah mempersendakan raja, bangsa melayu dan islam.

Mengapa Dr Chua menjadi alat kepada Wee? Adakah ini pendirian MCA terhadap orang Melayu, Islam dan raja?

Apakah semangat ini diterapkan dalam pendidikan di sekolah cina?Memperlekehkan raja, islam dan negara?

Saya sebagai orang islam, melayu yang taat setia kepada raja dan negara tidak menerima kemaafan budak ini. Saya sudah mengakses dan menonton beberapa kali, jelas beliau memang berniat untuk mempersendakan lagu negaraku serta Islam, raja dan bangsa Melayu kerana di akhir babak itu dia menulis "jangan saman saya, saya tak ada duit". Satu perbuatan yang disengajakan dgan niat mencetuskan api perkauman!

Kepada Menteri Dalam Negeri,Menteri Luar dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, saya mahu dilucutkan taraf kewarganegaraan wee atas dasar menghina raja, islam dan negara serta menggugat kesetabilan dan perpaduan kaum. Sila ambil tindakan!

haji said...

Tahniah kerana kamu sudah memenanginya Hamizi. Teruskan agenda sdr dan kami dahagakan kebenaran.

Kuda Kepang said...

Tuan Haji. Terima kasih.

Saya sengaja izinkan komen Haji mengnai budak tu dalam KK untuk tatapan semua supaya kita dapat mengambil iktibar daripadanya.

Salam takzim.

Hamizi said...

datuk...

saya berasa terharu dengan seruan baginda Sultan Selangor bahawa sambutan hari kebangsaan tidak harus dipolitikkan...

Pada posting datuk, bertarikh 7 Julai 2007 bertajuk: Kibarkanlah Bendera Johor, saya ada komen sebegini...
___________________________________

Hamizi said...

datuk... biasanya bulan Julai ini saya sudah mula megibarkan jalur gemilang di kereta-kereta saya...

namun tahun ini saya rasa tidak bersemangat seperti tahun-tahun dahulu...

jika dengan mengibarkan jalur gemilang, kerajaan mempolitikkannya... maka saya ingin protes kepada kerajaan dengan tidak mengibarkan jalur gemilang tahun ini...

cintakan negara tidak semestinya dengan mengibarkan bendera sahaja... tetapi dengan menyuarakan pendapat dan pandangan secara terus terang mengenai kelangsungan masa depan negara juga adalah tanda cinta kepada negara...
___________________________________

al-hamdulillah, saya bukan keseorangan berpendapat sedemikian...

Kuda Kepang said...

Hamizi

Terima kasih.

Pada saat dan ketika ini sama-samalah kita berdoa semoga negara kita terselamat daripada sebarang azab dan bencana dalam semua kehidupan rakyat jelata. Saya setuju dengan anda bahawa pengibaran bendera hanya satu daripada aspek patriotisme. Dan, aspek-aspek patriotisme lainnya termasuklah penonjolan keprihatinan kita yang bertrusan terhadap kesejahteraan agama, bangsa dan negara serta pemeliharaan kemerdekaan dan kedaulatannya.

Selamat berjuang.