Saturday, August 25, 2007

Axis Of Supremacy
Berasaskan Melayu?

Oleh Cyber

Saya dapati posting terbaru Datuk mengandungi satu mesej tersirat. Sebab itu saya minta anak-anak merdeka macam saya, memahami maksud posting Datuk dan ambil iktibar daripadanya.

Datuk kata: “Tidak akan sekali-kali saya relakan realiti mekar, segar dan berakar yang wujud daripada mimpi besar ini digolokdagaikan kepada sesiapa, walaupun bila, waktu dan ketikanya.”

Datuk juga kata: “Kalau realiti ini digolokgadaikan, saya akan tetap bangkit untuk mentafsir semula mimpi besar itu. Saya akan bangkit untuk sama-sama merekayasakan semula realiti kemerdekaan dan kedaulatan tanahair yang berlandaskan axis of supremacy dan axis of dominance yang saya warisi sejak zaman berzaman.”

Saya berfikir panjang untuk memahami mesej tersirat di sebalik posting Datuk. Saya tanya kawan-kawan saya, termasuk orang universiti, apa maksud “merekayasakan semula realiti kemerdekaan dan kedaulatan tanahair yang berlandaskan axis of supremacy dan axis of dominance” yang diwarisi sejak zaman berzaman”?

Mereka teragak-agak nak jawab soalan saya. Seorang pakar sejarah pun berkata, Datuk cakap pasal membina semula Malaysia yang merdeka dan berdaulat berteraskan “axis of supremacy” dan “axis of dominance” yang lahir bersama hakikat sejarah negara kita.

Saya tanya pakar sejarah itu, adakah penulis bermaksud yang keagungan dan dominan negara ini perlu berpaksikan sejarah silam bangsa Melayu?

Pakar sejarah itu mengangguk-anggukkan kepala sambil tersenyum. Katanya: “Rasanya, itulah maksud sipenulis. Beliau mahu Malaysia dibina semula atas asas sejarah silam yang berpaksikan keagungan dan ketuanan Melayu.”

Saya terdiam. Ini boleh disifatkan macam nak jolok sarang tebuan. Apa tidaknya? Masa ni banyak pihak sibuk memperkatakan soal kontrak sosial yang jadi asas Perlembagaan Negara perlu dikaji semula. Datuk pula melontarkan gagasan pemikiran supaya Malaysia dibina semua berasaskan “axis of supremacy” dan “axis of dominance” bangsa Melayu.

Ini soal berat dan serius. Tapi, bila saya fikir dalam-dalam, mungkin gagasan ini boleh diterima akal. Kemerdekaan dan kedaulatan negara kita memang berasaskan kedua-dua “axis” ini. Waktu ni pun ramai kita yang tengah kecoh dan cemas pasal WPI. Kita khuatir kedua-dua “axis” ini macam dah diabaikan oleh pemerintah yang rancang dan laksanakan WPI.

Saya bingung. Macam mana nak merekayasa semula, re-engineer, re-invent, atau bina semula kemerdekaan dan kedaulatan Malaysia hari ini atas asas kedua-dua “axis” yang Datuk maksudkan?

Bolehkah ini dilakukan ikut proses demokrasi? Atau, mungkinkah pembinaan semula ini akan dilakukan ikut mandat monarki (Agong) yang termaktub dalam Fasal 150 Perlembagaan Negara?

Sebab itukah masa ni banyak pihak cakap soal Fasal 150, semangatnya dan mekanismenya? Inikah rahsia Malaysia sebagai sebuah negara yang berasaskan Constitutional Monarchy, tetapi amalkan Parliamentary Democracy?

Saya harap Datuk dapat bantu saya mentafsirkan mimpi Datuk dan realiti yang datuk kata perlu dibina semula “berlandaskan axis of supremacy dan axis of dominance” warisan sejak zaman berzaman. - Cyber

Komen:

Saya siarkan komen Cyber kepada posting terbaru saya berjodol Mentafsir Mesej Sebuah Mimpi, Merekayasa Semula Satu Realiti, supaya ia merintis polemik umum secara ikhlas dan bertanggungjawab.

Ulasan saya tehadap suara hati Cyber adalah seperti berikut:

Saudara Cyber, saya menulis posting terbaru saya ikut kerangka minda yang rindukan era pra-merdeka dan era awal pasca-merdeka. Kesimpulan saya yang anda petik dalam tulisan di atas adalah diwarnai oleh senario semasa.

Saya tidak akan jawab seluruh tanda tanya yang anda bariskan di atas secara menyeluruh. Tapi, pakar sejarah itu mungkin kurang tepat dalam kupasannya terhadap mesej tersirat di sebalik posting saya.

Begitu juga dengan pertanyaan anda mengenai Constitutional Monarchy, Parliamentary Democracy dan Fasal 150 Perlembagaan Negara. Saya akan biarkan sahaja soal itu jadi polemik umum.

Biarkanlah detik, waktu dan keinsafan rakyat jelata menentukannya kelak. Ini kerana detik dan waktu sentiasa beredar dan berkejar-kejaran. Polemik umum juga mungkin boleh mempengaruhi sesuatu tindakan dan kebangkitan.

Akhir sekali, saya tetap mempertahankan kesimpulan saya dalam posting terbaru saya: “Tidak akan sekali-kali saya relakan realiti mekar, segar dan berakar yang wujud daripada mimpi besar ini digolokdagaikan kepada sesiapa, walaupun bila, waktu dan ketikanya. Kalau realiti ini digolokgadaikan, saya akan tetap bangkit untuk mentafsir semula mimpi besar itu. Saya akan bangkit untuk sama-sama merekayasakan semula realiti kemerdekaan dan kedaulatan tanahair yang berlandaskan axis of supremacy dan axis of dominance yang saya warisi sejak zaman berzaman.”

Saya terdiam. Ini boleh disifatkan macam nak jolok sarang tebuan. Apa tidaknya? Masa ni banyak pihak sibuk memperkatakan soal kontrak sosial yang jadi asas Perlembagaan Negara perlu dikaji semula. Datuk pula melontarkan gagasan pemikiran supaya Malaysia dibina semua berasaskan “axis of supremacy” dan “axis of dominance” bangsa Melayu.

Bagaimanapun, apa jua kebangkitan untuk memperbetulkan asas kemerdekaan dan kedaulatan negara ini supaya berlandaskan kepada kedua-dua axis di atas, jika dimungkinkan terjadi, mestilah disesuaikan dengan realiti kepelbagaian yang wujud di sekeliling kita pada hari ini. Maksudnya, walaupun tidak ada pihak yang akan dipinggirkan, dan tidak ada kelompok yang akan dikesampingkan, supremacy dan dominance yang wujud bersama sejarah dan tamadun silam mestilah dipertahan dan diperkasakan dengan tangkas dan tegas. – Ruhanie Ahmad

7 comments:

limado said...

Saya sokong pandangan Cyber dan Datuk. Sudah sampai masa kemerdekaan dan kedaulatan Malaysia berasaskan sejarah dan tamadun Melayu silam dipulih dan diperkasakan.

Harap-harap KGM (Ketua Goblok Malaysia)@Zam Maidin sebagai Menteri RTM buat talk show atau forum pasal ni. Sangat sesuai sebagai program 50 tahun merdeka.

cyber said...

Terima kasih Datuk. Saya tak sangka Datuk sudi poskan komn saya dalam blog.

Saya akan sokong mana-mana pihak yang berjuang nak perkasakan ketuanan dan keagungan Melayu yang disesuaikan dengan Malaysia berbilang keturunan.

Kuda Kepang said...

Limado dan Cyber, terima kasih.

Pandangan saya cuma gagasan orang tua. Terserahlah kepada generasi merdeka merincikannya. Kalau ada pihak nak berjuang menterjemahkan gaqgasan ni, syukur alhamdulillah.

Salam takzim. MERDEKA!!!

politica said...

Pandangan Cyber elok kita jadikan renungan waktu perayaan merdeka ke-50. La ni, negara kita macam dah nak rak. Rasuah gila-gila. Kisah kroni pun sama. PM kita macam hilang taring. Sesetengah menteri bila cakap bikin kita semua macam orang bodoh. Soal Melayu macam dah dilupakan. Rakyat siksa. Graduan tak kerja melambak…

Kuda Kepang said...

Politica

Mudah-mudahan kita semua setuju dengan cadangan anda.

MRDEKA!!!!

Kuda Kepang said...

Saudara Saad

Selamat berkunjung ke blog KK.

Saya ucapkan syabas kerana anda mempunyai ksedaran sedemikian. Lantaran itu, berikanlah sumbangan mana yang terdaya dalam perjuangan menebus maruah bangsa dan kedaulatan negara.

Moga-moga prjuangan itu akan memunculkan fajar gemilang dan menguburkan sejarah gerhana sekian lamanya.

Salam takzim dari saya.

MERDEKA!!!!

Kuda Kepang said...

Saudara Saad:

Komen di atas adalah jawapan kepada komen anda di posting saya yang bertanjuk gurindam jiwa ...
seperti berikut:

Melayu kini, tidak sama dengan Melayu dahulu. Kini nilai kebendaan telah membuatkan Melayu kini lupa perjuangan pejuang-pejuang terulung Melayu dahulu.-3:40 PM

MERDEKA!!!