Tuesday, August 14, 2007

Hamizi Hamdan
Mangsa Blog Palsu

Posting ini saya didedikasikan khas kepada komuniti blogger Malaysia supaya mereka sentiasa berwaspada terhadap permainan kotor sesetengah warga siber tempatan yang bermotif songsang. Ini kerana kebelakangan ini perang siber anjuran pihak-pihak tertentu mula menggunakan identiti dan alamat e-mail seseorang blogger yang sedang mengoperasikan laman blog secara bertanggungjawab untuk mewujudkan beberapa blog baru semata-mata untuk mengkhianati bloggers yang jadi sasaran pihak-pihak terbabit.

Mangsa terbaru taktik ini adalah Saudara Hamizi Hamdan yang kini memiliki tiga blogs berikut:

1.
http://strategikerja.blogspot.com
2. http://angan-angan.blogspot.com
3. http://mba-gsm.blogspot.com

Berikut adalah mesej Hamizi mengenai pemalsuan identiti dan alamat e-mailnya yang dikirimkan kepada saya semalam:

Seorang hamba Allah telah membina sebuah blog dengan meggunakan nama saya sebagai alamat blognya yang dinamakan PENDENDAM. Alamat blog baru itu adalah http://hamizi-hamdan.blogspot.com/hamizi@yahoo.com.

Di dalam blog itu dipaparkan foto saya yang telah didownload dari blog-blog saya sendiri untuk memberikan gambaran seolah-olah blog baru itu adalah milik saya. Hamba Allah tersebut juga menggunakan alamat e-mail
hamizi@yahoo.com sebagai cara menghubungi penulis blog berkenaan.

Penyalahgunaan nama dan gambar saya seperti ini boleh membawa implikasi negatif kepada diri saya jika blog berkenaan memuatkan sebarang bentuk posting mengandungi unsur-unsur hasutan, provokasi atau perkauman. Kandungan blog itu juga berbahaya kepada saya jika memuatkan maklumat-maklumat yang dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi (OSA). Ini semua boleh menyebabkan saya dipersalahkan oleh pihak berkuasa.

Nota: Saya telah rujukkan kes Hamizi kepada Saudara Ahirudin Attan [Rocky Bru) selaku Presiden Allblogs. Ahirudin menasihatkan Hamizi menyiapkan satu maklumat komprehensif untuk dijadikan asas kepada satu laporan polis bagi melindungi Hamizi daripada sebarang kemungkinan sabotaj, penganaiayaan atau apa jua perilaku bermotif jahat oleh pihak yang memalsukan identiti Hamizi menerusi blog baru itu. – Ruhanie Ahmad

4 comments:

Hasrul Halid said...

huh! main kotor! Cyber troopers yang boleh diragui kredibiliti!

Yup! laporan polis adalah yang terbaik!

waterlily said...

Salam
Saya ada terbaca blog tersebut. Saya yang tak berapa pandai IT "bengong" sebentar. Setelah membaca posting terbaru sdr Hamizi baru saya faham. Risau juga -sebab blog saya yang lagi satu tu banyak photo. Ada tak sebarang cadangan mencegah "Manusia Sakit Jiwa" daripada terus bermaharajalela?

Hamizi said...

datuk...

nampaknya hamba Allah tu dah memenuhi kehendak saya iaitu memadam gambar, komen, nama dan blog barunya yang menggunakan nama saya...

saya tidak akan membuat laporan polis sebab sudah berjanji dengannya jika dia melaksanakan kehendak saya tadi selewat-lewatnya hari rabu...

walaupun saya masih ada bukti "screen capture" sebelum dia delete blog dan komen tersebut...

janji tetap janji...

p/s: terima kasih atas sokongan semua dalam isu ini...

Kuda Kepang said...

Brother Hasrul, Waterlily dan Hamizi. Terima kasih.

Oleh kerana Hamizi dah ada gentleman agreement dengan hamba Allah tu, kita biarkanlah Hamizi bertindak sewajarnya. Nasihat saya adalah semoga Hamizi menyimpan seluruh bukti yang ada baik-baik demi masa depan yang agak tidak menentu.

Salam takzim.