Friday, August 10, 2007

Adakah Anda Kenal Pemilik
Nombor Telefon 016-3929760?

Saya melibatkan diri sebagai blogger bukan atas dasar cari makan. Sebaliknya, saya berbuat demikian untuk menyumbang serba sedikit peranan dalam memperjuangkan nasib agama, bangsa dan tanah air.

Oleh itu, saya tidak gentar menerima ugutan, ancaman atau apa jua bentuk tindakan yang mungkin dikenakan ke atas diri saya, waimah dianaiya atau dilenyapkan oleh mana-mana pihak yang tidak menyenangi perjuangan mempertahankan kedaulatan negara, menjunjung kebenaran serta menegakkan keadilan.

Sepatah kata orang tua-tua: patah sayap bertongkat paruh, namun tetap terbang jua; berani kerana benar, takut kerana salah; biar putih tulang, jangan putih mata; demi kedaulatan negara, pantang undur menyerah kalah.

Bagaimanapun, saya dididik untuk sentiasa memandang serius sebarang ancaman atau ugutan yang boleh menjejaskan kesejahteraan keluarga, masyarakat, negara dan bangsa.

Lantaran itu saya memutuskan untuk membuat laporan polis berkaitan ancaman yang saya terima pada 1 Ogos 2007. Saya mengambil keputusan ini setelah meneliti seluruh buah fikiran dan nasihat anda mengenainya. Saya juga mengambil keputusan ini setelah mendapatkan nasihat daripada dua orang peguam serta seorang pakar keselamatan mengenainya.

Tindakan ini akan saya lakukan demi kesejahteraan seluruh bloggers Malaysia, keluarga saya dan diri sendiri. Laporan polis ini akan saya buat sebagai satu langkah pro-aktif, pre-emtif dan preventif terhadap sebarang kemungkinan yang boleh terjadi pada bila-bila masa ke atas komuniti bloggers Malaysia dan keluarga masing-masing.

Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah mengirimkan posting mengenai ancaman “bloggers will be put to sleep” yang saya poskan dalam blog ini dan disiarkan juga dalam portal berita www.malaysia-today.net. Pandangan serta nasihat anda semua amat saya hargai dan sanjung tinggi.

Untuk makluman anda semua, nombor telefon yang telah digunakan untuk mengirimkan SMS ugutan kepada saya pada 1 Ogos 2007 adalah +6016-3929760. Kandungan SMS ancaman menerusi nombor telefon ini akan saya poskan di sini setelah saya membuat laporan polis. – Ruhanie Ahmad

16 comments:

The Eugenist said...

Salam Tok..

Sy hrp Tok jangan gentar dan jangan bimbang yer tok?

Tok, dah periksa dengan DIGI tentang pengguna nombor tersebut?

Apa yang penting, laporan dah dibuat. Banyak2 berdoa ya Tok?

HESMEL FAZNEE FAISAL

A Voice said...

I will walk with you.

haji said...

Negara kita ada undang-undang. Kedaulatan undang-undanglah membuat kita rakyat Malaysia di bumi bertuah ini dapat hidup aman dan harmoni.

Tindakan datuk memang bijak dan di puji.

Salam hormat. Maaf masih belum dapat mengirim emel ke datuk walaupun datuk dah bagi emel adress. Agak sibuk datuk, ramai orang minta pertolongan. Wassalam

Hasrul Halid said...

Dato,
Saya peminat No 1 kumpulan Muzik Metal Melayu - AMUK! Ada satu lagu yang saya sangat-sangat hafal.. heh! Antara bait-baitnya...

Kecil besar bukanlah pengukur,
Yang penting kau berani 'mati bertempur',
Kalau 'helang' boleh jatuh 'tersungkur',
Inikan pula kau ku anggap kan burung 'tekukur'!


Heh! Rasanya boleh diaplikasikan pada si pengirim SMS tu kot tok!

Yeah! Yeah!

cakapsiang said...

YBhg Datuk Ron,
berani kerana benar, takut kerana salah. Tiada kematian yang lebih baik dari mati ketika berada dilandasan kebenaran. Syabas Datuk..!

malaysia said...

Negara kita bukan negara mafia, jadi dato' kenalah bertindak, walaupun saya tidak sebulu dengan dato' tapi saya sokong dato' (dalam perkara ini sahajalah), semuga dato' dipihak yang benar. Benar bukan untuk apa, tapi untuk kebebasan bersuara.

Saya fikir pengirim itu dalam ketakutan, itupun dah kira okelah! Biarlah dio rasa!

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil said...

Teruskan perjuangan, berani kerana kebenaran, jangan undur walau selangkah...

Khairul Faizi Ahmad Kamil
http://minda-kembara.blogspot.com/

Hamizi said...

selamat berjaya datuk...

p/s: saja nak bagi pengumuman... saya ada menulis satu posting pasal kawan kita "malaysia" kat blog saya...

hang pun aku jemput "malaysia" tolong potong reben... pasal ni cerita kau... hahaha...

AFRAR YUNUS said...

salam datuk
nak bagi semangat ni:

bukan dedak sebarang dedak
Dedak seberang laut jati
bukan budak sebarang budak
budak ini berani mati.

kepada penghantar sms tu datuk"

bunga lalang berikat benang
bungkus mari dengan kain
rimau diam nampak senang
jangan tepuk nak buat main

Amde Sidik said...

I don't quite believe it!
see me too at
http://amdesidikjournal.blogspot.com/

Azhar said...

Dear Datuk,

If you have a police report made, you can take that police report to Digi and get them to trace the owner of that phone number for you. If the phone is active, they can even locate it.

Hope this helps. All the best and take care.

Hamizi said...

pengumuman:

si "malaysia" telah menggunakan nama dan gambar saya di dalam blog terbarunya atas dasar balas dendam terhadap posting saya tentang dirinya...

jika anda terjumpa komen daripadanya, silakan tanpa segan-silu untuk membelasah kerana itu bukan saya...

syeikhryz said...

SALAM DATO..JGN GENTR.TERUSKAN PERJUANGAN!.

Kuda Kepang said...

The Eugenist, A Voice, Haji, Hasrul, Cakapsiang, Malaysia, Khairul Faizi, Hamizi, Afrar Yunus, Amde Sidik, Azhar dan Syeikhryz.

Terima kasih atas kata-kata pendorong semangat, pantun dan puisi. Saya hargai buah fikiran dan nasihat anda semua.

Semalam saya telah buat laporan di balai Polis Kajang. Presiden Allblogs, Saudara Ahirudin Attan, bersama-sama mengiringi saya. Pihak polis memberikan kerjasama yang sepebuhnya kepada saya.

Pokoknya, pada ketika ini kita mesti sentiasa berwaspada. Posting terbaru saya mengenai Hamizi wajar dijadikan iktibar.

Kita tidak boleh berkompromi dengan apa jua bentuk ancaman atau ugutan. Jangan sekali-kali kita izinkan perjuangan kita yang sukarela dan bertanggungjawab demi agama, bangsa dan negara ini diganggu-gugat oleh mana-mana pihak yang rasa terganggu dan tergugat dengan wujudnya kebenaran.

Salam takzim, salam perjuangan dan selamat maju jaya daripada saya.

cikgulan said...

SALAM DATO
SEBENARNYA SAYA BUKANLAH PEMINAT POLITIK UMNO TAPI SETELAH SAYA MEMBACA SETIAP BLOG YANG DITULIS OLEH DATO SAYA TABIK DAN ANGKAT TANGAN KERANA MEREKA TELAH KEHILANGAN SATU MUTIARA .TERUSKAN USAHA DATO DAN PASTI MEREKA YANG TERLIBAT DALAM UGUTAN DATO TIDAK AKAN SENANG DUDUK..HIDUP DATO

Kuda Kepang said...

Cikgu Lan,

Selamat berkunjung ke KK dan trima kasih.

Salam takzim daripada saya.