Friday, August 31, 2007

Melayu Tidak Pernah Dijajah

Blogger Azlan

Maaf jika saya berfikiran luar daripada kotak dalam blog ini. Walaupun begitu, saya inginkan agar minda bangsa kita terus dimajukan agar tidak mudah diperdaya.

Menjelang 50 tahun kemerdekaan, saya tidak lagi mengangapnya sebagai detik bangsa kita bebas daripada belenggu penjajah. Mungkin disebabkan oleh propaganda yang terlalu sangat tentang kemerdekaan ini membuat saya berfikir adakah benar bangsa kita telah dijajah pada masa dahulu? Saya kira ini adalah lebih patriotik.

Cerita-cerita sejarah yang saya ketahui serba sedikit ketika zaman persekolahan mengingatkan saya tentang watak-watak penting bangsa kita. Mereka berjuang. Berjuang untuk apa? menuntut kemerdekaan Tanah Melayu (TM) daripada Inggeris? Atau mereka sememangnya sedar dan tahu bahawa mereka adalah bangsa yang merdeka dan berkuasa di tanah air sendiri, lantas mereka berjuang mempertahankan kemerdekaan dan daripada tipu daya bangsa asing.

Bagi saya perjuangan Dato' Onn dan kesatuan-kesatuan Melayu lain pada masa itu adalah lebih suci daripada memerdekakan TM. Adakah mereka mahu mengaku bahawa mereka adalah bangsa yang pernah dijajah dan berbangga dengan laungan kemerdekaan sedangkan mereka adalah pejuang-pejuang yang tahu mereka adalah bangsa yang sedia merdeka.

Saya semakin bosan dan gusar apabila melihat bangsa kita semakin lupa erti perjuangan Dato' Maharaja Lela. Mereka tidak pernah mengaku dijajah dan tidak rela sekali-kali dijajah. Tipu helah bangsa asing dan kelemahan bangsa Melayu pada ketika itu yang menjadikan bangsa kita hampir tergadai dan terjajah. Namun akhirnya, muncul beberapa tokoh yang bijak dan sedar akan tipu daya ini bertindak menyedarkan bagsa agar bangkit menunjukkan kuasa.

Persoalannya adakah bangsa kita pernah dijajah? Apa erti merdeka sekarang? Merdeka yang sering kita laungkan? Mungkin inilah juga agenda bangsa asing untuk melemahkan bangsa kita sekali lagi dan agenda ini juga boleh diulang semula oleh sesiapa jua untuk melemahkan generasi kita hari ini.

Bagi saya, adalah manis dan bermakna jika jasa dan pengorbanan pejuang bangsa dahulu diingati sebagai mereka yang berjaya mempertahankan kesucian dan kemerdekaan TM daripada bangsa asing.

Mungkin orang akan berkata bahawa saya tidak berpijak dibumi yang nyata dan malu mengaku bahawa bangsa kita pernah dijajah. Namun saya tetap berpandangan bahawa bangsa Melayu telah sedia merdeka sejak dahulu lagi.

Tanggal 31 Ogos 1957 sepatutnya menjadi detik kejayaan bangsa kita menunjukkan siapa lebih berkuasa di TM dan akhirnya berjaya mengusir bangsa asing daripada TM. Bukan menjadi detik TM merdeka atau bebas daripada penjajah. Jika kita tukar cara berfikir dan memandang sejarah daripada sudut yang mendatangkan kebaikan yang lebih besar kepada bangsa kita itu adalah lebih baik.

Jika ini kita hayati maka kita akan menjadi bangsa yang tahu bahawa kita adalah bangsa yang kuat. Bukan bangsa yang pernah dijajah dan tiap kali menjelang detik 31 Ogos kita mengulangnya dan meraikannya sebagai memperingatinya sebagai detik bangsa kita berjaya membebaskan TM daripada penjajah dan menceritakan kelemahan bangsa sendiri kepada semua.

Apa ertinya semua itu? Apakah salah jika kita menyatakan sebaliknya. Seorang tokoh pejuang bangsa yang tulin pasti tidak akan bersetuju jika kita menyatakan bahawa kita telah dijajah. Mungkin mereka lebih rela jika dikatakan mati kerana berjuang mengekalkan kemerdekaan.

Mungkin Dato' Onn bersetuju dengan pandangan saya jika beliau masih hidup.

Sesungguhnya sangatlah berbeza makna istilah berjuang mempertahankan kemerdekaan daripada istilah berjuang memerdekakan TM.

Saya adalah sama dengan semua rakyat Malaysia yang hidup pada hari ini. Bezanya saya mengingati sejarah lepas sebagai kejayaan bangsa saya menunjukkan bahawa mereka adalah bangsa yang kuat dan berkuasa di tanah air sendiri.

Saya dan semua rakyat Malaysia hari ini adalah bangsa yang merdeka sejak dahulu lagi..fikir bahawa kita bukan bangsa yang terjajah tetapi kita adalah bangsa yang cuba dijajah dan berjaya melepaskan diri daripada dijajah dan dapat menjaga maruah dan nilai bangsa sendiri.

Kita juga adalah bangsa yang kuat dan berani mempertahankan tanah air daripada ancaman kuasa-kuasa yang cuba menjajah kekayaan dan kemakmuran negara kita pada hari ini juga yang cuba menindas kita.

Namun dimanakah kekuatan itu sekarang?? Sayang hilang kerana kita sering dilemahkan oleh propaganda yang sering menyatakan bahawa kita adalah bangsa yang lemah dan pernah dijajah.. Moga akan lahir jelmaan Dato' Onn dan pejuang-pejuang bangsa mempertahankan kesucian bangsa dan tanah air daripada tipu daya mereka yang gilakan harta, pangkat dan nama.

Harap dapat siarkan pandangan saya ini bagi mengembalikan kekuatan bangsa Melayu.
Nota: Saya siarkan komen di atas supaya seluruh orang Melayu mengambil iktibar daripada pemikiran seorang anak muda yang mengambil pendekatan berfikir di luar kotak. Baca dan hayatilah komen tersebut dan fikirkanlah mesej untuk kita semua yang tersirat di sebaliknya. - Ruhanie Ahmad

4 comments:

cyber said...

Saya cedok posting Datuk dalam puteramaya dan poskan di sini sebab saya nak surfers lain baca dan faham maksudnya.

Saya sependapat dengan Azlan. Hari ni saya dengar ada juga pegawai-pegawai muda Melayu yang dah lupa daratan. Orang macam ni mudah dimanipulasi oleh musuh macam Temasek dari Singapura.

Saya harap anak-anak muda macam ni insaf jangan gadaikan bangsa dan negara kerana nak kaut harta dan nama.

Anak Merdeka Berjiwa Hamba?

Negara kita dan rakyat jelatanya tidak pernah dijajah. Begitulah pendapat “di luar kotak” oleh seorang blogger muda bernama Azlan. Pendapat itu saya poskan ke blog http://www.kuda-kepang.blogspot.com/ hari ini.

Oleh itu, kata Azlan, 31 Ogos 1957 adalah tarikh mercu kekuatan bangsa kita mengusir anasir-anasir asing, khususnya Inggeris, yang menggunakan segala tipu muslihatnya untuk menjajah tanahair kita yang memang sentiasa merdeka.

Lantaran itu, Azlan mengajak kita menyifatkan perayaan 31 Ogos pada setiap tahun sebagai perayaan untuk menginsafkan kita semua bahawa kita adalah bangsa yang, kuat, gagah, perkasa dan bijaksana.

Sekaligus, perayaan tahunan ini wajarlah dijadikan acara membaharui azam dan cita-cita nasional supaya kita jadi lebih kuat, lebih gagah, lebih perkasa dan lebih bijaksana dalam menangani globalisasi dunia.

Pendapat seperti ini cukup segar dan amat memberangsangkan. Tetapi, ia hanya akan jadi satu hakikat jitu yang boleh diterima masyarakat umum sekiranya disokong oleh kajian empirikal oleh para sarjana bangsa yang berjiwa merdeka.

Tetapi, kalaulah provokasi minda oleh Azlan ini kita terima kebenarannya, adakah kita kini sedang berada dalam kerangka zaman di mana usaha penjajahan asing di negara kita memang sentiasa berterusan?

Benarkah sesetengah inisiatif penjajahan kini dijelmakan di negara kita menerusi kemasukan modal dan kepakaran asing? Contohnya, seperti sebuah syarikat pengurusan Singapura yang kini didakwa sedang mengusir dan meminggirkan usahawan Bumiputra daripada berniaga di Suria KLCC? Contohnya, seperti syarikat pengurusan Singapura yang kini didakwa sebagai mendiskriminasikan bumiputera daripada mendapatkan jawatan-jawatan ekskutif di sebuah hotel besar di sekitar KLCC?

Siapakah yang bertanggungjawab atau bersubahat dengan bentuk penjajahan seperti ini? Adakah mereka dari kalangan anak bangsa yang berjiwa hamba? Adakah mereka dari kelompok anak bangsa yang dijajah sikap dan pemikirannya? Besarkah bilangan anak bangsa seperti ini?

Sudah merebak luaskah penjajahan modal dan kepakaran seperti ini? Benarkah penjajahan seperti ini juga sudah menawan sestengah organisasi korporat milik negara? Inikah angkara sesetengah anak merdeka yang berjiwa hamba di negara kita yang tidak pernah dijajah? – Ruhanie Ahmad

broken arrow said...

Never an iota in my mind to feel I ever been conquered! Even though in reality it was, but just for those who are with weaker heart and minds celebrates the so called Independence day. I’m mot denying the fact that we’d been ruled by many foreigner, but enough is enough !.Why can’t we just remember it but not celebrating it. Just to think of it makes me sick.We should looking forward instead of the past.
I wonder why it never came across our minds that every time we celebrate the day of 31st August the Imperialist Great Britain will always smile and say” There you see, they still remember us as their former master”
So let it be written, so let it be done ………Malays not born to serve, never live in fear………..

limado said...

Bravo Azlan. We need more "out of th box" views like yours.

What are we supposed to do now? Get rid of corrupt leaders from the government? If we can't do it tru elections, can Agong use his special powers to fight corruptions in our country? Can we have a Royal Anti-Corruption Agency?

Kuda Kepang said...

Cyber, Broken Arrow, Limado

Harap layari Malaysia Today. Di sana anda akan ketemui komen-komen yang juga "out of the box" terhadap pandangan Azlan.

Baca dan dalami komen-komen itu supaya anda dapat ukur sejauh mana pandangan Azlan diterima oleh masyarakat umum.

Salam perjuangan.
Daulat Tuanku!!!
Merdeka!!!