Monday, September 10, 2007

Tun Mahathir Sarapan Roti Canai

Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan kehendaknya jua Tun Dr Mahathir Mohamad kini semakin cergas dan bertambah pulih.

Hari ini, Tun Mahathir bersarapan seperti seorang yang sudah sihat sepenuhnya. Beliau menikmati roti canai .

Bagaimanapun beliau akan terus menjalani terepi secara intensif di ICU IJN Kuala Lumpur. – Ruhanie Ahmad

MEDIA STATEMENT

Institut Jantung Negara, 10 September 2007: YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad continues to make steady progress into his sixth-day of post-bypass surgery at Institut Jantung Negara.

Today, Tun Dr Mahathir started consuming a full, normal breakfast of roti canai and high-energy milk.

After breakfast he had a full shower and was taken on a gentle ambulation around the bed. He will continue with intensive physiotherapy.

Tun Dr Mahathir continues to be warded at the Intensive Care Unit.
Bom Jangka Dah Mula Meledak?

Pada Khamis, 6 Septembar 2007, saya membuat satu posting dengan satu persoalan: Benarkah Kita Sedang Duduk Di Atas Sebutir “Bom Jangka”?

Posting itu telah menerima pelbagai reaksi. Ada yang berasa insaf. Dan, tidak kurang juga yang bersikap sinis sehingga berkata kononnya saya cuba menggunakan posting itu untuk memprovokasi situasi keselamatan negara.

Kini apa yang dah terjadi? Apa yang dah terjadi di Batu Buruk, Kuala Terengganu? Kenapakah sehingga polis perlu gunakan peluru hidup untuk meleraikan suatu perhimpunan yang didakwa tidak mempunyai permit? Di manakah letaknya kebijaksanaan dan di manakah nilainya kewarasan dalam konteks ini?

Apa yang berlaku di Kuala Terengganu adalah di luar kemampuan sesiapa untuk menganlisisnya secara menyeluruh. Lebih-lbih lagi bila maklumat mengenai keadaan sebenarnya sudah mula dimanipulasikan. Lebih-lebih lagi bila media alternatif sahaja yang kelihatannya jadi lidah kebenaran untuk rakyat jelata.

Dan, mulai hari ini, kejadian di Kuala Terengganu itu sudah mula diberikan satu perspektif baru hanya menerusi satu persoalan yang penuh emosi dan mempunyai racial undertone yang amat berbahaya.

Persoalannya adalah: kenapakah pihak keselamatan boleh berlembut dan bersabar dengan apa yang berlaku di sebuah ladang babi di Melaka baru-baru ini, tetapi seolah-olah tidak menghargai nyawa rakyat jelata bila berhadapan dengan apa yang tercetus di Batu Buruk?

Bacalah sendiri seluruh link di bawah ini dan buatlah kesimpulan peribadi terhadap apakah kemungkinan yang akan menyusul selepas ini. Dan, mungkinkah tidak lama lagi kita akan dilanda “bom jangka” yang lebih parah dan berbahaya ledakannya?

http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=9660&Itemid=85

http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=9655&Itemid=28

http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=9652&Itemid=28

http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=9647&Itemid=28

http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=8016

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=284137
Link tambahan:

http://klpos.com/klpos/index.php?option=com_content&task=view&id=1071&Itemid=49

http://klpos.com/klpos/index.php?option=com_content&task=view&id=1077&Itemid=49

http://klpos.com/klpos/index.php?option=com_content&task=view&id=1073&Itemid=49

http://klpos.com/klpos/index.php?option=com_content&task=view&id=1072&Itemid=49

http://klpos.com/klpos/index.php?option=com_content&task=view&id=1070&Itemid=49


Akhir kata, salahkah kalau saya meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, supaya insaf bahawa keselamatan negara bukan hanya membabitkan soal harta benda serta penderitaan dan kelaparan rakyat jelata, bila keselamatan juga amat penting untuk mempastikan kelangsungan, kedaulatan dan kemerdekaan negara?

Dan, salahkah bila saya berkata bahawa pihak berkuasa mesti prihatin terhadap keselamatan negara dalam konteks yang seluas-luasnya, meliputi kesan, impak dan implikasinya kepada soal perpaduan dan ketahanan nasional serta kelangsungan, kedaulatan dan kemerdekaan tanahair? – Ruhanie Ahmad

Sunday, September 09, 2007

Dua Cedera Parah
Ditembak Polis Di Batu Buruk
[Akhbar Siasah]

KUALA TERENGGANU, 9 Sept: Dua cedera parah ditembak peluru hidup oleh polis manakala berpuluh-puluh cedera dalam pertempuran antara orang ramai dan polis di Batu Buruk petang dan malam semalam.

Dua yang terkena peluru hidup polis itu masih dalam wad pembedahan Hospital Kuala Terengganu.

Kecederaan berlaku di pihak orang awam dan juga polis manakala berbelas-belas telah ditahan sehingga kini termasuklah wartawan TVPAS.

Wartawan TVPAS, Suhaimi Taib sehingga kini masih ditahan polis.

Antara pemimpin PAS yang turun ditahan adalah bekas anggota Parlimen Kuala Nerus, Mohd Shukrimun.

Pertempuran berlaku ekoran tindakan merobohkan pentas yang dibuat untuk majlis ceramah anjuran Bersih oleh polis dan pihak berkuasa tempatan.

Ketegangan berlaku sejak petang lagi apabila sekatan dibuat ke arah tempat majlis ceramah yang hendak dianjurkan itu.

Di Kuala Lumpur, PAS akan mengadakan mesyuarat khas mengenainya jam 3 petang ini.

http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=8016

Friday, September 07, 2007

Raja Berkedudukan Amat Istimewa
Di hati Rakyat Dahagakan Pembelaan

Blogger DASA

Di bawah ini saya siarkan komen Blogger Dasa terhadap posting saya di www.puteramalaysia.blogspot.com bertajuk Raja-Raja Adalah Bahagian Penting Negara, Tegas Raja Nazrin. – Ruhanie Ahmad

Kelangsungan institusi raja sesebuah negara amat berkait-rapat dengan kemampuannya untuk “membaca” suasana semasa dan seterusnya menyesuaikan diri menerusi tindakan-tindakan yang perlu. Peneraju institusi raja yang prihatin kepada apa jua perkembangan yang berlaku kepada negara dan rakyat tidak akan teragak-agak menzahirkan pandangannya kepada pihak yang terlibat secara langsung tetapi terhormat.

Di bumi bernama Malaysia, institusi raja mempunyai ruang untuk memastikan negara benar-benar ditadbir secara sewajarnya dari masa ke semasa kerana rakyat hanya berpeluang “menghakimi” kerajaan selepas beberapa tahun iaitu menerusi pilihanraya umum. Kenyataan sesetengah pihak bahawa institusi raja di negara ini adalah simbol semata-mata merupakan satu penghinaan kepada raja-raja. Ianya umpama menyamakan institusi raja dengan objek yang tidak bernyawa seperti bendera dan tugu.

Raja-raja sesungguhnya berada di kedudukan yang amat istimewa bukan sahaja dari segi Perlembagaan malah di hati sanubari rakyat yang dahagakan keadilan dan pembelaan. Apatah lagi sekiranya raja-raja terdiri daripada insan-insan berkeperibadian mulia, berpendidikan tinggi, berpandangan jauh dan yang sentiasa memahami jiwa serta hasrat rakyat kebanyakan.

Dalam keadaan di mana negara ditadbir secara lemah dan diserapi unsur-unsur tidak sihat, hanya satu tempat yang ada untuk rakyat mengadu dan menyandarkan harapan mereka iaitu institusi raja sebagai pemulih keadaan. Tanpa institusi raja yang berfungsi dengan berkesan, masa depan negara dan rakyat umum akan mempunyai laluan yang kelam dan berduri.

Daulat Tuanku!

– Dasa, 7.47 PM, 6 September 2007 7:47 PM
Abdullah Dan Khairy
Integriti Dan Harakiri (2)

Betulkan Integriti Diri:
Rakyat Perlu Tanam Tekad
Agar Setiap Rancangan Bawa Kebaikan

PUTRAJAYA 6 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengajak rakyat agar menanam tekad untuk membetulkan integriti diri masing-masing supaya setiap yang dirancang akan membawa kebaikan.

Menurut Perdana Menteri, ini termasuk melakukan muhasabah diri dengan bertanyakan soalan mengenai apa yang betul dan apa yang salah dalam setiap perkara yang dilakukan.

‘‘Yang bantah dan yang menyeleweng semuanya berpunca dari diri kita sendiri, sedangkan peraturan yang banyak itu adalah untuk memperkuat dan memperbetulkan manusia, semua itu termasuk pindaan undang-undang dan peraturan adalah untuk menjadikan kita orang baik,” katanya semasa menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Integriti 2007 di sini hari ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0907&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Komen daripada Dasa:

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tidak ramai pemimpin tertinggi negara mempunyai kelayakan moral untuk bercakap mengenai integriti. Tidak bersikap jujur kepada rakyat dan tidak menunaikan janji yang dibuat sewaktu pilihanraya umum lalu adalah bukti nyata bahawa mereka amat jahil dengan konsep integriti yang dilaung-laungkan. – Dasa

Untuk posting sepenuhnya sila layari blog puteramaya di:

www.puteramalaysia.blogspot.com
Abdullah Dan Khairy
Integriti Dan Harakiri

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, hari ini mengeluarkan satu kenyataan yang cukup hebat, iaitu mengenai soal integriti dan harakiri.

Kenyataan ini seharusnya menggembirakan seluruh rakyat jelata Malaysia yang segolongannya mempunyai persepsi bahawa kepimpinan negara kini sedang dilanda krisis integriti dan kredibiliti.

Katanya, di negara Jepun contohnya, orang sangat takut dimalukan dan dengan itu mereka akan mengambil segala langkah agar tidak dimalukan oleh sesiapa.

"Malah di Jepun mereka sanggup melakukan apa sahaja supaya tidak malu atau gagal melakukan sesuatu tugas dengan betul. Jika malu, mereka tidak berfikir dua kali untuk melakukan 'harakiri' (bunuh diri).

Untuk posting sepenuhnya sila layari:

www.puteramalaysia.blogspot.com
ATM Disaran Kemaskinikan
Strategi Tangkis Ancaman Luar

Saya poskan di bawah ini sedutan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, mengenai pentingnya ATM mewujudkan strategi menangkis ancaman luar.

Titah Baginda ini amat tepat dan sangat sesuai pada masanya. Terutama sekali bila Baginda menegaskan bahawa "ancaman kepada negara bukan sahaja datang dalam bentuk pencerobohan ketenteraan, malah ia boleh (tiba) dalam bentuk komunikasi, sosial dan kebudayaan."

Menurut Bernama, dengan mengambil beberapa contoh kehancuran beberapa buah negara yang terlalu bergantung dengan kuasa luar, Baginda juga menegaskan bahawa perkara itu perlu dijadikan pengajaran, agar rakyat tidak cuai dan lalai dalam memperjuangkan kadaulatan negara.

Titah Baginda sepenuhnya boleh diakses menerusi link di bawah ini:
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=283324

Titah di atas membuktikan bahawa Baginda amat prihatin terhadap kesejahteraan rakyat jelata dan kedaulatan negara. Ini juga membuktikan Baginda memahami sepenuhnyua situasi sebenar di sekeliling kita pada hari ini.

Moga-moga titah sedemikian membolehkan Malaysia diselamatkan daripada pelbagai bentuk ancaman luar yang juga datang menerusi strategi ekonomi, perdagangan dan juga “underworld” atau kumpulan penjenayah. Daulat Tuanku! – Ruhanie Ahmad

Thursday, September 06, 2007

Tun Mahathir Makin Pulih
Dan Sudah Boleh Berbual

KUALA LUMPUR, 6 September 2007: Keadaan kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) Selasa lalu, menunjukkan perkembangan yang cukup memberangsangkan, dan beliau kini boleh bernafas dengan sediri tanpa bantuan alat sokongan pernafasan.

IJN dalam satu kenyataan hari ini berkata sejak pukul 2.10 petang semalam, bekas Perdana Menteri itu sudah bernafas dengan sendiri tanpa alat sokongan pernafasan, dan beliau sedar sepenuhnya, peka, dan boleh berbual dengan anggota keluarganya.

"Beliau kini menjalani fisioterapi intensif bagi mengoptimakan fungsi pernafasannya.

"Mahathir juga ada melakukan senaman ringan bahagian tangan dan kakinya. Petunjuk penting berhubung kesihatannya kekal stabil.

"Bagaimanapun bekas Perdana Menteri itu akan tetap ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pengawasan berterusan," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata Dr Mahathir sudah memulakan diet cecair sejak pagi ini, dan menambah bahawa selepas pemantauan rapi oleh para doktor dan juru rawat selama 48 jam, IJN berpuas hati dengan perkembangannya.

Bagaimanapun pelawatnya masih dihadkan kepada anggota keluarga yang terdekat sahaja.

Dipetik daripada Bernama
Desas-Desus Wang RM840 Juta
Dari Singapura Kepada UMNO?

Di bawah ini adalah satu desas-desus politik yang menggemparkan. Ia membabitkan kisah kononnya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah memperolehi “wang pendahuluan” sebanyak RM840 juta daripada Singapura untuk “membeli sokongan” anggota Kabinet Malaysia dan ahli Majlis Tertinggi UMNO supaya tidak memujuk Tun Dr. Mahathir Mohamad menukar keputusannya bersara daripada politik dan kerajaan pada akhir 2002.

Desas-desus ini saya cedok daripada tulisan Raja Petra Kamarudin (RPK), dalam ruangan The Corridors Of Power, Malaysia Today, 3 September 2007. Dengan tajuk Fact Or Fancy?, RPK menghuraikan desas-desus yang mendakwa kononnya pada suku akhir 2002, Singapura telah memberikan wang sejumlah RM840 juta kepada Khairy Jamaluddin.

Kata desas-desus itu, Khairy kemudiannya dikatakan menyerahkan wang RM840 juta itu kepada Tun Khalil Yaacob selaku Setiausaha Agung UMNO pada ketika itu. Kononnya, wang itu adalah untuk “membeli” seluruh anggota kabinet Malaysia dan ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

Untuk kisah selanjutnya sila layari www.puteramalaysia.blogspot.com
Benarkah Kita Sedang Duduk
Di Atas Sebutir “Bom Jangka”?

Ini bukan kenyataan momokan. Ini hakikat mutakhir di Malaysia. Samseng sudah mula berani mengancam para pegawai penguatkuasa undang-undang. Kongsi gelap Singapura sudah menguasai Johor Bahru. Segolongan penternak babi di Melaka bertindak kurang ajar kepada kakitangan kerajaan. Tiga pemuda Melayu mati akibat serangan di malam sambutan ambang merdeka ke-50 tahun.

Lantaran itu, memang tepat pada masanya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, membuat kenyataan bahawa keselamatan negara merupakan syarat yang amat penting jika Malaysia ingin mengekalkan tahap kemajuan dan pembangunannya pada masa depan.

Abdullah telah dipetik oleh Bernama 4 September 2007 sebagai berkata bahawa "negara yang tidak aman dan selamat tidak akan dapat dimajukan. Kita tidak menghadapi semua itu kerana kita telah fahami betapa pentingnya keamanan negara bukan sahaja dari segi keselamatan dan ancaman pada diri dan harta tetapi juga dari segi penderitaan dan kelaparan."

Kata Abdullah lagi, kerajaan Malaysia sejak kemerdekaan negara 50 tahun lalu, telah berjaya menghindari penderitaan dan kelaparan kerana usaha gigih, dan "perjuangan ini akan tetap diteruskan".

Kenyataan penuh Abdullah boleh diakses menerusi link: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=282872

Saya gembira membaca kenyataan Abdullah seperti di atas. Saya juga setuju bahawa keselamatan negara memang pra-syarat yang amat penting kepada kemajuan negara.

Tapi, Abdullah perlu insaf bahawa keselamatan bukan hanya membabitkan soal harta benda serta penderitaan dan kelaparan rakyat jelata. Keselamatan juga amat penting untuk mempastikan kelangsungan, kedaulatan dan kemerdekaan negara.

Oleh itu, pihak berkuasa mesti prihatin terhadap keselamatan negara dalam konteks yang seluas-luasnya, meliputi kesan, impak dan implikasinya kepada soal perpaduan dan ketahanan nasional serta kelangsungan, kedaulatan dan kemerdekaan tanahair.

Keprihatinan ini penting kerana hari ini sudah mula terdengar banyak desas-desus yang mengatakan bahawa beberapa anasir asing sudah menyusup dan beroperasi di negara kita.

Anasir asing yang dimaksudkan adalah anggota kongsi gelap daripada Singapura dan juga segolongan perisik asing yang juga didakwa sebagai berpangkalan di selatan.

Sebab itulah ada diantara kita yang mula tertanya-tanya, benarkah bahawa sekumpulan anggota Mossad, badan perisikan Israel, kini sudah mula masuk ke Malaysia?

Benarkah anggota Mossad ini dikatakan masuk ke negara kita dengan bilangan yang agak besar, dengan menggunakan dokumen perjalanan yang dikeluarkan oleh sebuah negara jiran tertentu kita? Tidakkah perkembangan seperti ini, jika benar, amat membimbangkan kita semua?

Pada waktu yang sama, kebelakangan ini elemen kongsi gelap Singapura dikatakan bukan sahaja menguasai dunia jenayah di Johor Bahru, malahan didakwa sebagai sudah bertapak di beberapa negeri di Semenanjung serta beberapa lokasi di Sarawak.

Apakah motif elemen kongsi gelap ini? Adakah semata-mata kerana mereka mahu mengembangkan “perniagaan jenayah” mereka di Malaysia?

Tidak mungkinkah mereka juga merupakan satu daripada pelbagai komponen strategi halus ala sun-tze yang sedang diperjuangkan oleh sebuah jiran tertentu untuk menghuru-harakan Malaysia, bila tiba waktunya dan bila didapati sesuai ketikanya?

Contohnya, pada malam sambutan ambang 50 tahun kemerdekaan baru-baru ini, tiga pemuda Melayu) – satu di Kuala Lumpur dan dua di Pulau Pinang – telah mati dibunuh. Angkara siapakah pembunuhan itu? Angkara pergaduhan sesama sendiri? Angkara provokasi samseng dan penjenayah? Samseng dan penjenayah daripada manakah mereka? Samseng dan penjenayah lokal atau regional?

Benarkah ketiga-tiga peristiwa itu cuma satu kejadian yang terasing atau “isolated”? Tidak mungkinkah ini juga permainan oleh samseng dan kongsi gelap yang datang daripada sebuah jiran tertentu untuk mencetuskan kekacauan di Malaysia yang selama ini aman dan damai?

Begitu juga dengan pasukan polis kita. Benarkah dakwaan bahawa pasukan polis kita kini memang sedang diadu-dombakan oleh segelintir kuasa kongsi gelap yang bertapak daripada sebuah negara jiran tertentu?

Benarkah Ketua Polis Negara kini dikatakan sedang dalam dilema? Betulkah beliau dikatakan sedang berusaha keras untuk merombak pasukannya yang kini dipercayai sudah mula dikompromikan oleh kepentingan sesetengah kuasa kongsi gelap?

Benarkah juga desas-desus yang mengatakan bahawa kini ada pula sesetengah individu berkuasa yang cuba menggagalkan usaha KPN seperti di atas? Benarkah individu terbabit adalah salah seorang berkuasa yang sudah dikuasai oleh sekumpulan pembesar kongsi gelap?

Persoalan-persoalan di atas memerlukan perincian serius oleh pihak berkuasa yang prihatin terhadap keselamatan negara. Jangan sorok sampah sarap, daki dan keladak ke bawah permaidani. Tindakan seperti ini, kalau dilakukakan, adalah berbahaya.

Persoalan seperti di atas wajar dikaji secara segera, ikhlas dan bijaksana. Lebih-lebih lagi bila kebelakangan ini sudah ada beberapa pihak umum yang mula bertanya secara sinis: adakah kita sedang duduk di atas sehelai permaidani yang beralaskan “bom jangka” di bawahnya? – Ruhanie Ahmad

Wednesday, September 05, 2007

Para Doktor Pakar Gembira
Dengan Perkembangan TDM

Para doktor pakar yang mengawasi Tun Dr Mahathir Mohamad sesudah pembedahan di IJN gembira dengan perkembangan kesihatan beliau seperti yang dijangkakan.

Kini TDM dalam keadaan stabil. Bagaimanapun beliau masih lagi berada di dalam tempoh pengawasan di wad ICU di IJN.

Lantaran itu teruskanlah doa kita kepada Allah SWT semoga TDM segera sembuh dan pulih seperti sediakala.

Media Statement:

Institut Jantung Negara, 5 September, 2007: YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad remains stable following close overnight observation by doctors and nurses at the Intensive Care Unit of Institut Jantung Negara.

Doctors are happy with his rate of progress which is as expected in post-bypass surgery. All his vital parameters, thus far, are also stable as anticipated.

Tun Dr Mahathir is still however, within the crucial intensive observation period and will continue to be warded at the ICU.
Sumpah Merdeka

didetik saat dan ketika ini
jiwa parah semerah api
meledak jutaan bara derita
warga kota dan anak desa
yang sekian lama ikrar setia
junjung panji sumpah merdeka

warga pilu merintih sedih
menanti kasih bersalut buih
menuntut janji di hujung sepi
lautan mimpi tiada bertepi
malam suram mentari jingga
siang sengsara bulan gerhana
dipukau sihir iblis perdana
di ruang legar persada kuasa

bara derita meledak angkasa
jiwa parah memancur darah
warga kota dan anak desa
bangkit menggema suara massa
mengibar panji menuntut bela
iblis perdana dilenyap kuasanya
mentari jingga dan bulan gerhana
dihancur lulurkan di ruang maya

malam hilang rona suramnya
siang hilang pancar ngerinya
warga kota dan anak desa
menghias tugu di pinggir istana
merah biru putih dan kuning
mewarna sumpah anak pertiwi
hidup merdeka sepanjang usia
daulat negara sepanjang hayat

Ruhanie Ahmad
1 September 2007
Fasa Pertama Berjaya
Kini Tumpuan Terhadap Fasa Kedua
Kata Mukhriz

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- "Fasa pertama (pembedahan) berjaya dilepasi, kini perhatian kami pada fasa kedua iaitu tempoh pemulihan Tun (Mahathir) selepas pembedahan. Kami harap semuanya lancar dan selamat".

Ini merupakan harapan Datuk Mukhriz Mahathir, anak kelima bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, 81, yang selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) hari Selasa.

Mukhriz, yang juga Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Pemuda Umno berkata doktor memberi tempoh 48 jam untuk Dr Mahathir sedar dan melepasi keadaan kritikal.

"Tempoh pemulihan ini merupakan 'lifeline' bagi ayah, kerana apa-apa boleh berlaku dalam tempoh ini. Jadi kami perlu banyak berdoa dan memberikan jagaan serta perhatian khas kepada beliau untuk lulus ujian kedua ini.

"Doktor beritahu keadaan ayah kini stabil dan denyutan jantung dan nadi adalah normal. Tun boleh sedar bila-bila masa dan kita akan beritahu media perkembangan dari masa ke masa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Institut Jantung Negara (IJN) Selasa malam.

Mukhriz, 43, berkata ibunya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali amat berterima kasih kepada setiap rakyat Malaysia yang mendoakan agar pembedahan itu berjaya.

Beliau berkata Dr Siti Hasmah juga tersentuh dengan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan e-mel yang diterima daripada pelbagai lapisan masyarakat.

"Beliau amat gembira ketika saya menunjukkan kepadanya SMS dan e-mel itu. Keluarga kami berterima kasih kepada setiap pihak kerana memberikan perhatian," katanya.

Beliau berkata doktor tidak membenarkan sesiapapun melawat Dr Mahathir dalam tempoh terdekat kerana Dr Mahathir perlu banyak berehat.

Ini merupakan pembedahan pintasan jantung kali kedua bagi Dr Mahathir selepas yang pertama pada 24 Jan 1989 di Hospital Kuala Lumpur.

-- BERNAMA

Gagasan Satria

nusa bangsa dilanda bencana
diterjah angkara insan durjana
anai-anai merayap-merayap
dalam senyap menggerak sayap
nakhoda sasau dipukau silau
pancaran kilau fatamorgana
pertiwi sedih gundah gulana
meratapi nasib bumi merdeka
yang digolok-gadai jiwa raganya
dan diinjak-injak darjat daulatnya

di satu belantara rimba rahsia
satria merangka gagasan massa
mentakrif mimpi di kaki senja
mentafsir wasiat pejuang purba
serapah mentera wira perkasa
jadi lalintar penyula angkasa
pencak silat Laksamana Tuah
jadi azimat semangat gagah

menderap tapak dengan Bismillah
satria meredah gunung dan lurah
pantang undur menyerah kalah
titah disanjung kalimah dijunjung
badan dan nyawa galang gantinya
jiwa dan raga mahar sumpahnya
bertongkat paruh mendaki bukit
menongkah arus berakit-rakit
umat durjana ditumpas ganasnya
rayap-rayap dicabut sayapnya
bulan gerhana dirobek suramnya
kesucian agama dipulih syiarnya
makhota bangsa digilap auranya
maruah bangsa ditebus daulatnya

sesudah azan meratib detik
fajar terbit gilang gemilang
embun syahdu menyegar rindu
para satria mengibar panji
membenteng kota memagar desa
kalimah jaya mewarna suasana

para satria melaksana dasar
berpaksi sejarah ketuanan bangsa
yang suci abadi hemah budinya
para pujangga melarik madah
wawasan musalman bersendi Quran
memansuh kilauan fatamorgana
meruntuh luruh citra kayangan

dengan ikatan sumpah pertiwi
dengan tekad semangat jati
kalimah disanjung tanpa derhaka
titah dijunjung penuh setia
satria mengabdi raga dan nyawa
mengikis sikap dan jiwa hamba
memperkasa daya citra merdeka
di setiap dada tua dan muda

warga massa bersimfoni riang
anak-anak berdendang sayang
muda remaja menggapai bintang
petani girang tandang ke bendang
nelayan gembira dialun gelombang
menjulang gagasan nusa merdeka
karya satria belentara rahsia
barisan panglima tidak bernama


Ruhanie Ahmad
31 Ogos 2007

Tuesday, September 04, 2007

04 September, 2007 18:29 PM

Tun Dr Mahathir Stabil
Selepas Pembedahan Lima Jam


KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kini dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan pintasan jantung selama lima jam di Institut Jantung Negara di sini hari ini, kata anaknya, Datin Paduka Marina Mahathir.

Beliau dalam keadaan baik dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, kata Marina.

"Kami berasa amat lega semuanya berjalan lancar," katanya kepada pemberita di lobi IJN.

-- Bernama
MEDIA STATEMENT

Institut Jantung Negara, 4 September... YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad has successfully undergone coronary bypass surgery at the Institut Jantung Negara (IJN) today.

Currently Tun Dr Mahathir is warded at the Intensive Care Unit of the IJN where his condition will be observed for the next few days as is routine in post-bypass surgery. The next 48-hours is the crucial period in his post operative care and hence he will be under close observation in Intensive Care Unit by a team of doctors and nurses. Overnight, he will be fully sedated.

Earlier, Tun Dr Mahathir was taken into the Operation Theatre Complex at 8.45am where immediate family members were allowed to see him before he was brought into the Operating Theatre. The operation commenced at 9.40am and was completed at 3.05pm. He was transferred to the Intensive Care Unit at 3.30pm.

Doctors are happy that the procedure progressed as anticipated and his vital parameters thus far are stable.

Tun Dr Mahathir was operated on by a panel of surgeons led by Tan Sri Dr Yahya Awang. The other members of the surgical team are Chief of Cardiothoracic Surgery of the Mayo Clinic, Prof Dr Hartzell Schaff, Dato Dr Rozali Wathooth, Dato Dr Azhari Yakub, Dato Dr Venugopal Balchand and Dr Mohamed Ezani Mohd Taib.

The anaesthetic team led by Dato Dr Mohd Hassan Mohd Ariff included Dr Sharifah Suraya Syed Tahir, Dato Dr Syed Abdul Aziz Syed Zain and Dr Nor Azlina Abdul Jalil.

The panel of doctors is headed by IJN’s Medical Director, YBhg Dato Seri Dr. Robaayah Zambahari and includes consultant nephrologists Dato Dr Zaki Morad Mohd Zaher, Dr Ghazali Ahmad and consultant gastroenterologist, Dr S Ganeshanathan.

Tun Dr Mahathir had been admitted to Institut Jantung Negara on Sunday for the elective coronary bypass surgery.

IJN will continue to issue updates as and when there is significant change in Tun Dr Mahathir’s condition. Doctors have also advised against Tun Dr Mahathir receiving visitors apart from immediate family members.
Pembedahan Dr Mahathir Bermula 9.30 Pagi

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara di sini pada 9.30 pagi ini.

Pembedahan yang dilakukan oleh satu pasukan diketuai Tan Sri Dr Yahya Awang dijangka mengambil masa antara empat dan enam jam, kata pegawai khas beliau, Sufi Yusoff, kepada Bernama.

"Dr Mahathir dibawa masuk ke bilik pembedahan pada 9 pagi," katanya.

Ini merupakan kali kedua, Dr Mahathir, 81, menjalani pembedahan serupa. Kali pertama ialah pada 24 Jan 1989 di Hospital Kuala Lumpur ekoran satu serangan jantung.

Anak Dr Mahathir, Datin Paduka Marina, dalam blognya, "RantingsbyMM", berkata pasukan pembedahan itu dibantu oleh Dr Hartzell Schaff, ketua pakar bedah jantung di Mayo Clinic di Amerika Syarikat.

"Dr Schaff telah menjalankan beberapa pembedahan dengan Tan Sri Yahya di IJN sebelum ini," kata Marina.

-- LAGI
Johor Dilanda Banjir Sekali Lagi

JOHOR BAHARU, 3 September 2007: Seramai 627 orang melibatkan 103 keluarga di Taman Pontian Jaya, Batu 34, Jalan Pontian-Batu Pahat dekat Pontian dipindahkan ke pusat pemindahan secara berperingkat petang ini berikutan rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian ketika dihubungi di sini hari ini berkata, kesemua mangsa mula dipindahkan sejak pukul 3 petang ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Menengah Batu 34 selepas rumah mereka yang terletak di kawasan rendah ditenggelami air kira-kira 0.3 meter akibat hujan lebat sejak semalam.

Jurucakap itu berkata, keadaan di Pontian kini masih hujan dan lebih ramai keluarga mungkin dipindahkan sekiranya hujan belum reda.

Katanya, bagaimanapun sehingga pukul 6 petang tadi tiada sebarang kemalangan ataupun kes lemas dilaporkan dan semua laluan di sekitar Pontian juga masih dibuka untuk semua kenderaan.

- Bernama

Dikirimkan oleh Pemerhati pada 3.36 pagi, 4 Septembr 2007.
Doa Buat Tun Mahathir

Mulai jam 8.00 pagi, 4 Septmber 2007, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjalani pembedahan coronary bypass di IJN Kuala Lumpur.

Pembedahan itu akan dilakukan oleh anak-anak Malaysia yang memang pakar dan mempunyai rekod cemerlang di bidang tersebut. Ini bermakna kita tidak harus meragui kepakaran mereka.

Bagaimanapun, segala-galanya tetap berada dalam kekuasaan Allah SWT jua. Lagi pun TDM sudah berusia 82 tahun. Jadi kebimbangan tetap sentiasa menggamit jiwa kita semua.

Oleh itu, marilah sama-sama kita memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT semoga TDM akan sentiasa menerima perlindunganNya dan kembali pulih seperti sediakala selepas pembedahan tersebut. – Ruhanie Ahmad

Monday, September 03, 2007

Anak Merdeka Berjiwa Hamba (3)

Restoran Kelantan Delights, satu-satunya restoran masakan Melayu yang telah beroperasi selama 10 tahun di Suria KLCC, Kuala Lumpur, terpaksa menamatkan riwayat perniagaannya mulai 23hb Ogos 2007. Keputusan penutupan itu dipercayai dibuat oleh Pengurusi Eksekutif Suria KLCC dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, seorang warga Australia bernama Brian Andrew.

Kabarnya keadaan di Alamanda Putrajaya yang juga diuruskan Suria KLCC, tidak banyak berbeza dengan apa yang sedang berlaku di Menara Kembar Petronas. Ini kerana Ketua Pegawai Eksekutif Alamanda adalah isteri kepada Brian Andrew, iaitu Lisa Words. Apakah tidak aneh isteri boleh dilantik sebagai boss anak syarikat di mana suaminya menjadi ketua?

Difahamkan bahawa Suria KLCC diuruskan oleh sebuah syarikat pengurusan daripada Singapura. Adakah ini benar? Mengapa jadi begini? Inikah satu daripada bukti bahawa di era merdeka ini pun masih ada orang Melayu yang berjiwa hamba di mana dagang lalu ditanakkan, kera di hutan disusukan, ayam di kepok mati kelaparan, itik di air mati kehausan sedangkan anak di rumah sendiri mati kebuluran?

Apa akan kerajaan lakukan untuk membetulkan keadaan ini dan untuk mengikis jiwa abdi seperti yang berlaku di Suria KLCC ini? Mengapakah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tidak tunjuk keprihatinan terhadap kes-kes seperti ini? Atau, mungkinkah rakyat jelata sendiri yang terpaksa memilih cara terbaik untuk melaksanakan sesuatu corrective measures terhadap kepincangan seperti ini?

Untuk membaca artikel sepenuhnya sila layari

www.puteramalaysia.blogspot.com
Tun Dr Mahathir Akan Jalani
Pembedahan Coronary Bypass

Saya paparkan di bawah ini satu kenyataan penuh daripada Institut Jantung Negara (IJN) mengenai mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang akan menjalani pembedahan coronary bypass di IJN Selasa ini.

TDM akan menjalani pembedahan tersebut di bawah seliaan satu panel pakar jantung diketuai oleh Dato’ Seri Dr. Robaayah Zambahari selaku Pengarah Perubatan IJN. Pakar Jantung, Tan Sri Dr Yahya Awang, yang bertanggungjawab melaksanakan pembedahan pertama ke atas TDM pada 1989 akan mengetuai pembadahan yang sama kali ini.

Sementara itu, satu upacara sembahyang hajat mendoakan keselamatan TDM yang menjalani pemdedahan esok, akan diadakan di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur, selepas Isyak malam ini, 3 September 2007. Rakyat jelata yang prihatin disilakan menyertai majlis berkenaan.

Sama-samalah dia berdoa semoga Allah SWT akan memberikan keselamatan kepada TDM yang telah banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Insya Allah. – Ruhanie Ahmad

MEDIA STATEMENT
FOR IMMEDIATE RELEASE

Institut Jantung Negara, 3 September - YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad was admitted to Institut Jantung Negara yesterday (Sunday, September 2, 2007). This is in preparation for an elective coronary bypass surgery.

The surgery will take place tomorrow, Tuesday, September 4, 2007 at IJN.

This is Tun Dr Mahathir's second coronary bypass. The first was done in 1989.

Tun Dr Mahathir will be attended to by a panel of doctors headed by YBhg Dato Seri Dr. Robaayah Zambahari, IJN’s Medical Director. YBhg Tan Sri Dr Yahya Awang who was the cardiac surgeon responsible for performing the first cardiac coronary bypass on Tun Dr Mahathir will be heading the surgery team.

Doctors have advised against Tun Dr Mahathir receiving any visitors with the exception of immediate family members.

For media enquiries please contact Sufi Yusoff @ +60122088601