Tuesday, August 26, 2008

PERMATANG PAUH: KEPADA ALLAH BERSERAH

Setelah berhempas pulas berkempen sejak 16 Ogos 2008, seluruh parti yang bertanding dalam PRK Permatang Pauh menanti keputusannya petang ini dengan penuh debaran.

Persoalannya, siapa akan menang dan siapa akan kecundang?

Jika seluruh propaganda TV dan media perdana sepanjang tempoh berkempen diambilkira, PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kecundang dan tergelempang. Itupun jika para pengundi merelakan diri masing-masing dipengaruhi oleh segala-galanya!

Kalau realiti di peringkat akar umbi dijadikan indikator, BN dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (bukannya calon BN) yang akan tewas dan terbongkang. Itupun jika para pengundi terus menyemarakkan tsunami politik yang meledak sejak PRU 12.

Bagaimanapun, beberapa sahabat yang non-partisan dan berada di Permatang Pauh hingga lewat malam ini, memberitahu blog ini bahawa suasana nampaknya memihak kepada Anwar.

Adakah ini benar? Bagaimana jika kisah pengundi hantu yang dihuraikan oleh blogger Politica baru-baru ini memang benar-benar berlaku?

Begitulah hakikatnya PRK Permatang Pauh. Ia akan tercatit dalam sejarah sebagai PRK yang sengit dan berwarna-warni. Hingga ke saat akhir, keputusannya amat sukar untuk diramalkan.

Biarpun demikian, mustahilkah keputusan PRK ini penuh dengan kejutan yang akan jadi noktah kepada politik Anwar ataupun Abdullah? Hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui segala-galanya. Kepada Allah Berserah! – Ruhanie Ahmad

Monday, August 25, 2008

BILA ABDULLAH NAK BERSUMPAH?

Saya nak minta seluruh rakyat Malaysia desak Abdullah Badawi, Imam Islam Hadhari, bersumpah di mana-mana yang dia suka bahawa dirinya tidak dikongkong oleh segelintir ahli keluarganya sendiri.

Acara bersumpah ini mestilah disiarkan secara langsung oleh TV Malaysia dan antarabangsa. - http://politica-net.blogspot.com/2008/08/bila-abdullah-nak-bersumpah.html

TENGKU MAHKOTA MAHU ULAMA TAMPIL JELASKAN ISU MUBAHALAH

KUANTAN 25 Ogos – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu golongan ulama tampil segera memberikan penjelasan berlandaskan al-Quran dan hadis berhubung isu bersumpah secara mubahalah.

Baginda bertitah, langkah itu perlu bagi menghilangkan segala kekeliruan yang timbul di kalangan umat Islam berhubung isu sumpah tersebut.

Tegas baginda, penjelasan tersebut perlu mengikut ajaran Islam sebenar tanpa menyebelahi mana-mana pihak terutama parti politik.- Utusan, 25/08/2008 3:37 pm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0825&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_16.htm

INFO MENGENAI RAMLANG PORIGI – IMAM YANG JADI SAKSI SAIFUL BERSUMPAH

Komen di bawah ini adalah kiriman seorang surfer yang menggelarkan dirinya sebagai Si Pahu.

Saya telah lakukan apa yang dicadangkan oleh Si Pahu dengan menyemak nombor kad pengenalan Roslan Porigi di talian SPR dan mendapati butir-butir berikut:

Kad Pengenalan: 790726125445
Nama: Roslan Bin Porigi
Tahun Lahir: 1979
Jantina : Lelaki
Lokaliti: 044/12/005 – Pondok Penanti MK 20
Daerah Mengundi: 044/12/06 Penanti
DUN: 044/12- Penanti
Parlimen: 044 – Permatang Pauh
Negeri: Pulau Pinang
Pusat Mengundi: Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkuang
Saluran: 3
Masa Mengundi: 0800 pagi – 0500 petang
No Siri: 944

Komen di bawah ini mengandungi maklumat yang jelas. Saya paparkan di sini supaya kita sama-sama mencari kebenarannya. – Ruhanie Ahmad.

SI PAHU said: Assalammualaikum Dato dan teman-teman blog ini.

Apa dah jadi apabila agama sendiri dipersenda-sendakan kerana politik. Dulu semasa saya masih kecil, saya pernah merujuk kepada ustaz saya. Sekiranya saya membuat sumpah palsu, apa yang perlu saya lakukan. Maka ustaz itu menjawab seperti yang tertulis di dalam Al-Qur'an, saya perlu membayar denda iaitu dengan berpuasa selama 3 hari.

Sekarang kita renungkan sumber yang saya baru perolehi ini untuk dikongsikan bersama:

RAMLANG PORIGI nihlah yang dikatakan IMAM MASJID WILAYAH tuh..... tapi, bila dicheck dalam laman web MASJID WILAYAH, dia bukan IMAM pun..... apa2 pun, kita tengok, sekejap aje, dibongkar.

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini mengotakan janjinya untuk bersumpah laknat (mubahalah) mengikut syariat Islam bagi membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pada pukul 6.25 petang, Mohd. Saiful, 23, melafazkan sumpah itu disaksikan oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim dan salah seorang imam masjid itu, Ramlang Porigi

"Jawatan Sebenarnya Ramlang bin Porigi Pembantu Hal Ehwal Islam Talian Terus :03 62018780 ext :158 Senarai Imam yang sebenar dari masjid wilayah 1 . Tn. Hj. Abdul Malek bin Salleh Imam Besar Talian Terus :03 – 62018780 ext :137

Ramlang Porigi - Ahli Pemuda UMNO No Keahlian 03405843. Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga. Beliau adalah ahli Pemuda UMNO Cawangan Seri Machang di dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan Kod keahlian 03405843. Tidak menghairankan kepada semua kini, bagaimana pantas "imam" ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak, sebagai tidak mengikuti kaedah yang diajarkan oleh Islam

RAMLANG PORIGI, PENGUNDI BERDAFTAR DI PERMATANG PAUH???? SECARA KEBETULAN KE??? Kad Pengenalan : 790726-12-5443 Nama : Ramlang bin Porigi. Tarikh Lahir : 26 Jul 1979. Jantina : Lelaki. Lokaliti : 044 / 12 / 06 / 005 - Pondok Penanti MK 20. Daerah Mengundi : 044 / 12 / 06 - Penanti DUN :044 / 12 / - Penanti Parlimen : 044 - Permatang Pauh Negeri : Pulau Pinang.

Mari kita cuba semak no KP (790726125443) di
http://daftarj.spr.gov.my/permatangpauhNEW/prayakecil.aspx atau klik di sini SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI PERMATANG PAUH.

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an, al- Hujurat 49:6 ). - 2:52 AM

PAK SAMAD DI ICU

Sahabat blogger Rockybru dan Jejak Pujangga mengirimkan berita Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri A Samad Ismail, 84 tahun, kini berada di wad ICU di Hospital Pantai, Kuala Lumpur.

Menurut mereka, keadaan Pak Samad adalah kritikal tetapi stabil.

Sama-samalah kita doakan semoga tokoh wartawan yang pernah jadi pejuang UMNO di Singapura ini akan selamat dan pulih seperti sediakala.

Nota: Pak Samad adalah antara tokoh yang mendidik saya supaya jadi berani menegakkan kebenaran. Saya terhutang budi kepadanya atas segala bimbingan dan ilmu penulisan yang yang beliau berikan kepada saya. Saya sekeluarga turut mendoakan semoga Pak Samad cepat sembuh dan panjang umur. - Ruhanie Ahmad

Sunday, August 24, 2008

SUMPAH DAN SUMPAH-SUMPAH

Politica

Kisah manusia bersumpah kini hebat dan menarik. Semalam, Najib pun dah bersumpah. Mengapa tiba-tiba je TPM kita bersumpah? Nak ikut trend anak muda yang bersumpah baru-baru ni? Nak kutuk Anwar Ibrahim yang kononnya tak berani bersumpah? Nak paksa Khairy supaya bersumpah? Atau, nak paksa Abdullah Badawi turut bersumpah atas macam-macam hal mengenai dirinya dan keluarganya?

Masa kecil-kecil dulu emak saya marah kalau saya bersumpah yang saya tidak itu atau saya tidak ini. Katanya, kalau salah, cakap salah. Kalau tidak, cakap tidak. Berani kerana benar, takut kerana salah. Buat apa nak sumpah itu dan sumpah ini? Pasal kita bersalah? Pasal nak kena makan sumpah? Pasal nak jadi sumpah-sumpah?

Tau tak apa dia sumpah-sumpah? Tu, binatang jenis cicak yang pandai terbang tu! Binatang ni boleh tukar warna sekujur badannya. Kalau dia hinggap di rimbunan daun hijau, warna badannya jadi hijau. Kalau dia sedang merambat di batang kayu, warna badannya macam warna batang kayu. Kalau dia di atas tanah, warna badannya ikut warna tanah.

Kenapa macam tu? Sebab binatang ni nak hidup, nak selamatkan nyawa dia dari dibunuh oleh mana-mana pihak yang nak bunuh dia - binatang liar lain ke, anak-anak nakal yang hanya nak bunuh dia cara suka-suka ke, orang yang dengki dia ke!! Macam-macam sebabnya. Pokoknya, sumpah-sumpah begitu feelnya pasal dia nak hidup.

Jadi, kalau sapa nak bersumpah demi Allah, bersumpahlah. Itu hak masing-masing. Kita kena hormat. Tapi, jangan jadi macam mengkarung atau sumpah-sumpah yang tukar warna badannya semata-mata kerana nak hidup!!! - Posted by politica at 2:58 AM , Sunday, August 24, 2008

PERDANA MENTERI AKAN TELITI MEMORANDUM HINDRAF

BUKIT MERTAJAM, 23 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan meneliti dan membincangkan memorandum 18 perkara yang disampaikan kepadanya oleh Hindu Rights Action Force (Hindraf) di sini hari ini.

Hindraf, sebuah pertubuhan tidak berdaftar gabungan 30 badan bukan kerajaan kaum India, antara lain menuntut pembebasan lebih 100 orang kaum India yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di beberapa kem tahanan di negara ini.

Ini termasuk pembebasan empat penasihat undang-undangnya iaitu P. Uthayakumar, M. Manoharan, R. Kengadharan, dan V. Ganabatirau, beserta penyelars kumpulan itu, T. Vasanthakumar, yang ditahan mengikut Seksyen 8 (1) ISA kerana menggugat ketenteraman awam berikutan perhimpunan haram Hindraf di Kuala Lumpur pada 25 Nov, 2007.

Kelima-lima mereka kini ditahan di Kem Tahanan Kamunting, Perak sejak 13 Dis, 2007.

Abdullah berkata demikian semasa berucap pada majlis sembahyang masyarakat India di Kuil Karumariamman, Seberang Jaya di sini.

Lagi: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=354761

Nota: Ingat tak Hindraf? Organisasi ini pernah tuduh UMNO lakukan pembersihan etnik - kaum India - di Malaysia. Ia juga pernah hantar petition kepada badan-badan antarabangsa untuk memburuk-burukkan negara.

Tapi, pasal mahukan undi, semua boleh jadi? – Ruhanie Ahmad

Saturday, August 23, 2008

NAJIB BERSUMPAH TIDAK KENAL DAN TIADA KAITAN DENGAN ALTANTUYA

BUKIT MERTAJAM, 22 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak bersumpah secara Islam di Masjid Jamek Guar Perahu dekat sini malam ini bahawa beliau tidak kenal dan tidak ada kaitan dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh pada 2006 di Puncak Alam, Selangor.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata: "Walaupun ini bukan sumpah rasmi yang dibuat atas Al-Quran.

"Dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak kenal dan tidak ada kaitan dengan perempuan Mongolia," katanya pada akhir ucapannya di majlis penyampaian bantuan RM1.4 juta di Masjid Jamek Guar Perahu dekat sini.

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=354593

SEBAR POSTER “KABINET BABI” TAKTIK DESPERADO

Saya cukup meluat dengan BN yang main kotor macam kerja edarkan poster fitnah. Kepada saya, ini satu lagi taktik BN yang desperado - edar senarai “kabinet babi”. Taktik ni pernah digunakan oleh BN semasa PRK DUN Parit Raja, Batu Pahat, Johor, di akhir 1980-an. Waktu tu yang kena lanyak teruk Tengku Razaleigh Hamzah selaku Presiden Parti Semangat 46.

Dipetik daripada: http://politica-net.blogspot.com

Friday, August 22, 2008

RUMAH RAJA PETRA DIGELEDAH - AKUAN BERSUMPAH

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Polis hari ini menggeledah rumah pengendali dan editor laman blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin bagi mendapatkan beberapa dokumen berkaitan perakuan bersumpah yang dibuat seorang doktor Hospital Pusrawi, Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid.

Sepasukan polis yang menyerbu kediaman Raja Petra di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini kira-kira pukul 8 pagi ini, turut merampas sebuah komputer bimbit, alat pengimbas dan beberapa dokumen yang diyakini dapat membantu siasatan. - Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0822&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_11.htm

PESTA HANTU DI PERMATANG PAUH

Petang tadi saya dah mula dengar perancangan yang tak sedap pasal PRK ni. Ikut tuan yang empunya cerita, pengundi hantu hampir pasti akan menghantui Anwar di Permatang Pauh.

Hantu-hantu ini bukannya jenis import. Tapi hantu made-in-Malaysia. Hantu-hantu ni jenis special, jenis elit, jenis hantu setia yang tak makan tuan.

Ikut congak dan kiraan taukenya, kalau semua hantu-hantu ni diberikan ancak ayam golek dan pulut kunyit yang secukupnya, mereka pasti akan menggila habis di Permatang Pauh.

Hantu-hantu ni akan pastikan Anwar tergolek, tergelempang dan terkejang-kejang sampai tak ada satu bomoh pun boleh pulihkan dia.

Dan bila peti undi dibuka pada 26 Ogos 2008, Abdullah Badawi pasti akan senyum lebar, Najib Razak tentu akan happy gila, Jeanne pun turut terkinja-kinja… BN diumumkan menang dengan majoriti 500-600 undi!!!

– dipetik daripada http://politica-net.blogspot.com

Wednesday, August 20, 2008

PRK PERMATANG PAUH: SAPA MENANG SAPA KECUNDANG?

Dalam posting semalam saya huraikan serba sedikit latarbelakang, secebis realiti semasa dan beberapa persoalan strategik yang menyelubungi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Hari ini saya paparkan sebahagian hasil daripada satu poll yang diusahakan oleh Merdeka Center mengenai Barisan Nasional (BN), UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Pakatan Rakyat (PR) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai latarbelakang tambahan kepada PRK tersebut.

Hasil poll tersebut yang sepenuhnya boleh diakses di http://www.merdeka.org/. Methodology dan keputusan poll berkenaan mengenai BN, UMNO, Abdullah, PR dan Anwar adalah seperti berikut.

MERDEKA CENTER
Q2/2008
Peninsula Malaysia Voter Opinion Poll
4-14 July 2008


Peninsula Voter Opinion Poll, July 2008 - Perspectives on General Direction & The Economy, Barisan Nasional & Leadership Approval, Pakatan Rakyat and Allegations Against Anwar Ibrahim.

Methodology

1030 randomly selected registed voters aged 21+ were interviewed via telephone for the survey

Respondents were selected via random stratified sampling method along the lines of state, ethnicity, gender and age.

Survey was carried out between 4th – 14th July 2008. Survey margin of error estimated at ±3.10%

Important Events: survey was concluded prior to July 16th arrest of Anwar Ibrahim as well as announcements of PAS - UMNO talks

Barisan Nasional & Leadership Approval

Overall, how would you rate your satisfaction of the Barisan Nasional federal government?

8% : Very satisfied
36% : Somewhat satisfied
16% : Very dissatisfied
38% : Somewhat dissatisfied
2% : Don't know

How strongly do you agree or disagree that leaders in the BN government understand what ordinary people are going through?

16% : Strongly agree
34% : Somewhat agree
18% : Strongly disagree
29% : Somewhat disagree
3% : Don't know

How satisfied or dissatisfied are you with the way Abdullah Ahmad Badawi is performing his job as the prime minister?

7% : Very satisfied
35% : Somewhat satisfied
17% : Very dissatisfied
37% : Somewhat dissatisfied
3% : Don't know
1% : No response

How satisfied are you with UMNO as a political party, in reflecting the aspirations and needs of the people in Malaysia?

10% : Very satisfied
26% : Somewhat satisfied
25% : Very dissatisfied
33% : Somewhat dissatisfied
5% : Don't know
1% : No response

Pakatan Rakyat

Overall, how would you rate your satisfaction of the Pakatan Rakyat state governments?

9% : Very satisfied
48% : Somewhat satisfied
13% : Very dissatisfied
19% : Somewhat dissatisfied
10% : Don't know
1% : No response

How strongly are you confident that Barisan Nasional and Pakatan Rakyat will be able to fulfil its election promises?

Barisan Nasional

13% : Very confident
27% : Somewhat confident
19% : Not confident at all
36% : Somewhat not confident
4% : Don't know
1% : No response

Pakatan Rakyat

8% : Very confident
37% : Somewhat confident
15% : Not confident at all
27% : Somewhat not confident
12% : Don't know
1% : No response

Allegations against Anwar Ibrahim

Do you believe in the allegations of sexual misconduct against Anwar Ibrahim?

11% : Believe
55% : Do not believe
26% : Don't know
8% : No response

Do you believe in the allegations of sexual misconduct against Anwar Ibrahim?

Malay

11% : Believe
50% : Do not believe
31% : Don't know
8% : No response

Chinese

11% : Believe
59% : Do not believe
24% : Don't know
6% : No response

Indian

13% : Believe
75% : Do not believe
8% : Don't know
4% : No response

How strongly do you agree or disagree with the view that this is a politically motivated action to disrupt Anwar Ibrahim's political career?

66% : Agree
13% : Disagree
16% : Don't know
5% : No response

How strongly do you agree or disagree with the view that this is a politically motivated action to disrupt Anwar Ibrahim's political career?

Malay

57% : Agree
17% : Disagree
20% : No response
6% : Don't know

Chinese

77% : Agree
6% : Disagree
13% : No response
4% : Don't know

Indian

81% : Agree
11% : Disagree
3% : No response
5% : Don't know

Saya sengaja tidak mengalihbahasakan hasil kajian di atas dalam Bahasa Melayu untuk memelihara ketulenannya.

Memang hasil kajian di atas boleh dipertikaikan oleh mereka yang mahu mempertikaikannya sebagai tidak tepat atau tidak mencerminkan hakikat sebenarnya pada ketika ini. Tetapi, mungkin ia boleh dijadikan indikator kepada realiti, perasaan, hati dan nurani para pengundi di Permatang Pauh mutakhir ini.

Oleh itu, persoalan siapakah yang akan menang atau siapakah yang akan kecundang dalam PRK Permatang Pauh adalah sesuatu yang agak sukar untuk dipastikan secara rambang.

Sebagaimana saya tegaskan semalam, segala-galanya bergantung kepada kebijaksanaan para pengundi menganalisa seluruh latarbelakang, cebisan realiti dan beberapa persoalan strategik yang menyelubungi PRK berkenaan.

Akhir kata, sekali lagi saya tegaskan di sini, semoga semua pihak terbabit dalam PRK ini akan bertindak dengan penuh beretika dan sentiasa berhemah – jangan ada pengkhianatan, jangan ada manipulasi dan jangan ada penipuan. Segala-galanya wajar ditangani secara bijaksana, adil dan saksama. – Ruhanie Ahmad

Tuesday, August 19, 2008

PRK PERMATANG PAUH MENGUJI WIBAWA BN DAN PR DI ERA PASCA PRU 12

Ruhanie Ahmad

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh amat menarik, sungguh penting dan cukup signifiken untuk diikuti oleh majoriti rakyat Malaysia dan segolongan komuniti dunia. Keputusannya akan menjadi indikator, pengukur dan petanda kepada pelbagai perkembangan siasah Malaysia di era pasca PRU 12. Ia juga akan memuktamadkan seluruh persoalan membabitkan kepimpinan tanahair di hari-hari mendatang.

PRK Permatang Pauh adalah pilihan raya yang pertama sesudah Barisan Nasional (BN) dilanda tsunami politik; kehilangan kerajaan negeri di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor; dan memperolehi majoriti yang tipis di peringkat Parlimen menerusi PRU 12 kira-kira lima bulan yang lalu.

PRK ini juga diadakan sewaktu kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan berada dalam keadaan yang cukup lemah; populariti Abdullah dikatakan berada pada tahap yang amat rendah; BN masih lagi berusaha keras memulihkan kegagahannya; UMNO sedang dilanda krisis kepimpinan; rakyat jelata sedang dibelenggu kenaikan kos sara hidup akibat kebaikan harga minyak di pasaran global; dan segelintir pihak tertentu sedang mempertikaikan beberapa perkara strategik dan sensitif yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Seorang daripada tiga calon PRK ini pula adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau pernah mewakili Parlimen Permatang Pauh berpuluh tahun lamanya atas tiket BN. Sewaktu Anwar dalam penjara, Datin Seri Wan Azizah Ismail, isteri Anwar, memenangi kerusi parlimen ini atas tiket PKR menerusi PRU 10 dan PRU 11. Dalam PRU 12, Azizah terus mengekalkan kerusi ini dengan majoriti yang besar.

Insan Malang

Baru-baru ini, Azizah mengosongkan kerusi Permatang Pauh dengan harapan Anwar dapat memenanginya semula dalam PRK kali ini atas tiket PKR, mungkin untuk merealisasikan pelbagai agenda PKR dan Pakatan Rakyat (PR), termasuklah ura-ura PR mahu menubuhkan kerajaan pusat menjelang September 2008.

Bagaimanapun, Anwar hari ini adalah insan yang amat malang. Beliau diselubungi pelbagai kontroversi yang kelihatan muncul secara fokus dan bertubi-tubi. Perkembangan ini menyebabkan Anwar sendiri mendakwa yang dirinya sedang menjadi mangsa suatu konspirasi politik yang amat terancang.

Terbaru sekali, Anwar pula dijebak dengan satu tuduhan yang amat sensasi. Akibatnya, Anwar pun diheret ke mahkamah atas tuduhan tersebut. Tetapi, beliau mengaku tidak bersalah dan diizinkan diikat jamin.

Seluruh realiti dan perkembangan di atas melatarbelakangi PRK Permatang Pauh. Oleh itu, pastinya realiti dan perkembangan berkenaan akan dinilai dan dirincikan oleh para pengundi yang partisan atau pengundi atas pagar di Permatang Pauh. Hasil penilaian dan perincian inilah yang akan menentukan siapa yang akan menang dan siapa pula yang akan kecundang. Ia juga menyukarkan semua pihak membuat bacaan awal terhadap keputusan PRK berkenaan.

Ledakan Tsunami

Walaupun demikian, keputusan PRK Permatang Pauh pasti akan jadi indikator, pengukur, penentu dan jawapan kepada pelbagai andaian, ramalan dan persoalan, termasuklah seperti berikut:

· Adakah tsunami politik yang melanda BN dalam PRU ke-12 akan terus meledak?

· Sejauh manakah perkongsian kuasa PR di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor diterima oleh rakyat Malaysia di era pasca PRU ke-12?

· Mampukah Anwar merintis jalan pulang ke Putrajaya menerusi pletfom PR?

· Sekukuh manakah permuafakatan dan sekarab manakah kesetiakawanan yang wujud di kalangan seluruh parti komponen BN dan komponen PR di era pasca PRU ke-12?

· Sejauh manakah tahap penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Abdullah dan Anwar dalam era pasca PRU ke-12?

· Sejauh manakah warga UMNO yang mengundi di Permatang Pauh menerima formula peralihan kuasa ciptaan Abdullah?

· Sebijaksana manakah para pengundi akan menilai integriti pihak-pihak yang didakwa sebagai mendalangi konspirasi terhadap Anwar?

· Adakah survival politik Abdullah akan tergugat atau terjamin dan terbela menerusi PRK Permatang Pauh?

· Sejauh manakah para pengundi akan terpengaruh dengan seluruh mega mendung dan kegelitaan gerhana total yang dikatakan sedang menyelubungi politik mutakhir Anwar?

· Sebijaksana manakah para pengundi akan menilai kredibiliti seluruh kontroversi, tuduhan dan tohmahan terhadap Anwar?

· Adakah survival politik Anwar akan terancam, luntur dan pudar akibat PRK Permatang Pauh?

· Adakah sistem dua parti diterima oleh rakyat Malaysia dan akan menjadi satu struktur kekuasaan dan pemerintahan di hari muka?

Motif Politik

Pada kebiasaannya, memang agak sukar untuk BN tewas dalam sesuatu PRK. Tetapi, oleh kerana PRK Permatang Pauh adalah PRK yang diadakan atas motif politik, bukan akibat kekosongan berikutan kematian penyandang kerusi berkenaan, mudahkah BN memenangi pertarungan seperti ini?

Pada waktu yang sama, walaupun Permatang Pauh sudah dikuasi oleh oleh Anwar sejak berpuluh tahun lamanya, dan sesudah itu dikuasai oleh PKR sejak kira-kira 8 tahun lamanya, adakah mudah untuk PKR dan PR memenangi pilihan raya ini bila jentera dan kekuatan BN daripada seluruh negara difokuskan ke PRK ini?

Pengkhianatan

Pendek kata, oleh kerana PRK Permatang Pauh di adakan hanya kira-kira lima bulan sesudah BN dilanda tsunami politik dalam PRU ke-12; oleh kerana tuntutan segolongan rakyat jelata supaya kepimpinan tertinggi kerajaan ditukar sesudah PRU ke-12 belum jadi realiti; oleh kerana formula peralihan kuasa ciptaan Abdullah tidak diterima sepenuhnya oleh seluruh warga UMNO; oleh kerana Anwar kini bertanding sewaktu beliau juga sedang menghadapi satu kes mahkamah yang kontroversial; oleh kerana kesejahteraan rakyat jelata kini terjejas oleh kenaikan kos sara hidup; parti manakah yang akan jadi pilihan utama para pengundi di PRK ini?

Berasaskan seluruh hujah di atas, BN atau PR tidak boleh riak dan tidak boleh takbur. Kedua-dua pihak wajar berkempen dengan penuh etika dan penuh hemah. Kedua-dua pihak perlu hindari apa juga kesilapan walau sekecil mana sekalipun. Paling penting lagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan seluruh jentera pengaman suasana mestilah bertindak secara bijaksana, adil dan saksama pada setiap masa.

Akhir kata, jika perjalan PRK ini bebas daripada sebarang pengkhianatan, penipuan, penyelewengan dan manipulasi, pastinya keputusan para pengundi pada 26 Ogos 2008 kelak adalah satu keputusan yang benar-benar demokratik, tidak boleh dipertikaikan dan tidak wajar didakwa-dakwi oleh sesiapa. Mudah-mudahan demikianlah hakikat dan realitinya.

Monday, August 18, 2008

MENGHUJJAH PRK PERMATANG PAUH DI TV9

Banyak pihak menaruh minat terhadap Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh yang membabitkan tiga calon – Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat PKR dan mantan Timbalan Perdana Menteri yang mewakili PKR, Datuk Arif Shah Omar Shah mewakili BN dan Hanafi Mamat mewakili AKIM.

Ini kerana keputusan PRK ini akan menjadi indikator kepada masa depan politik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) dalam era pasca PRU12.

PRK ini juga akan menentukan survival politik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi BN serta survival politik Anwar.

Pada waktu yang sama, PRK Permatang Pauh akan mengukur kredibiliti serta integriti pihak-pihak yang kini sedang ditohmahkan dengan pelbagai tuduhan skandal atau pun pihak-pihak yang telah berkonspirasi untuk mewujudkan skandal tersebut.

Demikianlah antara pandangan mengenai PRK Permatang Pauh yang akan saya suarakan sewaktu menghujjah topik Menawan Permatang Pauh dalam program terbitan TV9, Isnin, 18 Ogos 2008, yang akan direkodkan pada 3.00 petang. Moderator program adalah Dr. Agus Yosof sementara seorang lagi ahli penalnya adalah Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Menurut penerbitnya, program ini akan disiarkan oleh TV9 secara “live” pada sebelah malamnya. Bagaimanapun, saya tidak pasti kalau program yang dikatakan “live” ini tidak akan melalui sebarang penapisan awal. Jika tidak, mengapakah program ini tidak direkodkan secara “live”?

Apa pun, saya harap sahabat-sahabat yang mengunjungi blog ini akan sudi memberikan banyak lagi hujjah mengenai PRK Permatang Pauh supaya dapat saya suarakan menerusi program berkenaan. Salam takzim dari saya. – Ruhanie Ahmad

Saturday, August 16, 2008

APA YANG SEBENARNYA BERLAKU DI GEORGIA?

Dead civilians in South Ossetia. But you will not hear much about it on CNN or Faux News. Because they are too busy reporting ad nauseam about the extramarital shenanigans of CFR darling John Edwards.

In order to find out what's really going on in Georgia, you have to read the international press on the internet. Bush, McCain, and Obama may cast blame on Russia, but reading the international press you get a different perspective.

baca sepenuhnya di: http://www.pemudamalaysia.org.my

Friday, August 15, 2008

HANYA 109 DARIPADA 20401 CAWANGAN UMNO BERANI BERSUARA

Persidangan Cawangan UMNO di seluruh negara dijangka berakhir pada 24 Ogos 2008 – 10 hari dari sekarang.

Biarpun begitu, jumlah cawangan UMNO yang telah meluluskan usul mendesak bahagian masing-masing supaya menyanggah kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kini meningkat dari 102 kepada 109.

Berasaskan maklumat terbaru, senarai cawangan UMNO yang meluluskan usul sama ada mahukan peralihan kuasa berkuatkuasa 1 Januari 2009 atau bahagian masing-masing mencalonkan tokoh lain selaku Presiden UMNO adalah seperti berikut:

UMNO Cawangan Sungai Buloh Country Resort, Bahagian Kuala Selangor, Selangor, dalam persidangan tahunannya pada 9 Ogos 2008, telah mendesak UMNO Bahagian Kuala Selangor menggunakan Fasal 14.5.3 untuk mengemukakan satu usul ke peringkat PAU 2008 meminta tempoh peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, dilakukan mulai 1 Januari 2009. Usul ini diluluskan dengan sebulat suara.

UMNO Cawangan Taman Sri Putra, Bahagian Kuala Langat, Selangor, meluluskan usul “agar saf kepemimpinan UMNO Malaysia” dirombak dengan seberapa segera, jawatan Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan, dan UMNO Bahagian Kuala Langat dicadangkan mencalonkan Najib sebagai Presiden dan Tan Sri Muhyidin Yasin sebagai Timbalan Presiden UMNO.


UMNO Cawangan Masjid Pakistan, Bahagian Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, meluluskan usul mendesak bahagiannya mencalonkan Tengku Razaleigh sebagai Presiden dan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden.

UMNO Cawangan Kampung Pauh dan UMNO Cawangan Tengkawang, Bahagian Hulu Terengganu, Terengganu, mengusulkan supaya bahagiannya mencalonkan Razaleigh sebagai Presiden UMNO.

UMNO Cawangan Tok Muncung Wakaf Tapai, Bahagian Marang, Terengganu, juga mendesak bahagiannya mencalonkan Razaleigh sebagai Presiden UMNO.

UMNO Cawangan Kampung Tembioh, Bahagian Kota Tinggi, Johor, telah mengusulkan supaya bahagiannya mencalonkan Najib bagi jawatan Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden.

Sekali lagi diakui di sini bahawa 109 daripada keseluruhan 20,401 cawangan UMNO di seluruh negara adalah terlalu kecil jumlahnya. Kalau nak mencecah satu peratus (204 cawangan) pun masih kekurangan 95 cawangan.

Oleh kerana masih terdapat 10 hari lagi sebelum persidangan cawangan berakhir pada 24 Ogos 2008, mungkinkah jumlah satu peratus ini boleh dicapai?

Apa pun, saya yakin majoriti cawangan UMNO mungkin terlalu sibuk dengan isu politik setempat masing-masing. Contohnya, mungkin ada ketua cawangan yang terlalu sibuk untuk mempertahankan jawatan masing-masing. Mungkin ada juga yang tidak peduli langsung akan politik nasional kerana mereka beranggapan suara mereka hanya akan lesap bila sampai ke peringkat bahagian kelak.

Demikianlah hakikatnya. UMNO yang sedang dalam keadaan tenat kini berhadapan dengan pelbagai masalah daripada peringkat cawangan hingga ke peringkat Majlis Tertinggi. Masalah utamanya adalah mengenai politik wang dan kepimpinan.

Oleh itu, kita ikutilah perkembangan selanjutnya di peringkat bahagian yang akan mula mengadakan sidang perwakilan masing-masing selama sebulan mulai 9 Oktober 2008. – Ruuanie Ahmad

Thursday, August 14, 2008

ROSMAH HARAP DR. MAHATHIR DAN DR. SITI HASMAH KEMBALI SEMULA KEPADA UMNO

Tajuk berita di atas dipaparkan dalam ruangan berita terkini utusan-online pada 3:30 PM tadi. Tapi, mungkin atas sebab-sebab tertentu yang hanya diketahui oleh pihak pengendali portal berita ini, kandungan beritanya gagal untuk diakses. Hal ini menimbulkan pelbagai tanda tanya. – Ruhanie Ahmad
AKIBAT POLITIK WANG

Di bawah ini saya paparkan dua item berita Bernama mengenai politik wang. Baca dan kajilah kedua-dua mesej di sebalik berita ini. – Ruhanie Ahmad

ADNAN CADANG SEMUA ANGGOTA UMNO DIBERI HAK UNTUK PILIH PEMIMPIN

KUANTAN, 14 Ogos (Bernama) - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini mencadangkan supaya setiap anggota UMNO diberikan hak untuk memilih pucuk pimpinan parti dalam usaha menangani gejala politik wang, yang disifatkannya kini semakin bermaharajalela.

Menteri Besar Pahang itu berkata gejala itu kini bukan sahaja berlaku di peringkat tertentu, malah mesyuarat peringkat cawangan yang sedang berlangsung ketika ini pun turut dicemari.

"Politik wang ini dah semakin "bermaharajalela"... saya fikir sudah sampai masanya UMNO perlu fikir cara (lain) untuk pilih pucuk pimpinan, biar semua ahli UMNO (ada hak untuk) pilih..," katanya kepada pemberita di sini. – BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=352755

POLITIK WANG PUNCA SEBENAR BANYAK MASALAH DI BANYAK NEGARA ASIA, KATA KUAN YEW

SINGAPURA, 14 Ogos (Bernama) - Masalah politik yang dihadapi banyak negara Asia disebabkan politik wang, kata bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew.

Tetapi, masalah ini belum lagi menular di Singapura disebabkan "kita ada pasukan Bahagian Satu yang mengendalikan," kata Lee yang dilaporkan oleh akhbar tempatan hari ini pada satu perhimpunan di kawasan pilihan rayanya Tanjong Pagar malam tadi.

Beliau berkata di banyak negara Asia, politik wang sudah menjadi "perkataan kod" untuk membeli bagi memperoleh kuasa dan selepas itu, "untuk mendapatkan semula apa yang telah dibelanjakan termasuk sedikit keuntungan bagi pusingan akan datang dalam pembelian undi".

"Salah satu masalah besar yang mereka hadapi kini, di negara-negara lain, ialah orang yang berkuasa mahu menyimpan wang, simpan untuk dirinya sendiri. Jadi, mereka menyingkirkan orang muda yang mampu dan mahu menyertai pasukan mereka.

"Hasilnya, tidak ada bakat dalam parti-parti sekarang," kata Lee pada perhimpunan itu untuk menyambut Hari Kebangsaan Singapura ke-43, yang disambut Sabtu lepas. - BERNAMA

Tuesday, August 12, 2008

UiTM MILIK PENUH BUMIPUTERA

UiTM - dulu ITM, Maktab MARA atau Maktab RIDA - adalah Institut Pengajian Tinggi (IPT) Bumiputera. Kewujudannya adalah berasas dan berlandaskan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Status ini tidak perlu dipertikaikan. Ia juga tidak wajar dirobah. Janganlah kerana politik maka status ini mahu digolok-dagaikan oleh sesiapa.

Selaku Setiausaha Agung Kesatuan Pelajar ITM (KPITM) 1970-1971, saya menyeru ratusan ribu graduan ITM dan kini UiTM, supaya bangkit, bersuara dan bertindak menentang sesiapa sahaja yang cuba mengganggu-gugat status quo IPT ini mutakhir ini.

Saya harap rakan-rakan kepimpinan pelajar ITM di tahun-tahun 1970-an, termasuklah Mansor Abdul Rahman, Samaruddin Rejab, Kamaruddin Sulaiman, Salleh Majid, Ibrahim Abu Shah, Zulkifli Abidin, Alias Ismail, Rozilah Razak, Abdul Jalil Din, Hamat Kama Piah, Salleh Sulong, Ibrahim Ali dan lain-lainnya bangkit, bersuara dan bertindak untuk mempertahankan UiTM yang kini mahu dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera.

Matab RIDA, Maktab MARA, ITM dan akhirnya UiTM, mempunyai sejarah yang panjang sejak penubuhannya pada 1956. Mutakhir ini UiTM mempunyai 1 kampus induk, 3 kampus satelit, 12 kampus cawangan, 8 kampus bandaraya dan 19 kolej bersekutu. Jumlah pelajarnya kini kira-kira 100,000 orang.

Universiti ini menerokai bidang-bidang baru sejak berpuluh tahun yang lalu. Contohnya, sebelum masyarakat Malaysia mengenali komputer secara meluas, UiTM sudah memulakan kurus sains komputer sejak pertengahan 1960-an. Ia juga menyediakan pelbagai kursus lain yang mencakupi hampir semua bidang kehidupan, perniagaan, perdagangan dan perindustrian.

Oleh itu, mari kita pertahankan UiTM. Kita tentang habis-habisan sesiapa sahaja yang cuba merobah status quo di atas. Bujur lalu, melintang patah, seluruh lepasan UiTM mesti pertahankan IPT ini daripada diperkotak-katikkan oleh sesiapa.

Dalam konteks ini, kita ucapkan syabas kepada lebih 3,000 pelajar UiTM yang hari ini berhimpun di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam untuk menunjukkan sikap tidak kompromi mereka kepada sesiapa sahaja yang mahu menukar status quo UiTM.

Kita juga ucapkan jutaan terima kasih kepada Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Ibrahim Shah yang juga bertegas menentang apa jua percubaan untuk mengganggu-gugat universiti tersebut kebelakangan ini.

Kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, wajar kita beri amaran awal, jika apa yang telah beliau suarakan mengenai UiTM baru-baru ini terus disuarakan, bersedialah hadapi kunsekuensinya. Insaflah bahawa lulusan ITM dan UiTM yang ratusan ribu jumlahnya adalah satu force yang tidak boleh diperlekehkan oleh sesiapa, waima oleh seorang Menteri Besar! – Ruhanie Ahmad
SEKADAR UNTUK RENUNGAN BERSAMA

Saya tidak sekali-kali berhasrat membabitkan diri dalam kontroversi forum anjuran Bar Council beberapa hari yang lalu. Bagaimanapun, saya ulang siar di sini tiga postings saya dalam kuda-kepang pada hujung 2007 di mana maksudnya adalah jelas dan terang. – Ruhanie Ahmad

Saturday, June 2, 2007
ISLAM TAK MENGATASI PERLEMBAGAAN?
[ISLAM IS NOT ABOVE CONSTITUTION?]

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kini seolah-olah berhadapan dengan satu masalah serius berbangkit daripada kenyataannya sendiri mengenai agama Islam di negara ini yang dibuat dalam satu sidang akhbar pada 31 Mei 2007.

Akhbar The Sun terbitan 1 Jun 2007, dengan jodol Islam Not Above The Constitution, Says PM, memetik Datuk Seri Abdullah sebagai berkata seperti berikut:

KUALA LUMPUR (May 31, 2007): Islam is not above the Federal Constitution, and the decision by the Federal Court on Lina Joy's appeal was not politically motivated, said Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. - The Sun, June 1, 2007

http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=18093

Agensi Berita Nasional, Bernama 31 Mei 2007 pula memetik beliau dengan kenyataan berikut:

Abdullah also dismissed a suggestion from a foreign journalist that Islamic law was now above the Federal Constitution in the country.

"There is no such thing (of Islamic law being above the Federal Constitution). The Federal Constitution is the Federal Constitution. There is a set of laws we have to follow. It is something that we have to follow, that's all," he said. - Bernama, May 31, 2007, www.bernama.com

Akhbar Utusan Malaysia 1 Jun 2007 pula memetik beliau dengan kata-kata seperti berikut:

Abdullah turut menyangkal dakwaan seorang wartawan media asing bahawa undang-undang Islam kini mengatasi Perlembagaan Persekutuan negara ini. - Utusan Malaysia, 1 Jun 2007.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0601&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm

Kenyataan Datuk Seri Abdullah dalam The Sun membawa maksud bahawa Islam sebagai agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat Muhamad “is not above the Federal Constitution.”

Kenyataannya dalam Bernama memberikan tafsiran bahawa beliau menafikan yang “Islamic law being above the Federal Constitution.”

Kenyataannya yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pula memberikan tafsiran bahawa beliau menyangkal “undang-undang Islam mengatasi Perlembagaan Persekutuan.”

Kenyataan Datuk Seri Abdullah yang telah dipetik oleh The Sun adalah sangat mengelirukan, berbahaya dan boleh mengundang implikasi negatif daripada segolongan umat Islam di negara ini.

Kenyataan beliau yang dipetik oleh Bernama dan Utusan Malaysia yang menyangkal bahawa “undang-undang Islam mengatasi Perlembagaan Prsekutuan” juga boleh mendatangkan pelbagai takrifan.

Saya tidak berhak untuk mengulas lebih daripada apa yang saya nyatakan seperti di atas. Tetapi, sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam, saya berhak meminta Datuk Seri Abdullah untuk menyatakan benarkah beliau berkata “Islam is not above the Federal Constitution.” ?

Jelaskanlah dengan sebaik-baiknya kepada kita semua, terutama sekali sewaktu agama Islam di Malaysia kini memang sedang cuba dipersenda-sendakan oleh pihak yang sedang memilih untuk mempersendakannya.

Kalau Perdana Menteri tidak pernah berkata seperti yang dipetik oleh The Sun, tetapi hanya menyatakan seperti yang telah dipetik oleh Bernama dan Utusan Malaysia, maka akhbar The Sun mestilah bertindak sewajarnya dengan seberapa segera sebelum api kemarahan umat Islam memuncak dan membara akibat kesilapan strategik yang berkenaan. – Ruhanie Ahmad, Posted by kudakepang at 11:27 PM

Sunday, June 3, 2007
PM DAN PENASIHAT ISLAM DI JPM
MESTILAH PERBETULKAN KENYATAAN
“ISLAM IS NOT ABOVE CONSTITUTION”

Kali ini saya memilih untuk menjawab komen Saudara Hamizi, Saudara Ariff dan surfer yang menggunakan nama samaran Pesanan, dengan scara terbuka – tidak hanya terhad di ruang komentar semata-mata.

Terlebih dulu saya ucapkan berbanyak terima kasih. Keduanya, izinkan saya nyatakan di sini bahawa apa yang telah saya paparkan dalam blog ini - www.kuda-kepang.blogspot.com - dengan tajuk Islam Tak Mengatasi Perlembagaan?, atau Islam Is Not Above Constitution?, adalah satu usaha yang positif.

Apa yang saya paparkan dalam tulisan itu - mengenai kenyataan PM yang dipetik oleh akhbar the Sun adalah serius. Saya katakan serius kerana bagaimanakah PM boleh mengatakan dalam akhbar The Sun bahawa "Islam is not above the Federal Constitution"?

Saya amat musykil terhadap kenyataan ini kerana Islam adalah agama Allah. Islam mengatasi seluruh undang-undang yang diperbuat oleh umat manusia!!!

Mungkin PM hanya mahu mengatakan seperti yang dilaporkan oleh Bernama dan Utusan Malaysia bahawa "Islamic (syariah) laws are not above constitution" atau “undang-undang Islam (syariah) tidak mengatasi perlembagaan.”

Kalau itulah yang sebenarnya dimaksudkan oleh PM, kenyataan itu pun agak mengelirukan kerana sestengah pihak yang jahil pastinya tidak dapat membezakan hukum Islam yang ditentukan oleh Allah dengan undang-undang syarie yang digubal oleh manusia berasaskan Quran dan hadis!

Saya lebih terdorong untuk mempercayai bahawa yang dimaksudkan oleh PM adalah undang-undang syariah tidak mengatasi perlembagaan.

Kalau inilah hakikatnya, pegawai-pegawai PM dan penasihat agama Islam di JPM mestilah membuat pembetulan dengan seberapa segera, tepat dan jelas terhadap kenyataan PM yang dilaporkan oleh akhbar The Sun bahawa “Islam is not above the Federal Constitution.”

Sebab itulah saya merayu dengan kata-kata: “jelaskanlah dengan sebaik-baiknya kepada kita semua” akan apa yang dilaporkan oleh The Sun itu supaya pembetulan dapat dibuat dengan sewajarnya, “terutama sekali sewaktu agama Islam di Malaysia kini memang sedang cuba dipersenda-sendakan oleh pihak yang sedang memilih untuk mempersendakannya.”

Sebab itulah juga saya nyatakan bahawa “kalau Perdana Menteri tidak pernah berkata seperti yang dipetik oleh The Sun, tetapi hanya menyatakan seperti yang telah dipetik oleh Bernama dan Utusan Malaysia, maka akhbar The Sun mestilah bertindak sewajarnya dengan seberapa segera sebelum api kemarahan umat Islam memuncak dan membara akibat kesilapan strategik yang berkenaan.”

Jadi, salahkah saya membuat saranan seperti di atas? Salahkah saya bertindak menerusi blog ini supaya kenyataan PM yang sangat-sangat menglirukan itu dikoreksi dengan seberapa segera?

Salahkah saya katakan bahawa kalau tidak diperbetulkan segera, kenyataan PM itu boleh membawa implikasi serius? Kalau kenyataan itu tidak diperbetulkan, apa akan jadi kepada Islam yang diberikan status agama rasmi dalam perlembagaan negara kita ini?

Fikirkanlah dengan tenang. Sama-samalah kita berdoa semoga PM, Penasihat Islam PM Di JPM, serta seluruh pegawainya yang bijak laksana akan menerima teguran ini dengan hati terbuka demi kepentingan bersama. Sama-samalah juga kita berharap semoga satu pembetulan yang sewajarnya dibuat dengan segera. – Ruhanie Ahmad, Posted by kudakepang at 6:06 PM

Friday, September 14, 2007
SATU RENUNGAN DI AWAL RAMADHAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah dipetik oleh Channel News Asia – sebuah agensi berita berpangkalan di Singapura – sebagai berkata pada 12 September 2007, bahawa umat Islam Malaysia yang berhasrat meninggalkan agama tersebut perlu diberikan kaunseling oleh pihak-pihak berkuasa agama, dan, sekiranya mereka terus memilih untuk keluar daripada agama Islam, mereka perlu diizinkan berbuat demikian.

Menurut agensi berita itu, Abdullah kemudiannya menjelaskan bahawa kenyataan beliau dibuat atas kapasiti peribadinya sendiri.

Cuba kita rasionalkan, mengapakah agensi berita terbabit menyatakan yang Abdullah membuat kenyataan itu atas kapasiti peribadinya sendiri? Apakah ini bermaksud bahawa pendirian rasmi Abdullah adalah berbeza daripada pendirian peribadinya? Mengapakah Abdullah membuat kenyataan itu sempena awal Ramadhan? Mengapakah jadi begini? Apa sudah jadi? - Untuk membaca posting sepenuhnya, sila layari blog puteramaya di link: http://puteramalaysia.blogspot.com
UMNO CHERAS MINTA ZAID IBRAHIM LETAK JAWATAN

KUALA LUMPUR 11 Ogos – UMNO Cheras mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, meletakkan jawatan ekoran sikapnya yang hanya berdiam diri berhubung tindakan Majlis Peguam menganjurkan forum yang membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Ketuanya, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, pendirian 'membisu seribu bahasa' yang diambil Zaid adalah sesuatu yang sangat mengecewakan.

"Ketika ribuan umat Islam bangkit mempertikaikan tindakan Majlis Peguam, menteri yang kononnya mahir dalam bidang undang-undang hilang entah ke mana, ini amat mengecewakan seluruh ahli UMNO dan orang Melayu.

"Di mana Zaid yang kononnya menjaga hal ehwal undang-undang apabila Majlis Peguam secara terbuka cuba mencampuri urusan dan kepentingan umat Islam di negara ini. Mengapa tiba-tiba membisu?," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini. - Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0811&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_24.htm

Monday, August 11, 2008

MUHYIDDIN TETAP PERTAHAN JAWATAN NAIB PRESIDEN UMNO

KUALA TERENGGANU, 10 Ogos (Bernama) -- Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin tetap dengan pendirian untuk mempertahankan kedudukannya itu pada pemilihan parti Disember ini, dan tidak akan bertanding jawatan lebih tinggi meski pun mendapat pencalonan untuk merebut jawatan berkenaan.

Katanya, beliau telah membuat pendirian yang jelas mengenai perkara itu dan tidak akan berganjak daripada keputusan tersebut.

"Saya telah buat kenyataan secara bertulis, tidak perlu berdolak-dalik...itulah pendirian saya.

(Bagaimanapun), saya tidak boleh halang (jika ada yang mencalonkan saya untuk jawatan lebih tinggi) dengan apa yang saya putuskan," katanya selepas menyampaikan taklimat Tata Etika Umno kepada pemimpin Umno Terengganu di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian ketika ditanya mengenai pendiriannya jika menerima pencalonan bagi jawatan lebih tinggi daripada Naib Presiden Umno pada pemilihan parti Disember ini.

Sebelum ini, Umno cawangan Permas Tujuh di Johor, mengemukakan usul supaya Muhyiddin bertanding jawatan presiden parti itu tetapi ia ditarik balik sebaik beliau membuat pengumuman untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden Umno.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata beliau tidak boleh menghalang jika ada cawangan atau Bahagian Umno yang mencalonkan beliau untuk jawatan lebih tinggi kerana itu adalah hak mereka yang perlu dihormati.

"Itu hak ahli...saya hendak buat macam mana. Maksudnya, pendirian saya jelas, kalau sudah buat keputusan, bagaimana hendak berubah," katanya. – BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=351915

Sunday, August 10, 2008

JEANNE BERKATA MENGAJI DENGAN PAK LAH ADALAH MASA TERBAIK PADA HARI ITU

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Jeanne Abdullah mengakui bahawa peluang untuk mengaji setiap pagi dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai 'masa yang terbaik pada hari itu'.

Berkongsi cerita sebagai seorang Islam, Jeanne berkata sudah menjadi amalan mereka untuk mengaji pada setiap hari selepas solat Subuh dan isteri Perdana Menteri itu mengambil peluang ini untuk melancarkan dan meluaskan pengetahuannya dalam Islam.

"Pak Lah akan mengaji dan saya juga mengaji sendiri (Al-Quran dengan terjemahan dalam bahasa Inggeris) dan kita akan berbincang jika ada sesuatu untuk dikongsi. Itulah masa yang terbaik pada hari itu," katanya pada perasmian Konvensyen Islam Peringkat Nasional di sini hari ini. – BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=351776

Friday, August 08, 2008

UMNO AKAR UMBI RINDUI PEMIMPIN BESAR AMAT BERWIBAWA

Persidangan Cawangan UMNO di seluruh negara dijangka berakhir pada 24 Ogos 2008. Tapi, kemungkinan besar tarikh akhir ini dipanjangkan lagi sebab ramai warga UMNO, khususnya di utara tanahair, dijangka membantu jentera Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Pulau Pinang, negeri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mulai 16 Ogos 2004.

Biarpun begitu, jumlah cawangan akar umbi UMNO yang telah meluluskan usul mendesak bahagian masing-masing supaya menyanggah kepimpinan Abdullah kini meningkat dari 88 kepada 102.

Tetapi, jika benar berita yang mengatakan usul oleh UMNO Cawangan Permas 7, Bahagian Pasir Gudang, Johor, yang diluluskan minggu lalu telah ditarik balik, jumlah di atas adalah 101 sahaja.

Kisah penarikan usul cawangan di atas dikirimkan oleh Blogger Zeme seperti berikut:

Ketua UMNO Cawangan Permas 7 yang baru dipilih telah dengan serta-merta menarik balik usul yang mencadangkan Bahagian Pasir Gudang mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke jawatan Presiden UMNO. Ini kerana Ketua UMNO cawangan yang lama, Mohd. Azahari Ahmad, telah ditewaskan oleh Amir Sahak. Menurut Amir, usul itu ditarik balik kononnya kerana ia boleh mengeruhkan keadaan, mencemarkan imej cawangan, tidak dipersetujui oleh banyak pihak dan bercanggah dengan ketetapan pucuk pimpinan parti.

Senarai terbaru cawangan-cawangan UMNO di seluruh negara yang menyanggah kepimpinan Abdullah adalah seperti berikut:

Bahagian Merbok

Cawangan Taman Okid, Bahagian Merbok, Kedah, meluluskan usul undi tidak percaya terhadap Abdullah selaku Presiden UMNO. Ia juga mengusulkan bahagian berkenaan mencalonkan Muhyiddin sebagai Presiden dan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Timbalan Presiden. Kedua-dua usul diluluskan dengan sebulat suara.

Cawangan Kampung Candi dan Cawangan Semeling, Bahagian Merbok, meluluskan usul mendesak bahagian tersebut mencalonkan Muhyiddin sebagai Presiden dan Razaleigh sebagai Timbalan Presiden.

Cawangan Kampung Sungai Layar Hujung, Bahagian Merbok, mengusulkan bahagian tersebut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden dan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden.

Cawangan Taman Seroja, Bahagian Merbok, mengusulkan bahagiannya mencalonkan Razaleigh sebagai Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden.

Cawangan Taman Bersatu, Bahagian Sungai Petani, Kedah, mengusulkan bahagian tersebut mencalonkan Najib sebagai Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden.

Cawangan Penggaram Utama, Bahagian Batu Pahat, Johor, mengusulkan bahagian berkenaan mencalonkan Razaleigh bertanding jawatan Presiden.

Bahagian Pekan

Cawangan Bandar Baru Jaya Gading, Bahagian Pekan, Pahang, mengusulkan Bahagian Pekan mencalonkan Razaleigh sebagai Presiden dan Najib Timbalan Presiden. Cawangan ini juga meluluskan usul supaya sistem kuota bagi semua jawatan yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO dimansuhkan.

Cawangan Saujana Puchong, Bahagian Puchong, Selangor, meluluskan dua usul. Pertama, mendesak Bahagian Puchong “tidak mengguna pakai formula peralihan kuasa yang dikemukakan oleh Abdullah” dan “hendaklah mencalonkan tokoh-tokoh lain untuk menerajui kepimpinan tertinggi UMNO.” Kedua, mendesak Bahagian Puchong mengemukakan usul ke peringkat Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2008 supaya tempoh peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib dilakukan mulai 1 Disember 2008 atau selewat-lewatnya sebelum 16 Disember 2008.

Cawangan Tasik Tanjung Belanja, Bahagian Parit, Perak, meluluskan usul supaya bahagiannya mencalonkan Razaleigh sebagai Presiden.

Cawangan Manjoi, Kledang, Kelebang, Bahagian Tambun, Perak, ketiga-tiganya mengusulkan kepada bahagian supaya mencalonkan Razaleigh sebagai Presiden.

Bukit Gantang

Cawangan Kampung Rahmat, Bahagian Bukit Gantang, Perak, meluluskan usul “supaya Abdullah letak jawatan dengan segera.”

Sementara itu, Pemuda UMNO Cawangan Seksyen 19 Selatan, Bahagian Shah Alam, Selangor, turut menyanggah kepimpinan Abdullah. Pemuda cawangan ini dengan sebulat suara “mendesak UMNO Bahagian Shah Alam” membawa usul ke peringkat PAU supaya proses peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib dipercepatkan kepada awal Januari 2009.

Sehingga hari ini belum ada berita mengenai mana-mana cawangan daripada Pulau Pinang, Perlis, Negeri Sembilan dan Terengganu mengemukakan sebarang usul Abdullah.

Akhir sekali banyak pihak amat sinis dengan usul-usul yang diluluskan oleh persidangan cawangan seperti di atas. Kata mereka, usaha ini hanya seperti anjing menyalak bukit, mencurah garam ke laut atau mencurah air ke daun keladi.

Hakikatnya mungkin begitu. Tetapi, pihak-pihak yang sinis perlu bertanya, mengapakah trend seperti ini tidak pernah berlaku dalam sejarah UMNO sebelum ini? Dan, bukankah trend ini mencerminkan ledakan kekecewaan warga UMNO akar umbi terhadap Abdullah?

Oleh itu, trend ini wajar dijadikan pengukur kepada aspirasi sebenar warga UMNO akar umbi yang sangat-sangat dahagakan pemimpin besar UMNO yang amat berwibawa, cukup disegani dan terbukti mampu mengemudikan destini bangsa dan negara ini ke arah masa depan yang benar-benar cemerlang, gemilang dan terbilang! – Ruhanie Ahmad

Thursday, August 07, 2008

PENULIS BLOG DITAHAN BERHUBUNG ARTIKELNYA BERKAITAN POLIS

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Penulis blog 'Penarik Beca', Abu Bakar Mohd Rashid, 50, ditahan polis malam tadi berikutan artikelnya berkaitan dengan polis dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Pegawai Penyiasat Siasatan Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Supt Victor Sanjos berkata Abu Bakar ditahan pada pukul 10 malam tadi di rumahnya di Taman Koperasi Polis di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Abu Bakar dalam blognya menyiarkan artikel yang memaparkan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah diubahsuai serta komennya mengenai kredibiliti Musa, termasuk dakwaan "Musa dikawal kumpulan kongsi gelap Cina," kata Sanjos kepada Bernama di sini Khamis.

Penulis itu yang ditahan selama dua hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi akan dibebaskan esok, katanya. – BERNAMA, 7 Ogos, 2008 21:04 PM

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=351401

AKUAN BERSUMPAH OLEH DOKTOR DI PUSRAWI

Ruangan The Corridors Of Power dalam portal berita internet Malaysia Today hari ini menyiarkan satu akuan bersumpah oleh seorang doktor yang berkhidmat di PUSRAWI Kuala Lumpur.

Baca ruangan ini sepenuhnya di sini:
ANWAR MENGAKU TIDAK BERSALAH PERTUDUHAN LIWAT SAIFUL, DIBEBAS DENGAN BON PERIBADI

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dibebaskan dengan jaminan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin setelah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang lazimnya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Ketika mebenarkan ikat jamin itu, Hakim S. M. Komathy Suppiah berkata undang-undang menetapkan bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya dan bahawa ikat jamin dikenakan bagi menentukan kehadiran orang itu. – BERNAMA, 7 Ogos, 2008 15:59 PM

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=351262
BPR SIASAT LAPORAN DAKWA PEMIMPIN TERTINGGI UMNO SALAH GUNA KUASA DALAM PEMILIHAN PARTI

PULAU PINANG, 6 Ogos (Bernama) -- Badan Pencegah Rasuah (BPR) sedang meneliti dan menyiasat laporan terhadap pucuk pimpinan tertinggi UMNO yang didakwa melakukan rasuah dan salah guna kuasa dalam pemilihan parti.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, setiap laporan yang diterima akan disiasat dengan teliti sebelum memanggil mana-mana pihak untuk memberi keterangan.- BERNAMA, 6 Ogos, 2008 20:14 PM

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=351048

Komen: Apa agaknya reaksi pucuk pimpinan tertinggi UMNO terbabit mengenai tindakan di atas? Tidak peduli? – Ruhanie Ahmad
PENARIK BECA DI BAWA KE BUKIT AMAN?

Ini berita yang baru saya terima daripada seorang sahabat blogger. Katanya: “Blogger Bakaq @ Penarik Beca di tahan polis di rumahnya jam 11.00 malam tadi dan dibawa ke Bukit Aman. Tuduhan tidak diketahui.”

Sebagai latarbelakang, Bakaq adalah seorang blogger yang partisan kepada PAS. Posting terbaru beliau adalah mengenai Tan Sri Rafidah Aziz dan peralihan kuasanya serta satu e-mail mengenai hukuman satu jenayah di Indonesia. Alamat blog Bakaq adalah http://www.penarikbeca.blogspot.com Ruhanie Ahmad
KES ANWAR DAN PARLIMEN RAKYAT

Saya paparkan di bawah ini lima item berita BERNAMA mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim. Di penghujung seluruh item berita ini saya paparkan pula petikan satu perbahasan dalam blog Parlimen Rakyat yang disiarkan juga oleh Blogger Sheih dalam blog Kickdefella. Bacalah seluruhnya dengan mata hati yang tajam. – Ruhanie Ahmad

PERMATANG PAUH: PENAMAAN CALON 16 OGOS, PENGUNDIAN 26 OGOS

PUTRAJAYA, 6 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang pada 16 Ogos dan jika ada pertandingan, pengundian pada 26 Ogos ini. – BERNAMA, 6 Ogos, 2008 12:38 PM

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=350902

ANWAR DIDAKWA DI MAHKAMAH KHAMIS KERANA TUDUHAN LIWAT

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini Khamis bagi menghadapi pertuduhan meliwat, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Beliau berkata tindakan mendakwa Anwar diambil selepas Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk mendakwanya. – BERNAMA, 6 Ogos, 2008 20:03 PM

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=351045

ANWAR TETAP AKAN BERTANDING MESKIPUN BERHADAPAN DENGAN DAKWAAN LIWAT

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau akan tetap bertanding pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos walaupun berhadapan dengan pertuduhan meliwat di mahkamah Khamis.

"Saya harap saya tak ditangkap. Tapi kalau ditangkap, kerja diteruskan (kempen). Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) ada, pemimpin-pemimpin PKR, DAP dan PAS juga dah bersiap sedia untuk itu (pilihan raya) di Permatang Pauh," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini. – BERNAMA, 6 Ogos, 2008 22:26 PM

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=351084

POLIS NASIHAT PENYOKONG ANWAR UNTUK TIDAK IKUT PERASAAN

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari Rabu menasihatkan penyokong-penyokong penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang ketika Anwar hadir di mahkamah Khamis. – BERNAMA, 6 Ogos, 2008 22:05 PM

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=351068

SAIFUL BERSYUKUR ANWAR AKAN DIDAKWA

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan rasa syukurnya berikutan keputusan polis untuk mendakwa penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu Khamis.

Peguamnya, Zamri Idrus, berkata Saiful bersyukur kerana Anwar akhirnya dihadapkan ke mahkamah untuk diadili.

"Anak guam saya memberi jaminan bahawa beliau akan memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi memastikan proses keadilan dapat berjalan lancar," katanya kepada Bernama di sini, Rabu. – BERNAMA, 6 Ogos, 2008 21:55 PM

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=351065

PARLIMEN RAKYAT: AGENDA MUQABALAH DILUAR ATURAN TABII

Tuan Speaker Parlimen Rakyat, saya juga ingin menarik perhatian Parlimen Rakyat terhadap dakwaan yang dibuat oleh Abdullah pada akhir April 2008 kepada seorang Tokoh Politik dan Perniagaan Negara yang telah lama menyepikan diri. Adalah dikatakan bahawa pada akhir April itu, Abdullah telah berkata bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim akan didakwa di Mahkamah pada bulan Ogos 2008.

Jika benar dakwaan ini, maka saya ingin menarik perhatian Parlimen Rakyat terhadap beberapa kemusykilan,

• Bagaimana Abdullah boleh tahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan didakwa pada bulan Ogos 2008?

• Jika dakwaan yang dikatakan ini ada kaitan dengan tuduhan liwat, maka bagaimana dia boleh tahu 2 bulan sebelum mangsa yang mendakwa dirinya diliwat membuat laporan polis.

• Adakah benar kemungkinan tuduhan liwat ini dirancang oleh Najib Razak dan maklumat tentangnya telah dipintas oleh Abdullah.

• Atau Abdullah sendiri dibelakang sebuah konspirasi yang berhubung tuduhan liwat ini dan Abdullah melakukkannya menerusi agen-agennya dengan satu strategi supaya Najib Razak dilihat berada dibelakang konspirasi ini.

Tuan Speaker, saya mohon Parlimen Rakyat yang dibawah telunjuk Tuan Speaker supaya menghalusi kemusykilan ini kerana ianya adalah bersifat kepentingan awam dan membabitkan masa depan negara.- 28 Ogos, 2008

http://kickdefella.wordpress.com/2008/07/28/parlimen-rakyat-agenda-muqabalah-diluar-aturan-tabii/
ADAKAH INI BENAR?

Cebisan berita di bawah ini saya petik daripada blog yang alamatnya tertera di bawah ini. Saya tidak akan ulas apa-apa kerana sok-sek ini mungkin ada kaitan dengan satu laporan yang telah di buat kepada BPR Wilayah Persekutuan pada Selasa 5 Ogos 2008. Tapi, adakah ini benar? – Ruhanie Ahmad

Rumours at UMNO coffehouse talk put the amount allocated by JASA for the PM's UMNO party political program at RM80 million. This excludes the donations of "kain pelikat" and pocket money by individual politicians.

http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2008/08/jasa-allegedly-spent-rm80-million-for.html

Wednesday, August 06, 2008

VETERAN UMNO BUAT LAPORAN BPR TERHADAP KEPIMPINAN PARTI

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Veteran UMNO Datuk Mazlan Harun hari ini membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap pucuk pimpinan tertinggi UMNO yang didakwa melakukan rasuah dan salah guna kuasa dalam pemilihan parti.

Laporan itu dibuat berdasarkan dakwaan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapt (B) Datuk Zahar Hashim dalam sepucuk suratnya kepada Setiausaha Agung UMNO yang mendakwa bahawa pucuk pimpinan parti telah melakukan rasuah politik, kata Mazlan ketika ditemui di pejabat BPR Wilayah Persekutuan di sini selepas membuat laporan itu.

Katanya berkata laporan itu dibuat bertujuan memastikan proses pemilihan UMNO di semua peringkat dijalankan tanpa sebarang penyalahgunaan kuasa.

Ditanya sama ada apa-apa bukti dikemukakan kepada BPR, beliau berkata semua dokumen berkaitan dakwaan tersebut telah diserahkan kepada BPR. - BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=350742

Tuesday, August 05, 2008

ABDULLAH TIDAK PEDULI…

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari Isnin berkata, beliau tidak peduli dengan hasil kajian yang dikendalikan oleh Merdeka Centre yang mendapati popularitinya menurun. Katanya, ia adalah perkara biasa bagi mana-mana ahli politik. Mengikut kajian itu populariti Abdullah menurun buat pertama kalinya di bawah paras 50 peratus sejak 2004 - 4/8/2008 http://www.agendadaily.com/cms/index.jsp

Monday, August 04, 2008

WAJARKAH KITA SALAHKAH MUHYIDDIN?

Politica

Saya terkejut dengan keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau hanya akan mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti pada Disember 2008 ini.

Saya juga turut kesal dengan kenyataan beberapa rakan surfers dan bloggers yang melemparkan pelbagai kenyataan kesat terhadap Muhyiddin berkaitan keputusan tersebut.

Oleh itu, saya ulang-siar komen saya pada Sabtu, 20 Julai 2008, berasaskan posting Datuk pada 19 Julai 2008, dengan jodol MUHYIDDIN PERTAHANKAN KERUSI NAIB PRESIDEN, seperti berikut:

Sebagai anak Johor saya rasa kecewa dengan keputusan Abang Din. Tapi keputusan dia memang tepat. Saya yakin keputusan ini diambil setelah ditimbang dan dikaji implikasinya kalau Abang Din tanding Timbalan Presiden atau Presiden UMNO.

Tapi, kita kena ingat. Isu peralihan kuasa yang kini dipolitikkan oleh Abdullah Badawi adalah cadangan Muhyiddin. Cuma Abdullah tak dengar cakap. Orang nak dia kosongkan kerusi Presiden UMNO dan PM Disember 2008 ini. Tapi, dia nak sambung sampai dua tahun lagi.

Jadi, macam mana kita? Nak marahkan Abang Din pasal tak menongkah arus? Kalau dia menongkah arus dia akan hanyut. Kalau dia bertahan di jawatan hari ini, Insya Allah dia menang dan boleh terus bersuara demi agama, bangsa dan tanahair.

Kita kena ingat, untuk pertahankan jawatan yang ada pun Abang Din akan diasak oleh banyak calon lain. Dari Johor sekurang-kurangnya empat lima orang. Ada Khaled Nordin, ada Syed Hamid yang hari ni nampak sangat berlagak dengan kuasa KDN, ada Hishammuddin, ada Shahrir Samad. Tapi kalau YAB Ghani tunjukkan sokongannya pada Abang Din, warga UMNO luar Johor mesti respect Abang Din dan Ghani.

Pada peringkat kita warga siber, kita hanya mampu menghormati keputusan Abang Din ini. Kita juga pohonkah restu Allah SWT semoga Abang Din beroleh kejayaan. Insya Allah! - Politica, 20 Julai 2008, 12:33 AM

Tambahan: Oleh kerana Perwakilan Bahagian yang bertanggungjawab mencalonkan sesiapa ke jawatan tertinggi UMNO hanya akan bermula selepas Hari Raya Aidil Fitri kelak, sama-samalah kita doakan semoga Abang Din berubah fikiran dan bahagian-bahagian pula membuat keputusan muktamad mencalonkan Abang Din ke jawatan Presiden UMNO atau pun Datuk Seri Najib Tun Razak atau Tengku Razaleigh Hamzah selaku Presiden UMNO dan Abang Din selaku Timbalan Presiden UMNO.

Banyak cawangan yang telah membuat usul menyanggah kepimpinan Abdullah pada hari ini wajar berusaha keras supaya hasrat di atas tercapai. Kalau tidak, jangan jadi umpama anjing menyalak bukit! – Politica, 2:21 AM, 4 Ogos 2008
PERGERAKAN PEMUDA DAN WANITA TURUT MENYANGGAH ABDULLAH?

Berasaskan maklumat terbaru yang dikirimkan kepada blog ini malam ini, jumlah cawangan UMNO di seluruh negara yang berani meluluskan usul mendesak bahagian masing-masing supaya menyanggah kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi - sama ada supaya proses peralihan kuasa dipercepatkan atau Abdullah tidak lagi dicalonkan semula sebagai Presiden UMNO Malaysia - kini meningkat kepada 88.

Hari ini juga Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Jalan Perdana, dalam Bahagian Puchong dan Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Seksyen 12, dalam Bahagian Shah Alam, kedua-duanya di Selangor, telah meluluskan usul mendesak bahagian masing-masing membawa usul supaya proses peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dilakukan dengan seberapa segera.

Jika usul oleh kedua-dua pergerakan ini diambilkira, jumlah keseluruhan cawangan akar umbi yang menyanggah kepimpinan Abdullah adalah 90.

Menurut satu e-mail, UMNO Cawangan Jalan Khamis, dalam Bahagian Kapar, Selangor, yang bersidang pada malam 2 Ogos 2008, telah meluluskan usul mendesak bahagiannya mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke jawatan Presiden UMNO.

Blogger Zeme yang sering mengirimkan info terkini mengenai persidangan cawangan di seluruh negara pula menyatakan bahawa limabelas cawangan UMNO dalam Bahagian Tumpat, Kelantan - satu daripadanya Cawangan Padang Pohon Tanjung - telah sebulat suara meluluskan usul mencadangkan kepada bahagiannya supaya Tengku Razaleigh Hamzah dicalonkan ke jawatan Presiden UMNO.

Tumpat

Zeme juga memberitahu blog ini bahawa UMNO Cawangan Jitra, Bahagian Kubang Pasu, Kedah, meluluskan satu usul yang menarik, iaitu meminta Bahagian Kubang Pasu mencalonkan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim sebagai Presiden UMNO dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Blogger Kedah Youngster pula melaporkan bahawa UMNO Cawangan Sri Pantai, Bahagian Kuala Kedah, Kedah, yang bersidang hari ini telah meluluskan usul dengan sebulat suara mendesak Abdullah meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO sebelum pemilihan parti Disember 2008 ini.

Pemuda UMNO Cawangan Jalan Perdana, bahagian Puchong, Selangor, dalam persidangannya pada 2 Ogos 2008, mengususlkan bahagian itu menggunakan Fasal 14.5.3 bagi mengemukakan usul ke peringkat Perhimpunan Agung UMNO 2008, meminta tempoh agar peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib dilakukan mulai 1 Januari 2009.

Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Seksyen 12, Shah Alam, dalam Bahagian Shah Alam pula membawa usul supaya UMNO Shah Alam mendesak proses peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib disegerakan mulai Disember 2008. Pergerakan itu juga mengusulkan supaya UMNO Bahagian Shah Alam mencalonkan Najib sebagai Presiden UMNO dan Mahyuddin sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Sementara itu, Persidangan UMNO Cawangan Telok Mengkuang, dalam Bahagian Kuala Langat, Selangor, telah membuat satu usul tergempar mendesak agar peralihan kuasa Abdullah epada Najib dipercepatkan kepada 1 Disember 2008.

Rasional

Saya telah membaca seluruh usul oleh Pemuda UMNO Jalan Perdana, Bahagian Puchong, dan Wanita UMNO Sekyen 12, Bahagian Alam. Kedua-dua usul mereka dihujah secara rasional dan intelektuil demi agama, bangsa dan tanahair.
Contohnya, antara rasional untuk menyokong usul Pemuda UMNO Jalan Perdana adalah seperti berikut:

Satu: pentadbiran negara kini telah dipengaruhi oleh mereka yang berkepentingan peribadi (sehingga) menyebabkan banyak keputusan yang dibuat gagal mengambilkira kepentingan umum serta ahli UMNO.

Dua: Kelemahan kepimpinan UMNO kini memberikan persepsi kepada ahli UMNO bahawa negara ini seolah-olah dikuasai oleh negara asing, seperti Singapura serta kroninya, Israel.

Tiga: Kekalahan teruk UMNO dalam pilihan raya umum 2008 adalah disebabkan wujudnya kelemahan dalam pentadbiran yang diterajui oleh Abdullah.

Wanita UMNO Cawangan Seksyen 12, Shah Alam, pula merasional usul mereka seperti berikut:

Satu: PRU 12 adalah paparan jelas kehendak rakyat Malaysia yang mahukan perubahan dan tanda-tanda kebangkitan rakyat menolak kepimpinan Abdullah. Rakyat yang menyambut cabaran Abdullah telah membuktikan melalui peti undi, bahawa mereka mahukan perubahan dan usaha yang lebih komited untuk memperbaiki keadaan ekonomi dan sosial dalam negara.

Lemah

Dua: Pertama kali dalam sejarah Malaysia merdeka, UMNO dan kerajaan Barisan Nasional menjadi begitu lemah. Malangnya, sehingga kini tidak ada usaha-usaha yang menyerlah, menyeluruh dan benar-benar ikhlas untuk mengembalikan kekuatan dan kegemilangan UMNO dan BN.

Tiga: Abdullah sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia dilihat sebagai seorang yang lemah, tidak berkemampuan, mengamalkan kronisme dan nepotisme. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan Melayu secara umum dan menyebabkan huru-hara dalam negara. Untuk memastikan kesinambungan kepimpinan Melayu dan UMNO terus perkasa dan agar kestabilan berkekalan, kepimpinan perlu ditukar dan diperbaiki supaya orang Melayu kembali dihormati oleh semua peringkat kaum dalam negara dan seluruh dunia.

Empat: Kelemahan pentadbiran dan pucuk pimpinan negara telah menjejaskan nama baik Malaysia di mata dunia. Malaysia kini tidak lagi dianggap sebagai salah satu ‘Tiger Asia’ tetapi semakin berundur ke belakang menjadi negara dunia ketiga. Malaysia kini tunduk dengan kemahuan kuasa asing. Malaysia kini takut untuk bersuara kerana suara kita adalah ‘suara yang sumbang’ dan lemah. Abdullah telah diberi peluang selama 4 tahun untuk membuktikan kewibawaan beliau sebagai pemimpin dan mentadbir negara berdaulat ini. Malangnya beliau gagal dan akibatnya rakyat menjadi mangsa. Sekiranya 4 tahun masih gagal, bagaimana beliau boleh meyakinkan rakyat bahawa beliau mampu untuk melaksanakan tugas memperbaiki kepincangan negara untuk 2 tahun lagi?

Demikianlah suara Pemuda dan Wanita UMNO daripada Selangor. Bagaimanapun, anggota Wanita UMNO Cawangan Seksyen 12, Shah Alam, yang mengirimkan e-mail ke blog ini mengenai maklumat di atas mengeluh seperti berikut:

Polis

“Kami yang menolak Abdullah dan membawa usul Najib sebagai Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden seolah-olah menjadi musuh dan pembangkang dalam UMNO. Kami diarah buat laporan oleh SB. Alangkah susahnya hidup di negara sendiri. Solah-olah kini Malaysia diperintah oleh diktator kuku besi!”

Saya telah meminta penjelasan mengenai penglibatan SB seperti di atas, dan inilah jawapannya:

“Saya tak pasti sama ada ini adalah lazim (bagi) setiap mesyuarat tahunan. Namun, selama 2 penggal saya di cawangan belum pernah kena buat laporan dan isi borang yang diberi oleh SB kepada saya selepas setiap mesyuarat agung. Semalam, selepas mesyuarat Wanita, saya diarah isi borang dan buat laporan termasuklah memasukkan usul yang dikemukakan. Ini atas arahan SB.”

Sekali lagi kita terdengar mengenai polis atau SB membabitkan diri dalam persidangan cawangan UMNO. Saya harap ini tidak benar. Tetapi, jika ini benar, harap insafilah bahawa warga UMNO akar umbi adalah bersuara secara demokratik dan selaras dengan Perlembagaan UMNO. Jika tindakan seperti ini pun mahu diganggu-gugat, terserahlah kepada warga UMNO untuk bertindak dengan sewajar-wajarnya demi kepentingan agama, bangsa dan tanahair.

Selamat berjuang dan salam takzim. – Ruhanie Ahmad

Sunday, August 03, 2008

JUMLAH USUL MENYANGGAH ABDULLAH MAKIN BERTAMBAH

Walaupun ada satu cawangan UMNO di pendalaman Sabah telah diganggu-gugat polis minggu lalu, jumlah cawangan UMNO di seluruh negara yang berani meluluskan usul mendesak bahagian masing-masing supaya tidak mencalonkan semula Datuk Seri Abdullah Ahmad Baadawi ke jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti Disember 2008, kini meningkat kepada 70.

Berikut adalah nama cawangan yang meluluskan usul masing-masing hari ini, semalam dan baru-baru ini.

Menurut BERNAMA, UMNO Cawangan Stulang Laut dalam Bahagian Johor Bahru dan UMNO Cawangan Permas Jaya dalam Bahagian Pasir Gugang, di Johor, semalam mencadangkan bahagiannya mencalonkan Tan Sri Muhyiddin sebagai Presiden UMNO.

Menurut Blogger Hairul, UMNO Cawangan Taman Cahaya, Bahagian Pandan, Selangor, yang bersidang pada 16 Julai 2008, mengusulkan UMNO Bahagian Pandan mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah ke jawatan Presiden UMNO dan Muhyiddin ke jawatan Timbalan Presiden UMNO.
Hari ini, cawangan saya sendiri - Cawangan Danasari - meluluskan usul dengan sebulat suara, mendesak UMNO Bahagian Parit Sulong, Johor, mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak ke jawatan Presiden UMNO dan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO.

Sama seperti UMNO Cawangan Taman Cahaya, UMNO Cawangan Danasari juga mendesak Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tahun ini meluluskan usul supaya tempoh peralihan kuasa daripada Abdullah Najib dilakukan mulai 1 Januari 2009.

Diharapkan banyak lagi cawangan di seluruh negara menggunakan cara demokratik yang diizinkan oleh Perlembagaan UMNO ini untuk menyanggah pencalonan Abdullah sebagai Presiden UMNO.

Semua pihak dalam UMNO, dan juga polis, sewajarnya insaf dan jangan lagi memperlekehkan keputusan warga UMNO akar umbi kali ini. Hakikat ini turut diakui oleh Muhyiddin selaku Naib Presiden UMNO.

Kirimkanlah maklumat mengenai mana-mana cawangan yang menyanggah Abdullah ke blog ini atau menerusi e-mail puteramaya@gmail.com untuk dikongsikan dengan warga UMNO di seluruh negara. – Ruhanie Ahmad

MUHYIDDIN UMUM PERTAHAN NAIB PRESIDEN UMNO

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan diri untuk bertanding mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti Disember ini.

Dalam kenyataannya yang dikeluarkan di sini hari ini, beliau berkata, keputusan itu dibuat atas kesedaran untuk menjamin keutuhan parti selain menghormati pelan peralihan kepimpinan yang dipersetujui oleh Majlis Tertinggi (MT).

``Saya sedar ada kemungkinan bahawa keputusan saya mengecewakan sesetengah pihak dan ahli di beberapa peringkat, namun ingin saya tekankan bahawa setiap perjuangan memerlukan pengorbanan dan suara serta sokongan mereka akan sentiasa saya hormati dan hargai,’’ katanya. – Utusan On-line, 3 Ogos 2008, 3:59pm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0803&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm
MALAYSIA DILANDA KRISIS KEYAKINAN?

Hasil kajian – Voter Opinion Poll – oleh Merdeka Center yang diumumkan baru-baru ini seolah-olah membuktikan bahawa kepimpinan tertinggi Malaysia mutakhir ini sedang dilanda krisis keyakinan yang parah.

Hanya 7 peratus responden berpuas hati dengan cara Datuk Seri Abdullah melaksanakan tugasnya sebagai Perdana Menteri, 35 peratus agak berpuas hati, 17 peratus sangat tidak berpuas hati, dan 37 peratus pula agak kurang berpuas hati.

Pada waktu yang sama, hanya 8 peratus responden amat bersetuju bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak akan jadi Perdana Menteri yang baik, 26 peratus agak bersetuju, 21 peratus amat tidak bersetuju, dan 26 peratus lagi agak tidak bersetuju.

Hanya 10 peratus responden amat berpuas hati bahawa UMNO memperjuangkan aspirasi dan kehendak rakyat berbanding 25 peratus yang amat tidak berpuas hati. Responded yang agak berpuas hati adalah 26 peratus tetapi yang agak tidak berpuas hati adalah 33 peratus.

Mengenai kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional (BN), 8 peratus responden berpuas hati berbanding 16 peratus yang sangat tidak berpuas hati. Mereka yang agak berpuas hati adalah 36 peratus dan yang agak tidak berpuas hati adalah 38 peratus.

Merosot

Rasa puas hati rakyat jelata terhadap perkembangan semasa ini merosot secara mendadak daripada 71 peratus pada tempoh 29 Februari - 4 Mac 2008 (sebelum PRU12), kepada 68 peratus bagi tempoh 5 Mac - 7 Mac 2008 (menjelang hari pembuangan undi PRU12), 44 peratus bagi tempoh 30 April - 5 Mei 2008 (selepas PRU12), dan 28 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008.

Kemerosotan ini banyak dipengaruhi oleh faktor ekonomi (59 peratus), jenayah dan keselamatan awam (25 peratus), rasuah dan penyalahgunaan kuasa (15 peratus) dan faktor politik (10 peratus).

Mengenai ekonomi, 24 peratus responden menyatakan pada tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008 bahawa ekonomi Negara adalah “favourable”. Angka ini menurun daripada 59 peratus pada tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008.

Mengenai kedudukan ekonomi negara mutakhir ini berbanding tiga tahun lalu, hanya 19 peratus responden mengatakan ianya “favourable” berbanding 51 peratus pada tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008.

Kemerosotan keyakinan responden terhadap hakikat di atas adalah berasaskan pandangan mereka yang tidak “favourable” mengenai pendapatan peribadi (60 peratus pada tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008 kepada 34 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008), kos harga barang dan perkhidmatan (24 peratus bagi tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008 merosot kepada 8 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008), peluang pekerjaan (merosot daripada 50 peratus bagi tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008 kepada 29 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008), dan peluang perniagaan (merosot daripada 49 peratus bagi tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008 kepada 33 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008).

Anwar Ibrahim

Sementara itu, responden yang sangat berpuashati dengan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat adalah 9 peratus sementara yang sangat tidak berpuas hati adalah 13 peratus. Bagaimanapun, golongan yang agak berpuas hati adalah 48 peratus dan yang agak tidak berpuas hati adalah 10 peratus.

Mengenai tuduhan salah laku seks oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, hanya 11 peratus sahaja responden yang percaya sementara 55 peratus langsung tidak mempercayainya. Sementara itu, 8 peratus responden tidak memberikan apa-apa respon dan 26 peratus tidak tahu apa-apa.

Di kalangan responden Melayu, 11 peratus percaya dengan tuduhan salah laku seks membabitkan Anwar, 50 peratus tidak mempercayainya dan 31 peratus tidak tahu apa-apa. Di kalangan responden Cina, 11 peratus percaya dan 59 peratus tidak percaya. Di kalangan responden India, 13 peratus percaya dan 75 peratus tidak percaya.

Di kalangan seluruh responden, 66 peratus setuju bahawa apa yang berlaku adalah tindakan bermotif politik untuk menjejaskan kerjaya siasah Anwar. Hanya 13 peratus sahaja tidak setuju dengan kesimpulan ini.

Hasil kajian di atas mungkin tidak boleh dijadikan satu indikator mutlak kepada seluruh isu yang dikaji. Tetapi, cukup untuk rakyat jelata mendapatkan gambaran jelas sebagai asas kepada seluruh perkembangan siasah di Malaysia mutakhir.

Perincian kajian ini yang sepenuhnya boleh diakses menerusi http://www.merdeka.org/pages/Natl%20Poll%20July%202008%20-%20Release%20to%20Press.pdf – Ruhanie Ahmad

Saturday, August 02, 2008

MUHYIDDIN AKAN UMUM SAMA ADA PERTAHAN JAWATAN DALAM JANGKA MASA TERDEKAT

MUAR, 1 Ogos (Bernama) -- Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan mengumumkan dalam masa terdekat sama ada mempertahankan jawatan atau bertanding jawatan lebih tinggi pada pemilihan parti Disember ini.

"Tunggulah, saya akan mengumumkan keputusan ini dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO cawangan Permatang Pasir, Bukit Pasir di sini, Jumaat.

Beberapa cawangan UMNO di seluruh negara yang mula bermesyuarat sejak dua minggu lepas telah mengusulkan agar beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden manakala cawangan Kampung Desa Jaya, Umno Bahagian Johor Baharu meluluskan usul yang mahukan Muhyiddin bertanding merebut jawatan Presiden Umno.

Muhyiddin, yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh, berkata beliau sedang mendapatkan maklum balas daripada bahagian-bahagian UMNO sebelum membuat keputusan muktamad jawatan yang beliau bakal tandingi.

Terdahulu semasa berucap, beliau berkata anggota parti atau perwakilan seharusnya menjadikan pemimpin yang boleh memberi sumbangan kepada kerajaan dan parti sebagai kriteria utama pemilihan pemimpin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, turut meminta semua anggota parti memberi tumpuan kepada usaha memulihkan parti.

Katanya usaha mengembalikan UMNO sebagai sebuah parti yang disegani dan dihormati serta membantu memulihkan kekuatan parti-parti komponen Barisan (BN) amat penting.

"Saya bimbang jika ini tidak dilakukan, kita bukan sahaja tewas pada pilihan raya umum ke-13, malahan orang Melayu akan kehilangan kuasa politik buat selama-lamanya," tegas beliau. – BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=350054
“RASUAH POLITIK OF THE HIGHEST ORDER”?

Penawaran jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan persetujuan Najib menerima tawaran tersebut adalah “rasuah politik of the highest order,” kata Kapten (B) Dato’ Zahar Hashim, Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Selangor, dalam sepucuk surat kepada Setiausaha Agung UMNO, bertarikh 11 Julai 2008.

Surat Zahar dipaparkan di side-bar blog ini dan boleh dibaca sepenuhnya di portal berita Malaysia-Today menerusi link ini: http://us3.malaysia-today.net/2008/content/view/10627/84/ - Ruhanie Ahmad

Friday, August 01, 2008

UTAMAKAN USAHA KUKUH PARTI DARIPADA BERGABUNG DENGAN PAS – MUHYIDDIN

MUAR 1 Ogos – Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin berkata, Barisan Nasional (BN) harus memberi keutamaan memperkukuhkan parti daripada berbincang dengan parti lain seperti Pas untuk bergabung membentuk kerajaan campuran.

Beliau berkata, meskipun usaha bekerjasama dengan PAS adalah baik khususnya dalam berkongsi idea memperjuangkan soal-soal pokok kedua-dua parti, agenda yang lebih penting dalam UMNO sekarang ialah memastikan ia terus kuat.

“Sebenarnya saya sendiri tidak tahu bagaimana hal ini (penggabungan UMNO dan Pas) bermula. Pas berkata mereka sudah tolak tawaran kerjasama itu dan bagi saya, perkara yang paling mustahak sebelum berfikir untuk bekerjasama ialah bagaimana kita hendak memperkuatkan parti kita dulu.

“Kita tidak mahu nanti ada pihak yang melihat bahawa parti kita ini agak lemah dan usaha (penggabungan) ini adalah taktik bagi memperkuatkan BN,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat kerja-kerja pembinaan Kompleks Pusat Bimbingan Usahawan Tani di Pagoh dekat sini hari ini. - Utusan On-line, 1 Ogos 2008, 3:28pm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0801&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_10.htm

UMNO AKAN TERUS ADAKAN PERBINCANGAN DENGAN PAS

PUTRAJAYA 1 Ogos - Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, parti itu akan terus mengadakan perbincangan dengan Pas mengenai isu-isu berkaitan Islam walaupun Pas menolak sebarang kerjasama untuk membentuk kerajaan campuran dengan Barisan Nasional (BN). – Utusan, 1 Ogos 2008, 12:48pm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0801&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm