Monday, March 12, 2012

Keselamatan, kesejahteraan dan kelangsungan

Ruhanie Ahmad

Kehidupan adalah mengenai keselamatan. Konsep keselamatan pula ditakrifkan sebagai wujudnya situasi yang terbebas daripada ancaman, angkara, musibah dan bencana.

Lantas muncullah pelbagai konsep keselamatan yang secara umumnya bersifat tradisional dan bukan tradisional serta bercorak nyata (imminent) atau dijangka (perceived).

Keselamatan tradisional menitikberatkan kemerdekaan, kedaulatan, ketenteraman, keamanan, kemakmuran dan kelangsungan negara. Keselamatan bukan tradisional lazimnya memfokuskan kepada seluruh elemen keinsanan dan kesejahteraannya.

Kedua-dua konsep keselamatan ini, dalam konteks Malaysia, menjadi paksi kepada pemuliharaan dan pemeliharaan seluruh nilai-nilai teras negara.

Nilai-nilai teras ini pula mencakupi aneka bentuk ketatanegaraan termasuk keharmonian agama, permuafakatan insan dan kestabilan politik.

Dari sudut negara majmuk seperti Malaysia, matlamat keselamatannya adalah bebas daripada angkara komunal yang berpotensi mengorbankan harta dan nyawa seluruh rakyat jelatanya.

Dari sisi pemerintahan negara, objektif keselamatannya adalah menjamin keabadian nilai-nilai teras nasional yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Rukunegara, Wawasan 2020 dan Gagasan 1Malaysia (bukannya propaganda Malaysian Malaysia yang antaranya telah mencetuskan tragedi berdarah 13 Mei 1969).

Di aras peribadi, keselamatan ditakrifkan mengikut keutamaan yang tersendiri. Kepada orang Melayu/Islam, keselamatan utamanya adalah terbebas daripada bencana neraka.

Kepada masyarakat bukan Melayu/Islam di Malaysia, terutamanya keturunan Cina, keselamatan primanya adalah terbebas daripada ancaman terhadap perniagaan serta harta kekayaannya.

Dengan ini jelaslah bahawa keselamatan adalah konsep yang penting kepada seluruh aspek kehidupan insan manusia, termasuk mengenai keharmonian agama, permuafakatan rakyat, kemakmuran ekonomi dan kelangsungan negara.

Dalam konteks Malaysia, hanya Barisan Nasional (BN) sahaja --- bukannya Pakatan Rakyat --- yang terbukti berupaya menjamin seluruh aspek keselamatan tradisional dan bukan tradisional sejak 1957 hingga sekarang.

Namun semuanya akan lupus dan musnah jika formula perkongsian kuasa BN diganggu-gugat, diharu-biru dan dihuru-harakan menerusi konsep dan prinsip yang sedang diperjajakan oleh siasah alternatif mutakhir ini.

Oleh sebab itu, berasaskan prinsip demokrasi yang memberikan kuasa membuat pilihan secara bebas, terserahlah kepada kewarasan peribadi untuk menentukan bahawa pilihan sebaik-baiknya adalah yang diputuskan atas perhitungan menjamin keselamatan, kehidupan dan kelangsungan diri, masyarakat dan negara.

5 comments:

Anonymous said...

As-salam,

Berpijak la di bumi yg nyata Dato'.. macam la BN tu saje yg bole perintah Msia ni...

Rasional la sikit...

Kok nak sokong BN tu sampai mati, bagi la fakta pro & kontra sikit... Master baru saje abih buat...
Kalau tak sama saje ulasan Dato dgn Utusan tu...

Din Goh

kudakepang said...

Saudara

Kalau saya tak berpijak di bumi nyata, adakah anda berpijak di bumi yang nyata apabila anda apabila anda bersuara tanpa fakta?

Apa lagi yang anda perlukan. Seluruh fakta ada di keliling kita, nyata dan jelas.

Salam takzim --- Ruhanie Ahmad

Anonymous said...

Dato, Saya tidak faham kenapa rakyat Malaysia dari semenanjung perlu menjalani proses imigresen di Sabah dan sarawak sedangkan Sabah dan Sarawak adalah dalam wilayah Malaysia.

Bagitu juga jika mahu berkerja, perlu mendapat permit visa terlebih dahulu.

Berbeza pula bagi rakyat Sabah dan Sarawak bebas keluar masuk kesemenanjung tanpa sebarang proses imigresen.

Jadi slogan 1 MALAYSIA ini tidak menunjukkan kebebasan rakyat semenanjung untuk tinggal di sabah atau sarawak.

Anonymous said...

Bro Ron
Salam Hormat

Oleh kerana inilah pra-syarat penting untuk sesuatu kelompok siasah memerintah sesebuah negara, maka adalah paradoksikal jika kelompok-kelompok siasah yang bercita-cita untuk menggantikan kekuasaan BN mutakhir ini adalah seolah-olah tidak mempedulikan langsung aspek keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat jelata...

Tanya sikit kenapa mahu tiru tok arab beh-beh dan arab awakening di Malaysia dan Myanmar?

Post Sub-Prima senarionya sudah berubah. 'Shake and Bake' oleh Euro, Russia dan China. India masih shaking.

infarthora: UMNO lwn DAP

Bin Saman said...

Salam Dato,

Keselamatan dan ketenteraman awam yang sangat mendesak ialah akan hal hamba rakyat dapat menjalankan kehidupan harian tanpa takut, tanpa bimbang.

Hal ini sangat ketara dalam negara kita. Cuba Dato lihat kembali berapa banyak kejadian ragut telah dilaporkan dan membawa kepada kehilangan nyawa hamba rakyat.

Lihat pula kes kehilangan kanak-kanak dan membawa maut yang sangat menyayat hati kita saperti kes Dirang di Masai itu. Berapa kali sudah berlaku akan keadaan yang serupa?

Kes bunuh pula dalam 3 bulan awal tahun ini sahaja berapa kali? Begitu cepat sehingga kita menjadi lupa dan ragut, colek, dan bunuh sudah macam perkara biasa kepada kita.

Jika Dato dan pembaca berpijak di bumi nyata fikirkan salah siapa? Adakah hamba rakyat boleh bertindak sendirian mengatasi gejala ini?

Oleh itu dalam membuat pilihan nanti,
PILIHLAH ALTERNATIVE YANG TAHU MENYALURKAN FORCE AGENSI KERAJAAN YANG ITU KE TEMPAT YANG "BETUL DAN CEPAT" BUKAN GUNA FORCE KE ATAS HAMBA RAKYAT.