Pemilihan seorang penolong pegawai daerah (ADO), Mohamad Azahar Ibrahim, sebagai calon PRK DUN Tenang, di Labis, Johor, merupakan satu pembaharuan yang dilakukan oleh Datuk Sri Najib Tun Razak. Syabas!
Sehubungan dengan pembaharuan ini, saya turunkan di bawah ini tujuh perenggan daripada buku Revolusi UMNO (1994) seperti berikut:
Satu lagi pendekatan yang wajar diberi pertimbangan ialah mewujudkan sistem mengesan bakat kepimpinan di dalam UMNO. Sistem ini tidak perlu dimunculkan secara rasmi dan penuh gembar-gembor. Sebaliknya, sistem ini hanya dipertanggungjawabkan kepada segolongan kumpulan yang menerima mandat dari pucuk kepimpinan parti.
Matlamat sistem ini adalah untuk mengesan, mengenalpasti, dan mengembangkan bakat kepimpinan seseorang individu, khususnya dari kalangan generasi pelapis dari segenap bidang, sektor dan profesion. Ini bermakna individu tersebut tidak semestinya dari kalangan ahli-ahli UMNO sahaja.
Individu-individu Bumiputera dari generasi pelapis yang sudah dikenalpasti hendaklah diberi bimbingan dan didikan parti supaya mereka membangun sebagai golongan yang seimbang, dengan semangat perjuangan, keagamaan, rohani serta inteleknya yang serasi dengan idealism UMNO.
Kumpulan ini wajar dijadikan kumpulan teras yang akan menerima latihan di Kolej Parti kerana mereka merupakan sebahagian dari sumber kepimpinan UMNO di hari muka. Ini bererti walaupun kumpulan teras ini berpotensi besar memimpin UMNO di abad ke-21, tidaklah pula individu-individu Bumiputera lain yang jujur, ikhlas, tegas, berdedikasi dan perprinsip akan terlepas peluang memimpin parti di masa akan datang.
Memang akan terdapat pihak yang akan mengatakan langkah seperti ini amat radikal, progresif dan boleh jadi regimented. Ataupun, mungkin wujud kalangan yang akan memperkecil-kecilkan perkara ini.
Pokoknya, dalam UMNO mencari kecemerlangan masa depan, adakah parti tersebut mahu terus menerus memaksa perjuangannya dibelenggu negativisme dan kekunoan sepanjang masa? Atau, tidak wajarkah UMNO bersikap inovatif dan positif demi survival satu wadah perjuangan yang memang serasi dan sentimental kepada majoriti orang Melayu?
Pada waktu yang sama, apakah UMNO mempunyai pilihan? Sampai bilakah UMNO harus tertunggu-tunggu untuk melaksanakan satu revolusi ke arah menjernihkan lagi perjuangannya? Jika masalah revolusi ini tidak dilaksanakan segera sebagai usaha pelengkap kepada segala reformasi pengurusannya, siapa yang akan bertanggungjawab jika sekali lagi UMNO dibunuh oleh sesetengah ahli-ahlinya sendiri? Dan, siapa pula yang harus dipersalahkan jika usaha seperti ini tidak dijalankan dan akibatnya UMNO akan terbunuh dalam keadaan yang lebih dahsyat daripada tahun 1988? (Ruhanie Ahmad dan Sazali Kamilan 1994: 62-64).
Perenggan-perenggan di atas saya dedikasikan kepada seluruh warga UMNO, terutama sekali warga UMNO Labis yang sedang mengendalikan PRK DUN Tenang. Selamat berjuang dan selamat maju jaya!

No comments:
Post a Comment