Thursday, December 30, 2010

SENAMROBIK DAP CABAR KESELAMATAN NEGARA

Ruhanie Ahmad

Tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, bersenamrobik bersama-sama jemaah masjid---termasuk lelaki---sempena Karnival Maal Hijrah di pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, baru-baru ini, adalah masalah keselamatan negara.

Ia boleh memprovokasikan reaksi negatif terhadap Teo, parti yang diwakilinya, serta umat Islam yang menganjurkan acara berkenaan secara sedar.

Tindakan tersebut, walaupun pastinya dilakukan dengan kerelaan jawatankuasa dan jemaah masjid, adalah tindakan yang melangkaui politik.

Ia adalah isu keselamatan negara yang mesti segera ditangani mengikut undang-undang yang tegas dan berkesan.

Tulisan ini tidak mencerminkan ekstremisme Islam. Sebaliknya, mencerminkan kebimbangan terhadap tindak-balas negatif yang boleh tercetus akibat tindakan tersebut senandainya wujud segelintir umat Islam yang hilang sabar dan terlalu amat marah terhadap perbuatan yang mengenepikan prinsip-prinsip asas sensitiviti keagamaan.

Pihak berkuasa Malaysia perlu segera mensekuritisasikan tindakan seperti ini dan bertindak membanteras ianya daripada berulang.

Tidak ada gunanya peristiwa seperti ini dijadikan polemik kepartian. Isu keselamatan negara di sesebuah negara majmuk seperti Malaysia mesti dibanteras menerusi ketegasan undang-undang.

6 comments:

Unknown said...

Saya berharap agar dapat linkkan blog KL BOYZ di sini agar dapat dikongsi bersama pengunjung.
Terima Kasih..
http://klboyzwangsa.blogspot.com

Ham said...

"masalah keselamatan negara" apa u cakap ni.senamrobik untuk kesihatan.kalau nak kira keselamatan negara u kena fikir ni

i- APCO (zionis) dlm kejaan BN
ii - IFF di Monaco
iii - Harga barang Naik
iv- banyak lagi kalau nak tulis..

ni orang bersenam di parking lot pun keselamatan negara (u cakap ni macam d setiap kepala rakyat malaysia ada tertulis "BODOH" tidak pandai berfikir) untuk pengetahuan anda saya yakin RAKYAT MALAYSIA TIDAK SEBODOH YG ANDA SANGKA. tak tahulah rakyat Umnoapco.

ahmadnafiah said...

Salam,Dato apa cerita ni barang keperluan sentiasa melambong naik ni.minyak masak dah kehabisan tapi menteri kata ada mana? semua pasar raya saya pergi tadi dah habis stock Tapi banyak orang kata kalau naikan harga dalam masa 2 hari mesti penuh semula.Maaf datok

kudakepang said...

Salam takzim Kl Boyz, Ham, dan Ahmadnafiah.

1. Komen kepada kiriman HAM. Kita diajar untuk berbeza secara baik. Jika anda tak setuju dengan saya usah guna perkataan BODOH. Saya tak kata senamrobik salah. Yang salahnya, dari segi nilai dan amalannya. Kalau nak beriadhah di depan masjid pakailah secara sopan ikut adat masjid. Jika anda tak faham, tanya kawan-kawan anda apa maksud saya. Yang saya persoalkan adalah perbuatan itu boleh menimbulkan kemarahan. Marah bukan BODOH. Marah adalah suatu naluri halus yang latent dan boleh mencetuskan kuasa bangkangan serta repurcussion negatif. Harap anda fikirkan repons saya ini dalam-dalam. Jika anda tak keberatan, bersemukalah dengan biar saya rasionalkan mengapakah kita perlu berbeza pendapat secara ivilised.

2. KL BOYZ: terima kasih atas kunjungan ke KK. Adakah anda maksudkan supaya alamat anda di paparkan di side bar KK?

3. AHMADNAFIAH: Inilah masalah Malaysia. Barang kawalan tapi tak terkawal. Minyak kan barang kawalan, jadi semestinya rakyat hairan jika ianya ghaib daripada pasaran. Saya harap anda hubungi akhbar atau Menteri yang menafikan minyak tak ada di pasaran.

Salam takzim" Ruhanie Ahmad.

Mohamed Nazul Ismail said...

saya percaya, ia tidaklah sampai kepada isu keselamatan negara. Masyarakat kini lebih terbuka. Isu ini dimanipulasikan oleh media perdana. Masyarakat setempat lebih memahami. Terdapat juga pemimpin 7 isteri pemimpin kerajaan yang tidak menutup aurat sepenuhnya samada diluar & didalam masjid tetapi diam sahaja. Perkara ini boleh search dalam internet. Saya percaya ahli parlimen ini memakai pakaian sedemikian kerana contoh-contoh golongan Melayu sendiri yang gagal mempamerkan tatapakaian yang sepatutnya.

Anonymous said...

salam datuk...
agak laa saya tak baca web datuk. saya bukanlah penyokong mana-mana parti. tapi... bila datuk menulis tentang isu ini... saya rasanya ianya satu penulisan mereka-mereka yang tahap mentalitinya amat rendah... bukanlah maksud saya nak merendahkan mentaliti datuk... jika hanya isu pakaian yang menjadi isunya... saya rasa itu bukan masalahnya... apa yang saya nak nyatakan bahawa isu yang datuk cuba ketengahkan ialah kebencian datuk sebagai ahli UMNO terhadap DAP... kalau datuk pusing keleling Malaysia hari ni... berapa ramai orang Melayu yang beragama Islam lebih teruk berpakaian dari MP tersebut... mengapa datuk tidak menjadikan ianya sebagai isu... come on datuk ... rakyat M'sia dah semakin matang... tak perlulah isu remeh-temeh datuk tulis... carilah isu-isu yang lebih ilmiah dari menulis hal-hal sedemikian... sekian wassalam.