Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghuraikan manifest destiny atau suratan takdir BN menerusi ucapan yang penuh tekad, padat, tepat, dan mujarab.
Ucapan tersebut adalah suntikan semangat juang yang wajar dijadikan amanat kepada seluruh rakyat dalam perjuangan mengembalikan digniti rakyat Malaysia dan kedaulatan negara Malaysia mutakhir ini.
Teks penuh ucapan beliau di Konvensyen BN di Dewan Lee San Choon, Kuala Lumpur, sebentar tadi adalah seperti berikut:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_14.htm
Ucapan tersebut adalah suntikan semangat juang yang wajar dijadikan amanat kepada seluruh rakyat dalam perjuangan mengembalikan digniti rakyat Malaysia dan kedaulatan negara Malaysia mutakhir ini.
Teks penuh ucapan beliau di Konvensyen BN di Dewan Lee San Choon, Kuala Lumpur, sebentar tadi adalah seperti berikut:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_14.htm
3 comments:
Assalamualaikum,
Bung,
Ucapan DSN memang padat, bersemangat dan menarik.
Itu pada ucapan nya.
Pemimpin2 PATI KOMPONEN BN juga memberi ucapan yang memberangsangkan !!
Itu pun pada ucapan mereka.
APAKAH MEREKA IKHLAS ?
APAKAH AHLI PATI MEREKA MEMPUNYAI PENDAPAT YG SAMA ?
Itu yang masih kabur. Hinggalah PRU 13 nanti.
TAPI WAKTU ITU NASI DAH JADI BUBUR !!
Sahabatku Hang Jebat. Salam takzim.
Saya setuju bab kekaburan yang anda sebutkan. Tapi jika dikaji dari sudut suratan takdir, kita akan menyedari hakikat bahawa BN, dulunya Perikatan, adalah sebuah pertubuhan yang unik di dunia. Pakatannya diinstitusikan menerusi undang-undang, bukannya loose coaliation macam di negara-negara lain. Biarpun begitu, itu suratan takdir, maksudnya dengan kehendak Ilahi. Kalau dalam PRU13 suratannya berbeza, itu pun kuasa Allah SWT untuk menentukannya.
Sebagai seorang yang sudah lanjut usia, saya mengharapkan suratannya memihak kepada BN kerana pada pendapat saya yang cetek ini, anak cucu saya agak terjamin masa depannya dalam pemerintahan BN.
Namun kalau ditakdirkan BN tewas, moga-moga ianya menjadi penyedar kepada kita semua bahawa ilusi, arrogance dan lain-lain sikap negatif yang sedang membelenggu BN memang betul dan perlu dikoreksikan secara radikal dan komprehensif.
Selamat berjuang... Ruhanie Ahmad.
Salam Takzim
Bung Rohanei,
Saya percaya kepada taqdir.
Tiada siapa mengatasi Taqdir.
Tetapi kita dikurniakan akal
BREFIKIR lah !!
PERIKATAN dan BN mempunyai ciri ciri yang berbeza. Boleh dikatakan jauh juga bezanya.
PERIKATAN bersimbulkan Kapal Layar.
BN bersimbulkan DACING yang kadangkala menimbang tidak SAKSAMA.
Zaman PERIKATAN ada TUN RAZAK, TUN DR. ISMAIL, GHAZALI SHAFIEE dan lain lain. Mereka tegas dan berwibawa.
Zaman BN ada DSN anak Tun Razak yang berbeza dari bapa nya.
Ada HISHAMUDDIN yang jauh lebeh lembut jika dibanding TDI.
Zaman PERIKATAN semangat Melayu Tinggi. Zaman BN banyak melayu yang tinggal nama sahaja termasuk yang berjawan MENTERI.
SAya mengalami kedua dua zaman itu. Bezanya Zaman PERIKATAN, saya masih muda dan aktif. Zaman BN saya dah tua dan bersara (di pinggirkan).
Tapi berjuang tetap berjuang,dengan cara kita sendiri.
AGI IDUP AGI NGELABAN !!!
Semuga TAQDIR mengatasi segala galanya.AMIN.
Post a Comment