Wednesday, June 03, 2009

Pendidikan etnisiti di Malaysia

Ruhanie Ahmad

Para pelajar institut pengajian tinggi awam kini diwajibkan mempelajari soal etnisiti di Malaysia. Ini langkah yang positif. Menerusi pendekatan ini proses assimilasi dan integrasi etnik diharap dapat menghasilkan sebuah negara Malaysia yang benar-benar aman, rukun, damai dan muafakat.

Untuk menghayati subjek ini, sewajarnya para pelajar didedahkan kepada fakta-fakta sejarah di negara ini. Contohnya, kemajmukan Malaysia bukannya atas pilihan sesiapa, melainkan atas agenda penjajah British.

Perangkaan-perangkaan tertentu juga perlu diketengahkan untuk membuktikan betapa tindakan British membawa masuk orang asing tanpa kawalan ketika itu pernah menyebabkan jumlah mereka mengatasi jumlah penduduk peribumi di Tanah Melayu.

Contoh satu: pada 1871, terdapat 104,615 orang rakyat Cina dan 33,390 rakyat orang India, iaitu 45 peratus daripada seluruh penduduk Tanah Melayu pada ketika itu. Bilangan ini meningkat kepada 583,396 orang rakyat Cina dan 74,081 orang rakyat India pada 1891, atau 57 peratus daripada seluruh penduduk Tanah Melayu pada tahun 1901. Pada tahun 1941 terdapat seramai 2,418,651 rakyat Cina dan 767,693 rakyat India menetap di Tanah Melayu. Mereka merupakan 58 peratus daripada jumlah penduduk Tanah Melayu pada tahun berkenaan (Ooi 1986:20)

Contoh dua: akibat dasar British membawa masuk orang asing ke Tanah Melayu tanpa sebarang kawalan, banci penduduk Tanah Melayu pada tahun 1931 mendapati jumlah orang asing di Tanah Melayu ketika itu telah mengatasi jumlah seluruh peribumi. Kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1932-1933 menyebabkan ramai orang asing tersebut balik ke negara asal mereka. Tetapi, selepas Perang Dunia Kedua pada 1945, bancian penduduk Tanah Melayu, termasuk Singapura, masih mendapati daripada 5.7 juta penduduk ketika itu, orang Melayu dan Bumiputera hanya 2.5 juta orang, sedangkan bukan Melayu adalah seramai 3.2 juta orang. Banci penduduk Tanah Melayu pada 1947 pun masih mendapati yang jumlah orang asing di Tanah Melayu ketika itu masih mengatasi jumlah penduduk peribumi ketika itu (Cheah 2007:42).

Contoh tiga: pada 1957, jumlah rakyat Melayu dan bukan Melayu adalah hampir seimbang. Daripada 6.36 juta orang penduduk pada ketika itu, 3.12 juta adalah orang Melayu, 2.33 juta etnik Cina, 690,000 orang etnik India dan 120,000 orang lagi daripada lain-lain etnik (Federation of Malaya Year Book 1959). Dari segi ekonomi, etnik Cina pada 1957 menguasai ekonomi Tanah Melayu secara kukuh sementara orang Melayu masih dalam kemiskinan (Deptartment of Statistics 1958-1960). Ini kerana seawal tahun 1937, pelaburan etnik Cina di Tanah Melayu adalah sebanyak US$200 juta berbanding pelaburan asing lainnya sejumlah US$454.5 juta (Ling 1995:3).

Contoh empat: pada tahun 1950-an, syarikat-syarikat Eropah menguasai 65 peratus hingga 75 peratus perdagangan eksport dan 60 peratus hingga 70 peratus perdagangan import. Syarikat-syarikat milik etnik Cina menguasai 10 peratus daripada agensi eskport. Syarikat-syarikat yang dikuasai oleh etnik India pula menguasai 2 peratus daripada perdagangan berkenaan. Orang Melayu langsung tidak memiliki sebarang ekuiti dalam mana-mana perdagangan (Gomez & Jomo, 1997:14-15).

Contoh lima: penduduk Malaysia pada tahun 2008 adalah 25.056 juta, iaitu Melayu 13.667 juta, Bumiputera 2.963 juta, etnik Cina 6.256 juta, etnik India 1.880 juta, lain-lain etnik 290,000 dan bukan rakyat 2.826 juta (Unit Perancang Ekonomi:2008).

Contoh enam: pemilikan modal saham pada tahun tersebut adalah RM100 bilion atau 18.9 peratus di tangan Bumiputera, RM215 bilion atau 40.6 peratus dikuasai oleh bukan Bumiputera, RM42.3 bilion atau 8 peratus dikuasai oleh syarikat nomini dan RM172.3 bilion atau 32.5 peratus dipegang oleh pemodal asing. Ekuiti Bumiputera terbahagi kepada RM 79.4 bilion atau 15 peratus milik individu, RM11.9 bilion atau 2.2 peratus milik institusi, dan RM8.7 bilion atau 1.7 peratus milik agensi anamah. Ekuiti milik bukan Bumiputera pula sebanyak RM207 bilion atau 39 peratus dikuasai oleh Cina, RM6.4 bilion atau 1.2 peratus dalam tangan India, dan RM1.9 bilion atau 0.4 peratus kepunyaan lain-lain kaum (The Star: 27.6.2008).

Kesimpulan: kajian etnik yang diajarkan di IPTA perlu menjelaskan bahawa statistik seperti terpapar di atas adalah faktor yang merangsang serta mendorong kerajaan mewujudkan beberapa dasar affirmatif mengenai Melayu dan Bumiputera. Ini kerana statistik seperti di atas, walaupun membuktikan jumlah penduduk Melayu dan Bumiputera berbanding lain-lain etnik yang hampir seimbang sewaktu kemerdekaan tanah air telah meningkat secara prominen pada 2008, tetapi kenyataan mengenai kemiskinan serta lain-lain indikator ekonomi di era pra merdeka adalah manifestasi dan dampak dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh penjajah British yang memihak kepada bukan Bumiputera dan menindas orang Melayu dan Bumiputera.

Perlu juga ditegaskan kepada para pelajar, bahawa indikator ekonomi di era pasca merdeka pula adalah realiti dan manifestasi bahawa orang Melayu dan Bumiputera adalah golongan yang memang masih jauh ketinggalan berbanding bukan Bumiputera dan pemodal asing di Malaysia pada hari ini. Hakikat ini jadi lebih ketara jika dikaji lain-lain indikator sosio-ekonomi seperti pendapatan isirumah, kadar kemiskinan relatif dan kemiskinan tegar, jumlah professional Melayu dan Bumiputera dan sebagainya.

Oleh itu, dikaji ikut perspektif mana sekalipun, adalah jelas bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB), dan kemudiannya Dasar Pembangunan Nasional (DPN), masih belum berjaya mengatasi jurang perbezaan ekonomi dan kadar kemiskinan antara orang Melayu dan Bumiputera dengan bukan Bumiputera di Malaysia.

Begitulah realtinya Melayu dan Bumiputera di Malaysia sekarang. Mereka tidak pernah mempersoalkan kehadiran etnik Cina dan India yang kini menjadi sebahagian penduduk Malaysia.

Tetapi, pastinya wujud di kalangan mereka yang tersinggung perasaan bila kedudukan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera, seperti kuota ekuiti Melayu dan Bumiputera sebanyak 30 peratus, dan kuota mengenai biasiswa pelajar Melayu, asyik diungkit-ungkit oleh segolongan bukan Melayu pada ketika ini.

Ironisnya, bila orang Melayu dan Bumiputera bertindak untuk menyuarakan kebenaran, tindakan itu cepat-cepat dilabelkan oleh sesetengah bukan Melayu sebagai tindakan rasis. Anehnya, tindakan itu juga disifatkan sebagai anti-perpaduan.

Tetapi, bila sesetengah bukan Melayu mengungkit-ungkit, mengasak dan cuba menginjak-injak kedudukan Melayu pada hari ini, tidak ada siapa pula yang berani melabelkan tindakan segolongan bukan Melayu itu sebagai cauvinis dan rasis.

Jika beginilah keadaannya, bilakah akan wujud perpaduan nasional yang tulin di Malaysia? Jika beginilah keadaannya, sampai bilakah orang Melayu dan Bumiputera akan menjadi mangsa label yang double-standard semata-mata kerana sebagai peribumi, orang Melayu dituntut supaya sentiasa bersabar dan bersikap amat tolerans terhadap gelagat sesetengah bukan Melayu yang seolah-olah mahu mencabar kesebaran orang Melayu dan Bumiputera?

Saya sajikan realiti seta persoalan di atas berasaskan kesedaran bahawa hubungan etnik adalah satu daripada faktor yang penting kepada kelangsungan Malaysia. Seperti kata Shamsul (2007:1), berdasarkan pengalaman 13 Mei 1969, ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan poltik. Dan, seperti pendapat Sanusi (1989:108), apabila perasaan perkauman ditonjol-tonjol sehingga menjadi satu prinsip penting dalam sebuah masyarakat yang berbilang etnik, besar kemungkinan ia akan menimbulkan berbagai reaksi di kalangan anggota kumpulan etnik yang berlainan.

18 comments:

ALAM said...

tahniah!
kerana Dato' telah menerangkan fakta yang berguna untuk menyedarkan bangsa melayu bagaimana asal usul bangsa yang telah diangkut ini.

Bangsa yang diangkut inilah yang telah menjadikan negara ini berada dalam dilema.

Sekarang bangsa yang diangkut ini telah menjadi sombong dan bongkak sehingga hendak menjadi tuan kepada kita. Bangsa yang diangkut ini tidak tahu berterima kasih dan sanggup untuk menderhaka kepada raja kita.

Sedarlah bangsa melayu, awaslah bangsa melayu. sekiranya kita tersilap, kita akan menjadi hamba dinegara kita sendiri.

Unknown said...

Saya harap Datuk Khalid Nordin bertindak terhadap pandangan Datuk. Waktunya dah sampai kita kena terus terang supaya semua generasi muda dapat menghayati pengorbanan orang dulu-dulu, baik Melayu, baik Cina. baik India. Supaya tak ada lagi elemen-elemen bukan Melayu yang ekstremis pada waktu ni. Kalau generasi muda kita faham, mereka akan kutuk elemen-elemen yang cuba melaga-lagakan mereka semata-mata untuk politik mereka yang oportunis ini. Selamat berjuang Datuk!

-thethinker- said...

bukan melayu membangkitkan hal hal spt kontrak , biasiswa dll bukannya kerana ingin menafikan hak orang melayu , tetapi kerana wujudnya ketidaktelusan , ketirisan dan ketidakadilan dalam pengagihan hak orang melayu terhadap orang melayu sendiri.
Tentu dato akan berkata , sapa mereka utk menyampuk hal orang melayu. Ini salah !!!! Sbg rakyat malaysia , nampak mana mana yg tak betul , setiap rakyat mempunyai kewajipan utk menyuarakannya dan membetulkannya. Tak kira hal melayu ke, cina ke , india ke .. ini semua hal warga Malaysia.
Jika hanya orang melayu boleh berkata berkenaan hal orang melayu sahaja , cina ngan hal orang cina shj , india ngan hal india shj , bukankah dasar pecah dan perintah ??

Orang melayu yg tak bersalah dalam kewujudan ketirisan pengagihan hak orang melayu nii tak pulak benggang ngan pandangan orang bukan melayu , pasai apa ???? pasai... hanya orang yg makan cili saja terasa pedasnya.

Sememangnya orang gila tak pernah ngaku dirinya gila.

Unknown said...

Rakyat Malaysia memang tidak pernah mempolemikkan soal kaum. Pada 1969 parti pembangkang yang tiupkan api perkauman. Sebelum itu parti yang hai ni dah jadi pemerintah sebuah pulau yang tiupkan api perkauman. Dengan itu, orang-orang politik yang rasis ini yang mesti kita serang habis-habisan. Kerana parti dia orang hidup atas isu, maka isu perkauman yang dijadikan modal untuk dapat sokongan politik. Kumpulan macam ni perlu kita tentang dan tentang sapai dia orang lembik dan terhapus.

politica said...

Apa yang dikomenkan oleh the thinker memang betul. Ada yang betul dalam pelaksanaan beberapa dasar mengenai Melayu dan Bumiputera. Ini pun kita kena serang habis-habisan. Jadi kita serang serampang dua mata. Satu kita serang kelompok Melayu yang sengaja main politik atas isu Melayu dan kedua kita serang pihak-pihak yang melaksanakan dasar pro Melayu secara songsang. Setuju!!!!
Dengan caa ni orang muda macam saya akan salute pihak yang perjuangkan Melayu atas hakikat cari keadilan untuk semua.

politica said...

Pembetulan Tok. Ayat kedua di baca: ADA YANG TAK BETUL....

terima kasih tok

Unknown said...

Dear Sir. You are right. We ordinary Malaysians never care about race politics. But, unfortunately, we have some non-Malay politicians and Malay too, who survive on race politics. These are the people we have to throw away from our society. This country is mine and yours too, Sir. I am for a peaceful and united Malaysia in the nearest future.

Semut Api said...

dato.. esok dikatanya pulak, melayu tak dapat memaju diri mencapai taraf ekuiti yang disasarkan sebab MELAYU MALAS..

malas atau ditindas secara ekonomi?

limado said...

Yang pentingnya, kerajaan mesti kena bertegas dengan sesetengah puak yang mempolitikkan hal ehwal masa depan Melayu dan Bumiputera. Beri amaran kepada mereka, jangan berani main api, jangan jolok sarang tebuan, jangan diduga air yang tenang, jangan jadi batu api. Tapi, macam ada komen di sini, kerajaan juga kena tegas supaya pelaksanaan dasar mengenai Melayu dan Bumiputera itu betul-betul lurus dan telus. Jangan ada kronisme, jangan ada neopotisme. Siapa yang menyeleweng, kenakan tindakan disiplin yang keras.

Unknown said...

Tambahan kepada komen Limado. Kerajaan kena juga pastikan tidak ada rasuah dan salahguna kuasa. Dengan kaedah ini tak ada ruang oportuns bukan Melayu untuk hentam Melayu dan Bumiputera kanan dan kiri. Sapa yang rasuah, terimalah padahnya. Tak ada pilih kasih, tak ada belas kesian. Sapa salah dia mesti terima padah. Salam Datuk!

odeen said...

DALAM BANYAK PERKARA APABILA ORANG MELAYU ATAU BUMIPUTERA MUNDUR KITA SELALU MENYALAHKAN ORANG LAIN SEPERTI PENJAJAH DAN KAUM LAIN. SIFAT KITA INI SENTIASA DIWARISI MALAH PEMIMPIN KITA SEPERTI TUN DR MAHATHIR JUGA SERING MENYALAHKAN ORANG LAIN SEPERTI AMERIKA APABILA BERLAKU KRISIS EKONOMI. NAMUN KITA MASIH JUGA BERDAGANG MENGGUNAKAN MATAWANG AMERIKA. SEBENARNYA MASALAH KEMUNDURAN ORANG MELAYU ADALAH BERPUNCA DARI SIFAT DAN SIKAP KAUM ITU SENDIRI TERMASUK PEMIMPIN ORANG MELAYU SENDIRI. MESKIPUN KITA MENGUASAI PENTADBIRAN NEGARA TETAPI YANG PASTI BANGSA KITA MASIH LAGI MUNDUR SEBABNYA TAK LAIN TAK BUKAN KERANA PEMIMPIN MELAYU SENDIRI TAMAK MENGEJAR KEKAYAAN DAN MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI. PEMIMPIN KITA SELALU MENYALAHKAN PIHAK LAIN(KAUM LAIN) APABILA MUSIBAH MENIMPA KAUMNYA BAGI MENUTUP KELEMAHAN MEREKA. SIKAP ORANG KITA SENDIRI YANG SENTIASA BERASA MEGAH DAN BERKUASA ATAS BUMI SENDIRI MALAH MALAS BERUSAHA DAN MENCARI PELUANG. NAMUN SIKAP KAUM LAIN SEPERTI CINA YANG MERASAKAN MEREKA ADALAH PENDATANG DAN TIADA LAYANAN ISTIMEWA SENTIASA MENCARI PELUANG DAN BERUSAHA UNTUK MENDAPATKAN SEGALA PELUANG EKONOMI YANG ADA SEHINGGA SANGGUP MEMINJAM LESEN PERNIAGAAN MENYEWA TANAH DARI ORANG MELAYU BAGI MEMBOLEHKAN MEREKA MEMBESARKAN RANGKAIAN PERNIAGAAN MEREKA SUPAYA MEREKA DAPAT TERUS HIDUP DIBUMI ASING BAGI MEREKA. SEBALIKNYA KITA ASYIK BERHIBUR DAN LEKA DENGAN LAGU "KITA MASIH BERKUASA DI BUMI SENDIRI".ITULAH HANYA BEBERAPA SEBAB MENGAPA KITA MUNDUR. BANYAK LAGI SEBAB LAIN YANG MENJURUS KEPADA KELEMAHAN KITA SENDIRI SEBENARNYA.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Jigsaw Puzzle In A Rickshaw
(foreign relationship strength)

1. Avoid Provocation In Overlapping Waters In Ambalat: Muhyiddin

MUAR, June 4 (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin has called on all parties to avoid doing anything provocative in the disputed waters off Ambalat near Sabah which are believed to be rich in oil and gas.

The deputy prime minister said Malaysia had very good relations with Jakarta and did not want to cause any problem that could affect the relations.

"We want to avoid any form of provocation that can cause unpleasantness. We must handle the matter with caution," he told reporters after launching the Friend of the Environment and Smart School Environment award here today.

The overlapping claims over Ambalat by the two countries have again became a hot topic after the Indonesian media reported alleged encroachment by Royal Malaysia Navy (RMN) ships in the area last week.

(M'sian Students In Indonesia Advised To Avoid Controversial Debates)


2. Najib Accorded Special Treatment At Great Hall Of The People

...Wen said relations between the two countries had expanded and deepened since then and also alluded to a Chinese proverb that said if one drank water from a well, he or she should not forget who had dug the well and that the Chinese government did not forget the role played by past leaders like Tun Razak and Zhou.

Wen explained that special arrangements were made for the speeches as the hall was of special significance to both China and Malaysia.

He said the picture was a gift from the Chinese government to the family of Tun Razak as the Chinese government did not forget the courageous role played by Tun Razak in making Malaysia the first Asean country to establish diplomatic ties with China.

He paid tribute to both "father and son" in Tun Razak and Najib whom he described as sharing the same sentiments towards China in terms of strengthening relations between the two countries.

Wen said today's bilateral talks and signing of four MoUs between the two countries marked a new chapter in bilateral relations and likened the strengthened and deepened relations of the two countries to that of the deep roots of a tree which would subsequently help in bringing leafy foliage and bountiful harvests of fruits.

In response, Najib said he would "dig more wells" to ensure that "the flow of water would be forever bountiful that we can both share for the mutual benefit of both countries."


Nota: A Great Wall Of Challenges, Tuan President: siapa yang mesti disusukan dan jangan ada yang mati kelaparan dek kelalaian kita, orang islam.

tok iskandar said...

Rakyat sebagai pemerhati tertanya-tanya apa agenda kerajaan pusat BN untuk memartabatkan pendidikan negara.Apakah dengan hanya membenarkan pelajar-pelajar mengambil 10 subjek ketika SPM dapat meningkatkan taraf intelek generasi muda kita?
Amatlah menyedihkan kerana hanya isu remeh dititikberatkan sedangkan isu pokok seperti bantahan PPSMI dipandang sepi.

Akhbar sinar harian hari ni melaporkan ada 58 buah sekolah terbengkalai dan ada 26 buah tender mmebina sekolah diserahkan kepada sebuah syarikat dan gagal disiapkan mengikut jadual.Kos tender bernilai RM300 juta.
Isu inilah yang perlu dipantau oleh Kementerian Pelajaran yang diketuai oleh Muhyiddin Yassin daripada membazir masa hendak menghadkan subjek yang diambil untuk SPM kepada 10.
Eloklah mulai hari ni,bapak menteri pelajaran meninjau sekolah-sekolah yang gagal disiapkan mengikut jadual.dengar citer ada yang terpaksa buat 2 sesi persekolahan.elok bapak menteri tinjau dan buat apa yang patut.
PPSMI jangan perap je bawah bantal.
Kalau bab bercakap UMNO memang hebat...nak-nak kalau temberang kat rakyat

nagagua said...

askm datuk cuba kita tenguk dalam waktu mereka mengatakan kerajaan kita menindas kaum lain cuba kita tengok senarai orang kaya kat malaysia ni sape yang duduk kat atas sekali..kalau bodoh jugak tak boleh nak pikir ni saya bagi contoh paling senang ada 100 pinggan nasi orang melayu cuma mintak 30 pinggan jer itu pun payah ke nak beri setelah orang melayu memberi rumah untuk dikongsi sebagai tempat berteduh .kepada yang tahu berterimakasih .kasihlah balasannya .

Mika Angel-0 said...

Kuda Kepang,

Cuba baca cerita ini -
Kita hairan mengapa bermain di kepala?:

1. Man Dead, Struck By Lightning

TUMPAT, June 4 (Bernama) -- A man of Siamese descent was killed after he was struck by lightning while taking shelter under a shed in Kampung Binjai here yesterday.

Champee A/L Kelean, 46, died on the spot after a bolt of lightning struck a copper talisman which he wore on his waist in the 6pm incident.

His sister, Mek Kedi, 39, said Champee, a vegetable wholesaler at the Tanah Merah market, left the house at around 4pm to meet several friends in the shed located in a padi field.

"However, his friends left when it started to rain but he remained in the shed," she told Bernama here today.

Mek Kedi said the incident was only known when villagers passing the area discovered her brother in the shed.

Tumpat acting police chief Supt Khalid Munap when contacted confirmed the incident.
-- BERNAMA

(bagaimana prestasi firma Kanada Talisman di rantau ini, bung?)


2. Text of President Barack Obama's speech at Cairo University, as provided by CQ Transcriptions.

Good afternoon. I am honored to be in the timeless city of Cairo and to be hosted by two remarkable institutions. For over a thousand years, Al-Azhar has had stood as a beacon of Islamic learning. And for over a century, Cairo University has been a source of Egypt's advancement. Together, you represent the harmony between tradition and progress.

I'm grateful for your hospitality and the hospitality of the people of Egypt. And I'm also proud to carry with me the good will of the American people and a greeting of peace from Muslim communities in my country: Assalamu-alaikum.

(APPLAUSE)

We meet at a time of great tension between the United States and Muslims around the world, tension rooted in historical forces that go beyond any current policy debate. The relationship between Islam and the West includes centuries of coexistence and cooperation but also conflict and religious wars.

More recently, tension has been fed by colonialism that denied rights and opportunities to many Muslims and a Cold War in which Muslim majority countries were too often treated as proxies without regard to their own aspirations. Moreover, the sweeping change brought by modernity and globalization led many Muslims to view the West as hostile to the traditions of Islam.

Violent extremists have exploited these tensions in a small but potent minority of Muslims. The attacks of September 11, 2001, and the continued efforts of these extremists to engage in violence against civilians has led some in my country to view Islam as inevitably hostile not only to America and western countries but also to human rights.

All this has bred more fear and more mistrust. So long as our relationship is defined by our differences, we will empower those who sow hatred rather than peace, those who promote conflict rather than the cooperation that can help all of our people achieve justice and prosperity. And this cycle of suspicion and discord must end.

I've come here to Cairo to seek a new beginning between the United States and Muslims around the world, one based on mutual interest and mutual respect, and one based upon the truth that America and Islam are not exclusive and need not be in competition. Instead, they overlap and share common principles, principles of justice and progress, tolerance and the dignity of all human beings....

(he makes a good car salesman and he is getting the US big three automakers for peanuts - tak begitu, mas - dengan gaya valedictorian nya...dan pastilah kiamat itu akan berlaku, cuma bila kita kurang arif: siapa Dubes kita di Jakarta, bung?

Sebenarnya pendidikan etnisiti di Malaysia adalah tajuk kami kurang arif saperti Chin Peng itu pendatang haram atau tidak kerana tidak bukti lahirnay di Tanah Melayu ini)

-thethinker- said...

alahai... pii mai pii mai tang tu juga yg dijadikan alasan.
cik nagagua ; ananda krishnan Maxis dan Tony AirAsia antara orang terkaya di Malaysia , ananda dan tony ialah orang India , maka dirumuskan bhw orang india semua kaya kaya .
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhkary dan Tan Sri Azman Hashim antara orang terkaya di malaysia , mereka ialah orang melayu , maka dirumuskan bhw orang melayu semua kaya raya.

Adakah betul hipotesis ni ?? salah !!!

berlambak lagi orang india kat dlm estet yg melarat . Byk lagi orang melayu yg hidup kais pagi makan pagi spt yg dipapar di Bersamumu dan talian hayat. Mana dia hak istimewa orang melayu yg diwar-warkan tuu ?? mana dia serampang dua mata dasar DEB tuu ??

Yg tulah yg dibising-bisingkan oleh rakyat jelata (melayu , cina , india ) ; ketirisan yg berleluasa , kekayaan yg tidak diagihkan , kuasa dipegang , amanah dipecah.

PARPUKARI said...

SALAM DATO RON, DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!

http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html

kudakepang said...

Bro Parpu

Dengan takzimnya saya izinkan apa juga artikel dari kk untuk and re-publish dalam blog anda. SELAMAT BERJUANG.

Salam takzim -- Ruhanie Ahmad