Calon-calon Timbalan dan Naib Presiden UMNO disarankan berkompromi untuk elakkan pertandingan dalam pemilihan pada Mac 2009. Maksudnya, mereka dicadangkan bermuzakarah, buat kajian kekuatan dan kelemahan peribadi, ukur baju di tubuh sendiri, dan akhirnya buat keputusan muktamad bahawa hanya seorang sahaja daripada mereka diberikan penghormatan menyandang jawatan-jawatan berkenaan tanpa pertandingan.
Intisari dan rasional saranan Datuk Seri Idris Jusoh, Mantan Menteri Besar Terengganu, yang dipetik oleh Utusan Malaysia hari ini, adalah seperti berikut:
Seluruh calon Timbalan dan Naib Presiden UMNO wajar berkompromi untuk berikan keutamaan kepada mereka yang mampu meningkatkan keperkasaan parti. Cara dan kaedah kompromi ini terserah kepada kebijaksanaan Majlis Tertingi (MT) UMNO untuk menentukannya. Dalam suasana politik mutakhir ini, setiap calon perlu buat pengorbanan demi UMNO dan berikan tumpuan terhadap usaha memperkasakannya. Tanpa pertandingan, UMNO mampu bendung gejala politik wang, elak perpecahan dan membolehkan ahli-ahlinya lebih fokus kepada usaha membina imej dan masa depan parti. Inilah masanya ahli UMNO dan pemimpinn tertingginya bersatu hati dan eratkan perpaduan di semua peringkat bagi memperkukuh dan memperbaiki imej UMNO. Keputusan ini diambil oleh UMNO Bahagian Besat dalam mesyuaratnya kelmarin dan akan disampaikan kepada Majlis Tertinggi (MT) UMNO dalam tempoh terdekat.
Saranan Idris seperti di atas memang pragmatik dan relevan dengan suasana siasah UMNO mutakhir ini. Tetapi, berapa ramaikah calon yang sudi berkongsi pandangan dengan beliau. Contohnya, kajilah sendiri kenyataan-kenyataan berikut:
MELAKA 27 Jan. - Datuk Seri Mohd. Ali Rustam tidak bersetuju dengan cadangan UMNO Bahagian Besut supaya calon-calon Timbalan Presiden dan Naib Presiden parti itu berkompromi pada pemilihan Mac ini.
Naib Presiden UMNO itu menegaskan, sebagai calon yang telah dipilih oleh ahli untuk bertanding, tidak ada sebab untuknya berkompromi atau menarik diri.
"Saya ucapkan tahniah kalau ada yang memberi cadangan untuk berkompromi tetapi saya tidak akan tarik diri. Kalau ada calon lain yang menarik diri... Alhamdulillah," katanya.
KUALA LUMPUR 27 Jan. - Cadangan UMNO Bahagian Besut supaya calon-calon Timbalan Presiden dan Naib Presiden berkompromi pada pemilihan parti Mac ini kurang dipersetujui.
Walaupun atas alasan demi mengukuhkan parti - calon yang bertanding berpendapat masih banyak cara lain untuk melakukannya.
Calon Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, dalam UMNO terdapat pelbagai cadangan yang dikemukakan oleh ahli-ahlinya untuk memantapkan parti.
Bagaimanapun katanya, usaha murni itu tidak sepatutnya menjurus kepada satu cadangan sahaja kerana terdapat pelbagai aspek yang perlu diberikan penelitian.
''Dalam UMNO sesiapa sahaja bebas beri pandangan, sekarang semua orang bagi petua untuk pulihkan UMNO. Saya berharap UMNO dapat memilih jalan terbaik kerana apabila seseorang memberi pandangan, tidak bermakna ia mewakili pandangan majoriti," katanya.
KUALA LUMPUR 27 Jan. - Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM) menolak cadangan supaya calon- calon Timbalan dan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Mac ini berkompromi bagi mengelakkan pertandingan.
Setiausaha I MMMM, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, perkara berkenaan tidak pernah berlaku dalam tradisi UMNO dan mustahil akan ada calon menarik diri kerana setiap daripada mereka akan mendakwa calon terbaik.
"Kita perlu membiarkan proses demokrasi ditegakkan dalam saat UMNO berhadapan dengan krisis keyakinan. Biarlah lebih 2,000 perwakilan yang mewakili lebih tiga juta ahli yang memilih calon Timbalan dan Naib Presiden UMNO yang dirasakan paling sesuai untuk memimpin parti dalam menghadapi waktu-waktu mencabarnya," katanya.
Apa pun, kita tunggu apa perkembangan polemik ini seterusnya. Paling penting, apakah respons Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenainya. – Ruhanie Ahmad
11 comments:
Inilah sebahagian besar masalah UMNO. Yang di atas bukan main suruh yang di bawah bersatu, berkorban untuk parti, bersetia, sayangkan ketuanan melayu dan ntah apa-apa lagi. Tapi depa 3 orang tu pun tak leh nak berkompromi. Pandangan DS Idris tu memang tepat.
Pasal komen Pak Lah, saya rasa tak payah komenlah. Kalau bercakap pun jadi makin buntu.Tempoh masa sekarang hingga pemilihan UMNO bulan 3 ni dah jadi masa terbuang. Dia tak buat apa-apa dan Najib pun tak leh nak ngada-ngada. UMNO jadi porak peranda. Sat lagi usung dalam keranda.
UMNO sudah tidak ada daya penarik -kata Muhyiddin.
Jadi cetusan cetusan sebegini sebenarnya kudis yang makin merayap...
Salam Datuk,
1. Pertandingan bagi semua jawatan dalam UMNO mesti diteruskan dan hidupkan demokrasi tulen. Sebelum Mac 2009, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Disiplin UMNO dan BPR sila bersihkan UMNO dengan Politik Wang atau Sogokan Wang. Rakyat mahu melihat hanya pemimpin-pemimpin yang bersih sahaja yang boleh masuk ke gelanggang.
2. Perwakilan seramai lebih 2000 orang boleh menentu dan memilih pemimpin - pemimpin mengikut pengalaman, pemerhatian, fikiran dan pertimbangan yang paling munasabah, wajar, bersih dan suci bebas daripada penjajahan wang dan sogokan. Pertimbangan paling tepat diperlukan untuk jawatan Timbalan Presiden dan 3 Naib Presiden.
3. Jadikan Perhimpunan dan Pemilihan UMNO 2009 yang paling sihat, paling bersih, paling beretika , paling waras serta paling bertamadun dalam sejarah UMNO kerana UMNO kini menjadi perhatian seluruh negara dan seluruh dunia. Perhimpunan dan pemilihan kali ini adalah jelas menunjukkan halatuju kehidupan dan kematian UMNO.
4. Perhimpunan dan Pemilihan UMNO 2009 mestilah menjadi batu asas UMNO mengorak perubahan dengan peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Najib selepas Najib dinobatkan sebagai Presiden UMNO yang baru. Jika peralihan kuasa tidak berlaku maka UMNO sekali lagi sedang dan benar-benar memilih untuk hancur dan musnah.
Cadangan dan pandang Pok Yeh itu mungkin baik untuk pertimbangan sebagai mantan MB Terengganu yang berpengalaman. Cadangan itu juga boleh mengundang kemarahan banyak pihak dan ada juga yang mungkin berkecil hati. Bukankah sekarang terlalu ramai manusia UMNO yang kecewa, maka elok kita serahkan kepada perwakilan untuk membuat keputusan.
Cadangan ini mungkin relevan jika Pok Yeh menyatakan sebelum mesyuarat bahagian-bahagian UMNO tempohari atau cadangan ini telah dimaklumkan kepada Majlis Tertinggi lebih awal. Kemungkinan cadangan ini akan dipertimbangkan oleh para pemimpin UMNO. Tetapi sekarang sudah terlambat dan tidak praktikal.
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Wadooh, arrogant nya Ali Rustam memberi reaksi!! Saya nesihatkan beliau tarik diri sebelum beliau di cekup olih undang2!! Sekarang [un ngak bisa tidur nyayak dik tindakan BPR keatas beberapa aktivist Umno!! Dengarlah nesihat, UMNO Besut!!!!
Ada yang berkata, pertandingan menyuburkan demokrasi dalam UMNO. Betul dari satu segi, tetapi keghairahan berkempen memaksa calon berhujah begini 'Pilih saya kerana saya lebih baik, ini credential saya...' dan 'Jangan pilih dia kerana .... '
Sering bukan hujah semata-mata yang akan memikat. Wang dan pulangan akan terus jadi hantu.
Bukan senang bagi Abdullah untuk beri sebarang reaksi. Dengan kekalahan calon beliau [kata orang Farid pilihan Abdullah] di KT baru-baru ini, wajar beliau berlapik dengan kata-kata 'Terpulanglah, saya ikut suara ramai'
Dato Ron yang dihormati.
Selain dari menyemak rekod baik mereka untuyk menunggali calon, baik juga disemak rekod kurang baik mereka:
1) Mahyuddin:
Pulau Batu Putih berlepas ke Singapura - apa usaha Mahyuddin - Pandang saja dengan mata putih ke?
2) Mohammad Mat Taib:
Tidak pandai Bahasa Inggeris walaupun pernah menjadi Menteri Besar Selangor - terlepas dari kes daklwa membawa wang ke luar negara dulu dengan alasan di atas.
3) Mohd Ali Rustam:
Isu ladang babi di Paya Mengkuang bertambah panas - Kerajaan Melaka macam tutup sebelah mata saja tetapi sibuk selar Kerajaan Selangor yang membuat ladang babi secara moden dengan tidak mencemarkan alam sekitar.
Oleh itu mereka bertiga mesti bertanding - kan UMNO/BN mengamalkan dasar demokrasi! Yang menang kerana memberi, yang kalah kerana kurang berisi!
Kompromi kadang2 tidak sehat untuk memilih kepimpinan terutama didalam usaha untuk memberi nafas baru kepada UMNO dan Malaysia
Pemimpin2 diatas sebenarnya kerap kali campur tangan didlm pemilihan diperingkat cawangan dan bahagian TETAPI bila kena batang hidung sendiri mereka akan menjawab saperti Ali Rastam
Cara yg terbaik sekarang adalah mengadakan satu FORUM yg di pengerusikan olih moderator dikalangan professor/ professional
kepada calun calun Tim President dan Naib2 president dgn menggunakan dwi bahasa iaitu bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Manakala tajuk nya bolih dipilih mengenai 1-Perpaduan dan hala tuju politik
2-Ekonomi Malaysia hala tuju dan kesan ekonomi dunia
3-Kesan kemusnahan alam sekitar
4-International relation between Malaysia and the therest of the world
5-The wrong perception of Islamic world in the eye of USA and Europe
Dari forum ini perwakilan dan Rakyat akan dapat menilai calun berdasarkan meritokrasi bukan nya populist tanpa isi dan kekuatan .
datok,
inilah masaalahnya umno sekarang datok,
cuba lihat saranan tersebut,datangnya dari mana,dari lapisan bawahankah atau atasan, kalau dari lapisan atasan pun tak nak guna pakai apatah lagi bawahan.
dan lihatlah pada golongan manakah umno mengambil nasihat dan pandangan,golongan vateran atau goongan "wangteran".lihat apa saranan t.s.ahmad rithaudeen,sapa nak dengar,inikan rakyat bawahan,walau puluhan kutukan atau cemuhan masih lagi boleh dikatakan hanya mewakili segolongan,ya tuhanku selamatkan umno, lucutkan pemusnah umno.
Kalau saya berada ditempat mereka yang akan bertanding ni... saya akan kata dengan penuh bangga dan yakin "saya tidak akan tarik diri"....lebih baik saya pergi jadi ahlipolitik kawasan shah rukh khan di mumbai sana ...
dan seorang lagi... saya yakin saya akan mendapat sokongan warga desa dan mungkin "kerabat" selangor...
dan calon seorang lagi... no komen...
Abdullah akan bersara tidak lama lagi atas desakan sebahagian ahli UMNO sendiri. Apa pentingnya reaksi Abdullah?
Yang penting saya kira ialah suara akar umbi. Biarlah para perwakilan menentukan siapa yang mereka akan pilih.
1 Jangan bertanding, tak bolih bertanding, quota untuk bertanding....ni semua bende pelik dalam demokrasi.
2. Pertandingan bawa perpecahan.... lagi pelik. Lagu amat bagus.... bersatu bersetia itu lah cogan katanya.... memang hanya cogan kata je ke dan hanya dalam lagu sahaja. Macam dalam sembahayang orang ikrar "solatku, perlakuanku, hidupku dam matiku kerana Allah"...luar solat ikrar tu tak ada erti... semua balon termasuk politik wang. lagi dalam solat dari fatihah "tunjukanlah kami jalan yang lurus"...macam beria-ia sangat mohon.... tapi dalam hidup seharian yang jelas lurus tak ikut pun, yang tak lurus pula dia pilih seperti politik wang, judi , tipu dll. Kalau betul bersatu biarlah bertanding betul-betul. Baharu pemimpin tertapis oleh akar umbi. Ni G7 je apalah maknanya! NI yang rasuah menjadi, akar umbi terpinggir langsung dan tak penting. Perangai tak senonoh pun bolih lepas kalau jaga cukup G& dan power broker. Cuba buat survey pendapat ahli biasa yang langsung tiada jawatan dan kepentingan tentang pendapat mereka tentang pemimpin dan kepimpinan.
3 Semua kerenah yang kita lihat dan orang bukan UMNO lihat menceritakan perihal UMNO sebagai organisasi pemimpinnya sebagai individu dari pelbagai segi.... ketelusan, kejujuran, kebertanggung-jawaban, amanah, kebijaksanaan, nilai moral, spiritual dll. Tidak mustahil langsung UMNO kini kehilangan pengaruh.
Post a Comment