Tuesday, October 21, 2008

UNDANGAN KE MAJLIS PELANCARAN LAMANWEB PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

Dengan takzimnya kami mempersilakan seluruh pribumi Malaysia ke majlis pelancaran lamanweb Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) oleh Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail, di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, pada jam 4.00 petang hari ini (21 Oktober 2008).

PERKASA adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar. Matlamat utamanya adalah memperkasa dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, terutamanya Fasal 152 dan Fasal 153.

Secara khususnya, tujuan dan perjuangan PERKASA adalah bermatlamat:

Memperkasakan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan.
Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Memperkasakan Kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Mempertahankan hak-hak keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera.
Memperkasakan kaum Pribumi.
Menyatupadukan kaum Pribumi dan perpaduan rakyat Malaysia.
Mempertahankan kedaulatan negara.

Menurut Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali, pertubuhan ini diwujudkan “bagi mempertahankan apa saja hak orang Melayu yang tertera dalam Perlembagaan Malaysia supaya tidak mudah dipertikaikan sewenang-wenangnya.”

Lain-lain pegawai utama PERKASA adalah Datuk Fuad Hassan (Timbalan Presiden), Datuk Shuaib Lazim (Naib Presiden), Datuk Yahya Lampong (Naib Presiden), Datuk Mokhtar Samad (Naib Presiden), Syed Hassan Syed Ali (Setiausaha), Muhammad Afiq Aziz (Penolong Setiausaha) Datuk Abdul Rahman Bakar (Bendahari), dan Datuk Ruhanie Ahmad (Ketua Penerangan).

Maklumat penuh PERKASA boleh di akses di http://pribumiperkasa.org/. Borang keahlian secara on-line juga boleh diperolehi menerusi lamanweb ini.

PERKASA mengalu-alukan keahlian pribumi daripada seluruh negara. PERKASA akan mewujudkan cawangannya di setiap negeri dalam tempoh terdekat ini.

Salam perjuangan – Ruhanie Ahmad, Ketua Penerangan PERKASA

10 comments:

profit said...

You people are a bunch of disgruntled government servants and politicians.
Do not waste time.

Kama At-Tarawis said...

I am unable to be there in person, but I wish Perkasa well.

Puteri Kamaliah (neither a disgruntled government servant nor a politician, just an ordinary peace-loving Malaysian).

donmny said...

TUAN

1. presiden perkasa...ibrahim ali. apa agenda beliau. persoanaliti beliaupun diragui sebagai manusia yang ada pendirian apatah lagi perjuangan.

2. adakah ini perkumpulan mereka yang dihujung kuasa ataupun yang telah tidak ada kuasa.

3. ataupun adakah perkumpulan mereka yang berkempen untuk saki baki 'geng' pak lah yang akan bertanding PAU mac nanti.

cucupakkasim said...

tubuh peratuan lagi..?dah berapa banyak persatuan untuk orang melayu daa..?? last sekali pro-tem committee nanti dok buat macam-macam proposal buat duit...

Ralfie said...

Apa bezanya pertubuhan ini dengan KKK atau Nazi? Sama sahaja tujuan penubuhannya nak menunjukkan superiority satu kaum semata2.

Mohd Arshad Raji said...

Janganlah hendaknya Gen Tun Ibrahim Ismail saorang perwira bangsa yang terulung, di politikkan. Beliau harus di jadikan sebagai idola bangsa yang dihormati, dan bukan dijadikan permainan orang orang politik.

kudakepang said...

Saudara Saudari budiman

Terima kasih. Maklumat lanjut mengenai PERKASA terdapat di laman web http://pribumiperkasa.org.

Jen.(B) Tun Ibrahim Ismail tidak dipolitikkan dalam majlis PERKASA.

Semoga anda semua mendaftar sebagai ahli PERKASA menerusi online dalam lamanweb berkenaan. Ini kerana perkasa bukan pertubuhan politik dan tidak akan membuat program untuk mengaut keuntungan. PERKASA adalah sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Salam perjuangan - Ruhanie Ahmad

merantikota said...

Dato Ron,

Inilah yang dimaksudkan dengan cakap pasal "extra" bukan asik cakap hal "intra" sahaja!

Syabas Dato, inilah yang telah lama dinanti-nanti. Jaga kebun kita jangan sampai diceroboh orang!

Selamat Berjuang!

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati!

Jangan sampai jadi pekasam Mahathir sudahlah!

http://rp-semantan.blogspot.com

Badrulsyah said...

saya sudah hantar e-mail dua kali untuk jadi ahli PERKASA. Saya dah muat turun borang di laman web PERKASA dan dah Fax pada pejabat PERKASA.

Nanum hingga sekarang habuk pun takde respond dari PERKASA.

Saya cadangkan PERKASA tubuh jawatankuasa keahlian untuk menguruskan process keahlian dengan cepat. Hantarlah surat ke atau e-mail ke, untuk bagitau borang keahlian sudah terima dan dalam process. Ini senyap saje. E-mail saya hantar dua kali pun takde respond. Macamana nak pertahanankan 153 ? kalau keahlian pun tak boleh urus dengan baik ?

Suara Selangor