Ruhanie Ahmad
Di bawah ini adalah antara pandangan saya bila diminta oleh Astro Awani pada malam ini (23 Oktober 2008 jam 8.30-9.00 malam) untuk mengartikulasikan persoalan PIMPINAN POLITIK MENGHARUNGI KRISIS EKONOMI DUNIA bersama-sama seorang MP PKR daripada Negeri Sembilan. Pandangan ini adalah hasil kajian ringkas dan segera yang saya lakukan sendiri dan juga input daripada pembaca blog ini yang sudi dikongsikan bersama saya.
Krisis ekonomi yang melanda Malaysia dan beberapa Negara Asia pada akhir 90-an adalah angkara penyangak matawang. Krisis sub-prima kewangan dan krisis ekonomi global yang sedang mengiringinya sekarang adalah akibat kegagalan total sistem ekonomi kapitalisme.
Saya berada di luar kerajaan. Sukar untuk saya menilai apa yang dilakukan oleh kerajaan ketika ini secara tepat. Tapi, adalah amat dikesali dan amat tidak bijaksana sekali kalau ada pemimpin kerajaan buat kenyataan bahawa krisis sub-prima yang kini mencetuskan krisis ekonomi global, tidak akan menjejaskan Malaysia dan rakyat jelatanya.
Kita tidak hidup di sebuah pulau terpencil dan terasing. Ekonomi kita bukannya tertutup. Kita wujud dalam framework globalised economy menerusi international trade dan juga financial and banking system. Ekonomi kita adalah export-oriented. Kita eksport barangan kita - tekstil, komponen elektronik, barangan elektronik, perabot, minyak sawit, petroleum dan lain-lainnya - ke negara-negara barat termasuk Amerika Syarikat dan kuasa ekonomi di Asia Timur. Jadi, mustahil kalau kita tidak akan terjejas. Amat mustahil kita tidak akan turut tersiksa dan sengsara.
Oleh itu, janganlah pihak pemerintah cuba kelirukan rakyat. Janganlah ada pemimpin kerajaan kita yang seolah-olah dirasok denial syndrome. Kalau buruk, katakan buruk. Kalau pahit katakan pahit. Jangan cuba wujudkan psikologi selesa di kalangan rakyat kita secara artificial dan superficial.
MAPEN III
Dalam era ini kita perlukan kepimpinan politik yang ikhlas, kuat, bijaksana, visionary dan proaktif. Kita perlukan political will. Kita perlukan kejujuran, keikhlasan, akauntabiliti, kebijaksanaan dan ketegasan dalam perjuangan menangani krisis ekonomi ini.
Berasaskan hakikat di atas, cadangan saya kemukakan adalah seperti berikut:
Satu: Impak krisis ekonomi global di Malaysia mesti ditangani dan diatasi menerusi pelbagai cara, pendekatan dan dasar yang dilaksanakan secara above politics. Semua pihak – parti pemerintah dan parti pembangkang di peringkat pusat – mestilah ketepikan perbezaan idedologi sesama kita. Ini kerana krisis ini menentukan hidup-matinya atau survival negara-bangsa kita seluruhnya. Pemerintah dan pembangkang mesti segera bersatu minda dan tenaga untuk sama-sama dalam perjuangan mengatasi krisis ini demi rakyat jelata seluruhnya.
Dua: Dalam konteks ini, pemerintah wajar tubuhkan semula NECC – National Economic Consultative Council – atau MAPEN – Majlis Perundingan Ekonomi Negara. (Kerana dulu sudah ada MAPEN I DAN MAPEN II, yang ini kita namakan MAPEN III). Komposisinya mestilah multi-parti, multi-NGO serta multi-organisasi awam dan swasta. Majlis seperti ini sudah mula dibentuk di Indonesia dan di lain-lain negara maju.
MAPEN III ini perlu jadi sumber nasihat dan sumber perancangan seluruh cara, strategi dan dasar untuk menangani krisis ekonomi global ini secara jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang.
Tiga: MAPEN III wajar mengkaji secara ikhlas dan terbuka sama ada seluruh pendekatan dan dasar ekonomi dan kewangan yang digubal dan dilaksanakan sewaktu krisis kewangan di Asia Tenggara 10 tahun lalu masih boleh digunakan lagi pada hari ini.
Jangan Ego
Jangan ego dan jangan main politik dalam hal ini. Kalau pendekatan dan dasar dalam era Tun Dr Mahathir itu sesuai dengan krisis hari ini, gunakanlah seluruh pendekatan dan dasar itu secara jujur demi rakyat jelata. Jangan kerana pendekatan dan dasar itu merupakan brain-child Mahathir, maka kepimpinan hari ini ketepikan saja pendekatan dan dasar itu semata-mata kerana mereka dianggap politically incorrect. Ini salah dan ini tidak bijaksana namanya.
Kalau Amerika Syarikat sendiri sudi mengiktiraf keberkesanan sesetengah pendekatan dan dasar yang Mahathir gunakan sewaktu menangani krisis kewangan di akhir 90-han, kenapa pemerintah kita sendiri teragak-agak dan segan-silu untuk mengiktiraf dan menggunakannya pada hari ini?
Contohnya, wajarkah dasar ringgit-pegging gagasan Mahathir dikuatkuasakan semula? Perlukah jumlah ringgit yang dibawa keluar negara dikawal semula?
MAPEN III juga perlu kaji sama ada bijaksana untuk pemerintah memperuntukkan wang KWSP yang berbillion ringgit jumlahnya untuk diberikan kepada Valuecapital bagi menyelamatkan pasaran saham negara? Mungkinkah ini perlu diberikan strategi baru dalam pelaksanaannya? Wajarkah Khazanah Negara dikaji semula keutamaan dan corak pelaburannya? Import barangan yang kurang essential perlukah diregulasikan buat sementara waktu? Seluruh eksport perlukah mesti dalam ringgit dan dibayar menggunakan ringgit? Perlukah pemerintah menggunakan khidmat, kepakaran dan nasihat para ekonomis yang pernah membantu Mahathir mengatasi krisis kewangan dulu untuk duduk dalam MAPEN III atau pun dalam Majlis Ekonomi Negara?
Empat: Majlis Ekonomi Negara yang memang sudah wujud pada ketika ini wajar menghalusi perakuan yang dimuktamadkan oleh MAPEN III untuk dilaksanakan oleh kerajaan secara menyeluruh dan berkesan. Kerajaan Negeri di bawah parti bukan BN mesti akur untuk melaksanakan seluruh strategi dan dasar yang diputuskan oleh MAPEN III dan Majlis Ekonomi Negara ini.
Task Force
Lima: Pemerintah perlu menubuhkan satu Task Force khusus untuk mengkaji sistem ekonomi kapitalisme yang sudah terbukti gagal secara total. Dalam konteks Malaysia, kita perlu mengkaji dan menerokai keberkesanan sistem ekonomi Islam. Kalau pelbagai pihak – ekonomis Islam dan bukan Islam – kini mula mengiktiraf bahawa sistem Islamic Banking boleh membantu dalam mengatasi krisis mutakhir ini, bagaimana dengan kerajaan Malaysia? (rujuk Straits Times 20 Oktober 2008).
Kerajaan Malaysia yang terkenal dengan pelbagai produk Islamic Bangkingnya wajar menyifatkan krisis ini sebagai rahmat Allah. Jadi gunakan peluang ini sepenuhnya. Malaysia boleh gunakan kepakaran kita dalam sistem kewangan Islamic dan dan Islamic Banking ini untuk meneroka road-map bagi mewujudkan satu sistem ekonomi yang baru yang berasas dan berpaksikan kepada prinsip-prinsip ekonomi Islam. Malaysia juga boleh mengkaji semula gagasan Mahathir untuk mewujudkan Sistem Dinar Emas bagi menggantikan mata wang atau currency global yang ala-pokok pisang.
Malaysia perlu mempelopori usaha ini bersama-sama seluruh dunia Islam dan non-Islam yang menyakini penggunaan Dinar Emas sebagai alternatif kepada currency ala-pokok pisang pada waktu ini. Dalam hal ini jangan kita takut. Kalau Britain dan Amerika Syarikat tidak mematuhi Brettonwood Treaty, apa dosanya kalau Malaysia mempelopori penggunaan Dinar Emas sebagai alternatif kepada USD?
Enam: Pemerintah perlu mengkaji semula harga sumber-sumber asli kita yang bernilai tinggi yang amat critical dan amat penting kepada survival manusia. Contohnya, sumber air. Inilah waktunya yang terbaik untuk kita bertegas dengan Singapura untuk menyambung semula perundingan duahala mengenai kadar tariff air yang kita jual kepada Singapura yang kini dikesampingkan oleh pemerintahan Abdullah. Kenaikan pendapatan daripada penjualan air ini sekurang-kurangnya boleh menampung pendapatan negara yang mungkin berkurangan akibat kejatuhan harga bahan petroleum, minyak sawit dan lain-lainnya.
Tujuh: Dalam usaha menangani krisis ekonomi ini, pemerintah wajar insaf, janganlah sekali-kali dikurangankan bajet untuk pembangunan tenaga insan dan modal insan. Jangan potong peruntukan untuk R&D. Jangan korbankan kualiti pendidikan negara. Jangan kompromikan masalah keselamatan dan ketenteraman negara.
Demikianlah antara pandangan saya dalam ruang waktu yang terhad. Semoga para pembaca yang budiman boleh mengartikulasikan pandangan dangkal ini selanjutnya demi kesejahteraan rakyat jelata Malaysia seluruhnya.

17 comments:
Sdr Ruhanie Ahmad,
Alahmdulillah. Bagus bunyi dan ide.
Cuma dalam kita membentang Perbankan Isam perhatikan:
15-10-2008:- Some Gulf syariah banks at peril, says CIMB Islamic
Email us your feedback at fd@bizedge.com SINGAPORE: Some Gulf Islamic banks could fail as frozen credit markets and slumping property prices take a toll, but government aid should save the industry from a prolonged slowdown, a leading syariah lender said yesterday. Islamic banks have hardly felt the chill of the credit crisis so far. But some industry experts warn that the US$1 trillion (RM3.5 trillion) industry will not be spared from the fallout as prices of commodities, property and oil slide. All are core drivers of the Islamic financing sector. Syariah lenders in the Gulf, unlike their peers in Asia, would be harder hit by the credit rout due to their greater direct exposure to the property market, said Badlisyah Abdul Ghani, chief executive of CIMB Islamic Bank. “The sovereign-backed Islamic banks are very safe and they will be supported by the sovereign if they have problems in liquidity,” Badlisyah told the Reuters Wealth Management Summit in Singapore. “But for privately owned banks, they would feel some difficulty. Whether or not they’re going to fail is anybody’s guess but the expectation is that some will.” Sales of syariah bonds, or sukuk, would also be hit, with global new issuance this year seen easing from over US$20 billion in 2007, Badlisyah said. “You’d probably be lucky to close the year with US$16-$17 billion,” he said, referring to new sukuk issuance in 2008. CIMB Islamic is the world’s top arranger of syariah bonds. — Reuters
As'kum Dato'
Saya bersetuju dengan Dato' bahawa Kerajaan kita sekarang cuba menyembunyi isu dan keadaan kegawatan ekonomi yang sedang dunia hadapi.Kita hairan dengan kenyataan yang dikeluarkan oekh Kerajaan setka ini tidak langsung menunjukan bahawa Malaysia terjejas.Kalau Singapura boleh mengaku bahawa mereka terjejas teruk, saya tidak fikir yang Malaysia begitu kebal hingga tidak menjejas langsung.
Saya percaya rakyat sedar bahawa Malaysia memang terjejas dengan keadaan kegawatan ekonomi sekarang walaupun Kerajaan mahu menafinya.Kita pun tak faham apa muslihat yang sedang dimainkan kerana akhirnya yang rugi adalah rakyat sendiri.Seperti kata Dato' kalau teruk katakan teruk, jangan selindung.Dalam soal ini rakyat perlu tahu keadaan sebenar supaya kita sama2 dapat memainkan peranan untuk membantu pemulihannya.
Saya juga bersetuju bahawa Kerajaan tidak sepatutnya ego dan enggan menerima pandangan orang seperti Tun M yang telah membuktikan kemampuannya bantu Malaysia untuk keluar dari kegawatan pada tahun 1997 dulu.Ini bukan nak jaga maruah atau air muka pemimpin tertentu tapi ini soal maruah dan kepentingan negara.Wujudkan semula MAPEN lll dan masukkan nama Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai salah seorang ahlinya.Kita percaya Tun M tidak keberatan menerima jemputan itu demi untuk menylamatkan negara.Adalah lebih sopan lagi bagi PM dan TPM sendiri membuat jemputan itu.Buang yang keroh ambil yang jernih demi untuk menyelamat negara.Saya percaya rakyat akan menyokong langkah murni ini.
Pemerintah yang masih berkuasa di Malaysia ini masih lagi beranggapan rakyat masih bebal dan boleh diperbodohkan.Kerana itu juak juak yang memegang kuasa gemar memberi maklumat yang hanya sedap didengar tanpa menceritakan apa sebenarnya yang terjadi.
Bagi mereka menceritakan yang indah indah sambil menyorokan fakta sebenar adalah satu cara untuk mereka mengekalkan kuasa.
Dato,
saya tengok dato kat TV tadi,alhamdulilah idea dato untuk melihat task force diwujudkan bagi menangani isu ekonomi tempatan yng melibatkan kepakaran ramai pihak ,kerajaan,pembankang dan golongon lain yang juga berkemahiran..m.point ini dirasakan amat perlu disegerakan dan dimulakan oleh pihak kerajaan.
Pembangkang tak boleh mulakan sbb takut nanti kerajaan merasa tidak selesa dan seolah ketinggalan dgn idea yang canggih ini.
samada dato atau PKR mlm ni ..semua terfokus kearah memulih ekonomi tempatan ...ini baru dato berdua ..bayangkan kalu ramai lagi yang terlibat...insyaallah ia membuah lebih banyak kotak ilmu yang semua terarah ke arah pemulihan ekonomi malaysia.
semuga kerajaan dapat menilai buah fikir dato ini untuk segera ditubuhkan task force tak kiralah apa nama MAPEN 3 ker..UMM ..untuk mu malaysia ker...
TQ..SYABAS
Kupasan yang menarik Datuk.
Salam Datuk,
Respon saya dlm blog TDM (tapi lupa entry yg mana):
1) minta Tun tulis pengalaman beliau dlm menangani financial crisis 97/98
2) membuat kesimpulan sendiri - ekonomi malaysia kurang tempias kerana adanya perbankan islam
3) Tun dikatakan/dituduh membuat bailout - tetapi apabila US/Bush membuat bailout tiada siapa pulak dari malaysia ini terutama pembangkang yang mengatakan sesuatu tentangnya
Point 1 cukup penting kerana ia bukan sahaja menjadi bahan akademik, tetapi lebih dari itu dari segi method/pelaksanaan yang mungkin tidak tertulis dari segi teori utk mengatasi krisis kewangan 97/98. Bahkan Amerika juga mengikut langkah yang dibuat oleh Malaysia seperti yg Datuk katakan dan kita semua maklum. TETAPI yang saya tidak faham/tahu sampai sekarang melalui diskusi dengan rakan, mereka mengatakan Anwar dituduh menjadi Proksi IMF (melaksana apa yg IMF suruh) semasa krisis 97/98 - sedangkan saya sendiri mengalami bagaimana interest naik pada ketika itu - walhal Anwar menjadi Menteri Kewangan - Stlh dipecat dan Tun mengambil alih baru nampak perkembangan positif ekonomi pada ketika itu, org ramai masih membeli kereta, masih boleh berniaga, sara hidup masih stabil (tapi kini gaji naik pun tak der makna - sara hidup tinggi). Sebagaimana Datuk kata, Politically Incorrect, lepaskan lah ego tu jika apa yg Tun buat betul maka iktiraflah dan laksanakan.
Point 2 saya rasa asasnya kita sudah ada, dgn adanya perbankan islam (betulkah Bank Islam atas inisitif Tun dan/atau dengan individu yang tidak diketahui), tetapi mungkin itu secara domestik. Yang saya lupa ialah ekonomi kita juga bergantung dengan eksport/import dengan negara luar yang menggunakan wang kertas yang tiada nilai berbanding dengan Dinar/Emas.
Point 3 hanya sejarah yang menilai.
Sekian.
cahaya.masa@gmail.com
Dato masih jauh lebih menyerlah semalam daripada wakil rakyat DAP yg tidak ada solution yang boleh diketengahkan semalam. Dia hanya sibuk nak dedahkan salah dan should be like this and not this. He offered nothing significant to the discussion.
Layak jadi MT ...:)
Pada saya apa yang berlaku telah lama dijangka dan ditulis oleh pakar eschatology Islam, Sheikh Imran Hossein. Beliau menjangka ini akan berlaku akibat sistem riba dan elemen penganiayaan dalam ekonomi. Sesuatu yang kita harus takuti dan sedia adalah selepas ini mengikut jangkaan beliau, akan ada kenaikkan kuasa besar baru yang berpusat di Juruselem.
Off the cuff, face fact that the capitalist system is doomed. The three pillar of capitalism – banking, equity market players, and Insurance – are collapsing. No US$100 billion will be sufficient to bailout the industry in US.
Blood is spilling everyday over the bourse floors of New York, London, Frankfurt, Hong Kong, Dubai, Singapore, Shanghai, Tokyo and Bombay. Without sufficient fuel to finance trade, investment, development, Government deficit, and consumption, world economy will shrink drastically.
With the collapse of western capitalism, a Government statement that the economy will not be seriously affected is only to console themselves or wishful thinking for the people to hear.
Secara sengaja atau tidak, saya ada menyentuh mengenai perkara Islamic Economy dalam menghadapai masaalah skrg dalam posting saya, A Short Word On Writers, Back to Politics, and A Bit On Economy
Maklumat yang disiarkan oleh mika angel-o harus dilihat dari fenomena sistem perbankan Islam yang ada yang menyimpang dari prinsip perbankan Islam yang asli. Perbankan Islam, khususnya yang diamalkan di Malaysia lebih menghalalkan cara melalui meng-konvensyional-kan perbankan Islam.
"Ready ourselves for a new financial system.
It must be one that is ethically based, complimenting real economy of goods and services, shared risk between owners of capital and entrepreneurs (not risk free), and not an economy based on growth by any account to compensate for interest cost and payments."
Yang sepatutnya di Islamkan adalah ekonomi kita.
To revive back the economy, one needs to go back to the basics of real economic activity. Build and produce things. Provide services. Work hard. Reward the industrious. Think to overcome obstacles.
Pay if we need to pay. Play fair. Socially just.
Before any attempt to revive the economy, lets not elude ourselves with cheap labour model which only remit some RM9 billion half yearly out of the country.
Bring in technology, mechanisation, automation, and system to improve productivity with the higher wage structure . Make job work flow easier and working condition better. Seek ways to bring investment down through tax incentives or local production of R&D.
Cut off the blood suckers and their mambo jumbo finance and financial market out. Back to real role of complimenting economic growth and not be the determinant of economy.
Saya cuma tidak sebut Islam, atau Islamic Ecnomy atau Islamic Banking. Initipatinya lebih penting dari jenamanya.
Malah saya menyampah Bank Islam kita menggunakan perkataan Islam. Islamic Banking patut dipanggil riba atau interest free banking. Saya menyampah penggunaan istilah arab yg tidak menepati elemen mesej pemasaran supaya mudah difahami.
Few more points:
o Get to the nuts and bolts of economic development.
o With the world shrinking and without a leading country to lead the global recovery, we have to unfortunately become inward looking.
o Make the domestic economy self sufficient.
o Find the sector to lead the economic recovery.
o Review back the idea of Khazanah and its purpose and structure. If FDI is slow, why are micey GLCs following the Pied Piper into the river (moving abraod and lose money)?
o Maintain a low inflation policy and low at any cost.
o Impart patriotism in commerce and business. Buying Malaysian help local economy, job, boost competency, and keep Malaysian money inside.
o Whatever it takes, protect the local institutions and strategic corporation from going under or being taken over by predators.
Datuk Ron,
NECC atau MAPEN adalah didalam kerangka ekonomi negara. Oleh itu satu tatacara 'escalation' sepatutunya dilakukan secara otomatik apabila berlakunya isu-isu yang menggugat ekonomi negara.
Tidak perlu dibincang atau diminta mendapat samaada perlu atau tidak. Sepatutnya Kementerian Kewangan sudah mengambil langkah ini tanpa menjadikan ini satu polimik politik.
Jika Singapura sebuah negara kecil mengambil langkah berjaga-jaga kita perlu mengambil langkah yang bersesuaian.
Dato Ron,
Syabas di atas segala idea memulih dan mengerakkan semula aktibiti ekonomi negara kita!
Dalam rangka menjana semula ekonomi ini janganlah kita terlepas pandang bahawa yang akan mengaut labanya nanti ialah orang-orang Pelarian Ekonomi dari lain-lain negara apalagi dari negara-negara di sekitar kita! Bukan rakyat kita yang dapat?
Untuk itu.... Perkasa kena pantau Agensi-agensi Kerajaan yang mengawal kedatangan Pelarian Ekonomi ini supaya tiada kompromi!
Jangan asik menyusukan kera di hutan!
Sdr Ruhanie Ahmad
Tahniah. Marhean bersuara. Begitu rupanya seorang marhean Ruhanie Ahmad di kaca tivi. Malu tetapi pintar.
Saya berbangga dengan anda kerana memuliakan Islam dari yang lainnya pokoknya, dan tiada gentar dengan singapura kecilnya.
Saya seronok kerana anda memberi jawaban yang tiada siapapun berani membantah: mencari sumber pendapatan. Mestinya ia akan membuat ramai orang berfikir kalau 'gomen spending' tanpa pendapatan mestinya melarikan jauh budget deficit dari sifir, maksud anda senang difahami.
Anda pun rasa selesa nampaknya dengan senyuman manis. Terima kasih kita pengacara sukakan anda membikinkan senang kerja.
Syabas.
Saya tak pasti apa yang dimaksudkan dengan dinar emas. Apakah dinar emas itu hanya merupakan matawang yang disepakati untuk digunakan oleh semua negara-negara Islam ataupun matawang yang disandarkan dengan nilai emas?
Kalau dinar emas itu hanya sekadar mata wang yang diguna pakai bersama dan bukan disandarkan kepada nilai emas maka saya tidak nampak jauh berbeza dengan US dollar yang menjadi rujukan banyak negara di dunia ketika ini.
Tetapi kalau setiap duit dinar emas yang dicetak itu ada nilai emasnya yang tersimpan dalam 'bilik simpanan kebal', maka kaedah ini memang menjamin wang dinar itu tidak akan jatuh harganya selagi harga emas tidak jatuh.
Dengan itu semua mata wang negara lain termasuk US dollar bila hendak beruruskan dengan dinar emas akan dinilai berdasarkan harga emas semasa.
McCormick said that the United States welcomed investments by sovereign wealth funds, whether from China or any other country.
No one is yet certain when the global financial system will stabilize, but the crisis has convinced many economic analysts that the system itself will be re-examined. The financial crisis is "a ground-shaking event, but people are going to stick to the same system," said Wang Tao, chief of the China economic research unit for UBS Securities. "But they are going to think about how to reform the system, and China will probably have a stronger voice than before."
In recent years, some Chinese experts have written analyses about the inevitability of an American decline and how China must prepare to manage it. But in the face of the current crisis, most Chinese analysts say China is nowhere near ready yet to stand as a superpower.
"China doesn't want to be viewed as a replacement for the States," said one Chinese scholar who requested anonymity so that he could discuss the mind-set of government officials. "We are still a developing country. We have more foreign reserves than other countries, but we also have more problems."
(Faced with global slump, can China keep up economic growth?)
Sdr Ruhanie Ahmad,
Saya tidak mahu dikatakan merendah-rendahkan Islam mahupun Ekonominya - saya muslim; tetapi sistem ekonomi Islam kalau di kendali oleh 'mala'un' akan kehancuran juga.
Salam Datuk,
Untuk pegetahuan kemunculan datuk di Astro awani mlm tadi itulah la pertama kalinya saya dapat mengenali tadi dlm konteks wajah. Ternyata datuk masih hansem dan berwibawa. Teringin rasanya nak jumpa datuk...kalau boleh nak belanja datuk teh tarik dan roti canai sarapan orang yg tak begitu kaya mcm saya ni.Kalau ada masa boleh la kita nge teh diwarung sungai balang muar dekat dengan mobil yg tak begitu jauh dari parit sulung. Terimakasih, kerana datuk mengutarakan begitu banyak hasrat dan harapan rakyat dalam menghadapi krisis ekonomi global dan krisis kepimpinan kerajaan BN sekarang ini. Sekian.
Saya amat bersetuju dengan pandangan Mika.
Saya teringat akan cetusan idea Dr. Mahathir untuk suatu gagasan ekonomi berpaksikan rangkaian negara Asia Timur "East Asian Economic Caucus". Mungkin sejajar dengan perkembangan terkini pasaran kewangan dan ekonomi dunia, wajar suatu gagasan "EAEC" baru ditubuhkan dan diutuhkan; seperti OPEC dan seluruh negara di Asia termasuklah Russia dan negara-negara Afrika mewujudkan suatu rangkaian dinamik demi kesinambungan kesejahteraan ekonomi dan sosial. Polisi 'Prosper Thy Neighbour' Dr. Mahathir memang bagus. Saya bukanlah hamba setia atau pemuja Dr. Mahathir!
Justeru itu, tiada perlu terlampau berpaksikan ke arah negara-negara Barat.
Pada hemah saya, sistem kewangan, ekonomi dan perbankan Islam hanya akan berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang sekiranya terdapat kejujuran dan keikhlasan dalam perlaksanaannya.
Tiada bezanya jikalau sistem konvensional yang berunsurkan riba yang diberikan nama-nama Arab digunapakai untuk menunjukkan kita mengamalkan sistem Islam. Ini suatu dakyah politik yang dangkal dan akan goyah apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Saya bukan anti negara-negara Barat. Malahan saya amat mengkagumi ramai personaliti Barat seperti Dr. Henry Kissinger, Alan Greenspan, Benjamin Franklin, Louis Pastuer, Ashley Tisdale dan sebagainya. Tetapi ini tidak bermaksud mereka sentiasa betul dan tidak semestinya saya sentiasa bersetuju dengan pendapat mereka.
Inilah kegunaan akal fikiran. Bukankah umat Islam diseru untuk menggunakan otak dalam Al-Quran dan Hadis?
YBHG Datuk, saya selalu tertanya-tanya kenapakah kita terlalu sukar untuk meletakkan kepercayaan yang sepenuhnya kepada pihak kerajaan untuk menangani masalah ini.
Kenapa dalam diri kita sentiasa ada persepsi negatif kepada semua perkara yang dilakukan oleh pihak kerajaan...kerajaan yang tidak betul atau diri kita yang terlalu emosinal, taksub dengan mana-mana individu lantas menganggap orang lain semuanya tidak tahu.Kita dan individu tertantu sahaja yang BIJAK,CERDIK dan PANDAI!!!
Seperti juga perangai pihak pembangkang...memerintah 5 buah negeripun dah kelam kabut...
DSAI pun sama. Mengkritik satu sistem yang beliau pernah sanjungi, ahkirnya ramai yang telah bertanya kenapa 'Islah' tersebut tidak dibuat semasa berkuasa. Begitu juga seorang dilabel tokoh ekonomi pembangkang...dlm parlimen bising pasal sepinggang nasi...
Pada padangan saya yang terlalu jauh daripada bergelar pemimpin..yang diperlukan ialah cadangan-cadangan yang bernas,membina dan mempunyai kekuatan untuk menangani krisis ekonomi ini...bukan cadangan yang mempunyai kepentingan individu dan kelompok tertentu sahaja.
Secara jujurnya, kalau kita merasakan kita amat menyanyangi negara ini,orang lainpun mempunyai kecintaan yang sama.
Kalau kita bertekad untuk membawa negara ini ke puncak kejayaan, percayalah Pihak pemerintah juga bermatlamat sedemikian....
Kurangkan stress...percaya dan yakinlah tidak ada mana-mana kerajaan yang akan memusnahkan kerajaannya sendiri. Insyaalah dengan izin Allah.
Sahabat-sahabat sekalian. Terima kasih. Banyak juga buah fikiran anda semua saya gunakan dalam perbincangan dalam Astro Awani malam tadi.
MIKA: My email - admiralnadim@gmail.com. please feel free to contact me. Tq
Salam takzim - Ruhanie Ahmad
Post a Comment