Ruhanie Ahmad
Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dijangka mengakhiri sejarah kepimpinan siasah dan kerajaan mulai Mac 2009. Sebab itu Datuk Seri Najib Tun Razak menawarkan diri mengisi kekosongan jawatan tertinggi parti. Setakat ini, besar kemungkinan Najib hanya akan dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Jumlah pencalonan mereka akan dipastikan oleh perwakilan UMNO bahagian di seluruh negara yang mula bersidang hari ini.
Kekosongan jawatan Timbalan Presiden UMNO pula akan ditandingi oleh sekurang-kurangnya empat calon. Antara yang paling popular dan berwibawa adalah Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hari ini beliau mengumumkan hasratnya mengisi kekosongan tersebut.
Lain-lainnya calon adalah Naib Presiden UMNO yang memperolehi undi tertinggi, Datuk Seri Ali Rustam, yang mengumumkan hasratnya minggu lalu; Datuk Nur Jazlan, Mohamed anak kepada Tan Sri Mohamed Rahmat; dan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, Ketua Penerangan UMNO Malaysia.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, seorang tokoh UMNO yang berwibawa, juga dijangka mengadu nasib untuk kerusi Timbalan Presiden. Beliau dijangka jadi pencabar utama kepada Muhyiddin.
Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dijangka mengakhiri sejarah kepimpinan siasah dan kerajaan mulai Mac 2009. Sebab itu Datuk Seri Najib Tun Razak menawarkan diri mengisi kekosongan jawatan tertinggi parti. Setakat ini, besar kemungkinan Najib hanya akan dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Jumlah pencalonan mereka akan dipastikan oleh perwakilan UMNO bahagian di seluruh negara yang mula bersidang hari ini.
Kekosongan jawatan Timbalan Presiden UMNO pula akan ditandingi oleh sekurang-kurangnya empat calon. Antara yang paling popular dan berwibawa adalah Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hari ini beliau mengumumkan hasratnya mengisi kekosongan tersebut.
Lain-lainnya calon adalah Naib Presiden UMNO yang memperolehi undi tertinggi, Datuk Seri Ali Rustam, yang mengumumkan hasratnya minggu lalu; Datuk Nur Jazlan, Mohamed anak kepada Tan Sri Mohamed Rahmat; dan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, Ketua Penerangan UMNO Malaysia.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, seorang tokoh UMNO yang berwibawa, juga dijangka mengadu nasib untuk kerusi Timbalan Presiden. Beliau dijangka jadi pencabar utama kepada Muhyiddin.
Regu Pilihan
Jika Najib dan Razaleigh berjaya melangkaui jumlah pencalonan yang diperlukan oleh sistem kouta pemilihan kepimpinan UMNO, siapakah regu kedua-duanya?
Mungkinkah Najib akan beregu dengan Muhyiddin? Mustahilkah regu ini jadi kenyataan? Atau, mungkinkah Najib akan bertindak secara non-partisan dan membiarkan sahaja kerusi nombor dua UMNO direntap oleh seluruh calonnya secara demokratik dan terbuka?
Seterusnya, mungkinkah Razaleigh akan memilih Rais sebagai gandingannya yang paling ideal kerana kedua-duanya pernah memimpin Parti Semangat 46 suatu ketika dulu?
Antara calon Naib Presiden UMNO, siapakah yang menjajarkan diri dengan Najib, siapa yang akan diidentifikasikan sebagai regu Razaleigh, siapa pula yang akan bertanding bebas daripada ikatan sebarang rakit?
Mukhriz-Khairy
Begitu juga hakikatnya dengan jawatan-jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan Ketua Puteri UMNO. Siapakah yang akan memihak kepada Najib atau Razaleigh?
Agak menarik lagi, siapakah pilihan Najib dan Razaleigh sebagai regu mereka dalam Pergerakan Pemuda UMNO? Datuk Mukhriz Mahathir atau Khairy Jamaluddin? Atau, mungkinkah Mukhriz dan Khairy dibiarkan bertanding menerusi kekuatan dan wibawa masing-masing?
Kalau begitu, mungkinkah Mukhriz akan berjaya berasaskan dukungan track records Tun Dr. Mahathir Mohamad? Mustahilkah Khairy akan tenggelam akibat dibebani sejarah pimpinan Abdullah?
Demikianlah antara soalan-soalan menarik yang dipolemikkan oleh warga UMNO mutakhir. Ini kerana satu regu pastinya akan terbentuk dalam proses pemilihan UMNO kali ini – baik secara rasmi atau sebaliknya.
Persoalan Strategik
Insya Allah, segala-galanya akan menghasilkan yang terbaik untuk UMNO demi agama, bangsa dan tanahair. Syaratnya, jangan main kotor, jangan amalkan rasuah poltik, jangan ugut mana-mana pihak, jangan salahgunakan demokrasi sehingga boleh melemahkan parti.
Jika ini boleh dilakukan, UMNO pasti akan memilih barisan kepimpinan baru yang akan menyemarakkan obor perjuangan nasional. Jika ini boleh dilaksanakan, pastinya UMNO mampu melaksanakan misi mengkoreksikan seluruh masalah nasional secara komprehensif - bebas daripada sebarang isu korupsi, salahguna kuasa, kronisme, neopotisme, dan lain-lainnya.
Kini terserahlah kepada para perwakilan UMNO bahagian di semua peringkat untuk menggunakan kebijaksanaan masing-masing dalam membuat pencalonan mereka mulai hari ini.
Tetapi, waspadalah. Persoalan utama di sini bukannya siapakah yang akan memimpin UMNO demi UMNO. Persoalan yang paling strategik adalah: siapakah yang akan mampu dan berjaya memimpin UMNO untuk mengembalikan kecemerlangan parti berkenaan demi agama, bangsa dan tanahair; supaya kemerdekaan dan kedaulatan negara sentiasa dipetrahankan dan dipelihara; agar krisis kewangan dan ekonomi dunia yang meruncing dapat ditangani secara berkesan; semoga Barisan Nasional kembali berwibawa dan mampu menebus kembali kekalahannya dalam PRU 12.
BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT. KEPADA ALLAH BERSERAH!
22 comments:
Dato,
Ini adalah gelanggang lawan duit,bukannya untuk menjaga nama baik parti UMNO,percayalah...Segala tokoh2 calon yg bertanding semuanya memerlukan duit untuk meraih undi yg banyak seperti waktu ketika itu.Kali ini kita akan menyaksikan jagoan duit akan bersepah2 kepada para perwakilan UMNO nanti.Siapa yg menang dah tentu rasuah dlm politik.
Assalamualaikum w.b.h.
Soal kepimpinan UMNO bukanlah soal yang sangat besar yang kita semua umat Islam dan Melayu boleh khayal berpolitik serta memberi teori tersendiri.Masalah utama umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia ialah kita sudah hilang arah dan tujuan. Matlamat keduniaan pun tak tercapai malahan akhirat pun belum tentu akan sempurna.Masalah puak dan kaum tidak akan selesai sampai kiamat. Seharusnya kita mencari pemimpin yang benar benar beriman dan soleh. Samada dalam Pas, UMNO atau PKR, itu tidak penting. Dasar parti adalah rekaan semata mata, janganlah terlalu taksub dengan parti yang kita naungi. Parti tidak akan membawa kita ke mana mana. Yang penting kita membina perpaduan yang telah di hancurkan oleh orang orang politik sebelum ini. Tidak kira sebesar mana nama mereka dalam kancah politik negara, samada mereka negarawan ulung, pejuang, nasionalis atau ulamak... sekiranya mereka menyumbang kepada perpecahan maka mereka bukanlah pemimpin bagi umat Islam dan Melayu. Mereka adalah pemimpin puak atau suku mereka sahaja. Perjuangan ini meniru cara kaum Quraish semasa zaman jahiliah dulu dulu. Kehebatan dan nama mereka di gah kan ke seluruh pelusuk tanah Arab.
Menjadi tanggungjawab kita untuk melakukan sesuatu yang positif demi agama, bangsa dan negara.Tidak guna kita menjadi pemimpin seandainya manusia yang kita pimpin adalah terdiri dari manusia manusia yang rosak akhlak dan juga nilainya. Tidak guna sesuatu parti atau institusi itu di anggap kuat sendainya ia gagal untuk membentuk sekurang-kurangnya akhlak yang ada nilai positif di kalangan ahlinya. Jika para pemimpin diambil contoh kenyataan mereka setiap hari, banyak yang mengutamakan kepentingan diri sendiri. Menawarkan diri untuk sesuatu jawatan tanpa segan dan ragu malah dibantu pula dengan sokongan dari ahli ahli kabilah masing masing menyemarakkan lagi perang yang sudah lama berlaku didalam umat Melayu ini.
Saya berpendapat perlu ada satu golongan yang menjadi puak 'bebas' yang boleh menerima sesiapa sahaja dan memberi buah fikiran dalam konteks perpaduan umat. Memang trend memecah belah umat Islam adalah kerja puak Yahudi... dan kita juga jangan jadi Yahudi di tanah air sendiri dengan propaganda dan hasutan seumpamanya...
Salam Buat Kuda Kepang,
Pada saya UMNO sedang berada pada satu titik hidup dan matinya akan hayatnya.
Penekanan dan asakan yang hebat kepada DS Abdullah menggambarkan satu trek budaya. Ini berlaku pada masa beliau belum pun bersara. Contoh yang jelas ialah apabila TDM bersara, tak sampai dua minggu, tak seorang pun ahli kabinetnya yang sudi menjenguknya. Akhirnya beliau tersisih. disihkan, dan dihina.
Cuba baca luahan Tengku Razaleigh. Malaysia menjadi Republik Pisang, menjadikan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden sebagai hak warisan, dan akhir sekali, kehidupan rakyat yang tertekan dibiarkan terkial-kial. Ekonomi kian menjunam.
Umur UMNO baru lima puluhan, telah pun bersarang dengan segala barah. Mengikut teori kitaran tamadun Ibnu Khaldun, kitaran sesebuah peradaban ialah 120 tahun.
Terlalu banyak yang perlu dirombak, diungkai, dan "over-haul".
Politik pasca PRU12 secara jelas rakyat (golongan pertengahan) mengingini satu transformasi politik yang menyeluruh yang bertonggakan "keadilan" dan "akhlak" dan bercirikan "Kemalaysiaan" berpandukan asas-asas Perlembagaan Malaysia.
Soalan saya, mampukah Najib atau Muhyidin mengemukakan preskripsi ajaib itu?
Assalamualaikum wbt.,
Yang Berbahagia Datuk Ruhanie,
Pada pendapat pak brahim, diantara kepimpinan UMNO yang menawarkan diri bertanding yang kelihatan bersih, berkemampuan dan disenangi rakyat adalah YB Tengku Razaliegh Hamzah. Sekiranya di izinkan elok sekiranya beliau di bantu muka baru Nur Jazlan Mohamad.
Yang lain hanyalah boleh bercakap, lagi berkokok lagi banyak menipu rakyat terutama DS Najib.
Seandainya beliau ditakdirkan diberikuasa PM maka percayalah bahawa industri judi akan berleluasa di Malaysia.
Kepada ahli-ahli UMNO pak brahim minta bersunguh-sungguh supaya banyaklah berfikir dan muhasabah demi kebaikan dan kepentingan AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
TUAN
1. kalau dikira faktor umur inilah kesempatan paling baik untuk muhyiddin menjadi orang nombor 1.
2. kenapa tidak mencabar najib sebagai presiden. dilihat peluangnya 50 50. kalau usaha dilakukan mungkin peluang 60 40.
3. muhyiddin dilihat bersih berbanding najib. ahli dilihat cenderung mencari pemimpin yang sebegitu dalam pemilihan kali ini.
4. peluang muhyiddin sebagai timbalan cerah. tetapi belum tentu beliau akan berkesempatan memanjat tangga presiden jika dilihat faktor umur selepas pemilihan kali ini.
Datuk,
Saya setuju dengan Datuk mengenai segala-galanya akan menghasilkan yang terbaik untuk UMNO demi agama, bangsa dan tanahair. Syaratnya, jangan main kotor, jangan amalkan rasuah politik, jangan ugut mana-mana pihak, jangan salahgunakan demokrasi sehingga boleh melemahkan parti.
Kalau kita lihat pertandingan di antara Datuk Mukriz dan Khairi, pertimbangannya bukan setakat itu saja tetapi track recordnya dan jasanya. Kita juga menilai keperibadiannya yang konsisten.
Di atas asas2 inilah, Datuk Mukriz mempunyai kelebihan.
Kita dapat menilai tentang siapa yang telah membawa kerosakan kepada Dollah dan UMNO, khususnya orang Melayu.
Sama2lah kita lihat bagaimana wakil2 pemuda kita ke persidangan, menggunakan kebijaksanaan dan amanah atau disebaliknya mengamalkan apa yang Datuk telah ungkapkan.
AHO
Calon pilihan saya:
Presiden: Tengku Razaleigh
Timbalan Presiden: Muhyiddin
Naib Presiden: Rais Yatim, Mustapha Mohamad
Ketua Pemuda: Mukhriz @ Khir Toyo
Untuk jawatan Presiden, Najib bukan contoh yang bagus. Dia mungkin akan jadi PM sementara macam Dolah.
Masalah Ku Li pula, ramai orang di luar Kelantan skeptikal dengan sikap majoriti orang Kelantan yang fikir mereka lebih Melayu dari orang Melayu negeri lain. (maaf cakap - kita kena berterus-terang)
Bagi calon Timbalan, memang jelas hanya Muhyiddin ada kualiti untuk kerja bertahap internasional. 2 calon lagi tahap dalam Malaysia saja, tak nampak global. Tapi keputusan mungkin upset, sebab 2 jaguh kampung ni pandai jaga penyokong, banyak projek bagi kepada penyokong (dengar khabar angin - mungkin juga tak betul).
Calon Naib Presiden, Rais Yatim & Mustapha Mohamed sahaja yang tinggal berfikiran professional. Tak cenderung kepada kepentingan politik semata-mata seperti ramai dalam UMNO. Kepakaran mereka dalam undang-undang dan kewangan amat diperlukan.
Bagi Ketua Pemuda selain Khairy, ok dah tu. Obvious, nak cerita apa lagi.
Salam Dato'
Politik wang telah berakar umbi dalam UMNO dan sukar sekali untuk dihapuskan. Telah menjadi kebiasaan untuk sesetengah perwakilan yang menggunakan peluang ini untuk mencari duit segera. Hal ini adalah rahsia terbuka (open secret)dan menjadi perbualan hangat sekarang. Saya ada terdengar pemuda bahagian akan memperolehi 200k sekiranya mencalonkan seorang calon ketua pemuda. Duit mengalir seperti air untuk perwakilan cawangan, apa lagi ketua cawangan. Pungutan komisyen dari projek-projek besar telah dibuat sebelum persidangan bermula yang mencecah jutaan RM. Ini lah dia perjuangan pemimpin UMNO hari ini,menjual maruah bangsa. Sungguh hina sekali. Sangat berharap Lembaga Disiplin mempunyai "intelligence" nya untuk memerangkap perasuah-perasuah ini.
Salam sejahtera Datuk Ron dan sahabat sahabat kudakepang.
Alhamdulillah, tatacara yang menjadi legasi mantan PM dulu sudah dipecahkan. Walaupun duit atau wang akan menjadi umpan namun ini tidak boleh dihapuskan selagi kita ini bernama insan. Apa yang kita boleh buat sebagai penyokong akar umbi, kita harus memilih regu yang berwibawa dan terus berserah kepada Allah dengan berdoa agar regu Najib-Muhyiddin menjadi kenyataan. Kita merancang Allah menentukan. Sama-samalah kita sebagai akar umbi berdoa dan beristikharah, semuga Umno kembali kepangkal jalan dengan kurang isu-isu polemik yang dibangkitkan.
Cari isu-isu baru yang lebih berwibawa bagi memantapkan lagi dasar asas perjuangan Umno bagi kesejahteraan agama, bangsa dan negara.
Salam Dato'
Maaf Dato', kerana mencurahkan luahan hati. Being a Malaysian living in a foreign land for decades, I am banging my head against the brick wall trying to understand about Malaysian politics and the government priorities.
Shahrukh Khan getting datukship..? Chong Wei receiving the icing on the cake of thousands of ringgits till his dying day on top of his pay-day for winning a silver medal.?? while our security forces maimed and died to receive a pittance for 'duit beras'.?? Surely the govenment should put her priorities first.
Is Najib going to be a good leader despite all the scandals (proven and unproven)? only time will tell. Why is Muhyiddin contesting for no.2 post? Why not no.1.? Is he not as clean or corrupt as Najib? I don't know. Another Johorian can answer on my behalf especially during his term as Johor MB once upon a time before.
Khairy and Mukhriz??..despite the antics of the former during the PRU12 and at Permatang Pauh? Surely UMNO members know better than my little and my diminish comprehension about the whole thing. Khir Toyo, Isa Samad, Mike Tyson etc...etc...???
Tidak adakah orang UMNO yang lebih berwibawa..?? Kita bersyahadah sebagai umat Islam...tetapi di manakah segala pra-syarat-pra-syarat untuk menjadi seorang ketua apatah lagi sebagai seorang pemimpin...
Don't blame them. We put them up there for our own survival??..
I doubt very much. Let us all mula membaca 'muqaddam' balik...Alif, Baa, Taa...!!!
Alhamdulillah YAB DSAAB telah membuat keputusan yang amat baik untuk parti dan negara. Dan sekarang tibalah masanya untuk parti memilih siapa yang akan mengepalai UMNO untuk tempoh 3 tahun akan datang.
Regu DSNTR dan DSMY sememangnya menjadi pilihan untuk pemilihan kali ini. Peluang Tengku Razaleigh dilihat agak malap kerana DSAAB tidak bertanding.Tengku Rezaleigh tetap berada didalam kelas tersendiri.
Pilihan untuk Ketua Pemuda tertumpu kepada Datuk Mukhriz dan En Khairy Jamaludin. Masing-masing menpunyai pengikut dan kelebihan. Pemilihan harus berdasarkan kepada kematangan dan keberanian. Jesteru itu saya merasakan yang Datuk Mukhriz lebih layak untuk memimpin memegang jawatan berdasarkan kepada faktor faktor tersebut.
Walaubagaimana pun biarlah perwakilan yang membantu akar umbi dalam membuat keputusan. Mudah-mudahan selepas ini UMNO dan BN akan bangkit dan menebus kembali dengan memenangi PRU13.
Mudah-mudahan pertandingan ini pertandingan yang sihat.
Sesiapa yang menang perlu menjalankan tanggungjawab yang besar dan yang kalah berlu berfikiran terbuka dan membantu yang menang dalam menjayakan misi dan visi parti.
Dato,
Ini lah kekurangan UMNO.dalam keadaan ekonomi negara dan dunia gawat,pemilihan yg merupakan agenda peribadi lebih dominan dalam media dan persekitarannya.kehulu ke hilir pemimpinx UMNO berkempen macam ia segala galanya dalam hidup dimalaysia ini.saya rasa dato dpt membantu melalui blog ini untuk mengcambahkan minda pembaca yang kita juga ada perkarax yg lebih penting dalam kehidupan dimana kepentingan nahniah perlu didahului berbanding ananiah.
"Mungkinkah Najib akan beregu dengan Muhyiddin? Mustahilkah regu ini jadi kenyataan? Atau, mungkinkah Najib akan bertindak secara non-partisan dan membiarkan sahaja kerusi nombor dua UMNO direntap oleh seluruh calonnya secara demokratik dan terbuka?"
Suatu persoalan yang tepat dan amat relevan! Sekiranya Najib mengambil sikap sedemikian, saya menganggap 'beliau sebagai kacang lupakam klit'TS M merupakan seorang N/Presiden Umno yang berani kerana beliaulah yang mencetuskan isu peralihan kuasa ini. Hakikatnya beliau mendesak Pak Lah berundur! Najib owes him that much and should not leave him (TS M) to fend his own destiny. Najib must commit himself because this 'regu' is the most ideal after the era of Tun Razak/Tun Ismail! So Najib should not hasitate anymore like he often did! Everybody owe TS M for his guts!!!
Salam,
Yang saya kurang selesa adalah nampaknya ada kecenderungan di kalangan Pengerusi Perhububungan Negeri untuk mengumpulkan Ketua Bahagian, kemudian menyatakan sokongan secara kolektif kepada Najib untuk menjadi calon Presiden UMNO.
Kalau semua atau sebahagian besar Pengerusi Perhubungan Negeri berbuat demikian, bagaimna UMN0 bahagian hendak menamakan orang lain, misalnya Tengku Razaleigh sebagai calon Presiden UMN0?
Tidakkah ini bermakna awal-awal lagi UMN0 hendak menututup pintu demokrasi dan tidak mahu mendengar suara akar umbi?
Dato'
Sebagai orang dalam yang mempunyai akses kepada berita terkini UMNO, saya sarankan supaya Dato' mengadakan scoreboard untuk pencalonan jawatan-jawatan penting yang sedang berjalan sekarang.
Salam Dato',
Politik Malaysia mana boleh tak ade duit.. kena ade duit baru boleh nak bertanding... Ini bukan benda baru... Jangankan peringkat Pusat, peringkat cawanagn pun ade unsur-unsur nie...
Anyway, saya harap-harap orang UMNo akan terus bijak memilih calon yang benay-benar berkaliber...
UMNO hanya akan bertukar kulit dan bukan isinya. Sedikit perubahan tanpa kekuatan dan banyak bergantung kepada 'kelemahan' pembangkang itu sendiri buat masa ini.
Nasib baik Anwar sendiri tengah kalut dengan masalah watak dan peribadinya.
Salam Datuk,
Setakat saat ini, Ahli Parlimen Muar YB Razali Ibrahim telah pun melepasi tahap percalonan untuk Naib Ketua Pemuda. Manakala saingan sengit antara Mukriz dan Khairy untuk jawatan Ketua Pemuda.
Menarik juga mungkin PAU nanti turut menyaksikan pertandingan bagi jawatan Ketua dan Naib Ketua Wanita kerana sudah ada percalonan Bahagian diterima.
Terkini status percalonan saya ada kemaskini di blog saya untuk dikongsi bersama.
http://zarulzeme.blogspot.com/2008/10/lumba-umno-20082009.html
Wasalam.
Yang Berbahagia Dato' Ruhanie,
Salam Hari Raya dulu Dato'. Maaf Zahir batin.
1. Cubaan kita untuk memperjuangkan Melayu (Nasionalisma Melayu) di dalam kepelbagaian kaum nampaknya gagal. Kegagalan itu bukan kerana sikap perjuangan, namun CARA GAYA KITA BERPOLITIK DENGAN PENUH KEILMUAN DAN PERLAKSANAAN AMANAH SERTA KELAYAKAN JUGA SEMANGAT JUANG BANGSA BERSENDIKAN ISLAM telah kering di dalam UMNO.
2. UMNO hari ini ingin berbangga dengan jagoan politikus Dato' Onn, Tun Razak, Tun Dr. Ismail, Ahmad Boestamam, Mat Kilau, Dato Bahaman, Syed Syeikh al-Hadi, Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut dan pahlawan-pahlawan Melayu SEJATI KUKUH DENGAN DAYA JIHAD ISLAM DI SAMPING MEMPERTARUHKAN NYAWA UNTUK BANGSA DAN NEGARA. Mati Mereka dilihat sebagai SYAHID KERANA DASAR ISLAM DAN WATAN KERANA ALLAH, kerana itu keberanian mereka BUKAN BOLEH DISENANDUNGKAN DENGAN LAGU "SI BAJU HIJAU" sahaja. Malah malu kita hari ini untuk disamakan dengan sikap perjuangan tokoh-tokoh tersebut. INI JAWAPAN MENGAPA UMNO HARI INI TIDAK LAYAK MENJADI PEJUANG BANGSA DAN NEGARA, SEBAB ARAH PERJUANGAN ASAL TERLAH LAMA TERBABAS. BILA HARTA, PANGKAT, KEDUDUKAN, KEKAYAAN, PUAK-PUAK, KUASA UNTUK AUTORITI TANPA GUGATAN,KONSORTIUM POLITIK DENGAN NAJIS POLITIK WANG UNTUK KUASA, PERGANTUNGAN POLITIKUS KEPADA TAYKUN2 KAYA MENGHAMBAT KEWUJUDAN PROJEK2 YANG TIDAK DIPERLUKAN RAKYAT, KUASA MENJADI LOMBONG EMAS DAN KURUPSI MENJADI HARGA DIRI. Maka jika ini REALITI DALAM PARTI, MASIHKAH ADA MARWAH KITA UNTUK menyamakan perjaungannya dengan orang-orang yang telah bersemadi jasadnya dengan PERJUANGAN AGUNG UNTUK ISLAM, TANAH AIR DAN BANGSANYA HANYA KERANA ALLAH AZZA WAJALLA..?. Berfikirlah dan bangkitlah dari kealpaan UMNO dan bangsa Melayu secara amnya. 51 tahun telah terlepas dari tangan kita. Masa depan sangat memerlukan GARAPAN PERJUANGAN HAKIKI DAN ASAL SEMULAJADI DENGAN ISLAM DAN TANAH AIR SERTA SEMUA BANGSA KERANA ALLAH SWT.
3. Sekarang ini UMNO mengaku sahajalah bahawa Jalan Nasionalisma Melayu (umpanan percikan dasar SEKULAR Inggeris dan sekutunya itu) jelas menghakis kekuatan umat Melayu dan bangsa Malaysia amnya. MARILAH BERSAMA PERBAIKI PERJUANGAN BERPAKSIKAN ISLAM SEBAGAI "WAY OF LIFE", bukan satu agama "religion" seperti yang diamalkan oleh blok Barat. ISLAM ADALAH AGAMA DAN KEHIDUPAN, AQIDAH, IBADAH DAN KENEGARAAN, PEPERANGAN JIHAD DAN PERDAMAIAN KEMAMANAN, SYARIAT DAN AKAL FIKIRAN SERTA PERKEMBANGAN KEMAJUAN TEKNOLOGI SEMASA YANG TUNDUK KEPADA PIAWAIAN ILMU DAN SYARIAT ISLAM. sudah tiba masanya UMNO berubah ke arah perjuangan hakiki ini. Tidak ada untungnya mempertahankan perjuangan hanya untuk dunia semata-mata. INGAT PERTOLONGAN ALLAH SWT HANYA AKAN DATANG, BILA INDIVIDU BERJUANG DENGAN PENUH IKHLAS DARI LUBUK HATINYA HANYA UNTUK MEMENANGKAN ISLAM, KEILMUAN, KEBENARAN DAN KEADILAN. APAKAH MAKNA PERJUANGAN JIKA ALLAH SAWT TIDAK MENOLONG KITA. JIKA IDEOLOGI PENJAJAH IKUTAN SYAITAN KITA TAATI, FAHAMLAH KEMANAKAH ARAH KEBAIKAN DAN PERJUANGAN YANG KITA SUMBANGKAN ITU MENUJU...NERAKA JAHANNAAM.
Dato' tazkirah hamba agak keras kali ini, kerana UMNO dan ahli harus ditempa dan diketuk hati dan jiwa serta kesedaran mereka AGAR JANGAN BUAT SILAP LAGI.....
Terima kasih Dato', jika ada faedah dan manfaatnya, itu adalah hadiah Eidul Fitri. Salam persaudraan dan perjuangan dari hamba yang sangat mengharapkan pertunjuk Allah swt di dalam perjaungan ini.
Arau
PERLIS DARUS SUNNAH
Salam,
Saya berpendapat, dalam politik, kewujudan blok-blok berlawanan adalah pasti. Ini sifat manusia.
Kalau pertandingan terbuka diadakan, kematangan berpolitik akan semakin tercapai.
Orang melayu telah lama tersalah tafsir apa itu perpaduan.
Disebabkan salah tafsir itulah, orang melayu cukup takut kalau diadakan pertandingan maka akan berpecah belah umat dan porak perandalah jadinya.
Itu adalah dakyah untuk mengekalkan kuasa.
Begitu juga menggunakan Islam, juga boleh dijadikan dakyah untuk menakutkan orang Melayu dan meraih undi.
Bagi kami di Bahrain pula melihat pertandingan ini akan mematangkan orang Melayu dalam soal menentukan pemimpin mereka sendiri; bukanya disuruh-suruh.
Semoga orang Melayu tahu menilai dan tidak gentar bersuara untuk menentukan hala tuju tanah air Malaysia yang tecinta
Salam,
Eid Mubarak
KZ AHMAD
Bahrain
DIZZY BOY
MONEY POLITIC?
EXCEPT MUKRIZ THE REST ARE HANTU RAYA (CALON AND PERWAKILAN )
TAPI BILA PIKIR2 UMNO DAN DUIT TAK BOLEH DIPISAHKAN IBARAT IRAMA DAN LAGU.
SATU CONTOH, ADA PERWAKILAN YANG MENYINDIR CALON-CALON, BERJUANG -BERJUANG JUGA, SETAKAT AIR LIUR, KETAWA DEK ORANG JE ! ITU REALITINYA.
SO KITA KENA REALISTIK BUKAN IDEALISTIK, KECUALI KITA PUNYA BRAND YANG BETUL-BETUK BAIK LIKE TUN AND MUKHRIZ. DUIT DAH BUKAN UKURAN. YANG LAIN-LAIN, JELING DEK PERWAKILAN JE.
TENTANG GANDINGAN NAJIB / MAHYUDIN, HARAPAN AKU MUNGKIN MACAM YANG LAIN-LAIN JUGA WALAUPUN AKU TAK SUKA NAJIB, KERANA KONTROVERSI YANG MENYELUBUNGI DIA.
TAPI AKU MULA DENGAR SOK SEK SOK SEK TENTANGAN GANDINGAN NAJIB/MUHYIDIN NI.
KENAPA TIBA-TIBA NAMA ALI RUSTAM MUNCUL? MUNGKINKAH INI ANTARA LANGKAH UNTUK MENYEKAT PENGARUH MUHYIDIN. DI SINI NAJIB DILIHAT SEBAGAI KURANG JUJUR DALAM MEMANEFESTASIKAN KEPIMPINAN DALAM UMNO. MAHYUDIN ADALAH ANCAMAN BAGI NAJIB DALAM POLITIK. AKU MASAK SANGAT DENGAN POLITIK NI. CANTAS MENCANTAS ADALAH SATU AMALAN UNTUK MENDAPAT DAN MENGEKAL KUASA.
KESIMPULANNYA ORANG JOHOR JANGAN DIPERMAINKAN ORANG KERANA JOHOIR ADALAH BENTENG UMNO.
Puas lah hati Muhyidding. Selama ni dia duk bisign suruh Pak Lah turun. Sebab kalau Pak Lah turun dia pun takda peluang lah nak pegang jawatan lagi tinggi. Bising sebab tak ikhlas pun.
Post a Comment