Wednesday, October 15, 2008

RANJAU DAN DURI KE MERCU KUASA

Perjalanan Datuk Seri Najib Tun Razak ke mercu kepimpinan UMNO kelihatan mudah dan tanpa halangan. Buktinya, keseluruhan 28 daripada 191 bahagian UMNO yang telah mengadakan sidang perwakilan masing-masing setakat ini sudah pun mencalonkan Najib ke jawatan Presiden UMNO.

Tetapi, perjalanan Najib ke mercu kekuasaan negara nampaknya masih penuh duri dan ranjau. Contohnya, mulai penghujung 2006, Najib digerhanai persepsi umum yang negatif. Hingga ke hari ini, persepsi umum ini masih belum luntur.

Selepas itu, bertubi-tubi pula serangan dilemparkan oleh pihak pembangkang kepada Najib. Ini semua menjelma dalam dua bentuk utama - tohmah mengenai korupsi dan tomah mengenai penyalahgunaan kuasa membabitkan beberapa pembelian kelengkapan pertahanan negara.

Hari ini, 14 Oktober 2008, satu tohmah baru yang kononnya boleh membabtikan Najib atau sesetengah ahli keluarganya pula disuarakan di oleh seorang wakil DAP Dewan Rakyat. Ia membabitkan cadangan pembelian pesawat helikopter oleh Kementerian Pertahanan. [Terkini pada 3.30 pagi: Kisah ini disiarkan dalam portal berita Sabahdaily dengan tajuk Pembelian Eurocopter: Skandal Najib didedah. Sila rujuk http://www.sabahdaily.com/2008/10/pembelian-eurocopter-skandal-najib-didedah/ ]

Orang Dalam

Dari cara dan gaya tohmah ini dihuraikan sewaktu membahaskan bajet 2009 di Dewan Rakyat, banyak pihak mengesyakki bahawa ada “orang dalam” yang membekalkan maklumat mengenainya kepada pihak pembangkang. Siapakah mereka? Apa niatnya?

Seterusnya, mungkinkah tohmah di atas akan terus diheret dan dileretkan hingga jadi panjang berjela-jela seolah-olah supaya menjadi tali untuk menjerut masa depan politik Najib? Adakah ini merupakan satu antara pelbagai usaha untuk menggagalkan perjalanan Najib ke mercu kekuasaan negara?

Pihak kerajaan memang akan mematahkan tohmah terbaru ini di Dewan Rakyat. Tetapi, sama ada ia benar atau sebaliknya adalah tidak penting. Yang pasti, tohmah ini akan menyebabkan gerhana yang menyelubungi masa depan Naji kian menebal dan berpanjangan.

Tidak cukup dengan pelbagai tohmah, dakwaan dan tuduhan, Najib juga diselubungi persepsi umum mengenai isteri beliau sendiri.

Ada pihak mentafsirkan perkara ini sebagai remeh. Tetapi, ada juga pihak mengatakan faktor ini adalah kritikal terhadap kelicinan perjalan Najib ke puncak kuasa.

Usaha Terancang

Bagaimanapun, setelah rakyat jelata menginsafi seluruh kepincangan yang telah berlaku sejak 2004 hingga sekarang, adalah mustahil faktor ini tidak boleh diatasi secara total dan berkesan.

Oleh itu, jika isu ini terus dipolemikkan, kemungkinan besar pencetus polemik ini juga dimotivasikan oleh hasrat menghalang Najib jadi Perdana Menteri.

Berasaskan seluruh huraian di atas, wajarlah kita semua bertanya: mungkinkah usaha menghalang Najib ke puncak kuasa ini satu usaha yang tercancang rapi? Kalau begitu, siapakah perancang utamanya? Dan, mengapakah perkembangan seperti ini tidak pernah berlaku kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 2004?

Akhir sekali, wajar kita semua bertanya: mungkinkah perjalan mudah Najib menuju ke mercu kepimpinan UMNO pada hari ini akan melunturkan seluruh persepsi negatif terhadapnya untuk menjadi Perdana Menteri? - Ruhanie Ahmad

KEPADA ALLAH BERSERAH

49 comments:

Hang Jebat said...

Datuk,

Banyak maklumat yang bocor dari Kementerian Pertahanan. RPK dan DSAI mendakwa maklumat berkaitan penglibatan isteri DS Najib dalam kes pembunuhan Altantuya Sariibu pun kononnya diperolehi sumber perisikan tentera.

Saya percaya dan yakin memang ada 'pemberi maklumat' dalam Kementerian Pertahanan. Dalam organisasi Kementerian Pertahanan, bukan semuanya anggota tentera. Ada juga kakitangan awam. Tidak tahu kelompok yang mana satu yang jadi 'pemberi maklumat' itu.

Soalnya sekarang adakah maklumat-maklumat yang dibocorkan itu betul? Adakah ianya sengaja diada-adakan semata-mata kerana nak memburukkan imej DS Najib?

hangtuah47.blogspot.com

cucupakkasim said...

Nasin engkau lah najib..reti makan tak reti simpan jadi macam tu laa.. lain kali kalau bab-bab yang macam tu mai laa cari orang-orang yang aku,maklumat?Duit?garenti selamat.

AhmadRazinHjYob said...

Salam,

Yang Berbahagia Datuk Ruhanie Ahmad,

Inilah yang di namakan kecelaruan yang terpaksa dihadapi oleh rakyat Malaysia. Kita terpaksa berdepan dengan kekecewaan akibat sikap pemimpin kita yang masih lagi tidak mahu faham apa itu nilai dan ketelusan. Rakyat tidak perlu dipersalahkan nanti seandainya Barisan Nasional yang diterajui UMNO akan ditolak mentah mentah kerana beberapa isu yang akan jadi duri dalam daging seperti pembelian helikopter tersebut.

Rakyat sudah tertekan dengan pelbagai masalah dan apabila berada dalam keadaan tertekan maka pemikiran dan kewarasan sudah menjadi nipis dan emosi akan menguasai keadaan.

Maka demi agama, negara dan juga bangsa ,saya menyeru YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian Pertahanan agar membatalkan tender tersebut sebelum terlalu banyak wang rakyat digunakan untuk membayar sesuatu yang tidak sepatutnya rakyat bayar. Memadailah di beli sesuatu yang agak praktikal dan murah bersesuaian dengan negara kita.

Kita rakyat Malaysia yang kasihkan negara, tanah air dan kita juga kasihkan sesama kita, bangsa kita ,mengharapkan agar rakyat jangan jadi alat mainan politik semata mata. Janganlah kerana kepentingan segelintir orang, mampu menjahanamkan seluruh bangsa.Walau apapun alasan yang bakal diberikan nanti, rakyat sudah muak dan bosan untuk mendengar sebarang alasan. Kerajaan tidak punya banyak masa dan juga pilihan.

Kita mengharapkan kerajaan sedia ada supaya melakukan sesuatu yang telus dan benar. Dan seandainya kerajaan masih lagi meneruskan amalan sebegini, bukanlah rakyat yang memberi ruang kepada Pakatan Rakyat, tetapi kerajaan BN sendiri yang telah memberi jalan dan petunjuk kepada pembangkang untuk berkuasa dalam pilihanraya yang akan datang...

Zabidi Hj Saidi - said...

www.memobelakang.blogspot.com telah menyiarkan skandal pembelian eurocopter ini pada 13 oktober lalu

band0tue said...

Najib mungkin mudah melepasi halangan dalam parti, sebab bapa burik anak rintik..bapa kencing berdiri, anak kencing berlari...jadi sudah tentu pencalunan dan pemilihan parti menyebelahi Najib.

Bila PRU13 (kalau ada) Najib perlu berdepan dengan persepsi rakyat. Maka sememangnya sudah lama Najib dirundung persepsi negatif dikalangan rakyat jelata.

Paling utama, persepsi Tuhan. Najib bukanlah pemimpin yang baik menurut Islam. Isterinya tidak menutup aurat. Bukan sekadar pakaian, tetapi lebih utama sikap dan perasaan mestilah juga diselubungi dengan Iman dan Taqwa.

Maka kalau pun diangkat juga sebagai pemimpin, tunggulah penghakiman yang lebih hebat dan dahsyat di Akhirat kelak.

maaf dari saya;

htpp://nawawidahalan.blogspot.com/

Musallam said...

Salam,

Kecuali ada penjelasan yang memuaskan atau penyelidikan yang boleh dipecayai, mungkin ada juga tuduhan yang berasas dan tidak boleh ditolak begitu saja.

Bagaimannapun, ada "budaya UMNO" yang saya kurang suka, iaitu tidak memperlihatkan kebencian terhadap pemimpin yang melakukan rasuah.

Ada pemimpin yang terlibat dalam rasuah dan banyak juga yang terlibat dengan politik wang (rasuah juga sebenarnya), tapi nampaknya masih "dipuja" oleh sesetengah ahli UMNO.

Kalau demikianlah budaya UMNO, mungkin tidak ada apa-apa masalah seorang pemimpin yang terlibat dalam rasuah untuk memegang sebarang jawatan tinggi dalam UMN0 dan kerajaan!

FB said...

Datuk(My Guru),

Maaf Datuk. Sebenarnya bukan 'tomah' tetapi 'Rosmah'.

Itu adalah hakikat sebenar persepsi rakyat terhadap Najib.

Najib perlu lakukan sesuatu bersabit persepsi ini.

[Sukj]

manggis said...

DIRANCANG ATAU TIDAK ITU HAKIKAT RANJAU ORANG POLITIK

MUNGKIN ADA BAIK MUNGKIN ADA TAK BAIK.

BAIKNYA , RAKYAT DAPAT MAKLUMAT . BETU @ TIDAKNYA BUKAN SOAL. TAK ADA ANGIN POKOK TAK AKAN BERGOYANG. JIKA TUDUHAN ITU BENAR DAN RAKYAT MENOLAK PEMIMPIN SEBEGINI MAKA RAKYAT TIDAK DIGELUMANGI DOSA YANG DILAKUKAN PEMIMPIN.

TAK BAIKNYA , PEMIMPIN YANG BAIK AKAN TERANIAYA SEPANJANG MASA DAN MUNGKIN TIDAK CUKUP RUANG UNTUK MENTERJEMAHKAN VISINYA. RAKYAT JUGA RUGI.

PILIHAN YANG ADA, TOLAK PEMIMPIN YANG PENUH KONTROVESI DAN SKANDAL.

PILIH PEMIMPIN BUKAN KERANA BAIK BUDINYA SAHAJA TETAPI KREDIBILTINYA JUGA.

( BAIK ADA MAKNA TU )

ultramalay said...

Datuk,
Sesiapa pun boleh membuat apa-apa tuduhan kepada sesiapa jua. Yang pastinya orang yang dituduh kena buktikan yang tuduhan terhadapnya adalah tidak benar. Tidak timbul isu menghalang atau menjatuhkan sesiapa kerana itu sememangnya darah daging politik.
Sekiranya maklumat itu benar dari 'orang dalam' maka 'public opinion' akan lebih mempercayainya kerana hanya 'orang dalam' sahaja yang tahu apa yang berlaku di 'dalam'!

izam said...

Datuk,
Persoalan demi persoalan datuk kemukakan..takkan datuk tak tahu siapa yg beri matlumat dan bocorkan pada pihak pembangkang bukankah ianya datang dari kalangan pemimpin UMNO sendiri. Takkan Datuk tak baca surat dari Kapten(B)Zahar yg dihantar kpd Si Najib ni.?..Fikir la betul betul wahai dato-dato Umno semua, dalam kegawatan ekonomi global diwaktu ini adakah patut kerajaan berbelanja berbilion2 ringgit untuk membeli eurocopter dimana komisyennya dikongsi bersama oleh Pak Lah dan Najib. Sekali lagi UMNO betul-betul membuatkan rakyat bertambah meluat dengan sikap dan moral dari kalangan Pemimpim UMNO ini.

dizzy boy said...

Datuk Ron,
Dlm UMNO pun ada org dlm yg bocorkan rahsia UMNO pd PR,Dlm jabatan kerajaan pun ada org dlm bocor rahsia pd PR,maka kita perlu hairan kpd PR bagaimana mereka ini mendapat fakta yg tepat,malah kerajaan telah berdolah dalih kepada rakyat,pembohongan dilakukan oleh PR,Datuk Ron pun tahu ada fakta2 yg telah bocor dr kementerian mengenai tak puas hati dr pemimpin tertinggi UMNO sebelum ini.Datuk Ron pun tahu jugak.Masalah ranjau dan duri memang dah sinonim dlm arena politik,sesiapa yg pernah bermain dlm politik,mereka ini akan terasa dan mungkin terkena tempias ini.Malah dianatara mereka sanggup menjadi duri dalam daging,gunting dlm lipatan,kerana mungkin mereka yg melihat dan tidak puas hati pemimpin ini penuh dgn korup malah semakin hari benci pd pemimpin itu yg selalunya menjaga kroni2nya sahaja.Dari PLKN hingga lah projek kementerian Pertahanan,sekiranya BPR selongkar di setiap sudut najib duduki,maka terduduk lah saudara Najib ke dlm lokap...Mungkin ini akan berlaku tidak lama lagi....Awaslah wahai Najib dan isterinya....Jgn terlalu yakin untuk menaiki takhta PM pd bulan Mac ini,perjalanan masa masih jauh lagi,apa2 pun boleh terjadi sekiranya Pak Lah terjumpa bukti terbaru di kementerian Pertahanan,sy mendapat berita terkini,Pak Lah kerap berada di Kementerian Pertahanan.Pikir-pikir la.........

izam said...

Datuk,

Persoalan demi persoalan datuk kemukakan. Takkan lah Datuk tak tahu siapa yang memberi matlumat dan bocorkan pada pembangkang.? Tidakkah Datuk baca surat yg panjang lebar dari Kapten(B)Zahar diutuskan pada si najib ni.? Fikirkan baik-baik wahai dato-dato UMNO sekalian, ditengah kegawatan ekonomi global sekarang ini kerajaan begitu sanggup berbelanja berbilion-bilion ringgit semata-mata hendak membeli eurocopter dimana komisyen dikongsi bersama oleh Pak Lah dan Najib. Datuk, Rakyat keseluruhannya sudah terlampau meluat dan akan bertambah meluat melihatkan sikap dan moral kepimpinan UMNO ini yang terlalu begitu banyak kepincangan yang berlaku. Kepada Dato-dato UMNO semua..ingat lah..Kita ada Allah kita ada Muhammad kita ada Akhirat..kembali la.

Tayadih Maysia said...

Datuk,

Dalam hal ini, bukan soal siapa yang memberikan maklumat, tetapi benarkah dakwaan itu!

Persoalannya: wajarkah kita menyokong Najib jika benar beliau seorang yang korup dan tidak amanah?

pekan dun said...

buat je laporan polis dato',...kita tengok sapa yang salah...najib patut bersihkan diri dari semua skandal dan tuduhan dan serta perbuatanya sebelum menjadi perdana menteri!!!!jangan sampai tsunami politik edisi kedua melanda!!!!!saya tak mahu ia dato najib menjadi liabiliti kepada UMNO sepertimana si khairy budak hitam dari rembau tu...kami semua sayangkan UMNO!!!!

shahbandarmalakat said...

Assalamualaikum Datuk,

Kami juga nak tahu, Datuk sendiri setuju Najib PM? Datuk yakin negara akan selamat di bawah Najib nanti?Betul betul yakin? dan memang tak ada orang yang paling layak selain dari Najib dewasa ini untuk ahli umno letakkan jadi PM? Pemilihannya dah really exhausted dan tidak ada orang yang lebih berkelayakan untuk ahli umno pilih jadi PM Malaysia? Jawapan jujur Datuk...

Quantum Metal Consultant said...

Jika Najib melakukan, tiada simpati yang harus kita hulurkan kepada pengkhianat negara.

Tidak mungkin tohmahan yang dilemparkan kepadanya tidak punya asas langsung dan sebegitu banyak tohmahan, tidak mungkin sedikitpun Najib tidak melakukannya. Dalam lain perkataan, dibuktikan atau tidak, Najib memang sudah tercemar, bukan lagi multak.

Berbanding dengan Mahathir yang selama ini digasak 22 tahun oleh mushnya dalam dan luar negara tetapi sampai sekarang, tohmahan keatasnya nyata tohmahan semata mata kerana semasa tidak punya kuasa dan wang pun, musuh gagal mengheret dan menterjemahkan kepada realiti segala bentuk tohmahan yang dilemparkan keatasnya.

Nik Aziz sendiri sebagai salah satu contoh lagi yang masih mengekalkan status bersih dan rasionalnya hingga ke takat ini.

Apapun terjadi, negara masih banyak pelapais, walaupun kurang mahir dan pengalaman tetapi jika bekerja secara berpasukan, mereka mampu membawa negara ke mercu kejayaan.

antidrM said...

Tu la...ikut lagi cara Dr M. Dr M buat hal dia lepas sebab Anwar tak ada (dalam penjara)..dia sumbatkan! So masa Najib ni..payah sebab Anwar ada (bebas)...emm..apa2 pun Najib kene tanggung bende ini semua.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Sangat lucu nukilan anda entah mengapa. (tak kan baru nak sadar goyahnya kedudukan Md Najib kita)

"Apa akan jadi kalau -na'uzubillah- Mahathir tiada bersama kita?," sungut yang pro-Mahathirisme, "apa boleh diharap anaknya?"

(Entahlah!
Betulkah zaman sudah berubah
dan masih ada yang bercakap-cakap
bangga dengan dinar emasnya
walhal lombong emas siapa tuannya.

Kalau marahkan nyamuk
saman saja EM-P-T
mahupun kementerian kesihatan
kerna pak developers
pakek bouncers, dong...)

jojo51 said...

Datuk,

Tohmahan-tomahan, fitnah dan cerita-cerita negatif yang seringkali dilemparkan kepada Najib itu harus dinilai secara positif. Maksudnya, Najib patut dapat memahami bahawa apa yang berlaku merupakan bibit permulaan perang saraf dan strategi PR yang akan menjadi lebih sengit dan kotor bilamana Mac menjelang tiba. Najib perlu menerima hakikat bahawa akan tersebar kelak dakwaan dan tuduhan yang lebih dasyat dari sekarang.

Don't be caught by surprises. Oleh itu, Najib harus bersiap sedia dari sekarang supaya sebarang respon atau tindak balas bukan dibuat secara adhoc dan tidak terancang. Oleh itu, mulakan perancangan dan persiapkan diri dari sekarang. If you don't plan, then you are planning for disaster. Jangan jadi seperti orang yang terdahulu yang lebih seronok mendengar pujian dan maklumbalas yang baik-baik sahaja.

Jadikan yang negatif itu kepada impak yang positif.

Berita dari gunung said...

Kita mahu meneka angkara siapa yang cuba melakar warna gelap ke atas Najib.

Mungkin lebih selamat jika kita lihat dari sudut, siapakah yang beruntung jika Najib tercalar dan tewas.

Di luar sana, Anwar akan beruntung dan bernafas. Di dalam, ada yang tidak mahu Najib dan cebis-cebis Mahathir. Lama dulu, ada Menteri Kabinet berkata "I will not work under him", merujuk kepada Najib. Namun ada juga seorang dua anak muda yang bercita tinggi, dan Najib adalah penghalang.

Semuanya berpunca dari kesan parut-parut perang yang dulu dan cita-cita menggunung.

Rakyat umum rata-rata menunggu kesan turunnya harga minyak, tetapi harga barang yang sudah naik tentu tidak akan turun-turun..

Islam Hebat said...

Tengok keperibadian Najibpun aku tak redha dia jadi pemimpin aku, isteri dan anak tidak terdidik dengan islam dan Akhlak yg mencerminkan islam dan melayu yg baik. kalau difikirkan elok gak UMNO ni dibubarkan kalau nak pilh pemimpin yg bertakwapun susah

wira said...

Datuk Ron,

Sejak kebelakangan ini kita antara kita suka membuat andaian dan tuduhan yang lazimnya ada unsur khianat, iaitu kebocoran maklumat.

Dimasa yang kritikal ini tidak perlu sesiapa melayan akan tomahan ini terutamanya orang yang ditomahkan. Saya rasa cukup bersyukur tentang regu yang diperkatakan.

Namun harus diingat pesanan DS Hisham perlumbaan belum tamat lagi. Kejutan mungkin berlaku.

Oleh itu sembahayanglah istikharah supaya diberi pertunjuk.

CUCU TOK KEDU said...

Dato Roin yang dihurmati!

Apalah Najib nak bimbangkan. Dia orang nombor dua dan bakal menjadi orang nombor 1. Pak Lah pun bukan main puji Najib!

Oleh yang demikian maka segala yang dihebuhkan tentang keburukan Najib adalah tohmahan semata-mata kerana Najib sedang berkuasa dan akan berkuasa besar!

Polis tak buat siasatan! BPR tak buat siasatan! Yang jelas segala yang didedahkan oleh satu-satu pihak terhadap orang yang berkuasa disebut Tohmahan! Tohmahan! Tohmahan!

Hampir rebahnya BN dalam PRU 12 lalu juga tohmahan kerana Najib yang jadi Pengarah Pilihanraya tersebut!

Tapi ingat! Pak Lah dah ambil alih Kementerian Pertahanan! Najib jangan main-main sebarangan, kena jaga Pak Lah dan menantunya! Jangan lukakan hati Pak Lah dan jangan gagalkan usaha Khairy Jamaluddin untuk mencapai idamannya setakat ini untuk Ketua Pemuda umno.

http://rp-semantan.blogspot.com
CUCU TOK KEDU

azlishukri said...

Siapa menteri pertahan sekarang? apakah ini kerja menteri pertahanan yang baharu atau menantu? mungkin Datuk boleh selidik.

slyderrose said...

Senohong Gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri. Dah kaki busuk tetap kaki busuk. Tabiat yg dah jadi darah daging memang susah nak dibuang. tak ada ornag lain ke yg layak memimpin negara selain najib???. Ku Li tak layak ke?. Tak tahu le orang melayu Islam nie...solat tak tinggal tapi yg orang tidak mempunyai prinsip, tidak jujur dan korupsi jugak yg nak dipilih?

Anonymous said...

lakhanak punyo KJ !

kudakepang said...

Sahabat-sahabat yang dihormati.

Posting mengenai ranjau dan duri ini adalah untuk mengukur persepsi umum terhadap Datuk Seri Najib dan sejauh manakah persepsi umum itu menjejaskan peluang beliau menjadi PM.

Pandangan serta komen saudara seluruhnya saya hormati. Tetapi saya pohon jutaan maaf untuk delete dua komen yang mengandungi kenyataan-kenyataan yang sub-judice kepada kes mahkamah tertentu pada hari ini. Saya harap pengirim komen berkenaan akan memahami sebab saya berbuat demikian.

Secara umumnya, elok juga jika kita ambil sahaja yang baik - buang yang keruh dan ambil yang jernih. Tetapi, kalau yang keruh itu boleh meracuni yang jernih dan memudaratkan kita semua, gunakanlah kebijaksanaan kita untuk menyelesaikan keadaan sedemikian.

Salam takzim - Ruhanie Ahmad

pakbelalang said...

Najib mesti cari jalan bagaimana hendak menepis segala tohmahan dari parti pembangkang.
Jika Najib reckless dalam membuat sesuatu perkara maka dia akan dilanyak habis habisan. Dia kena jaga hal peribadinya dan juga hal rumah tangganya supaya tidak ada berlaku skandal yang menjolok mata dan akhirnya terperangkap. Rosmah dianggap sebagai wanita yang bijak dan berpersonaliti "high society" tapi jika dia tidak mengawal egonya sebagai isteri Perdana Menteri dan timbul bermacam-macam kisah-kisah negatif tentang peribadinya maka akhirnya Najib juga akan terperangkap dan kemungkinan akan terus tumbang!!

Quantum Metal Consultant said...

Mentaliti rakyat malaysia ialah suka menunggu dan mengambil masa yang lama untuk bertindak sesuatu yang baik, tetapi cepat sekali kalau untuk tujuan jahat.

Kita juga terlalu cepat memaafkan dan merasa kasihan dan simpati, belumpun sempat paklah turun, yang kaki maki hamunnya dah pula tunjuk kesian dan simpati, ada pula yang membelanya sejak dua menjak ini, lucu jadinya.

Hakikatnya orang orang seperti KJ, Dolah, Anwar, Najib, Su Kun, Kit Siang, Karpal, Samy, Teresa, Musa Hassan, Ghani Patail, Nazri, Zahid Hamidi, Mat Taib, Johari Baharom, Mahadir Khaled dan beberapa nama malaun lain sudah tidak boleh dipakai dan patut dijadikan makanan buaya dan harimau di zoo tetapi sayang seribu kali sayang, rakyat Malaysia masih sayang dan menyimpan mereka dan dijadikan idola.

Lantas kalau apa jua masalah menimpa kita, nak salahkan siapa..

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Datuk,

Kalau Dato' Abdullah Ahmad Badawi di lantik sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Mr. Clean pun bertahan tak sampai enam tahun. Mungkinkah Datuk Najib akan menjawat jawatan sebagai PM dengan lebih singkat lagi.

Dato' Najib dipilih mungkin sebagai memenuhi teori Rahman. Penganti Dato' Najib mungkin boleh bertahan lebih lama sebagai PM.

spycatcher03 said...

Datuk , ada perkara yang lebih besar perlu kita renong dan fikirkan. Pada hemat saya keputusan MT (atas kehendak Presiden Umno) untuk menangguh PAU kepada Mac 2009 adalah tidak bijak kerana tidak ditangguh sama mesyuarat agong peringkat bahagian. Saya terpanggil untuk mengutarakan rasa kekhuatiran saya tempuh yang lama itu mungkin mengundang suatu keadaan yang akan merugikan proses demokrasi parti.

Bayangkan tempuh 4 bulan diantara tamat proses pencalunan bakal pemimpin dengan PAU, apa akan berlaku? Tidak kah suasana saperti ini akan memberi peluang kepada permainan politik wang olih bakal2 calun diperingkat MT, PPumno, Pergerakan Wanita, dan Puteri? Kita semua tahu dalam pertandingan merebut jawatan parti pada tahun2 terdahulu, politik wang telah berleluasa sehingga menyebabkan beberapa pemimpin telah dikenakan tindakan disiplin.Pemimpin seperti ini masih ujud dan masih ingin mencuba, mungkin dengan lebih besar perbelanjaan nya !

Sementara itu, perwakilan2 nya pula sudah pasti akan lebih giat mengunjungi dan dikunjungi calon2 sehingga melalikan mereka dengan tugas parti!!

Mungkin ada yang berkata, badan pemantau dan lembaga disiplin ada untuk menghalang fenomena ini. Pokoknya, berapa kerat anggota pemantau dan penyiasat yang ada? Tidak kah kita terfikir bahawa suasana ini akan menjurus kepada tindakan fitnah memfinah dikalangan calon2 dan usaha untuk mengkonsolidasi parti pasti akan gagal dan parti akan hancur!!

Justeru itu, Datuk satu usaha untuk mempengaruhi MT umno agar mempercepatkan PAU dipelopori dan dicetus dari akar umbi. Cara mana nak menentukan kedudukan Pak Lah , terserah kepada bijaksana ahli MT. Gerakan ini harus dibuat sekarang sebelum mesyuarat Bahagian2 tamat!!!

ahm said...

sdr ron,
tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.

jika ada 10 persepsi takkan satupun tak betul, ataupun mungkinkah 11 yang tak betul

di malaysia ini tohmahan politik dan gossip artis tak ada bezanya. hari ini bagai nak gila nafikan gossip bercerai sampai bersumpah...tup tup minggu depan kes dah masuk mahkamah... i can tell you, 99% gossip itu adalah realiti. samalah juga dlam politik, bagai nak gila nafikan nak letak jawatan... tup tup esoknya buat announcement peralihan kuasa(cuma ubah terma saja)....

tak perlu nak hipokrit.. semua orang tahu.

KHAIRUL said...

salam.ape yg di bincangkan mlm td Datuk?macam ada perancangan baru je.ape2 pun tahniah kepada Datuk kerana ape yg di suarakan selama ini nampak ada kesannya.Datuk adalah salah sorg yg lantang bersuara dan kekal dgn pendirian dri awal.ayuh kita pastikan kemenangan DS Najib,TSMY,Datuk Mukhriz serta mereka2 yg sehaluan.
salam suaraperubahan.blogspot.com/

Pedang Bertuah said...

Assalamualaikum Datuk

Apa yang saya lihat adalah kelemahan pihak Datuk Seri Najib sendiri berusaha menangkis usaha jahat ini.

Kenapa dibiarkan orang tohmah semahu-mahunya? Semua orang bercakap saja dan tidak bertanggungjawab atas apa yang mereka cakap.

Ini saya lihat cuma tak lebih dari usaha mencalar reputasi dengan menimbulkan keraguan dalam hati rakyat. Tak perlu banyak, tak perlu sahih pun berita tu, apa yang perlu hanya nampak macam kontroversi, itu dah cukup membuat rakyat ragu2 dan tak senang duduk. Walhal semua yg diketengahkan, sama ada dlm blog, web pembangkang atau sms tak dibukikan pun.

Banyak sangat berdrama lah diaorg ni, suka main dgn sentimen rakyat dengan mengada-adakan kisah fantasi yang kontroversi lagi sensasi. Very pathetic I might say.

ababina328 said...

Datuk,

Berdasarkan maklumat tersebut, kerajaan sepatutnya menjalankan penyiasatan, keluarkan "kertas putih". tetapi masaalahnya dinegara baru membangun seperti Malaysia, amat jarang tindakan sebegitu diambil
jika pelakunya adalah pemimpin utama negara,......disinilah kita memerlukan sistem dua parti, yang apabila kesalahan dilakukan dan tiada tindakan diambil, rakyat boleh memilih parti yg satu lagi dan segala kesalahan yg terdahulu boleh di bongkar secara habis-habisan. melalui kaedah tersebut negara dapat dihindari dari perilaku makhluk perosak.

Islam Hebat said...

saya x nak bezakan Najib ngan sesiapa, jelas menunjukkan keperibadian Najib bukan lah yg terbaik untuk menjadi pemimpin Islam yg bertakwa berbanding Pak Lah.. Ilmu agama dia lebih tinggi walaupun amalan dia entah kemana..

Islam Hebat said...

Rosmah jelas bukan contoh wanita Islam yg baik, peluk jantan hindustan, Lee chong wei, tak menutup aurat, sombanong dan ego..
Keperibadian muslimah kena ada padanya baru golongan yg cintakan Islam yakin najib boleh mengajak ke arah Ummah yg bertakwa

Reds said...

Marilah sama-sama memberikan pencalonan kpd Tengku Razaleigh Hamzah... Marilah menghidupkan demokrasi...

Tokmad Gasak said...

NAJIB sebenarnya memerlukan 'keajaiban' untuk membersihkan imej yang sudah tercalar teruk.
Disamping dakwaan penyalahgunaan kuasa dan Altantuya, Najib juga dikaitkan dengan masaalah yang lebih besar iaitu ROSMAH yang dicintainya.
Kegagalan Najib untuk mengikat Rosmah sesungguhnya akan menjahanamkan dan merosakan Najib. Kita harap fakta itu tidak benar demi Najib.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Offer Of Agency
(wall street ball park figures)

Alhamdulillah wa subhanallah.
I think you have got a thesis material here. You can call it: Malays and Modern Politics in Post Sub-Prime Fiasco/Ben-Hank Rescue

or "RANJAU DAN DURI KE MERCU KUASA"

persoalan yang harus cuba dijawab adalah Siapa Selepas Tun Dr. Mahathir?

Biarlah menyeluruh dan mendalam bahas anda.

Kalau bagus dan berjaya dialihbahasakan dengan baik, saya akan cadangkan kepada seorang penerbit di America Syarikat. (I will take your challenge on this publishing matter as I am willing to take on Tun's challenge - MV Agusta for example. Still, Sovereign Wealth Fund is a bigger challenge of management
Dr Mahathir style, don't you think, Sdr Ruhanie? That's if he allows me, my chance. Tengku Mahaleel got his chance, didn't he?)

Jangan lupa isu-isu ASB dan ISA.

Terima Kasih dan
Salaamun-salaam

Toncet Biru said...

Salam Datuk

Saya nak ucap tahniah. UMNO sekali lagi menjadi dalang merebahkan satu lagi kampung warisan. Seperti biasa media dan kunci-kuncunya mudah melabel pejuang-pejuang Melayu ini sebagai setinggan padahal apalah susahnya untuk diberi hak milik tanah kepada mereka. Jawabnya kerana tamak haloba sudah menjadi darah daging mereka yang menjulang diri sebagai pemimpin.Yang diperjuang golongan pemodal dan yang ditindas rakyat marhaen. UMNO tipu Melayu.

antidrM said...

Saudara,

Senang sahaja untuk Najib nak bersihkan nama dia.

1) Mengaku salah
2) Berubah sikap
3) Hormat pada rakyat
4) CERAIKAN ROSMAH
5) JANGAN IKUT STAIL DR M MEMERINTAH NEGARA.

independentman said...

Bismillah,

Datok tak perlulah kita risau akan perjalanan hidup ds najib. Qada dan qadar, hukum karma yakni pembalasan perbuatan akan inshaAllah berlalu.

Pada firasat den kemungkinan besar ds najib tidak akan lama memegang tampuk pemerintahan (sebagai pm), inshaAllah.

Cuma persoalannya ialah bolehkah mahyuddin menjadi pm?

aoazmi said...

Assalamualaikum Datuk Ron,

Macam kita tahu, kalau nak jadi Pemimpin Nomber Wahid mestilah bersih sebersihnya bukan kelihatan bersih diluar saja.

Sebenarnya yang boleh menyelamatkan UMNO dan BN sekarang cuma KU LI saja. Lain orang saya tak nampak.Selain dari mempunyai rekod yang agak baik, dia juga mempunyai krisma yang tinggi. Beri peluang kepadanya sekali ini untuk memacu UMNO ke jalan yang lurus dan lebih telus.

Soalnya, siapa yang sanggup mencalon KU LI selain dari Gua Musang?

JANGAN NASI MENJADI BUBUR SUDAHLAH.

Salam...

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

DATUK.. MAKLUMAT BOCOR DI MINDEF BAHAYA... SEBAB KALAU LAGU TU BANYAK LAGI RAHSIA DEFENCE KITA TAK SELAMAT. OLEH ITU PEGAWAI DI SANA PERLU BETUL2 DI TAPIS.

LAGI SATU SUPAYA MAKLUMAT TAK BOCOR ELOK MAKLUMAT TENTANG PEMBELIAN NI DIUMUMKAN SIAPA DAPAT DAN BAGAIMANA IA DITENDER DLL... BILA PUBLIK TAHU,, MAKA TAK SULIT ATAU RAHSIA LAGI PEMBEKAL DAN TENDER NYA....

BAGAIMANAPUN DATUK... MULUT TEMPAYAN BOLEH TUTUP, MULUT ORANG... BOLEH DISUMBAT KE?

kedahan said...

Salam Dato'

Saya tidak kisah jika Dato Seri Najib tak jadi PM. Bagi saya Muhyiddin lebih baik lagi.

Strategi PKR akan makan diri sendiri . Jika Tun masuk balik, PKR akan temui buku dan ruas. Kenapa? Kerana Tun lebih cerdik, malah lebih cerdik dari semua kepala pembangkang combined together. (maaf, tak temui perkataan yang sesuai untuk bahasa Malaysia)

tombak karat said...

Datuk,

Isu yang penting difikirkan ialah bukan siapa yang bocorkan rahsia tetapi setakat mana kebenaran cerita yang dah mula tersebar. DS Najib perlu mengambil tindakan untuk menepis tohmahan terbaru ini dengan hujah dan bukti yang konkrit atau DS Najib akan terus dipandang secara sinis dan penuh curiga oleh rakyat Malaysia. Malang sekali hingga hari ini banyak tohmahan keatas DS Najib sebelum ini gagal diberi jawapan yang memuaskan.

kudakepang said...

Sahabat-sahabat budiman, terima kasih atas seluruh respons kepada posting ini.

Posting terbaru saya adalah jawapan umum kepada seluruh komen anda semua.

Mudah-mudahan anda semua memahaminya dengan jiwa terbuka.

Salam takzim - Ruhanie Ahmad

kimran2golf said...

wah! harga sebijik helicopter sebanyak RM193juta….betui ka nie? Agak-agak berapa sekarang harga boeing 737-900 series sebijik? takkan harga helicopter yang bole carry maksimum 12orang boleh sama harga dengan jet boeing? Ini kena siasat nie? Macamana bole terjadi? Cuma saudara sekalian bayang sebanyak RM193juta bole buat? ini baru sebijik? bayangkan kalau 12bijik?

Wah! kaya,kaya,kaya…….tapi siapa?????