Thursday, October 30, 2008

POLITIK WANG BOLEH DIBANTERAS SECARA BERANSUR-ANSUR

Politik wang berlaku dalam UMNO kerana ada pemberi dan penerimanya. Si pemberi adalah daripada kalangan sesetengah calon. Penerimanya pula adalah dari kalangan sesetengah perwakian. Bagaimanapun, latarbelakang kepada berlakunya amalan negatif ini adalah berbeza-beza.

Sesetengah calon dikatakan memberikan sogokan secara sukarela kerana beliau khuatir dirinya tidak menerima undi yang akan menjamin kemenangannya. Dalam keadaan seperti ini, poitik wang didorong oleh keghairahan seseorang calon untuk memenangi kerusi yang ditandinginya.

Ada juga seseorang calon yang dapat pencalonan yang selesa tetapi diugut oleh sesetengah perwakilan yang oportunis. Dalam situasi ini, politik wang berlaku atas desakan sesetengah perewakilan.

Saya pernah jadi perwakilan UMNO ke Perhimpunan Agung UMNO Malaysia dari tahun 1974 hingga 2003 – selama 29 tahun. Sepanjang tempoh itu tidak pernah sekali saya ditemui oleh mana-mana calon untuk mendorong saya menyokongnya.

Ini kerana pihak yang bertanding mengetahui ketegasan saya menolak amalan politik wang. Saya memilih jemaah pemimpin tertinggi UMNO berdasarkan keyakinan saya terhadap kemampuan, kredibiliti dan keikhlasan masing-masing.

Oleh itu, saya percaya, politik wang boleh diminimakan kalau seluruh perwakilan bertegas untuk membanteras amalan berkenaan.

Amalan ini juga boleh dikurangkan dari semasa ke semasa jika seseorang calon yang bertanding tidak terlalu ghairah memenangi sesuatu jawatan atas motivasi memperkayakan dirinya atau untuk meningkatkan darjat mereka menerusi politik.

Bagaimanapun, banyak lagi faktor di sebalik amalan politik wang ini. Keseluruhannya perlu diartikulasikan secara komprehensif oleh pakar-pakar tertentu. Pokoknya, adakah kepimpinan tertinggi UMNO sendiri mempunai komitmen serta iltizam politik – political will – yang ikhlas, jujur, tegas dan jelas?

Kali ini saya menawarkan diri untuk bertanding satu daripada 25 kerusi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Saya anti-politik wang. Dengan itu, ada sahabat-sahabat meramalkan bahawa sukar untuk saya memperolehi passport untuk bertanding – iaitu pencalonan minima daripada 10 bahagian.

Saya serahkan hal ini kepada lebih 80 bahagian UMNO yang belum lagi mengadakan sidang perwakilan masing-masing. Setakat ini saya sudah memperolehi tiga pencalonan – daripada Parit Sulong, Permatang Pauh dan Kuala Kedah. Saya hanya memerlukan tujuh lagi pencalonan untuk bertanding. Kepada Allah saya berserah! – Ruhanie Ahmad

20 comments:

matdeboq said...

Salam Sejahtera Datuk,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan SYABAS kpd Datuk dan PERKASA. Kerana kenyataan akhbar yang di persiarkan.
Kenyataan akhbar dari NGO Melayu sebagini mestilah di teruskan dimasa akan datang.Respon yang pantas...jangan tunggu dah BASI...baru lah terkial2 nak jawab..!! Syabas PERKASA..!!

Ni soal main duit ...politik wang dlm UMNO ni...saya kira dah lama di perkatakan....mungkin dah berdaki dah kut...daki-daki ini harus lah di cuci..di sentai dgn keras demi untok membersihkan nya...tu pun kalau boleh..!!

Datuk pernah berada di situasi tesebut...semacam mana yang Datuk huraikan di dalam Posting Datuk ini..!
Apa yang saya dapat perhatikan sekian lama..!!Dan seperti ramai orang dok kata..ia semacam sudah menjadi budaya UMNO.

Nak salah kan calon2 pun..tak kena..!!! Sebab nya wakil2 persidangan pun..sama jugak.!! Dan ini isu ini lah yang pernah di suarakan oleh Datuk Seri Rais Yatim tempoh hari...seperti dalam nada yang frust...!!!

Mungkin ramai yang senada dengan Datuk sendiri dan DS Rais Yatim...tapi mereka nampak nya diam dan tidak mahu menyata kan pendirian mereka secara terbuka dengan tegas...tanpa risau kehilangan undi...!!

Kita memerlukan pemimpin Melayu yang berkualiti tinggi lagi professional..berjuang untuk Bangsa nya setulus ikhlas..ber amanah, telus dan berani demi Agama,Bangsa dan Negara.

Sekali lagi SYABAS kpd PERKASA..!! Laa ni mungkin depa dah tahu...ada NGO Melayu yang akan tibai balik...bila depa berkokok songsang..!!

Saya berharap dan berdoa semoga hasrat Datuk ke MT UMNO tercapai hendak nya..dan MT UMNO pun akan mendapat corak warna yang berlainan dari yang dok ada laa ni..!!

Larut Tin Teypin.Sekian Wassalam.

Admin said...

Salam datuk,

Semoga kesedaran wakil-wakil UMNO di PTWC kelak, tinggi mengatasi nilai wang yang bakal diterima atau dituntut kelak.

Walau pun sukar, kita perlu tekankan lagi isu politik wang ini supaya ianya lebih semarak dan berkesan.

abunawas said...

Jelas sekali tiada siapa pun hatta dari kalangan MT UMNO sendiri tidak dapat menafikan budaya politik wang dalam UMNO.

As you said 'Pokoknya, adakah kepimpinan tertinggi UMNO sendiri mempunai komitmen serta iltizam politik – political will – yang ikhlas, jujur, tegas dan jelas?'. You clearly sounded doubtfull.

On your view or wish that this corrupt practice/habit/culture can be eradicated slowly sends another sceptism to us out here. With the likes of Tun Mahathir UMNO could not do that, what chance you rate the existing leaders have? 23 years of Bersih Cekap dan Amanah plus Kepimpinan Melalui Tauladan equals todays leaders of UMNO. Perhaps the more realistic equation but frustrating to see is only the Kepimpinan Melalui Tauladan that can be seen on the where all the bad habits seem similar and consistent. They realy follow the example extremely well.

Perhaps it will be more convincing if you could kindly outline in brief how you think UMNO should handle this. For as long as this can not be handled, how do you expect this bad habit will not be there when these people are running the country.

We are not worried if the oppositions are corrupt because they can get nothing. But if the people in power are corrupt, it really matters! So we don't mind you wanting to be corrupts, but please be the opposition.

March 2008 sent a clear massage. Seemed that the peoples' perception is so bad that they do not mind trying the "angel that they dont know" or even the "devil that they don't know" and part with part with the angel they use to know but that has turned into a devil or even the devil that they can tolerate before that has been taking things for granted.

As off today, we can only see that ianya beransur-ansur menjadi semakin teruk. Sebenarnya it can immediately be cut off if UMNO yang ejaan jawinye dengan penuh behati-hati boleh berbunyi "AAMANU" iaitu orang-orang yang beriman betul-betul ingat dan takut pada Allah.

No ulama' will deny that this money politic is actually bribery. Sebagai AAMANU, nabi berpesan, yang memberi dan yang menerima, kedu-duanya ke neraka, Na-'uzubillah.

perjuanganku said...

saya mendoakan Datuk agar berjaya melepasi pencalunan minima untuk MT. Sayang sekali Bahagian Jasin tidak mencalunkan Datuk.

Cheguman said...

Dato',
Bila bercakap soal demokrasi, kuasa pengundi, suara rakyat... ramai lah yang cuba jadi juara di kedai kopi atau kantin (dan di kerusi pejabat). Namun bila soal politik wang, hanya calon yang dipersalahkan. Saya percaya jika para perwakilan tegas menolak politik wang, para calon pasti tidak akan berani mencuba.

...dan kekadang duit itu lah yg mereka gunakan untuk membeli susu anak!

wankamar said...

Salam Datuk,

Saya amat bersetuju bila dikatakan politik wang adalah budaya UMNO. Apabila ada kenyataan suatu masa dahulu bahawa politik wang adalah masaalah dalaman UMNO, tidak melibatkan siasatan pihak berkuasa seperti BPR ataupun PDRM, maka seolah olah politik wang/rasuah telah dihalalkan untuk UMNO. Sedangkan perasuah perasuah di syarikat swasta mahupun agensi kerajaan yang melibatkan wang yang tidak seberapa dan juga kesan yang tidak seberapa, diambil begitu serious tetapi dalam UMNO, yang melibatkan jutaan ringgit dan kesan kepada seluruh negara hanya dianggap masalah dalaman! Bayangkan, kita meletakan nasib dan masa depan kita di tangan perasuah..yang mungkin tidak akan segan segan untuk menjual negara.. Jika boleh kita jangan gunakan istilah politik wang lagi, kita gunakan saja istilah rasuah, kerana ianya sama saja dgn rasuah rasuah lain, malah implikasinya pasti lebih memudaratkan..

Musallam said...

Salam,

Sebenarnya saya tidak begitu yakin politik wang dalam UMNO boleh dibanteras, sama ada dengan cepat ataupun secara beransur-ansur.

Akan tetapi, perkembangan mutakhir di Indonesia, di suatu negara di mana rasuah sudah menjadi budaya, menunjukkan bahawa jika pucuk pimpinan negara bertekad dan mempunyai political will yang tinggi untuk membanteras rasuah, nampaknya "jerung besar" pun boleh terjaring, apalagi ikan kecil.

Jadi dalam UMNO saya kira, komitmen dan political will yang tinggi untuk mambanteras politik wang itu harus ada di kalangan pucuk pimpinan.

Jika pucuk pimpinan tidak menunjukkan ketegasan untuk membanteras politik wang, saya tidak nampak bagaimana politik wang itu boleh dibanteras.

Di samping itu, mengapa kita tidak bersungguh-sungguh untuk meminta BPR masuk campur untuk membasmi politik wang ini?

Inipun saya kira memerlukan komitmen dan ketegasan pucuk pimpinan juga.

adibeta said...

A'kum Datuk..Tahniah kerana pendirian Datuk.Saya dengan penuh hormat dan takzim, insyaalah Allah akan mengangkat Datuk kerana keikhlasan datuk.Namun saya merasa hairan kenapa bila sebut politik wang..UMNO ditunjukkan. Parti lain tak main ke?

Saya rasa tafsiran politik wang ialah pemberian barangan(WANG)kerana sesuatu tujuaan (mendapat undi).Rasuah namanya tu..

Bagaimakah pula dengan pemberian barang-barang seperti kain plaikat,hamper,kerusi roda dan lain-lain.

Jika barangan diberikan, terutamnya semasa pilihanraya, disertakan dengan ayat "ambil barang ni, tapi pangkah parti lawan".Fenomena ini berlaku atau tidak?Tentu tidak..

Lalu barangan diberikan dengan niat untuk mendapatkan undi,apa HUKUMNYA? dan hal seperti ini berlaluasa berlaku hattta di Kelantanpun.Adakah itu BUKAN politik Wang atau rasuah ?

Justeru itu sebagai manusia yang Allah kurniakan Akal,dilengkapkan dengan ilmu sepatutnya kita lebih rasional dalam membuat apa-apa penilaian.

Jangan takut untuk berkata benar walaupun puak kita yang terlibat kerana semuanya akan dihisab.

Fikir-fikirkanlah..

Tokmad Gasak said...

SELIHLASNYA saudara mempunyai kualiti untuk duduk dalam barisan MT dan seterusnya boleh membuat perubahan dalam UMNO.

MASALAHNYA, pemimpin di peringkat bahagian TIDAK BERKUALITI ataupun mata hati mereka telah ditutup oleh wang ringgit yang sekarang ini sedang turun dengan lebatnya di seluruh Malaysia.

SAYA TOK MAD GASAK dengan ini MERAYU kepada bahagian bahagian yang belum bersidang untuk melihat secara iklkas terhadap seorang insan yang bernama DATUK RUHANIE AHMAD secara lebih serius dan teliti terhadap track recod beliau dan kesungguhan MENENTANG POLITK WANG.

PILIHLAH dia diatas dasar sayangkan parti, ugama dan bangsa.

KEMPEN UNTUK DATO RUHANIE SEBAGAI AHLI MT !

kudakepang said...

Sahabat-sahabat sekalian,

Jutaan terima kasih atas kiriman pandangan dan kritikan. Saya cukup terharu dengan seluruhnya. Lebih-lebih lagi komen Tok Mad Gasak dan Adibeta.

Esok akan saya poskan cadangan saya bagaimana nak hapuskan politik wang. Tapi, kalau tulis semua habislah modal saya pulak ya?

Apa pun, salam perjuangan dan salam takzim dari saya. Ruhanie Ahmad

profit said...

Dear Ruhanie,
I do not see any response from the govt regarding PERKASA's press statement.
As I said earlier,what is the next course of action,PERKASA is going to take?
PERKASA need to take some action,if not as i said it will be same as any other NGO which sprouted like mushrooms when issues are hot.After a while it just fade away and die a natural death as a result of the members who has gained whatever motives they have in joining the group at the early stage.
Please proof that PERKASA is not set up upon disgruntled civil servat and politicians.

abunawas said...

I hope you are one of the guys that really mean what you say especially corruption.

Generally its hard to believe that whenever a politician talks or writes, he is very sincere and doesn't have his persornal agenda or interest. Except true politician like the Prophet Muhammad saw.

Now, here today, even what Tun Mahathir wrote and said so far, with his track record, are still widely believed to have personal agenda or interest. But if the personal agenda and interest totally coincide with the rakyat interest, that should justify.

UMNO need reform, islah, facelift complete with overhauling the system to enable it to be relevant, dynamic and energetic.

Generally (maaf dalam bahasa agak kasar...sebab kecewa)the public tengok politician UMNO ni macam tengok polis. (paham maksud kot!)

Macam-macam kecurigaan yang tak sedap boleh timbul bila lihat pemimpin UMNO....rasuah, betina, minum, kaki joli etc.....setiap politician tu ade aura tersendiri. Tapi bila tengok tok guru or yang track recodnya bagus...tidak ade pula aura negative tadi.

Dalam era yang agak lebih terbuka ini sebenarnya ada kebaikan. UMNO boleh jadi lebih sedar dan realistic akan kekuatan, kelemahan dan pengaruhnya.

Dalam PRU12 yang paling bersih so far pun masih boleh menang kira masih ade credit le. Dulu mungkin result bagus tapi artificial. But perhaps a lot would tend to agree that in 1999, had it been a clean and transparent PRU, the result would have been much different. Tu pun kepala gerabak dalam penjara. Now dengan the opposition supremo moving freely, UMNO can still pravail though seemed tainted, kira timely to relook within UMNO.

IF you are really serious, a lot of prayers out there are with you though they dont know you. We rakyat pray hard (as muslim) that we get good leaders regardless who. So whoever are good our prayers are with you. Whoever are bad, we seek refuge in Allah to save us from the effects of your evil.

We never seem to believe seriously that treading politic very carefully and closely to Islam will be the best assurance. Mind you, most of UMNO politician are voted in just because you are muslim....not so much that you are so good.

Perhaps, God Willing, a lot of us will live long enough to see orang dimakan sumpah. But suraly UMNO members believe that eventually all of us will witness the truth pada hari yang tiada sangsi kelak.

Unknown said...

Salam Datuk,
Saya setuju dengan pandangan Datuk. Memang benar isu politik wang ini bergantung kepada situasi tertentu. Kadang-kadang perwakilan yang gatal dok 'minta' daripada calon. Tak dinafikan memang masih ramai calon yang bertanding 'bersih' daripada politik wang. Dan salah seorang antaranya mungkin Datuk sendiri. Amalan politik wang boleh dikurangkan atau dihapuskan terus jika semua pihak memotivasikan diri masing-masing. Jika calon 'bersih' tapi perwakilan pula yang suka 'minta', pun tak selesai juga...

Permatang said...

a.kum dato
usaha Dato untuk membenteras politik wang memang dipuji dan berniat murni.Tetapi kalau setakat Dato sorang je yang beriya2 tapi yang lain menentang tak ada juga guna nya.Macam ni je la pandangan saya.Baik kita tinggal kan je terus UMNO ni bagi dia sedar sikit.Tak der lumpuh orang melayu ni kalau UMNO tak ada.Lagi hancuss ada le disebabkan UMNO.Bukan tak mengenang sejarah tapi UMNO dulu dgn sekarang lain.
Sekadar renungan

Tok Kemuning said...

Apabila kita memperkenalkan "red tape" kepada proses yang boleh berjalan lancar secara semulajadi maka dengan adanya red tape itulah akan timbul peluang untuk gejala rasuah.

Ini berlaku dalam sistem pengangkutan dengan berbagai jenis permit lori, mendapatkan lesen perniagaan, memohon permit untuk pekerja asing, tender secara runding terus, pemilihan UMNO yang mesti memenuhi kuota kelayakan pencalunan dan sebagainya.

Pemimpin kita boleh menjadi begitu inovatif dalam memperkenalkan sesuatu tetapi sebenarnya tidak berguna untuk kepentingan ahli/rakyat. Idea yang inovatif hanya untuk mempertahankan status quo. Kita memerlukan pemimpin yang lebih bijak dan bebas berfikir tanpa terikat dengan walaupun secebis kepentingan diri.

Langkah ASAS untuk membenteras dan secara beransur ansur menghapuskan politik wang dalam parti UMNO adalah dengan menghapuskan sistem kuota. Dengan tiadanya sistem kuota maka akar umbi yang bakal menentukan pucuk pimpinan. Percayalah 3 juta minda yang memilih pucuk pimpinan lebih berperanan dalam membentuk hala tuju kepimpinan parti UMNO berbanding dengan keputusan 2000 delegates yang berkepentingan.

Secara jujurnya kita masih berpendapat bahawa politik wang boleh dihapuskan dalam parti UMNO. Tetapi persoalannya mahukah para pemimpin parti menghapuskannya. Adalah mustahil dengan mengambil kira semua ahli majlis tertinggi yang ada dan pucuk pimpinan parti yang lain mereka masih gagal untuk menghapuskan politik wang. Sekiranya dalam hal yang berkaitan dengan polisi kerajaan yang lain mereka boleh memperkenalkan polisi yang lebih pintar dan berdaya maju. Tetapi kenapa apabila tiba kepada hal berkaitan dengan politik wang TIADA seorangpun dikalangan pemimpin UMNO berupaya menyelesaikannya.Mereka cuma TIDAK MAHU menghapuskannya.

Rakyat bukannya tidak tahu akan hal ini. TETAPI kita harus sedar sekiranya para pemimpin kita masih ingin membiarkan politik wang terus bertapak dalam parti UMNO lama kelamaan kita tidak akan lagi mendapat sokongan Rakyat yang rata ratanya lebih celik politik diera kedua wawasan 2020 ini.

Rakyat kebanyakkan sedar apa yang terjadi pada Pak Lah yang cuba membawa perubahan kepada parti UMNO. Pak Lah secara terbuka dihina dan diperlekehkan oleh pemimpin parti sendiri sehinggakan dibuang secara beransur ansur secara terbuka daripada pucuk kepimpinan parti.

Adalah mustahil "to make believe" bahawa Pak Lah adalah punca segala gala. Pak Lah adalah pemimpin Rakyat yang telah dihina dari melaksanakan tugasnya sebagaimana dipersetujui oleh majoriti Rakyat.

Jangan kita semua ingat dengan bersaranya Pak Lah Mac 2009 nanti SEMUA masalah parti boleh selesai dengan segala galanya berbalik kepada normal.Mustahil. Kita mesti berubah sebelum kita terhapus dan manakala kita masih ada peluang. Peranan Rakyat kebanyakkan dalam menentukan masa depan parti UMNO di PRU13 nanti juga tidak boleh diabaikan sama sekali.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Salah satu cara untuk membanteras gejala ini dengan sangat berkesan ialah mengupah Abdul Razak Baginda kepala Bandan Tindakan Anti-Politik Wang UMNO dan BN!

Wah! Agaknya siapa yang menari joget Pahang?

mad said...

memang politik wang (rasuah) dalam umno tak mungkin akan dapat diperbaiki lagi. kudisnya sudah bernanah. yg sedihnya pemimpin2 yg rasuah ini jugalah yg mentadbir negara. tak hairanlah hampir semua jabatan kerajaan sudah dilanda gejala rasuah yg sukar dibenteras. ini termasuk juga jabatan kehakiman yg mendapat persepsi negatif kebelakangan ini.

indeks cpi (corruption perceptions index) dari website transparency international meletakkan malaysia di tangga ke 43 bagi tahun 2007, dan sejak beberapa tahun sebelum itu berada pada kedudukan yg agak sama. singapura pula adalah negara asia terbaik yg meduduki tangga ke 4 indeks cpi.

tarings said...

Salams Kang.

Senang saja cara untuk menghapuskan rasuah.

Hapuskan peluang untuk pemegang2 kerusi itu jalan untuk mengayakan diri dan kroni sendiri. Selagi politikus yg berpangkat mempunyai kuasa untuk meluluskan itu dan meluluskan ini, ia akan jadi rebutan.

Jikalau upah atau hadiah untuk org2 yg berjaya mendapat tempat/pangkat baik di dalam parti mahupun kerajaan hanyalah doa2 rakyat yg berterima kasih, masih mahu berebut2kah kaldai2 ini akan jawatan2 tersebut?

Duit dan harta. Ini sahajalah punca Melayu dan Islam akan berkubur di tanah yang dikatakan tanahair sendiri ini, walaupun sebahagian besarnya dimiliki oleh orang2 Cina dan Singapura.

berasiam said...

Salam Datuk Ron

Cara pemilihan dalam UMNO membukakan peluang seluas-luasnya kepada amalan politik wang. Sistem perwakilan pelbagai peringkat pelbagai peringkat tidak memberikan kuasa sebenar kepada akar umbi untuk menentukan barisan kepimpinan. Peringkat yang di bawah hanya boleh mencalonkan untuk peringkat seterusnya. Kejayaan seseorang calon bergantung kepada perwakilan yang bersidang untuk mengundinya.
Akar umbi hanya berkuasa menentukan pemegang jawatan di cawangan semata-mata. Kemudian akar umbi diberikan peluang membuat pencalonan untuk jawatan peringkat bahagian. Pada masa yang sama, beberap orang wakil dipilih mewakili cawangan ke persidangan perwakilan bahagian. Seorang wakil daripada setiap 50 orang ahli inilah yang menentukan kepimpinan di peringkat bahagiannya.
Persidangan perwakilan bahagian pula diberikan peluang untuk membuat pencalonan peringkat tertinggi, di samping memilih seramai tujuh wakil (G7) selain pemegang jawatan tertentu di bahagian yang secara automatik menjadi wakil ke Persidangan Agung Tahunan. Sampai ke peringkat tertinggi, hanya kurang 2500 orang perwakilan yang sebenarnya mempunyai kuasa menentukan barisan kepemimpinan tertinggi parti.
Rasuah bermula di peringkat cawangan, semakin besar untuk mendapatkan pencalonan daripada cawangan, dan menjadi lebih besar untuk mendapatkan undi perwakilan ke persidangan bahagian. Begitu juga di bahagian, rasuah berlaku apabila mereka yang menawarkan diri menjadi calon di peringkat tertinggi melobi mendapatkan pencalonan bahagian. Nak jadi G7 pun kena lobi dan mungkin melibatkan rasuah. Corak yang serupa berulang di peringkat tertinggi dengan imbuhan yang semakin meningkat.
Oleh yang demikian, salah satu aspek utama yang perlu diberi perhatian ialah rombakan secara besar-besaran terhadap sistem pemilihan yang sedia ada. Akar umbi perlu diberikan kuasa yang lebih luas dalam menentukan kepemimpinan tertinggi parti sejajar dengan asas amalan demokrasi serta sesuai dengan perkembangan teknologi masakini. Walaupun rasuah tidak dapat dihapuskan sepenuhnya, cara sedemikian kelihatan dapat meminimumkan kejadian rasuah.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Minta tok imam buat do'a selamat
kira okaylah. kalau 44 jumaat berapa ongkos?

politik wang ke upah kerja?
hei, mananya Ruhanie Consult itu?