Wednesday, October 08, 2008

PERJUMPAAN PENTING DI SRI PERDANA MUKTAMADKAN KEPUTUSAN ABDULAH PERTAHANKAN KERUSI PRESIDEN UMNO?

Ruhanie Ahmad

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan satu perjumpaan penting selama tiga jam - mulai 11.00 malam 7 Oktober 2008 hingga 2.00 pagi 8 Oktober 2008 - di Sri Perdana, Putrajaya, untuk memuktamadkan keputusan sama ada beliau akan bersara atau terus mempertahankan jawatannya selaku Presiden UMNO dalam pemilihan parti Mac 2009.

Keputusannya: Abdullah akan terus mempertahankan jawatan Presiden UMNO.

Bagaimanapun, adalah tidak diketahui sama ada perjumpaan di atas juga mencadangkan supaya persidangan perwakilan bahagian-bahagian UMNO di seluruh negara yang dijadualkan bermula hujung minggu ini akan ditunda ke tahun Februari 2009.

Perjumpaan berkenaan dihadiri kira-kira 200 orang, termasuk beberapa wakil khas Datuk Seri Ali Rustam yang tiga hari lalu menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Abdullah dijangka mengumumkan keputusannya untuk mempertahankan jawatann Presiden UMNO ini selepas beliau bermesyuarat dengan para pemimpin tertinggi komponen Barisan Nasional (BN) di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur, 3.00 petang ini.

Demikianlah maklumat paling mutakhir mengenai Abdullah yang saya terima awal pagi ini. Mudah-mudahan maklumat ini akan menjadi realiti selaras dengan semangat, prinsip dan amalan demokrasi di dalam UMNO.

32 comments:

A Hamid's East of the West said...

Datuk,
Nasib orang Melayu sekarang berada di persimpangan. Kita semua banyak berhujah serta berretorik sehingga kita terlupa bahawa amanah membela bangsa bukanlah perkara yang kecil. Kita mengeluarkan hujah2 seolah2 perkara nasib bangsa adalah suatu mainan atau perkara yang kecil dengan sikap, " aah!, tak apa, nanti settlelah tu". Kita sekarang berada dalam zaman orang2 'bijak pandai' dan ini bukan perkara main2 atau 'cobaan'.
Dollah sebagai pemimpin sekiranya dia tidak sedar atau tidak tahu apa aspirasi akar umbi yang sudah meluat dengannya, menantu dan keluarganya, jika dia masih lagi nak 'bermain main politik' maka dia tidak layak menjadi pemimpin.

Anonymous said...

Selamat Hari Raya buat Datuk Ron sekeluarga... Maaf Zahir Batin...
Seperti biasa kita perlu mendengar dulu daripada secara jelas daripada Bapa Mertua Khairy Jamaluddin berkenaan pendirian beliau untuk mempertahankan jawatan presiden. Kenyataan sebelum pengumuman rasmi boleh jadi benar dan tidak benar. Jika benar pun tiada apa yang boleh kita lakukan..Itulah UMNO and CO..

Perbuatan menangguhkan PAU itu sendiri telah membuktikan yang Bapa Mertua Khairy Jamaludin ini sudah takut dan pihak MT yang bijak berpolitik ni pun boleh terpedaya, kononnya ia adalah keputusan terbaik untuk parti.. Sebenarnya ia sungguh baik untuk ahli sendiri untuk tidak mempercayai UMNO...

Sedar atau tidak atau percaya atau tidak apa jua keputusan dan tindakkan Bapa Mertua Khairy Jamaluddin sudah tidak lagi menarik perhatian rakyat Malaysia...dan kebanyakkan tindakkan Bapa Mertua Khairy Jamaluddin sekarang ini dah seperti Pak Lawak...

"Biarkan luncai dan labu-labunya"

wira said...

Datuk Ron kita perlu berdiri dengan iman yang teguh. Dan saya telah jangka ini adalah keputusannya. Terlalu ramai dan banyak 'vested interest' untuk dilepaskan begitu sahaja.

Kita harus balik kepangkal jalan dengan menegakkan amalan demokrasi dengan bertanding disemua peringkat dengan telus tanpa ada 'favour and prejudice'. Walau pun mantan PM kita cadangkan jangan ada tim-tim, namun hakikatnya perlu ada tetapi jangan sampai satu keluarga dijadikan satu tim. Ini adalah petanda petanda kejatuhan Umno.

eagleeyes said...

It is not nice for us to let Abdullah goes into the history book and being remembered in disgrace as “Bapa Kemaluan”. Pak Lah should fight to defend his premiership and go down in dignity.

Because the moment your cease from becoming the president, those UMNO ‘toilet paper’ boys will be to occupy to wipe your successor’s ass. It will be left to us, the people who you take for granted to take care of you. I hope if you actually learned something from your premiership, it is the fate of your predecessor is the lesson.

So, I make a sumpah to myself, if tomorrow or come Wednesday, Abdullah Ahmad Badawi decided to stand fighting for another term as the President of UMNO, I shall stop kicking him.

When you hurt the people of your own kind, I am the first to crucify you, but when you are hurt and fighting for your dignity as a man, I shall be the first to support you!

You have my word Dollah. And this is Kickdefella not the UMNO ‘toilet paper’ boys making the sumpah. Trust me Dollah. Please trust me… so Please trust me. If you don’t trust me then just declare that you going to stand for the election so you can see how truthful am I. He he he…

from Kickdefella blog...


I totally agree with this guy. Pak Lah should defend his seat and correct all the wrong doings in UMNO/BN. Then he can go down in dignity.

BlueMoon said...

Selaras dengan prinsip demokrasi maka sesiapa pun boleh bertanding asalkan beliau layak termasuklah PM sendiri. Jadi keputusan PM untuk mempertahankan jawatan presiden parti tidak mengejutkan. Persoalannya ialah kemanakah UMNO selepas ini?

Quantum Metal Consultant said...

Dato' agak terlewat dalam mendapat maklumat tersebut http://kluangmanexpress.blogspot.com

Lihat sahaja Berita Harian dan NST, di muka hadapan, Dolah masih gagah untuk memaklumkan kepada rakyat bahawa dia akan meneruskan projek koridor yang selalu di 'sinis'kan kepadanya. Tidak mungkin projek yang begitu 'bermakna' dengan billllliiooonnnnnn ringgit kosnya akan dibiarkan begitu sahaja. Bagaimanapun Dolah mesti ingat, jika Melayu tidak mendapat manafaat darinya, ia akan tetap terkubur seperti hadhari juga.

Semalam ketika menziarahi kawan karib lama di Simpang Rengam, orang kuat UMNO, beliau menceritakan bagaimana beberapa orang ustaz dan imam yang di arah berceramah tentang Islam Hadhari mengalamai berbagai masalah sistem penafasan (dada,suara,tekak,lidah, hidung dan keseluruhan muka) dan pelbagai cara telah dirawati tetap[i tidak berkesan. Anehnya apabila mereka berhenti daripada berceramah tentang Hadhari, kesihatan mereka beransur pulih dan seperti sediakala.

Mungkin cerita ini karut atau satu kebetulan atau mungkinkah sesuatu yang tiada keredhaan.

azlishukri said...

sudah dijangka. saya juga rasa yang sama.

band0tue said...

Selamat Hari Raya Datuk,

Sama-samalah kita tunggu 'KESAN' dari pengumuman Presiden. Apa yang yang Pak Lah umumkan, rasanya sudah tidak penting..tetapi kesannya yang paling 'menakutkan' kita.

Sejak dari Pak Lah tidak lagi diyakini oleh rakyat, apa saja yang Pak Lah cakap orang tak ambil kisah. Tapi 'akibat' dari cakap dan pendirian berubah-rubah Pak Lah amat memberi kesan pada rakyat.

Nampak!

http://nawawidahalan.blogspot.com/

ngahmi said...

Dato....
kalau benar dia akan mempertahankan jawatan. Biasalah pada mereka yang berkuasa, tidak akan melepaskan dengan mudah. Beliau sedar bahawa risiko adalah terlalu besar, malu besar jika tidak cukup pencalunan. bagaimanapun, ianya tidak mungkin terjadi, ini adalah kerana beliau dan para pembesarnya(pinjam dari kamus AKJ)akan memastikan episod ini tidak akan berlaku. Maka akan wujudlah bermacam macam tawaran kepada perwakilan, akan wujudlah lagi ramai penasihat bertaraf menteri menjaga koridor2nya atau mungkin mengwujudkan penjaga kebun2getah, kebun kelapa sawit dll.

Kalau tak jadi berundur, maka DS tidak akan melawan bosnya dan kekal di kerusi asal. Berkemungkinan DS Muhyideen akan menawarkan diri untuk bertanding jawatan presiden, atau macam mana Dato.

Unknown said...

Dato,

Harap janganlah Persidangan Bahagian ditunda ke Februari 2009. Sampai bila hak akar umbi akan berterusan diketepikan demi membiarkan mereka memegang kuasa melampaui mandat?

Kalau ini berlaku sarankan Bahagian meneruskan persidangan seperti yang dijadualkan sebagai persidangan tergempar. Buatlah mana-mana usul yang berpatutan demi masa depan Agama Bangsa dan Negara.

Ingatlah wahai pemimpin kami ... perwakilan boleh diatur tetapi undi akar umbi tidak. Sudah lupakah PRU12?

UMNO PJS14

Anonymous said...

datuk, Pak lah akan pertahan jawatan.

http://writtenbyhim.wordpress.com/

My Voice said...

Salam,

Seperti yang saya jangkakan, Pak Lah akan mempertahankan jawatan beliau. Nampaknya beliau menidakkan suara2 majoriti yang mahukan beliau berundur segera.

Dalam suasana krisis 3F yang melanda dunia, saya tidak yakin bagaimana beliau mampu menangkis badai yang pasti akan melanda negara kita.

Negara2 lain sedang sibuk menangani krisis kewangan yang semakin parah tetapi Pak Lah mengambil langkah menambah suasana kelam kabut politik Malaysia. Dalam hal ini, kepentingan diri lebih diutamakan bukannya kepentingan rakyat kebanyakkan yang dari dulu lagi menyokong BN dan UMNO.

Keputusan yang akan beliau buat sebentar nanti pasti akan menjadi titik tolak perubahan kebanyakkan rakyat Malaysia yang semakin sedar tentang keborokan politik UMNO.

Saya harap beliau akan membuat keputusan yang bijak sebelum beliau dimalukan oleh kelompok beliau sendiri yang terang-terang menolak kepimpinan beliau. Nampaknya ada tangan-tangan belakang yang mengemudi perjalanan politik beliau.......

hasipin66 said...

Salam Datuk,

Saya amat suka melayari blog Datuk,kerana punya maklumat-maklumat dominan dan boleh merangsang minda setiap pembaca.

Soal pendirian Pak Lah berkemungkinan besar akan terus mempertahankan jawatan Presiden Parti UMNO pada pemilihan March 2009,bukanlah kejutan.Kerana umumnya rakyat telah tahu silat Melayu ala Pak Lah dalam karier politiknya.

Saya masih ingat dalam tulisan Datuk pada beberapa minggu lalu tentang juga kemungkinan Pak Lah akan meminta Majlis Tertinggi UMNO agar menghapuskan sistem qouta,jika Pak Lah merasakan gagal mendapatkan cukup pencalonan sebanyak 58 Bahagian.

Apapun kita tunggu dan lihat apa reaksi seluruh pemimpin BN terutamanya pemimpin-pemimpin UMNO dan termasuklah ahli-ahli UMNO di seluruh Malaysia.

Fazrulls said...

Salam Tuan,

Dah umum ka belum ni? hmm tak sabaq nak tau keputusannya..

Hmmm

MD said...

Dear Dato'

Saya sokong Pak Lah bertanding. Kalu Pak Lah tidak bertanding, kita tak tau sampai bila-bila siapa yang ahli? (Perwakilan) umno mahu sebagai pemimpin mereka.

Kita salahkan kepada Pak Lah kerana kekalahan teruk UMNO dalam PRU12. Tapi jangan lupa pengarah pilihan raya UMNO adalah Najib. NP dan MT umno tak beri feed-back kepada presiden ke, akan huru-hara dalam UMNO sebelum menetapkan tarikh PRU12?

Walau bagaimanapun cuba elakkan politik wang dan tekanan dalam pemilihan kali ni - Tapi saya tak percaya ia boleh dielakkan. Kemenangan pimpinan umno akan membawa pulangan yang besar.

Saya sokong Ku Li - dia kata semua orang umno boleh memilih pemimpin secara terus kalau dia menang presiden umno kali ni. UMNO kena laksanakan cadangan Ku Li ini - harapkan Pak Lah sempat buat ini. Kerana dengan undi perwakilan dan ketua bahagian sahaja dalam PU13 ni (tanpa sokongan kuat daripada ahli biasa UMNO), umno tidak akan berjaya memerintah Malaysia. Lihatlah apa berlaku dalam by-election baru ni bila 10,000 ahli UMNO mengundi DSAI.

Fazrulls said...

Salam Tuan,

Ya esok masih ada....

Kita tunggu dan lihat..

manggis said...

JIKA BERITA INI BENAR MAKA PAK LAH lUlUS DENGAN CEMERLANGNYA Phd YANG DIAMBILNYA NYA DALAM JURUSAN MENIPU RAKYAT.

JANGAN LUPA KUASA RAKYAT ?

Unknown said...

Salam...
Alhamdulillah jika Pak Lah akan bertanding untuk pertahankan jawatan Presiden UMNO. Memang itu yang saya harapkan. Ini akan dapat memberi peluang kepada Pak Lah untuk meneruskan kerja-kerja beliaua sehingga Jun 2010 nanti..

Mika Angel-0 said...

BM-Karangan 101
(oleh ahli umno buta perut)

"najib, najib...peduli apa Aku sama najib!" jerit tekong bot pukat hantu, menjerit gagah kerana ingin suaranya timbul kedengaran dari riuh garang jeritan enjin botnya.

Nama tekong bot pukat hantu haram itu Lord Admiral Abdullah...but-but-but-but-but-oh! kedengaran mesra lagu irama enjin yang kekadang tembak belakang.

Anak-anak kapal yang lain terhoyong hayang mabuk gembira.

Raison D'etre said...

Datuk,

Tidakkah ini bermakna negara akan terus berkecamuk dengan excessive politicking sehingga bulan Mac tahun depan?

Bagaimana dengan keadaan ekonomi dunia yang bertambah nazak setiap hari?

Bolehkah negara terus bergelumang dengan ketidak tentuan sepanjang enam bulan yang akan datang jika Abdullah ingin terus berjuang?

Sepatutnya Persidangan Umno diadakan sooner dan bukannya later.

Entahlah.

Wasalam.

Badr said...

Datuk Ron,

Saya juga mempunyai agakan yang sama - beliau akan umumkan pertahan jawatan sehingga 2010. Agakan saya berpandukan kepada "kemeriahan" orang2 UMNO menawarkan diri bagi jawatan timb. presiden. Pada mulanya saya fikir "kemeriahan" itu adalah mainan kem Najib untuk memberi tekanan "tahap dewa" kepada Dollah; tetapi sejak akhir2 ini, saya rasakan perkara itu besar kemungkinan adalah agenda dan skrip pihak Dollah untuk memerangkap Najib. Manakan tidak, Najib setiap saat menyatakan kesetiaannya dan belum pernah mengumumkan akan bertanding jawatan presiden, Dollah juga belum umumkan tidak akan pertahankan jawatan presiden; tetapi sudah ramai yang umumkan hasrat bertanding jawatan timb. presiden!! Kalau besok Dollah kata dia akan pertahankan jawatan presiden hingga 2010, adakah Najib akan umumkan beliau bersedia bertanding melawan Dollah? Berdasarkan kenyataan2nya sebelum ini, mungkin tidak! Kalau Najib tidak bertanding jawatan presiden, beliau akan berdepan dengan sekurang-kurangnya 4 orang bagi mempertahankan jawatan timb. presiden! Itu bukan satu kerja yang mudah...

Azizahns said...

paklah suka berteka-teki...
TAK BAGUS UNTUK SEORANG KETUA PEMIMPIN.

Unknown said...

apa salahnya Pak Lah bertanding pun.dia ada hak untuk mempertahankan kerusinya.

orang sebenarnya lebih marahkan UMNO dan kerajaan tapi Pak Lah yang dijadikan sasaran sebab dia adalah ketua dalam kerajaan jadi memang tipikal lah jika dia diserang bertali arus.

sudah ada berita tak rasmi yang dia akan mempertahankan jawatan dia.tunggu dari mulut PM sendiri untuk mengesahkan berita tersebut.

WAK SAPU said...

TEAM A DAN TEAM B AKAN MUNCUL BALIK DATUK. AKHIRNYA...ENTAH...APA NAK JADI DENGAN MELAYU. BERPECAH...TERUS BERPECAH...TERUS BERPECAH....

Akar umbi UMNO Damansara Utama said...

Salam Datuk,

Ya, mungkin ada yang mengatakan ini adalah tindakan berani dari Pak Lah, dan ianya sesuatu yang harus dihormati (jika beliau tetap ingin bertanding).

Kami tidak menolak hakikat itu, tetapi pada yang sama tidak bersetuju negara dipermainkan oleh keputusan tidak menentu kepimpinan.

Jika mahu bertanding, katakan dari awal. Jika tidak mahu bertanding, teruskan saja Mesyuarat Agung di hujung tahun, tidak perlu ditunda-tunda.

Berani macam-macam caranya. Berani berhenti dan melepaskan kuasa juga dianggap sesuatu yang murni dan wajib dihormati kan?

UMNO Damansara Utama
www.suaradu.com

ChengHo said...

datuk,
apa pun keputusan UMNO menpunyai pilihan . momentum dari akar umbi sangat kuat untuk perubahan bukan sahaja untuk UMNO bahkan untuk masa depan negara .
gandingan berikut sangat mantap;
president: Najib
tim president:Muhyiddin
naib president: Rafidah, Rais Yatim,Ali Rastam , Hisham ,Shafie Afdal ,isa samad.

Juraimi Zainal said...

Dah umum ; PAK LAh TAK BERTANDING DA

merantikota said...

Dato Ron

Keputusannya: Abdullah akan terus mempertahankan jawatan Presiden UMNO.

Mutahir: Abdullah tidak pertahankan Jawatan Presiden UMNO.

So.... TSMY kenalah tanding Jawatan Presiden UMNO. Regunya....Dr Rais kot?

Selamat maju jaya...dan tegakkan jemaah!

Tok Kemuning said...

Orang Melayu dalam UMNO diperdaya lagi oleh pemimpin yang berkepentingan dengan memaksa Pak Lah supaya bersara awal.

Pak Lah sepatutnya membuktikan illusi pemimpin UMNO yang tetap menyalahkannya dalam serba serbi walhal Pak Lah bertungkus lumus membawa perubahan walaupun terus ditentang daripada dalaman.

Bersaranya Pak Lah bukan bermakna berakhirnya masalah dalaman UMNO. Malah masalah dalaman UMNO terus berlanjutan. Saki baki pemimpin UMNO yang ada telah mengalihkan masalah sebenar Parti UMNO kepada Pak Lah. Realitinya apabila Pak Lah sudah bersara March 2009 masalah yang Pak Lah cuba ubahkan tetap bersarang.

Amat ketara dimata Rakyat adalah pemimpin UMNO lebih menumpukan perhatian mengkayakan diri sendiri daripada berjuang untuk kepentingan Rakyat. Daripada mata kasar Rakyat mereka dapat melihat dengan jelas transformasi kaya diri pemimpin parti kita UMNO ini dengan secara langsung. Manakala keadaan Rakyat biasa semakin tersempit dari segi ekonomi.

Pemimpin UMNO telah hilang hala tuju. Apabila Pak Lah cuba membetulkan hala tuju ini Pak Lah ditentang habis habisan.Mereka sanggup mengulingkannya secara psikologinya dengan memaksanya bersara.

Adalah mendukacitakan melihat Pak Lah tunduk kepada illusi cebisan daripada pemimpin UMNO yang masih berjuang habis habisan untuk mengekalkan status quo dalam parti yang dengan sendirinya akan memusnahkan parti secara perlahan lahan.

Sebenarnya walau apapun yang disampaikan oleh Majlis Tertinggi Rakyat sebenarnya mahu melihat Pak Lah terus berjuang menunaikan agenda asalnya untuk kebaikan Rakyat.

Dengan mengambil keputusan tidak bertanding Pak Lah telah mengecewakan Rakyat untuk melihat Pak Lah lebih teguh dengan bentuk mandat baru untuk terus membasmi gejala tidak sihat dalam parti.

Sekarang harapan kepada Pak Lah telah dimusnahkan dan adakah Rakyat berpaling kepada Pakatan Rakyat sebagai pilihan masih menjadi tanda tanya.

Badr said...

AKHIRNYA.... setelah habis segala avenue dan "talian hayat" digunakan dan beliau masih tidak mampu bertahan lagi dengan asakan "keliling pinggang", Dollah pun membuat pengumuman untuk tidak mempertahankan jawatanya pada Mac 2009 nanti. MEMANG itupun yang didesak oleh MT UMNO pada mesyuarat khas lepas! Keputusan yang dipaksakan itu adalah alternatif terbaik yang ada pada beliau pada masa dan ketika ini.

Bagaimanapun, kita boleh lihat jelas semasa sidang medianya semalam, beliau amat tidak selesa untuk menyebut nama Najib sebagai pengganti.... Adakah itu satu hint @ petanda bahawa Najib bakal berdepan dengan "kem S46" dalam pemilihan bulan Mac nanti? Mungkin berbaloi kalau kita singkap kembali hubungan KuLi, Rais, Radzi, Dollah dan ramai lagi pada 1987. Memang betul keadaan sekarang jauh berbeza dan Dollah pun sudah "berpatah arang" dengan KuLi pada tahun 2004, tetapi bukankah politik itu semuanya serba mungkin....

Anonymous said...

datuk,

semua dah lega dah. alhamdulillah pak lah akan undur juga.

UMNO Rambai Sari said...

eff oi kena brainwash oleh politik Islam malaysia? Tuduh PAS ke?

rujuk post Jeff Ooi rude culture shock in Abu Dhabi

aku pun ada posting nak beri amaran pada jeff ooi, jangan seronok sangat minum arak dan makan khinzir. sampai terlepas cakap.

http://umnokelate.blogspot.com/2008/10/jeff-ooi-jatuhkan-maruah-islam-dan.html