Saturday, October 18, 2008

PERALIHAN KUASA: QADA’ DAN QADAR DI HADAPAN KITA ….

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyerahkan kuasa pengurusan negara dan kepimpinan tertinggi UMNO kepada Datuk Seri Najib Tun Razak mulai Mac 2009. Rakyat jelata menantikan saat peralihan ini dengan pelbagai pendapat yang berbeza. Ada pihak yang amat optimis. Ada juga pihak yang sangat-sangat skeptikal.

Pihak yang optimis mengatakan bahawa Abdullah tidak akan berubah hati di saat-saat akhir. Sebaliknya, beliau akan mengkotakan kata-katanya. Abdullah pasti akan mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri sesudah Perhimpunan Agung UMNO Mac 2009 mengesahkan kedudukan Najib sebagai Presiden UMNO.

Kelompok yang skeptikal amat bersyukur kepada Allah SWT jika apa yang diharap-harapkan oleh pihak optimis ini benar-benar menjadi realiti.

Tetapi, kelompok ini sentiasa menganalisa beberpa perkembangan mutakhir yang nampaknya seolah-olah difokuskan kepada Najib. Menurut mereka, perkembangan berkenaan, jika gagal ditangani secara bijaksana, boleh menjejaskan peluang Najib jadi Perdana Menteri.

Saya yakin Najib menyedari perkembangan ini. Tetapi, beliau tidak akan bertindak secara peribadi. Segala-galanya akan ditangani secara rasmi menerusi perspektif kerajaan.

Pada waktu yang sama, Najib akan berusaha mengisi ruang peralihan antara sekarang hingga Mac 2009, untuk menangani masalah kemelesetan ekonomi global yang impaknya turut dirasai di negara ini.

Inilah keutamaan Najib pada hari ini - untuk mengurangkan impak kemelesetan ekonomi global kepada rakyat jelata Malaysia seluruhnya. Ini bermakna Najib tidak akan meluangkan masanya untuk politicking. Sebaliknya, beliau akan memfokus kepada masalah nasional yang mendesak, luas dan besar.

Oleh itu, terserahlah kepada kita untuk menggunakan kebijaksanaan masing-masing bagi menilai keadaan dan suasana siasah tanahair di era peralihan ini. Atas nama kebebasan bersuara dan demokrasi, kita boleh izinkan diri kita terus dikongkong oleh prasangka dan persepsi kita sendiri terhadap sesuatu perkembangan siasah mutakhir. Tapi, kita juga boleh jernihkan minda kita sendiri jika kita mahu menginsafi the bigger picture di hadapan kita.

Bagaimanapun, Allah SWT adalah maha berkuasa untuk menentukan sama ada sesuatu yang kita cita-citakan jadi kenyataan. Inilah namanya qada’ dan qadar. Begitulah juga dengan Najib. Qada’ dan qadar akan akan menentukan destini Najib dalam siasah dan kepimpinan Malaysia selepas Abdullah. – Ruhanie Ahmad

6 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Peralihan kuasa yang tidak ikhlas -bakal PM (sipapun yang duduk di tempat Najib sekarang) akan dilontarkan dengan pelbagai isu realiti dan tohmahan bertujuan memudaratkan, mencemar dan memusnahkan peluang menjadi PM.

Bakal PM (siapapun yang duduk di tempat Najib sekarang) akan diberi tugas dan tanggungjawab yang Dolah sendiri sudah tidak terpikul bertujuan memperlihatkan ketidakupayaan bakal PM menerajui negara.

* Di Malaysia bolehkah Dato' senaraikan nama nama Menteri BN dan Pemimpin Pembangkang yang tidak terlibat dengan:
1)rasuah wang/projek/kroni
2)perempuan
3)perkauman
samada secara terbukti, logik, rumours atau secara moral.

Dalam lain perkataan jika ada yang mencemuh Najib, maka tunjukkanlah lain lain calon yang layak berdasarkan fakta di atas.

tombak karat said...

Datuk,

Mengambilkira situasi politik semasa,saya sendiri tidak pasti bagaimanakah DS Najib hendak menghadapi masa depan yang penuh ranjau ini. Sebagaimana komen saya sebelum ini, DS Najib jika ditakdirkan betul-betul menjadi Perdana Menteri ke 6 akan mencipta sejarah sebagai seorang perdana menteri yang memulakan tugas dengan penuh kontroversi serta diselubungi tohmahan dan kisah negatif samada dipihak dirinya mahupun ahli keluarganya. Selagi DS Naib gagal mempertahankan dirinya untuk menangkis serangan serangan berbentuk peribadi dengan mengemukakan bukti dan hujah yang konkrit, saya amat meragui kemampuannya untuk menumpukan perhatian keatas isu nasional dan global yang lebih mencabar. Saya amat mengharapkan dalam tempoh peralihan ini, selain menyediakan pelan pentadbiran negara terutamanya pelan ekonomi,DS Najib tidak membiarkan isu-isu peribadi ini mengalir dibawah jambatan dengan harapan rakyat akan sendiri melupakannya.

dizzy boy said...

Datuk Ron,
Kita hanya merancang,ALLAH s.w.t yg menentukan segalanya kepada umat muhamadNya,dlm parti politik semuanya boleh berubah dgn sekelip mata,hilang segalanya d dlm arena politik.Kita jgnlah terlalu tabsud dgn politik yg sedia ada ini,jgn terlalu yakin n terpengaruh disekeliling yg ada.Kuasa masih ada lagi d tgn Pak Lah,walaupun tampuk tertinggi UMNO itu berubah kedudukan.Kuasa Perdana Mentari terletak di dlm Perlembagaan Persekutuan.Hanya Yang Dipertuan Agung sahaja perkenan untuk mengubahnya atas nasihat Perdana Menteri.

Unknown said...

Kita nak cakap apa2 pun tak boleh sekarang ni. Bukan kita tahu sangat betul2 apa ceritanya, setakat dengar cakap orang lain, entah betul atau tak. Kita tunggu dan lihat sajalah.

cucupakkasim said...

dato' yang budiman..,
bila sentuh hal ekonomi negara..
indah khabar dari rupa,mana tak indah,selalu cakap kita di-landasan betul,negara kita tak akan dapat tempias,kita dapat bertahan,macam-macam lagi yang cantik...tapi 2 minggu dulu,pagi renew r/tax,2 jam dapat duit subsidi,3 hari kelmarin,pagi renew r/tax nak ambil duit subsidi,depa suruh mai minggu depan...

Unknown said...

Sabar dan tunggu saja, tak payah bising, jangan jadi macam Muhyiddin yang tak habis2 mendesak kerana dia dah tak sabar sangat nak naik pangkat.