Tuesday, October 07, 2008

MUHYIDDIN UMUM SELEPAS ABDULLAH DAN NAJIB BERBUAT DEMIKIAN

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan pendirian bertanding jawatan Timbalan Presiden selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan pendirian masing-masing.

"Kalau mungkin Pak Lah buat pengumuman sama ada hari ini atau esok, saya jangka Najib akan nyatakan pendirian untuk jawatan Presiden kemudiannya.

"Kalau ada ruang terbuka saya akan buat kenyataan yang tertentu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Ke-14 Jawatankuasa Bersama Perdagangan Malaysia-Australia di sini hari ini. – Utusan 7 Oktober 2008 3:34pm

4 comments:

Unknown said...

Bagus juga jika Muhyiddin berpendirian seperti itu. Tunggu pengumuman Pak Lah dan Najib. Lepas itu baru umum pendiriiannya pulak.. Tak la nampak gelojoh sangat...

wira said...

Datuk Ron Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Ini adalah fenomena apabila nakhoda tidak dapat menentukan halatuju kapal, anak-anak kapal tak tahu hendak buat. Jika ada pun mereka tidak akan membuat keputusan bernas walaupun kapal hendak karam.

Oleh yang demikian seperti yang telah saya warwarkan dahulu Umno perlu anjakan paradigma dengan satu set pemimpin baru yang faham akan perjuangan tok nenek kita dan tentukan kesinambungannya tidak terhakis. Sistem kita jelas diperkenan oleh semua Sultan-sultan bagi menentukan ikatan dan perjuangan kita, walaupun dimasa lampau ada juga mereka yang menjualkan negeri sendiri. Tetapi kini mereka sedar akan tanggung jawab mereka. Cuma yang tidak sedar adalah kita sendiri, 'so called' generasi muda yang kononnya lebih demokrasi dan telus.

Mungkin dengan adanya kepimpinan baru saya berdoa kita dapat memulihkan konfiden rakyat dan membina kembali kesejahteraan negara seperti yang telah disediakan oleh pemimpin yang lalu.

Saya tidak dapat bayangkan anak cucu kita masih terumbang ambing berjuang untuk sesuap nasi sedangkan yang telah kaya raya mangkin bertambah kaya. Sedarlah suadara suadara saya sekelian kembalilah kepangkal jalan. Ubahlah kepimpinan dengan nafas muda.

Semut Api said...

molek la tu Tan Sri... sabar sedikit sahaja... kalau dia degil dan lagi satu tu takut, Tan Sri sahaja la ke hadapan sekali ... baik dari dalam dari dari luar..

Mohd Hafizan Mazuki said...

salam...sy x sbr nak baca tulisan dato pasal timb presiden yg sesuai...