Monday, October 27, 2008

LAPAN PENCALONAN LAGI DIPERLUKAN OLEH RON

Setakat semalam, saya menerima dua pencalonan – daripada UMNO Bhagian Parit Sulong dan UMNO Bahagian Permatang Pauh - menyokong hasrat saya bertanding satu daripada 25 kerusi Ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam pemilihan pucuk pimpinan parti kali ini.

Lima bahagian lain berusaha mencalonkan saya. Tetapi, usaha itu gagal akibat tindakan daripada floor yang membuat pencalonan secara berakit dan kemudiannya pencalonan itu di sokong sepantas kilat dan dipersetujui pula oleh majoriti perwakilan yang hadir.

Saya hanya memerlukan lapan lagi pencalonan untuk memenuhi syarat minima yang membolehkan saya bertanding. Dan kini masih terdapat 80 bahagian lagi di seluruh negara yang akan mengadakan persidangan perwakilan masing-masing berakhir pada 9 November 2009.

Kini ramai sahabat-sahabat saya, termasuk bloggers, berusaha membantu saya mendapatkan pencalonan. Mereka adalah kumpulan anti-rasuah politik yang berusaha secara sukarela.

Oleh kerana saya seorang calon persendirian yang di luar kerajaan dan calon marhaen yang menentang amalan politik wang, maka saya serahkan nasib saya kepada pertimbangan warga UMNO yang masih belum lagi menjalankan persidangan perwakilan masing-masing.

Salam takzim dan salam perjuangan. KEPADA ALLAH BERSERAH. – Ruhanie Ahmad

23 comments:

Ajeem said...

Semoga Datuk berjaya mencapai matlamat tersebut.saya yakin Datuk akan berjaya dengan pertolongan daripada Yang Maha Kuasa.Salam.

CUCU TOK KEDU said...

Jika UMNO mahu melihat kepimpinan yang boleh melakarkan kembali perjuangan beteraskan agama, bangsa dan tanahair, maka bukan sahaja Dato Ron dicukupkan kuota bertanding lagi 8 pencalonan bahagian tetapi perwakilan mestilah memberikan sebanyak mungkin undi kepada beliau!

Tapi kalau perwakilan UMNO mahu disogok dengan RM, pasti Dato Ron tidak berbuat dewmikian! Selepas ini kon percaya Dato Ron akan berfikir arah tuju politiknya untuk memgukuhkan perjuangan rakyat yang pasti di dalamnya juga ada perjuangan agama, bangsa dan negara tetapi dengan lebih luas dan terbuka lagi!

odeen said...

TAHNIAH DATUK...
TERUSKAN USAHA MOGA BERJAYA...NAMUN KEIHKLASAN ADALAH LEBIH PENTING DARI KEJAYAAN YANG DIPEROLEH KELAK..

Kembara Politik said...

Assalamualaikum Dato'.

Semoga berjaya melepasi kuota.

Nasionalis said...

1 NOVEMBER: Kuala Krau; Jerantut; Gua Musang

2 NOVEMBER: Pekan; Batu Kawan; Bayan Baru; Balik Pulau; Sekijang; Segamat; Ayer Hitam; Muar; Cameron Highlands; Puchong; Kuala Pilah; Pekan; Kapar; Hulu Selangor; Kota Raja; Pandan; Kelang; Libaran

8 NOVEMBER: Wangsa Maju; Lembah Pantai; Sungai Besar; Maran; Tanjong Karang.

9 NOVEMBER: Bukit Bendera; Pengerang; Tenggara; Kelana Jaya; Kota Tinggi; Temerloh; Kepala Batas


Kalau Kepala Batas yang kasi pencalunan terakhir, kelasik ending ...

Quantum Metal Consultant said...

Dato' harus memikirkan semula dan mendengar nasihat bekas boss Dato, supaya golongan muda diberi tempat dalam UMNO untuk meneruskan agenda dan perjuangan, yang tua dan veteran elok jadi penasihat UMNO di forum dan pentas yang lain.

Anonymous said...

Datuk,

All the best to the nominations.

I read that day that Datuk (or now Tun) Musa Hitam said UMNO needs new, young blood esp in the MT.

Perhaps Datuk should join the Council of Elders as Datuk may be too qualified and experienced for the MT?

Salam.

Tokmad Gasak said...

SAYA melihat peluang suadara amat tipis kerana :

1. saya tidak nampak muka saudara turun berkempen dibahagian bahagian seluruh Mlaysia yakni tidak turun padang berkempen sakan.

2. Saudara tidak mengamalkan politik wang (harap betul laa)iaitu tidak ada usaha usaha turun ke kawasan atau memanggil ketua ketua bahagian/pemuda/wanita/puteri turun ke KL dan memberi upah wang ringgit sekurang kurangnya RM5 RIBU seorang.
3. Saudara dilihat terlalu bersih untuk diangkat menjadi pemimpin.


JESTERU, apa yang saudara patut buat sekarang untuk menjamin peluang yang lebih cerah ialah :

1. Turun padang berkempen keseluruh negeri, tabur wang sebanyak yang mungkin. (PALING KURANG RM1 JUTA.)

2. Melantik pengurus pengurus kempen diseluruh negeri, sekali lagi taburkan wang sebanyak yang mungkin pada manager manager ini, bekalkan mereka dengan alaun yang hebat,sediakan kereta kereta mewah beserta kad minyak dan kredit card untuk makan makan dan hotel penginapan.

sahabat gunung said...

Assalammaualaikum

Saya telah menyampaikan hasrat Datuk untuk brtanding MT, namun ramai yang kecewa dengan Dato' lewat menyampaikan hasrat, dah separuh jalan baru nak umum bertanding MT.

Namun, saya doakan agar Datuk Ruhanie Ahmad @ Ron @ sifu saya satu ketika dulu akan mendapat sekurang-kurangnya lapan pencalonan lagi bagi melayakkan beliau bertanding MT.

Tapi percayalah, misi menawar diri untuk bertanding ini adalah kerana kita mahu berkhidmat pada parti, bukannya atas alasan lain yang mempunyai kepentingan peribadi atau kelompok tertentu di belakangnya.

Insya-Allah, kalau Datuk benar-benar jujur dan ikhlas, bukan sahaja pencalonan yang Datuk akan dapat, malah undi juga akan menjadi milik Datuk nanti, Insya-Allah.

imah said...

Semoga Datok akan mendapat jumlah pencalonan yang cukup.

Jika dilihat corak pencalonan bagi jawatan Presiden, jelas ternampak semua "anai-anai" menuju tepat ke arah sebatang pokok sahaja.

Mereka tidak menoleh kiri-kanan lagi walau pun ada sebatang pokok lain dihadapan mereka.

Pokok yang kedua ini tidak rendang, kurang subur, dah tua dan kurang rangup agaknya.

Bukan begitu Datok?

abemeghe said...

Salam Dato' Ron. tahniah, semoga berjaya.

ambo nak sentuh sikit pasal cadangan berkenaan DEBAT TERBUKA.

Debat terbuka adalah suatu cadangan yang amat baik dan perlu diadakan kerana kretiria pemilihan calon telah ditentukan oleh ahli2 UMNO di peringkat cawangan dan bahagian sebagai calon pilihan mereka. dan apa yang belum diketahui oleh ahli2 UMNO adalah kredibiliti dan kelibar sebenar calon mereka. dan ke manakah arahtuju , perinsip dan pegangan politik calon mereka, due to kesanggupan atau keinginan calon menjadi pemimpin mereka (ahli2 UMNO). Nawaitu mereka sebagai pemimpin perlu jelas. dan mereka perlu jelaskan view mereka berkenaan beberapa isu penting yang berlegar dlm politik negara sekarang. seperti penyatuan ahli2 dlm UMNO dan antara parti2 dlm BN, memperkasakan bangsa Melayu, ketuanan Melayu, serta perjuangan Islam mungkin. kerena semua ini merupakan asas kepada perjuangan asal UMNO semasa ditubuhkan pd tahun 1946. roh perjuangan asal itu perlu "dibangkitkan" semula di tahun millenium ini sepertimana cadangan mem-public-kan secara bijaksana Kontrak Sosial, bagi mengekalkan keunggulan UMNO itu sebagai sebuah parti dominan di negara ini.

wankamar said...

Datuk jangan bimbang, 8 dari 80 adalah sesuatu yang mudah.. Ini kerana masih ramai dalam UMNO yang jujur..(Saya harap begitu). Insyaallah.

kudakepang said...

sahabat-sahabat budiman. jutaan terima kasih atas kiriman doa dan harapan.

buat waktu ini saya berserah kepada Allah SWT. Ini kerana saya tidak akan pergi ke serata negara untuk merayu pencalonan.

saya sekadar mengirimkan sms pengganti diri dengan harapan mereka mengenang segelumit budi yang pernah saya berikan atas kapasiti saya sebagai supol musa hitam, pengerusi mara dan pengerusi bernas.

selain itu, yang ada pada saya hanya azam dan cita-cita saya untuk membantu kepimpinan memperkasakan semula UMNO dan dalam membanteras politik wang. salam takzim - ruhanie ahmad

Semut Api said...

dato.. kita nak ansur-ansur hapus DEB atas permintaan bangsa Malaysia yang lain. Boleh ke kita minta sesuatu sebagai sumbangan tolak ansur kita. Dulu kita berkorban kerakyataan untuk DEB. La ni DEB nak beransur kurang, kena negotiate balik ke pasal pendidikan tu, sebagai contohnya?

HIDUP PERKASA!

ChengHo said...

dato Ron,

the realpolitik hari ini pencalunan datang nya dari lantai bukan hanya dari ketua bhg , perwakilan perwakilan cawangan cawangan sudah tidak mengenali dato ron lagi mereka dari generasi baru dlm Umno. sebab itu perwakilan Johor bahru dan Kota Tinggi tidak mengenali Muhyiddin untuk calun Timbalan president .

mad said...

saya setuju dgn pendapat tokmad gasak bahawa peluang datuk agak tipis kerana 3 perkara yg dibentangkan. umno bukanlah parti utk politikus yg bersih seperti datuk, oleh itu sekali lagi saya cadangkan datuk masuk saja parti pembangkang atau tubuhkan parti politik datuk sendiri. maaf datuk, saya cuma beritakan kenyataan.

Anak Pantai Merdeka said...

alam Datuk,

Untuk dapat pencalunan Datuk kena banyak berhubung dengan ketua-ketua bahagian atau yang sewaktu dengannya, baru senang sikit nak cerita.

Kalau di Sungai Petani Datuk boleh tanya Datuk Shuaib Lazim atau Dato' Mahadzir Mohd Khir, lagi pun SP akan bermesyuarat pada 08.11.08.

Berita dari gunung said...

Moga Dato berjaya....

Betul Musa Hitam harap ramai orang muda dapat naik, tetapi pengalaman dan pertimbangan tidak ada pada orang muda...

UMNO akan terus mantap jika pemimpin dari pelbagai umur, latarbelakang dan pengalaman dapat digembelingkan...

Pendekatan orang politik yang celupar dan ghairah untuk memanjat naik, ada unsur "kepentingan diri sendiri". Dari sudut itu sumbangan mereka terbatas sebab tuntutan keinginan melonjak naik.

Orang seperti Dato pula, dapat beri sumbangan yang sangat bermakna tanpa sekatan agenda tersembunyi.

Mungkin beberapa orang seperti Dato, dapat beri perspektif baru dalam UMNO dan dapat meredakan keghairahan ahli politik bercita-cita tinggi.

Bagi high flyers dalam politik, benak mereka sering bertanya "What's in it for me?". Soalan seperti itu tidak menjadikan pemimpin Umno dan UMNO itu sendiri jadi bertambah baik di mata umum.

Dato, Good Luck.

aoazmi said...

Assalamualikum Datuk,

Semuga niat Datuk itu termakbul. Saya rasa hampir pasti. Tapi, dalam perhimpunan nanti belum tentu. Datuk perlu menggunakan ilmu dan pengelaman serta kebijakan yang ada dalam mempengaruhi teman dan rakan serta muka-muka baru dalam perhimpunan kelak dimana strategi dan cara berpolitik lama jangan diamalkan. Biar kalah atau menang dalam pemilihan asalkan hidup kita bermaruah dan berprinsip walau pun ianya agak sukar untuk mengatasi politik wang. Jiwa akan lebih tenang dan bahagia.

Sekian.Selamat berjaya. Salam..

wakaza said...

salam..datuk tinggalkanlah perjuangan yang berteraskan 'bangsa',jika kepada allah kita berserah maka ikutilah perjuangan junjungan mulia rasulullah s.a.w.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

How could I put it but a poem must.


Kuda Kepang Ramblings
(while stuck on a mountain top their priests fell by the sword; and their widows made no lamentation - oh khidr where are you when i need you!)

Is it not the time worthy to travel
swift and strong the trusty steed
when much is there to unveil to unravel
pray less hasty but add more speed
- alas,
what profit us today or tomorrow
less the merry and more the sorrow
when Joseph answers not the queries
I sit to wither on a mountain top?

O dear loyal, sweet ride mine
make passage to that chamber fine
rich where the crown prince reign
unsure but declare promises unfeign
and extract a moment private
voices enough to your cause celebre

and render us those certain moments
the old minister with his wise comments
strong, worthy an old blessed fort
we bring good tidings and comfort
though petty the time gained need we insult
when a blessed company moulds us a profit - the Ruhanie Consult
(I am on the mountain!
Moses and Ahmads shall come to me!!!


Terima Kasih

(ps you are most welcome to drive safely and smart when we can but plan)

abunawas said...

Niat yang menawarkan diri Allah saja yang tau. Niat yang menyokong dan tak menyokong pun Allah saja yang tau. Tapi gelanggang jelas sangat kotor. Yang hebatnya, yang main kotor pun cakap serah pada Allah....macam tawakkal je bunyi....Allah saje yang tau

abunawas said...

Sebagai orang yang dah lama dalam UMNO boleh tak bertanya sedikit?

Rata-rata yang kami baca gelanggangnya sangat kotor. Tapi ramai yang suka, Kenapa ye?

Politik wang ni dah lama kami dengar...puluhan tahun....setiap kali ade je konon-kononnya langkah menghapuskan. Yang kami lihat makin parah ada le? Kenapa ya?

Dari mana mereka dapat diut banyak-banyak ni?

Berani betul buang duit banyak-banyak ni kenapa ye?

Hebat betul perjuangan untuk bangsa, agama dan negara... macam Saidina Abu Bakar dan sahabat-sahabat, berebut-rebut keluarkan harta fi sabi-lillah.

Wallahu-a'-lam dan manusia juga diberi akal untuk mengetahui serba sedikit dan faham