Monday, October 06, 2008

CALON KUDA HITAM TIMBALAN PRESIDEN UMNO NI KUDA TUNGGANGAN SAPA SEBENARNYA?

Saya masih cuti Hari Raya. Oleh itu, di sini saya poskan tulisan Blogger Politica yang dikirimkan ke blog ini dengan tajuk: Calon Kuda Hitam Timbalan Presiden UMNO Ni Kuda Tunggangan Sapa Sebenarnya? Ia adalah mengenai kisah calon kuda hitam yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. – Ruhanie Ahmad

Pening kepala kita semua dibuatnya. Macam-macam karenah. Macam-macam gelagat. Maksud saya karenah dan gelagat politikus UMNO. Maksud saya pasal jawatan Timbalan Presiden UMNO. La ni, dalam sibuk-sibuk kita berhari raya, dah ada tiga calon kuda hitam menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO. Esok entah berapa lagi pun kita tak tau!

Anehnya, Abdullah Badawi belum pun buat keputusan nak pertahankan jawatan Presiden UMNO atau tidak. Semua orang tunggu pengumuman Abdullah 9 Oktober 2008 ni. Jadi, Najib Razak pun belum berani kata nak tanding jawatan Presiden UMNO atau cuma nak kekalkan jawatannya sekarang – Timbalan Presiden UMNO. Orang macam Muhyiddin Yassin pun sama. Tak berani Muhyiddin nak kata dia nak tanding jawatan Timbalan Presiden UMNO atau kekal pertahankan jawatan Naib Presiden UMNO.

Jadi, kelompok calon kuda hitam ni nampaknya memang kuat betul power dia orang. Tak taulah power apa. Mungkin power duit. Mungkin juga power di sebalik power. Mungkin power Khairy Jamaluddin dan power Kamaluddin Abdullah atau power lain-lain pihak tertentu!

Sebab itulah belum apa-apa lagi semua kuda hitam ni dah buka mulut nak terejah jawatan Timbalan Presiden UMNO. Sebab tu juga yang pecahkan cerita kuda hitam ni adalah portal berita The Malaysian Insiders yang rapat dengan Khairy dan Kalumullah Hassan.

Lebih aneh lagi, ikut ceritanya, calon kuda hitam macam Zahid Hamidi ni kononnya tajaan Najib. Kalau gitu, mungkinkah Najib sendiri memang dah buat keputusan nak tanding jawatan Presiden UMNO walaupun Abdullah akan pertahankan jawatan itu? Atau pun, mungkinkah Najib dah tau yang Abdullah memang akan lepaskan jawatan Presiden UMNO pada 9 Oktober 2008 ini?

Kalau gitu, ini bermakna Najib akan tanding kerusi Presiden UMNO, tapi dia tak mau Muhyiddin jadi regunya untuk tanding jawatan Timbalan Presiden UMNO? Jadi, apa nak jadi pada Muhyiddin yang kata dia masih tunggu keputusan Abdullah dan Najib?

Tapi, fikir punya fikir, bila kisah Zahid Hamidi nak tanding jawatan Timbalan Presiden UMNO ni dipecahkan oleh The Malaysian Insiders, tak mungkin ke kisah ini ada banyak motifnya dan ada udang di sebalik batu?

Antaranya, tidak mungkinkah kisah ini dikeluarkan biar Najib bergalas dengan Muhyiddin atau biar Muhyiddin hilang kepercayaan terhadap Najib? Sebabnya, sekarang ni memang dah ada ura-ura Abdullah nak singkirkan Muhyiddin kerana kononnya Muhyiddin yang bikin Abdullah jadi serba salah sehingga proses peralihan kuasa yang dijangka pada Jun 2010 dipercepatkan kepada 2009.

Semalam, satu lagi calon kuda hitam buat pengumuman. Dia adalah Ali Rustam yang kini salah seorang Naib Presiden UMNO. Ikut ceritanya, Ali ni ikut arahan Abdullah. Niatnya sama – nak pastikan Muhyiddin disingkirkan menerusi pemilihan parti kali ini. Lebih menarik lagi, Ali dikatakan akan dijadikan Timbalan Perdana Menteri jika beliau memang kelak!

Kalau gitu, apa cerita Zahid Hamidi? Kalau dia juga ditaja oleh Khairy dan Kamaluddin, tidakkah ini akan clash dengan Ali yang ditaja oleh Abdullah? Tapi, kalau kisah ni benar, Zahid Hamidi dan Ali ni mungkin diketengahkan untuk mengurangkan sokongan kepada Muhyiddin daripada kalangan penyokong Abdullah dan Najib? Kalau gitu, mati keringlah Muhyiddin. Penyokong Najib tak akan sokong dia. Penyokong Abdullah pun tak sokong dia!

Tapi, macam mana soal Jazlan? Mungkinkah Jazlan menawarkan diri atas dorongan peribadinya sendiri? Adakah Jazlan bebas daripada sebarang dukungan mana-mana king-makers tertentu? Adakah Jazlan diketengahkan untuk mengurangkan sokongan Muhyiddin di Johor?

Minggu depan, Mohamad Muhd Taib yang pernah jadi Naib Presiden UMNO pun dijangka menawarkan diri untuk calon Timbalan Presiden. Kalau gitu, sokongan Muhyiddin di Selangor pun akan diberikan kepada Mike Tyson! Sekali lagi, kering kontang dan kemeklah Muhyiddin dihimpit daripada empat penjuru!

Dalam kita berteka-teki, ada pula cerita yang kisah calon kuda hitam untuk jawatan Timbalan Presiden ni sengaja dilambong-lambongkan sekarang sebagai diversion kepada apa yang sebenarnya akan diumumkan pada 9 Oktober 2008 kelak – Abdullah akan kekalkan jawatan Presiden UMNO!

Logik juga kisah ni. Bila kisah calon kuda hitam bagi jawatan Timbalan Presiden dilambongkan waktu Hari Raya, kisah ni akan jadi satu topik Aidilfitri yang menarik. Dengan itu, umum akan yakin kononnya Abdullah akan bersara daripada UMNO, Najib tanding jawatan Presiden UMNO dan kerusi Timbalan Presiden UMNO akan terbuka kepada semua warga UMNO yang nak bertanding.

Dengan cara ni, taklah orang kutuk Abdullah habis-habisan waktu hari baik bulan baik ni. Semua perhatian tertumpu kepada Najib tanding Presiden UMNO dan kepada mereka yang dah buat pengumuman nak tanding Timbalan Presiden UMNO!

Saya harap warga UMNO di seluruh negara sabar dulu. Jangan terpengaruh dengan kisah calon kuda hitam yang kita sibuk-sibukkan sekarang ni. Kita tunggu je sampai lepas 9 Oktober 2008 ni.

Kita faham, dalam mana-mana sistem demokrasi, siapa sahaja boleh tanding apa sahaja jawatan. Tapi, sementara kita tunggu keputusan Abdullah, jom kita tanya diri sendiri, calon-calon kuda hitam untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO yang dah buka mulut nak tanding ni sebenarnya kuda tunggangan siapa? – Kiriman
http://politica-net.blogspot.com

8 comments:

MOHD ABD RAUF TUMIRAN said...

Sama ada sedar atau tidak inilah dia kelemahan demokrasi tulen. Memang diakui semua orang berhak memilih, tapi sebelum nak pilih kenelah ade ilmu. Amerika sebagai pejuang demokrasi pun sebenarnya gagal dalam memanfaatkan demokrasi. Sebagai contoh sokongan terhadap Sarah Palin sebagai calon naib presiden pernah meningkat bukan disebabkan oleh wibawa, tapi kerana rupa paras dan mainan media. Sekarang ni dah turun balik sokongan.Itupun sebab media.

Sebaiknya kita ikut demokrasi islam. Mula2 syura lepas tu baru undi. Biar MT UMNO bincang siapa yang layak untuk bertanding presiden & timb presiden dan mungkin juga naib presiden. Kemudian hasil perbincangan barulah kemukakan calon untuk diundi.Pastikan semasa perbincangan semua MT kena berterus terang dan berani. Mungkin terdapat pertandingan itu tak kisah. Setiap calon pasti ada halatuju sendiri tak kisah kerana akhirnya membawa kepada kebaikan kpd agama, bangsa dan negara.

Kalau nak benarkan bahagian tentukan calon takut2 timbang taranya adalah duit dan populariti dan bukan kewibawaan. Bersama2 kita fikirkan..

cikgu
www.mart0619.blogspot.com

kudakepang said...

Saudara Rauf

Terima kasih, selamat hari raya maaf lahir batin dan salam perjuangan dari saya. - Ruhanie Ahmad

Lumu IX said...

Salam Aidil Fitri Maaf Zahir & Bathin...

Saya hanya menunggu bila kuda kepang akan menggepangkan tulisan2nya dan memetik tulisan2 yang kritis dari bloggers sebelum memulakan kembali komentar selepas aidil-fitri... Pada hemat saya, tak kira siapa yang taja siapa calon2 yang pernah bergelumang dengan rasuah politik yakni politik wang...walaupun tak kena cekup tidak mungkin dapat membantu UMNO/BN kembali ke fitrah perjuangannya...agama, bangsa dan tanahair. Saya tidak mahu sebut nama tapi salah seorang telah membantu membantutkan "perjuangan" ataupun "niat untuk membalas budi" kepada UMNO pada tahun 1996 ketika beliau menang jawatan Ketua Pemuda menggantikan RTC ketika itu dengan berbondong-bondong wang ringgit. Orgnya bukan cerdik sangat walaupun dapat MBA dan PhD (Sains Politik bukan Kejuruteraan Angkasa) dari UPM. Masa tu dia org kesayangan seseorang yang pernah dihumban ke sungai buloh.

Kalau dialah yang menjadi pilihan makhluk2 dan penyokong UMNO maka nampaknya saya MUNGKIN tidak akan menyokong UMNO selepas Mar 2009 nanti. Selagi politik wang dibenarkan...sama seperti "sedekah" amoi oleh orang PKR Perak...maka virus dalam UMNO akan terus berkembang subur dan orang2 kecil macam saya tak mungkin dapat masuk ke dalam mainstream...bukan sebab tak ada duit nak bagi free kat orang tapi lebih takut kat Tuhan kalu niat kita nak beli jiwa dan undi orang. Jenuhlah BPR kena kreatif.

Seingat saya sejak lewat 80an dan 90an serta milenia terbaru ni, orang lelakilah yang paling mudah dijual-beli, boleh dinegotiate iman mudah runtuh dengan takhta, harta dan wanita... namun wanita masih belum dicuba selain dari Tan Sri Zeti Akhtar Ungku Aziz yang dah buktikan ke-terreran, setia kepada ibubapa, detail...

So for a change lets promote a lady tapi setakat Timbalan Presiden sahaja kerana walau apapun Jeneralnya harus digalaskan atas bahu lelaki. Saya mohon mencadangkan Tan Sri Rafidah Aziz sebagai calon Timbalan Presiden sebagai anugerah kepada kesetiaan para wanita UMNO dulu dan kini selain dari kekuatan peribadi beliau sendiri dari sudut fizikal, mental dan intelektual serta "kemudaan" beliau walaupun berusia melepasi 60 tahun. Saya tidak ada hubung kait dengan beliau...bukan saudara bukan apa2 melainkan cucu-cicit Nabi Adam a.s.

Dengan adanya calon Wanita mungkin dapat meredakan kaum lelaki bernafsu besar mengatasi ruh perjuangan nenek-moyang kita. So Tan Sri Rafidah, pls accept cadangan2 saya dan kawan2 ni. Thousands of apologies. Wallahu'alam.

Salam kasih buat Datuk Ron and family.

//ra

Musallam said...

Salam,

Memang boleh diduga kemunculan ramai calon timbalan presiden boleh mengurangkan sokongan kepada Muhyiddin.

Tapi tidak bolehkah ahli UMNO berfikir secara rasional dan memilih calon yang paling berwibawa demi kepentingan parti, bangsa dan negara?

Jika yang terpilih nanti, misalnya, ialah calon yang paling banyak menabur duit, tapi bukan calon yang paling "baik" dan berwibawa, apakah yang akan terjadi kepada UMNO selepas ini?

Adakah UMNO mahu "bungkus" dalam PRU 13?

kudakepang said...

Lumu XI dan Tun Jeram

Terima kasih dan salam Aidilfitri maaf lahir batin.

Lumu XI: Hope you received my email. I know whom you meant in your comment. Manusia ni katanya pernah lesapkan a big amount of money supposedly meang for Pemuda UMNO Malaysia. Well, how far it is true, only God knows about it.

Tun Jeram: Saya terima ucapan Aidilfitri kepada saya dan ambil ingat akan semua nama pena anda sebelum ini. Saya juga seperti Saudara - moga-moga warga UMNO pandai menilai yang mana kaca dan mana permata.

Salam takzim - Ruhanie Ahmad

cakapsiang said...

Kuda-kuda hitam tak akan menang, walau berapa kandangpun yang bertanding, tapi kalau menang juga sila bacakan Talkin buat UMNO. Sebaliknya kuda putih (White knight) yang akan menang. Jika kuda putih menang, UMNO akan dapat dipulihkan untuk terus menjadi waddah perjuangan umat Melayu Islam!

Anonymous said...

Saya setuju siapa pun boleh bertanding. Itulah demokrasi. Tapi orang yang nak bertanding tu ukurlah baju dibadan sendiri. Jangan nanti hancur dan punah negara. Apa hebatnya Zahid Hamidi dan Ali Rustam, cakap Inggeris pun berterabur inikan pula nak pimpin Malaysia ke 2020. Bangsa Melayu dah berpecah dan lemah hasil kepimpinan Pak Lah, Bar Council dan Hindraf dah berani mencabar dan kurang ajar. Kita mau kepimpinan keras dan tegas, bukan lembek dan flip-flop.

Unknown said...

Walau apapun saya tetap mahukan Pak Lah mengekalkan jawatan Presiden UMNO sehingga 2010...