Monday, October 06, 2008

ABDULLAH UMUM ESOK ATAU LUSA KEPUTUSAN PERTAHAN JAWATAN PRESIDEN UMNO


KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan esok atau lusa keputusan sama ada beliau akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Mac tahun depan. -- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=362790

NOTA: Maklumat terakhir yang sampai kepada saya menyatakan bahawa Abdullah dijangka pertahankan jawatan Presiden UMNO Malaysia. – Ruhanie Ahmad

21 comments:

mn said...

Salam Aidil Fitri Datuk,

1. Selepas episod 'Kuda Hitam' ditayangkan, mungkin selepas ini kita akan saksikan pula 'Kambing Hitam'.

2. Andai kata Pak Lah akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO, mungkin ada diantara mereka yang akan dijadikan 'kambing hitam'.

3. Kita telah kenal siapa itu kuda hitam. Selepas ini kita akan kenal siapa pula kambing hitam.

kudakepang said...

Saudara SUKJ

Selamat Hari Raya dan maaf lahir batin.

OK kita sama-samalah tunggu siapa pula yang akan jadi kambing hitam.

Salam takzim - Ruhanie Ahmad

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Janji Mesti DiKota
(maruah harus ditebus)

Persoalannya yang lebih besar mahunya adalah bolehkah Abdullah bertahan selepas mesyuarat bahagian-bahagian selesai pada 9hb November?

Saya lebih gemar mahu mengajak Sdr Ruhanie tumpukan perhatian kepada persoalan ekonomi negara kita yang tentunya akan kuat terpengaruh dengan kegawatan ekonmomi dunia yang kian tidak menentu - tidak menentu dari hal buruk besar atau sangat buruk sekali.

Saya kirakan begini, Sdr Ruhanie; tanda-tanda bahawa kegawatan ekonomi dunia akan lebih buruk nampak jelas dari wajah-wajah kusam dan laungan suara-suara gementar pemimpin-pemimpin G7 apabila negara-negera maju EU dan Amerika Syarikat sudah mula memberi jaminan kepada rakyat mereka bahawa simpanan mereka di bank-bank adalah terjamin - yakni ada insuran deposit untuk jumlah yang tertentu. Ini amat dan sangat membimbangkan.

Maka apakah langkah-langkah Bank Negara bagi mengatasi kemelut ekonomi yang kian merebak dan tidak dapat dibendung yang pastinya akan melanda tanahair sekangkang kera ini jua lambat-laun? Atau dunia kita terpisah dari dunia mereka di luar sana?

Sekiranya Abdullah dan Najib tidak dapat memperkenalkan langkah-langkah perekonomian yang wajar, besar kemungkinan Abdullah dan Najib juga akan tidak lagi boleh diterima oleh bukan sahaja kebanyakan ahli-ahli UMNO dan BN malahan oleh rakyat bagi menerajui negara. Masakan pula kambing atau kuda hitam.

Langkah-langkah Abdullah-Najib itu semestinya akan dicabar dan terus dicabar oleh mereka yang lebih arif maupun yang pura-pura arif dalam hal-hal ekonomi dunia. Adakah Mahathir akan membisu seribu bahasa? Bagaimana dengan Razaleigh? Dan Musa? Daim? Ini baru suara orang Melayu.

Mengharapkan harga minyak akan turun lebih rendah menyelamatkan dunia barat akan menjahanamkan ekonomi negara tercinta ini kerana turunnya harga minyak tidak sepatutnya menguatkan nilai matawang USDollar dan Euro yang bersenang-senangan seolah-olah mencetak duit dengan angin. Perhatikan ketidak wajaran lojika saya ini dan dibudak-budakan, diperbodoh-bodohkan sahaja kata-kata saya. Lekeh-lekehkan lagi sesedap rasa mahunya.

Justeru, suara-suara yang akan didengar dan dipatuhi kita bukan lagi suara perdana menteri dan menteri kewangannya tetapi suara mereka yang janji-janji mereka lebih dapat diterima dan dihormati.

Biarkan sahaja Abdullah mengisytiharkan mahu bertahan jawatannya atau akan berundur, yang pasti selepas Perhimpunan Agung UMNO pada Mac 2009 kelak, dia akan tidak lagi duduk di atas kerusi Presiden UMNO. Ceteri paribus, mahunya.

Lainlah ceritanya kalau Abdullah mengisytiharkan darurat. Itupun, membawa erti yang sama. Apakah ini tidak masuk akal, Sdr Ruhanie, sapertimana mengatakan sistem perbankan Islam adalah caranya yang dapat menyelamatkan ekonomi dunia yang amat gelojoh dan angkuh?

Dalam kita bergurau, caveat saya cuma Tuhan yang Esa Al-'Ariifun-'Aliim.

Terima Kasih.

kudakepang said...

Saudara Mika

Terima kasih. Saya masih rasa berat nak menulis. Sebab tu cut-n-paste saje.

You are very prolific arent you?

Selamat hari Raya Maaf Lahir Batin. - Ruhanie Ahmad

Quantum Metal Consultant said...

Di peringkat akar umbi, telah dibisikkan Dolah tidak akan mempertahankan jawatan Presidennya tetapi di peringkat yang lebih tinggi, khususnya bukan di kalangan ahli UMNO, ramai jangkakan Dolah akan meneruskan pelan peralihan kuasanya 2010 dengan terus mempertahankan jawatan Presiden dan sekaligus PM hingga ke tempoh tersebut.

Zahid Hamidi akan bertembung dengan Muhyiddin, manakala Mat Taib dan Ali Rustam akan memecahkan undi Muhyiddin untuk memberi laluan Zahid memang, manakala tiga penjuru untuk Presiden KuLi-Dolah-Najib.

Dengan perancangan dan kuasa pentadbiran dan tekanan ke atas calon2 yang tidak pro Dolah - Dolah dan kumpulan akan kekal berkuasa, Zahid Hamidi akan mengambil alih kuasa dari Dolah 2010 dan pada masa itu KJ sebagai Ketua Pemuda merangkap Naib Presiden akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Inilah warna politik Malaysia sekurang kurangnya untuk tempoh 4 tahun akan datang.

Anonymous said...

Selamat Hari Raya.

God Save Malaysia!

Rais Yatim then!

kudakepang said...

Kluang man, satu analisa yangprovokatif. Tapi, kemungkinan tidak boleh diremehkan.

Jade: Who are you really? But Rais ia also a good choice..

Salam takzim - Ruhanie Ahmad

Semut Api said...

dato..

pak lah dijangka pertahan jawatan atau diarah pertahan jawatan?

kalau Pak Lah pertahan jawatan Presiden dan najib masih nak pertahan jawatan timbalan, TS Muhyiddin hendaklah(bertanggungjawab) untuk bertanding jawatan Presiden dan segala gerakan yang inginkan perubahan perlu bersatu dan memberi sokongan padu kepada TSM ...

Musallam said...

Salam,

Sekiranya benar Pak Lah mahu terus mempertahankan jawatan presiden, saya harap Tengku Razaleigh akan mendapat pencalonan yang mencukupi untuk menentang beliau. Dengan itu, pertandingan yang paling sengit boleh berlaku di peringkat presiden.

kudakepang said...

Patriot Selatan dan Tun Jeram.

Terima kasih dan salam Aidilfitri maaf lahr batin dari saya.

Pandangan anda berdua amat perlu untuk difahami oleh seluruh warga UMNO.

Salam takzim - Ruhanie Ahmad

Bagong Perkasa said...

Klue akhir-akhir ini menunjukkan Pak Lah seperti mahu mempertahankan jawatan. Dengan kemasukan zahid, Muhd Taib, ALi Rustam dan Jazlan untuk jawatan timbalan presiden akan terus memecahbelahkan undi.

Walau apa pun jalan terbaik adalah setiap bahagian mesti berani walau siapa pun ketua bhgnnya untuk memberi pencalonan kepada Najib (Presiden) dan Tan Sri Muhyiddin (timbalan Presiden). Jika Pak Lah mahu mempertahankan jawatan saya percaya beliau sudah pasti akan dimalukan oleh suara akar umbi...

terus berjuang dari www.mykmujohor.com

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Datuk dan semua,

Keadaan mutakhir semakin tak keruan...dari satu sudut menampakkan bahawa parti UMNO tidak sebagaimana sebelumnya....not well organized. Sesetengahnya mengatakan ia demokrasi, entahlah. Pak Lah dijangka mengumumkan keputusan esok yang akan diikuti saya yakin lebih banyak kejutan-kejutan akan timbul Ada dua persoalan untuk diutarakan.
(1). Andaikata PM mengekalkan untuk bertanding presiden dan tidak dilawan oleh Najib dan ditakdirkan beliau memenanginya, MAKA beliau secara sah akan memegang jawatan presiden UMNO untuk kesekian kalinya. Dan jika itu berlaku, ada atau tidak kemungkinan bahawa dia akan merombak semula peralihan kuasa.Ini pada saya boleh berlaku kerana dia berada di TERM baru. Boleh kita fikirkan begiitu...?.
(2). Deme-deme semua mengatakan bahawa ini semua juga ada kaitan dengan pak anuar kita. Percaturan halusnya dengan percubaan mengenengahkan Zahid.Tiada orang PKR yang pernah menghentam zahid sepanjang dia dalam UMNO. Is it possible to think that way...?

ultramalay said...

Dah agak dah..kalau betul la Pak Lah nak mempertahankan jawatan..maka, hanya ahli-ahli UMNO sahaja yang kini berkuasa untuk menentukan halatuju UMNO seterusnya..apa jua yang akan terjadi kepada UMNO selepas ini adalah atas tanggungjawab ahli-ahli UMNO untuk menentukannya!
Ingat..rakyat akan menilai!!!

azlishukri said...

saya percaya Pak Lah tidak akan meletakkan jawatan. UMNO makin terhimpit dan tersempit.

burujerdi said...

Salam ukhuwwah dan semoga saudara sentiasa dalam Lindungan Allah.

Pak Lah sedang mengatur bidak dalam papan catur UMNO bagi mengekalkan kuasa - walau melalui proksi. Sikap berlengah dan menunda-nunda sambil membiarkan akar umbi menggelegak sangat tidak jaras ( wajar dan waras ).

Ketika ini, UMNO memerlukan total over-hauling dan faktor masa dikira sangat kritikal. Prokrastinasi mengundang 'bencana besar' dan ia juga isyarat kepada kelumpuhan bangsa Melayu.

Semoga saudara tetap tenang dalam mengurustadbir urusan seharian.

Khairulnizam Bakeri said...

Bro Ron,
For me Pak Lah' battle is as good as over. But to at least fight his way to his last Perhimpunan Agung is the most honorable way to wave the white flag.

At least people would not see his ass being kicked (hard) by UMNO leaders, is it not?

Akar umbi UMNO Damansara Utama said...

Salam Dato',

Mainan politik ini bagaikan satu drama sandiwara yang tidak kehabisan.

Yang bakal menjadi mangsa pertama "dibunuh" penulis skrip tidak lain tidak bukan Tengku Razaleigh.

Yang kedua, dan biasanya watak hampir hero dalam wayang, adalah TS Muhyiddin. Whether Pak Lah stays or not, he'll be removed come March 2009.

Yang terakhir akan dipancung adalah saudara Mukhriz kita yang akan melihat momentum beberapa minggu lalu dibaham oleh harimau lincah bernama Khairy Jamaluddin.

Ahli-ahli UMNO tersengih gembira tanpa menyedari bahawa sehingga kini, belum ada keputusan konkrit hitam putih.

www.suaradu.com

MD said...

Bagi saya berikan lah kekbebasan untuk Pak Lah, Najib dll... untuk bertanding untuk apa saja jawatan dalam UMNO. Biarlah perwakilan yang mebuat pengundian. Kekalahan teruk umno dan BN dalam PRU12 patut di tanggung bersama-sama. Termasuklah oleh Presiden, TP, MT, bahagian dan pekerja parti umno.

Walaupun Pak Lah mengundurkan diri, penyakit UMNO tidak dapat diubati. Dah lama rotten to the core. Macam tembikai yang bobok dan dan pamelo yang berulat di dalam.

For once, and may be the last chance before UMNO become the opposition, give the freedom to all the members to stand for any position. And let all the umno members to directly cast the vote to elect their leaders, including the president.

merantikota said...

Dato Ron

Apa kata kita gandingkan TSMY Dengan DR RAIS!

Itulah Sinar Harapan...

Kalau nak menangkan Kuda Hitam... akan hilanglah Melayu Di Dunia!

Ada calun yang taksub pada boss, tak hirau hak atau batil sangup
masuk penjara. Kalau tak memayiz, mana latarbelakang agamanya?

Dalam hal ini bukan ke TSMY tu Lulusan Kelas Khas Agama Johor, kalau di Brunai dia dipanggil Ustaz.

Ada calun nak selesaikan cerita bela hinzir pun tak daya, apalagi nak ambil Pulau Batu Puteh!

Ada calun jadi Pak Kaduk, ada hati nak jadi ahli istana, apa ini semua? Ini ke Misi ahli-ahli UMNO? Pantang delok tok mis!

Ada calun terlalu rebung...kenalah kenal habitat dahulu...jangan gelojoh sangat, ingat sikit ke orang Melayu yang di luar UMNO? Jadi.... UMNO bukanlah angkaubah untuk perintah negara, pilihanrayalah yang jadi penentu kan?

Buat apa jadi Orang kuat UMNO kalau Sempadan Negera pun tak boleh jaga, lepas satu, satu kerajaan UMNO tumbang?

Beginikah orang Melayu organise diri?

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Aidil Fitri Datuk,

Sekiranya esok, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (AAB) mengumumkan bahawa beliau hendak bertanding jawatan Presiden UMNO Mac 2009, maka ini bermakna beliau tidak mahu Dato' Najib Razak (DNR) sebagai pengganti beliau. Malah plan peralihan kuasa hanyalah helah semata.

Sekiranya AAB jujur dan ikhlas dan mahukan DNR mengantikannya, maka beliau mesti berundur. Kalau keputusan sebaliknya, bermakna DNR akan terlepas dari menduduki kerusi no. 1 UMNO.

Keputusan yang akan diumumkan oleh AAB esok akan membukti sejauh mana keikhlasan beliau kepada warga UMNO. Jika beliau didapati tidak ikhlas tak mustahil, kebanyakan Bahagian akan mencalunkan samada Tengku Razaleigh atau DNR sebagai presiden.

DNR tak boleh lagi bertanding sebagai timbalan presiden kerana calun popular kerusi tersebut adalah TS Muhyiddin

Esok adalah hari yang menentukan samada AAB akan meneruskan tradisi membohongi warga UMNO dan rakyat Malaysia. Sama-samalah kita menanti saat dan ketikanya.

Unknown said...

Saya berharap Pak Lah akan pertahankan jawatan Presiden UMNO sehingga peralihan kuasa Jun 2010. Ini dapat memberi laluan kepada beliau untuk meneruskan kerja-kerja beliau yang belum selesai. Sekurang-kurangnya, bila beliau serahkan sepenuhnya kepada Najib, kerja-kerja dah berjaya diselesaikan...