KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka mengumumkan esok keputusannya sama ada mahu mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti itu Mac tahun depan.
Perdana Menteri yang ditemui pemberita selepas melancarkan pameran Bio Malaysia 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, berkata beliau tidak akan membuat sebarang pengumuman berhubung perkara itu hari ini.
"Saya tiada sebarang pengumuman hari ini," katanya ketika dikejar puluhan pemberita semasa meninggalkan tempat pameran bioteknologi yang berlangsung di sini. - BERNAMA
Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=362977
Nota: Sehingga hari ini, banyak pihak menjangka Abdullah akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO Malaysia. – Ruhanie Ahmad

4 comments:
tak hairan sekiranya Pak Lah mengumumkan untuk mempertahankan jawatannya kerana ada sokongan yang padu dari penyokong-penyokong beliau.buat apa hendak tunduk pada tekanan.
Yang mengharapkan Dolah tidak mempertahankan jawatan Presiden sahaja yang agak 'resah' menunggu....
Percayalah, tidak akan ada perubahan yang mendadak, semuanya mendatar, tiada kejutan..
Salam Dato'
Rasanya Abdullah akan pertahankan
jawatan presiden.
Datuk Ron,
Saya mohon pandangan ikhlas Datuk dan rakan2 lain (berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sendiri) apakah benar PM kita yang seorang ni tidak pernah menepati masa KECUALI masa berbuka puasa? Contohnya, waktu masuk pejabat, balik pejabat, hadir mesyuarat/function (Misalnya: pukul 9.30am baru keluar dari rumah pada 8.10.2008 sedangkan waktu pejabat paling lewat pun 8.30am, Mesyuarat MT BN pada 8.10.2008 jam 3.30 ptg tapi pukul 3.36 ptg baru sampai di lobby Bangunan UMNO)selain tidak dapat membezakan antara urusan resmi kerajaan dengan urusan parti (contohnya memanggil mesyuarat khas MT UMNO pada hari dan waktu kerja).
Kalau inilah yang menjadi rasminya dan amalan biasa beliau, memang kita tidak perlu berasa hairan kalau selama 5 tahun mengetuai kerajaan, tak ada apa kemajuan yang boleh dibanggakan selain dari memperkenalkan "beberapa serambi" @ corridor yang belum tentu akan wujud dialam nyata.
Alangkah wajar dan munasabahnya kalau beliau "berkorban" dan melepaskan jawatanya.
Post a Comment