Friday, October 24, 2008

50,000 KAKITANGAN AWAM KONTRAK MUNGKIN DIBERHENTIKAN

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak mungkin ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang akhir tahun ini berikutan kekangan kewangan kerajaan, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman.

Mereka adalah kakitangan yang kontrak disambungkan dari setahun ke setahun, yang berkhidmat di semua jabatan dan kementerian di seluruh negara dan tidak menikmati kemudahan seperti yang diterima kakitangan awam tetap, tetapi melakukan tugas yang sama.

Omar memberitahu Bernama, Cuepacs tidak boleh menerima alasan kekangan kewangan, kerana kerajaan masih mampu mengekalkan perkhidmatan golongan ini.

Cuepacs, katanya, telah menghantar rayuan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengekalkan kakitangan ini, yang kebanyakannya telah berkhidmat antara lima hingga 10 tahun malah terdapat yang berkhidmat lebih 20 tahun.

“Cuepacs telah mencadangkan sama ada JPA mengambil semula pekerja ini atau menyerap mereka ke dalam kedudukan tetap,” kata Omar.

Beliau berkata, isu ini akan dibincang pada persidangan perwakilan Cuepacs bulan depan. – Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1024&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Komen: Mudah-mudahan pihak pemerintah menggunakan kebijaksanaannya untuk mengelakkan kemungkinan ini berlaku. Ini mungkin boleh dielakkan jika pemerintah tidak melakukan down-sizing perkhidmatan awam secara semberono.

Di luar sektor awam, pemberhentian kerja secara besar-besaran juga mungkin boleh dielakkan jika pemerintah mempunyai satu dasar sumber serta tenaga manusia yang komprehensif menerusi perancangan yang teliti merangkumi dasar mengurangkan kebergantungan kita kepada buruh asing dalam semua sektor ekonomi, melainkan dalam industri pembinaan dan sektor pembantu rumah.

Contohnya, pada ketika ini seolah-olah wujud satu kepincangan dalam dasar tenaga manusia negara bagi pelbagai industri pembuatan dan industri perkhidmatan. Dalam menangani krisis ekonomi global mutakhir ini, hakikat seperti ini wajar diatasi untuk menampung kemungkinan pengangguran yang meningkat di kalangan rakyat jelata Malaysia di hari-hari mendatang. – Ruhanie Ahmad

27 comments:

Unknown said...

Salam Datuk...
Saya amat berharap apa yang disampaikan dalam berita ini, tidak berlaku kerana jika ia berlaku maka imej Malaysia juga akan jatuh teruk. Selain daripada itu, isteri saya juga salah seorang daripada penjawat kakitangan kerajaan taraf kontrak..

ARY said...

ini merupakan satu penganiayaan..
kalau ini berlaku alamatnya..
kerajaan sekarang...akan jadi sejarah sahaja..
kerajaan kita terlalu angkuh dan ego untuk menerima pendapat org lain..

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Bukan hanya KAK malah kontrator-kontraktor pun wajib diberi keistimewaan ini yakni kerajaan mesti menyediakan kerja-kerja untuk kontaktor-kontraktor walaupun sebenarnya kerja-kerja itu tidak perlu! Jangan berani suruh kami tanggung risiko sahaja macam kata mahathir, kalau takut rugi jangan meniaga!

Unknown said...

soalan saya:

1. apakah % kakitangan kontrak tersebut yang telah berkhidmat lebih 10 tahun? berapakah daripada % tersebut yang mungkin dihenti kerja?

2. apakah % kakitangan kontrak tersebut yang telah berkhidmat kurang 10 tahun? berapakah daripada % tersebut yang mungkin dihenti kerja?

pada firasat saya, jumlah yang telah berkhidmat lebih 10 tahun yang mungkin akan diberhentikan kerja adalah sedikit daripada jumlah yang berkhidmat kurang 10 tahun. saya cuma meneka, alasan saya, masakan kerajaan mahu menghentikan orang yang telahpun berpengalaman (untuk rank yang atas?). walaubagaimana pun, ini hanyalah tekaan saya. mungkin saya silap. tapi jika ada data-data peratusan, kita boleh lihat dan nilai kemudian.

Anonymous said...

DATUK,

SAYA SIMPATI DENGAN MEREKA. MEREKA SUDAH BERJASA DAN BYK PULA TANGGUNGAN. KITA HARAP PERKARA INI AKAN DI BAWA KEDALAM PAU BLN MAC NANTI.

Anonymous said...

datuk,

jika ianya berlaku, malapetaka besar akan tercetus kerana 99.9 persen adalah terdiri orang kita melayu.

pengundi umno akan kurang lagi datuk dlm pru akan dtg. bygkan kalau 50,000 dikali dengan suami, ibu bapa dan mertua..senang aja 200,000 undi akan pergi ke pembangkang.

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati!

Apa dah jadi dengan kerajaan Malaysia hari ini? Moga diizinkan Allah, dato berjaya ke MKT Umno, jaga-jagalah pelesit yang banyak kebas duit negara atas komesyen, itulah yang buat ekonomi kita lingkup ni!

http://rp-semantan.blogspot.com

nagagua said...

ASKM DATUK.EKONOMI DUNIA YANG SEDANG RUNTUH NI CUMA ORANG BODOH JE YANG MENAFIKANNYA. SAYA AGAK BANYAK PAK PAK MENTERI YANG BUTA KAYU MENAFIKAN KESAN YANG BAKAL KITA HADAPI SEBAB KEBANYAKKAN MEREKA BERMUSUH DENGAN INTERNET.KALU DAH JADI MENTERI TU RAJIN RAJINLAH MEMBACA .JANGAN ASYIK BACA URTV DGN MANGGA JE. SAYA ADA SIKIT CADANGAN UNTUK SESAMA KITA.SESAPA YANG ADA DUIT LEBIH TU BELI RANTAI EMAS SIMPAN .EMAS LEBIH BERNILAI MASA DUIT TAK LAKU NANTI.KALAU NAK BELI BERAS NANTI BOLEHLAH POTONG SIKIT SIKIT.MULAKANLAH BELAJAR BUAT MINYAK KELAPA.BELA AYAM ITIK LEMBU KERBAU TANAM UBI,JAGUNG BELAJAR TANAM PADI DAN KALAU BOLEH BANYAKKAN BERDOA DAN SEMBAHYANG.KENAPA KELAKAR KE CADANGAN SAYA NI SEBENAR NYA ORANG AMERIKA DAH START BUAT BENDA MACAM NI DAH HAMPIR SETAHUN DAH MASA MINYAK NAIK MENGGILA TEMPOH HARI.ITULAH SJA SIKIT SEBANYAK CADANGAN SAYA.TQ.

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
TULIS ONLINE said...

Salam Semua...

Adakah ini bakal menandakan negara kita akan mengalami keruntuhan ekonomi?

Seterusnya keruntuhan moral...
Kenaikan kadar jenayah...
Kenaikan pengangguran...
Keruntuhan kekayaan...

Ini semua bakal dihadapi oleh Najib Tun Razak jika dia bergelar PM nanti...

pak tam said...

salam tazim

Ada 2 cadangan menyelamatkan 50,000 kakitangan Awam kontrak di peringkat persekutuan dan puluhan ribu lagi di peringkat kerajaan negeri....


1. Lebih baik kerajaan tangguh dulu beli helicopter yang bernilai rm 2billion utk digunakan sebagai penyelamat kakitangan kontrak sehingga krisis ekonomi dunia berakhir

2. Atau gunakan KWSP untuk menampung keadaan serius ni...saya yakin KWSP boleh digunakan.... kalau KWSP boleh menghulurkan pinjaman kepada ValueCap Sdn Bhd sebanyak RM5 bilion, kenapa tidak digunakan sebagai penyelamat krisis ni .

Berita dari gunung said...

Dato dan rakan pembaca.

Ini adalah petanda awal, ekonomi negara sedang sakit. Mana yang boleh dikurangkan, jangan fikir dua kali.

Dalam bisnes itu hal biasa. "Retrenchment" bunyi janggih sedikit dan menyembunyikan langkah brutal dan kejam. Banyak yang buat begitu. Dulu MAS pun sama. Idris Jala diunjuk KPI, mahu tidak mahu pekerja perlu dibuang, dan harta juga dijual supaya nampak CASH masuk.

Syarikat pembinaan rela ambil pekerja asing. Sebab murah, senang kawal dan senang ambil ramai-ramai dan buang pun senang ramai-ramai.

Untung adalah prioriti dalam busines. Kini kerajaan pun ambil langkah yang sama.

Namun ia berlaku disebalik langkah melanjutkan tempuh bekerja hingga 58 tahun. Lewat orang pencen, tergencat sedikit ambil orang baru.

Sering juga kita dengar ada pegawai tinggi yang disambung kontrak selepas bersara wajib. Kita dimaklumkan sebab mereka pakar dan berpengalaman.

Ada yang nakal menyebut, sebab mereka sudah biasa dengan menteri dan budak-budak menteri. Jadi senanglah sikit proses kerja. Hal budak-budak menteri yang galak, rakus dan ghairah bukan cerita dongeng. Kekalkan pegawai tinggi memudahkan semua perkara.

Rakyat umum dibiar berjuang untuk hidup. Dengar saja rintihan pemandu budget taxi KLIA. Mereka kena bayar RM145 sehari dengan syarikat(kalau tak silap). Itu kesan monopoli dalam bisnes.

Jangan tanya-tanya lagi kenapa Abdullah berkempen orang tanam sayur. Rakyat harus pandai hidup sendiri, kerana kesian atau kasihan bukan lumrah hidup kini.

azienmat said...

Orang Gomen kena kerja lebih kuat lagi lepas ni, harap mereka bersedia menghadapi apa juga cabaran mendatang dengan tabah. Jangan takut diberhentikan! Banyak kerja ada lagi. Cuma kerja diluar lebih mencabar, lebih berat dan lebih tekanan.
Siaplah korang..

wira said...

Datuk Ron, saya sedih membaca berita sebegini kerana semuanya hendak dipolitikkan oleh orang-orang tertentu bagi meraih sokongan. Ini tektik lapuk yang tidak sesuai dizaman sekarang dimana pekerja-perkerja pun kita ambil dari luar negara. Bayangkan berbilion-bilion ringgit mengalir keluar. Yang ada tidak dapat disediakan kemudahan penghidupan. Inilah fenomena kera dihutan disusui anak mati kelaparan.

Ingatlah semua baik ahli politik yang bertahan tiap-tiap lima tahun sekali dan pegawai-pegawai kerajaan yang menjalankan amanah agama dan rakyat, kebahagian tidak hanya didunia malah diakhirat akan dipersoalkan tindak tanduk kita.

kudakepang said...

Sahabat-sahabat budiman. Pandangan anda amat memprovokasi minda saya. Harap-harap sama jugalah impaknya kepada para pemimpin kita.

Salam takzim - Ruhanie Ahmad

King-Fx said...

Salam Dato'

Ekonomi kita ni mesra KAPITALIS. Jadi semua yg dibuat oleh gomen adalah demi KAPITALIS.

dizzy boy said...

Datuk Ron,
Sebenarnya dasar kerajaan malaysia selalu berubah-ubah,tidak ada ketetapan.Bab 50,000 kakitangan kontrak ini isu yg panas,mereka2 ini akan menjadi penggangur kerajaan,satu jumlah yg amat byk dlm sektor awam,ini menunjukkan kadar inflasi kita sudah meningkat tinggi n kadar pengganguran pun meningkat 200% itu tidak termasuk dlm sektor swasta.Cuba kita bayangkan n renungkan masalah ini berlarutan.Mereka2 ini ada diantaranya yg telah berkhidmat hampir 10thn,apa salahnya serapkan saja ke jawatan tetap.Ini adalah salah satunya kerajaan sekarang telah gagal untuk menyusun penstrukturan kakitangan kerajaan,JPA buat lah sesuatu,hantar lapuran kepada KSN.Kementerian Sumber Manusia jgn terlalu salahkan majikan mengambil pekerja asing,malah dlm sektor awam pun akan lbh ramai rakyat malaysia akan menggangur,betulkan keadaan sektor awam dahulu.jgn jdkan ibu ketam mengajar anaknya berjalan,sedangkan ibunya berjalan pun tak betul.Sy brharap kerajaan kita yg ada sekarang wajib peka dlm keadaan ini,warga2 kontak kerajaan wajib dibela,tenaga mereka masih diperlukan lagi,jasa n tenaga mereka masih diperlukan.

Unknown said...

Salam Datuk

Jika ini berlaku, ada kemungkinan pihak pembangkang mendapat tambahan 50,000 undi lagi dalam PRU-13.

Syabas Pak Lah...!

ChengHo said...

Malaysia harus berani mengaku saperti Singapore stagflasi dan masaalah ekonomi usa dan europe akan melanda Malaysia juga .

Ekonomi Malaysia berlandasan perdagangan dgn dunia luar kalau dunia sudang kurang daya pembelian nya ekonomi Malaysia juga merana.

Rakyat perlu diberikan cerita yg sebenar ,ini masaalah dunia Malaysia tidak dapat lari keseorangan ,pasaran dalaman terlalu kecil untuk menyokong jurang yg di kosongan olih dunia luar.

slyderrose said...

Ekonomi Malaysia banyak sangat kebocoran. Kalau sesebuah syarikat mengalami kerugian biasa pihak pengurusan ditukar atau diambil alih olih pihak lain. Pengurusan ekonomi negara macam mana?. Nak dibiarkan begitu saja atau nak dibiarkan puak-puak yg sama menerajui negara juga?.

Mereka ini sudah tak ada idea. Apa yg ada dalam kepala otak pemimpin umno sekarang ini hanya political survival. Mempertahankan kuasa dan kedudukan. Sedikit sangat memikirkan bagaimana nak memperbaiki ekonomi yg makin merundum ini. Bila ada pihak tertentu memberi pandangan, mereka berkokok di luar dewan dan dalam akhbar memperlekehkan pandangan dan idea pihak tersebut. Macamlah pemimpin2 umno ini hebat sangat?. Idea pun dah tak ada!. kalau ada cuma stop gap measure aje...contohnya gunakan wang EPF untuk Valuecap. Apa erti ini semua?

Berebutlah kedudukan. Gunakan wang untuk jawatan dalam parti. Jawatan macam satu investment bagi mereka. Lagi tinggi jawatan lagi senang buat duit. Kayakan diri sendiri dan famili.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Saya harapa anda turut serta dalam think-tank yang di sarankan Tun Dr Mahathir.

Unknown said...

A'kum dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu saya mohon maaf sekiranya komen saya ini jauh tersasar daripada tajuk posting.

Setelah mengamati pelbagai pandangan dan pendapat dalam posting-posting blog kudakepang ini, saya dengan rendah diri berpendapat bahawa ramai yang masih menyokong UMNO/BN sebagai tunggak kerajaan pusat tetapi mahukan perubahan ketara daripada segi kepimpinan dan kualiti sahsiah pentadbiran di peringkat kebangsaan. Namun begitu, ada juga yang menyokong pihak pembangkang. Secara peribadi, saya bukanlah penyokong tegar Y.B. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR mahupun Y.B. Lim Kit Siang dan DAP. Sebagai seorang pemerhati, saya akui bahawa kelicikan dan keampuhan politik parti-parti pembangkang memang berketerampilan.

Saya amat berharap Dato' boleh membuat satu posting khas mengenai isu ini dengan berlandaskan topik "Ke manakah halatuju sosio-politik tanahair?".

Adakah sistem berpolitik secara 'MLM' mempunyai masadepan mengikut lanskap dewasa kini?

Tengahari dan petang tadi, saya berpeluang untuk menjamu selera bersama-sama rakan-rakan lama yang berketurunan Cina dan India di sekitar Lembah Kelang. Mereka yang dahulunya terkenal dengan sikap berjuang dan menyokong demi parti-parti komponen BN telah mengundi untuk calon-calon bukan ahli BN dalam pilihanraya umum yang lepas.

Saya rasa persoalan yang wajar diuruskan dengan segera telahpun saya kupaskan di atas. Terpulanglah kepada barisan kepimpinan baru UMNO/BN untuk mencari penyelesaian yang jitu dan berkesan.

Secara ikhlas dan tuntas, persepsi amat penting. Dengan penuh hemah, kepimpinan baru dinasihatkan agar meneliti keluhan dan rintihan para penyokong lama yang sudah mengemudi keluar daripada bahtera BN. Ini bukan permintaan atas dasar kepentingan tersendiri/peribadi saya.

Kenyataannya ialah 'UMNO/BN is fighting for its' survival'.

Dengan penuh rendah diri, saya umumkan bahawa ini adalah komen terakhir saya berkaitan isu-isu sosio-politik dan ekonomi kebangsaan dalam mana-manapun blog atau media massa.

Terima kasih kepada kesemua rakan-rakan bloggers.


Sekian, wassalam.

Unggal said...

Salam Dato'
Lama tak komen tapi maaf kalau saya katakan, bagaimana pulak yang dah sepatutnya tak layak dipanggil sebagai YB, masih dicalunkan oleh UMNO sendiri..dengan sebab skandal wang dll...?

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Apakah akan ada perubahan nasib dan kedudukan sosio-politik negara kedua dan ketiga apabila negara-negara maju menerap dan mempraktikan perekonomian dan perbankan Islam saperti yang diuar-uarkan? (seolah-olah ajaran nabi isa 'alaihis-salam itu ganjil dalam islam; namun terima kasih saya kepada Sdr Lembaran dan pak-pak comment poster yang lain)

(US studying features of Islamic banking
Md. Rasooldeen | Arab News

RIYADH: The US government is currently studying the salient features of Islamic banking to ascertain how far it could be useful in fighting the ongoing world economic crisis, Robert M. Kimmitt, US deputy secretary of the Treasury, said at a press conference held at the US Embassy here yesterday.

Kimmitt, who is on an official visit to the Kingdom, also held discussions with Finance Minister Ibrahim Al-Assaf. Today, he is scheduled to meet Saudi Arabian Monetary Agency (SAMA) Gov. Hamad Al-Sayari, Saudi Arabian General Investment Authority (SAGIA) Gov. Amr Al-Dabbagh, Prince Alwaleed bin Talal, chairman of the Kingdom Holding Company, and Saudi investors and bankers. He said that the agenda for the G-20 summit to be held in Washington on Nov. 15, has to be carefully prepared since important topics are to be discussed in just one day. “I am not sure that Islamic banking will also be itemized in the agenda, but it is a subject that is often dwelt in the public and private sectors,” he noted. He said that experts in the US Treasury Department are currently learning the important features of Islamic banking.

However, he added that his country is focusing on activities of various governments and central banks in tackling the economic issues. He pointed out that the member countries in the G-20 also includes Islamic countries such as Indonesia and Turkey, besides the Kingdom which has been a member for the past 10 years. Representatives from these countries could present their experiences of Islamic banking in the light of the prevailing situation.

He hoped the G-20 summit will provide an effective platform for the member countries to exchange their views on the current economic problem and lay out a plan for the countries to draw out their respective national plans to ease the situation.

Commenting on his meeting with Al-Assaf, Kimmitt said the items that could be included in the agenda were also discussed. “The geographical representation from member countries would provide a broader view of the crisis and would also benefit the non-member countries through their experiments,” he added.

The G-20 summit, said Kimmitt, was proposed by Europeans which was readily accepted by President George W. Bush, who is seeking a common response to the global crisis.

Spelling out the purpose of his visit to Saudi Arabia, Kimmitt said that he has been associating with the Kingdom for more than two decades, but this is a significant visit since he was coming to the Kingdom at a time when there is a threat to the global financial market. “It’s an opportunity for me to present the US perspective ... and hear from the Saudi leadership on the current situation in the Kingdom and in the region,” he said, adding that even at a time of crisis, US wants to stress its commitment to tell the countries in the region of the US open investment policies.(???)

Pointing out that a good number of American investors are coming to the Kingdom(!), Kimmitt said the US government expects reciprocation in the same manner. The deputy secretary is slated to visit the United Arab Emirates, Qatar, Kuwait and Iraq where he would meet the leadership and investors on similar lines.)


Bilakah orang kita mahu bergerak mengatasi kemelesetan(recession) ini?

Itulah saya dengan rendah diri syorkan anda menyertai 'Think-Tank' Mahathir dan lebih senang sekiranya anda berjaya mengartikulasikan suara hati 'ekonomist-ekonomist' marhean di sana dari ke MT.

Terima Kasih.

Quantum Metal Consultant said...

Elok kerajaan menggunakan kesempatan kemerosotan ekonomi sekarang sebagai 'pembersihan' kakitangan kerajaan yang malas dan gagal berprestasi. Ia bukan sahaja meliputi kepada yang kontrak tetapi juga yang tetap.

Kita masih melihat ramai mereka membazir masa di kedai mamak, membaca suratkhabar di pejabat sedangkan diluar ramai yang menunggu, banyak kes tertunggak melebihi masa dan sebagainya, apakah kerajaan wajar terus membayar gaji mereka.

Syahir said...

Kita berharap agar kerajaan Barisan Nasional memikirkan hal ini semasak-masaknya kerana kesannya akan menimpa kepada pekerja kontrak ini akhirnya.

Kerajaan perlu mencari alternatif sumber lain bagi menampung dan membiayai kos penggajian mereka dan saya pasti kerajaan dapat menangani masalah ini.

Jika kerajaan kita benar merupakan kerajaan rakyat, maka fikirkanlah semasak-masaknya. Lagipun, kita mempunyai pakar ekonomi yang hebat dan dapat memberikan idea segar bagi menangani krisis ekonomi selepas ini.

Apa kata kerajaan invite Tun Daim Zainuddin, superman Malaysia yang menyelamatkan tanah air kita dari kebangkrapan pada masa lalu?

http://gunungraya.blogspot.com

pemerhati said...
This comment has been removed by a blog administrator.