Thursday, June 19, 2008

UNDI TAK PERCAYA PADA ABDULLAH?

Di bawah ini saya petik enam item berita Bernama hari ini mengikut waktu mereka disiarkan di http://www.bernama.com. Keseluruhannya adalah mengenai kisah Parti Maju Sabah (SAPP) yang dikatakan akan membentang satu undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Rakyat, Parlimen, Isnin depan. Sedutan berita-berita berkenaan adalah seperti berikut:

SAPP Akan Isytihar Hilang Kepercayaan Terhadap PM

KOTA KINABALU, 18 Jun (Bernama) -- Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee hari Rabu mengisytiharkan bahawa partinya telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau mendakwa dua anggota Parlimen parti itu (Sepanggar dan Tawau) akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat Isnin ini.

SAPP, sebuah parti politik kaum Cina di Sabah, adalah satu daripada 14 parti komponen Barisan Nasional (BN), yang menerajui kerajaan persekutuan. – BERNAMA, 18 Jun, 2008 16:28 PM

Presiden SAPP Bayangkan Wakil Campuran Bebas

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee, yang mengisytiharkan bahawa parti ini telah hilang keyakinan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, membayangkan kemungkinan beberapa wakil rakyat dari Sabah meninggalkan Barisan Nasional (BN) untuk berkhidmat sebagai "wakil rakyat" bebas.

Bekas Ketua Menteri itu juga membayangkan kemungkinan "wakil rakyat" bebas ini, anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Pakatan Rakyat, jika mereka memutuskan untuk meninggalkan parti campuran yang memerintah. – BERNAMA, 18 Jun, 2008 19:28 PM

PM Berkata Yong Bertindak Kerana Ketamakan Diri

PUTRAJAYA, 18 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tindakan terbaru Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee adalah disebabkan "saya tidak dapat memenuhi ketamakan dirinya".

Abdullah tidak mengulas lanjut. Bagaimanapun, pembantunya memberitahu Bernama bahawa Perdana Menteri akan membuat huraian kemudian. – BERNAMA, 18 Jun, 2008 20:31 PM

Anggota Parlimen BN Perlu Tolak Usul Tidak Percaya Terhadap PM

MELAKA, 18 Jun (Bernama) -- Semua anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) perlu menolak usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dijangka dibentangkan pada sesi Parlimen Isnin ini, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata semua anggota parlimen BN perlu mempertahankan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN.

"Tindakan untuk mengemukakan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri di parlimen (dijangka Isnin ini) adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak demokratik," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – BERNAMA, 18 Jun, 2008 23:06 PM

Pakatan Rakyat Akan Sokong Usul Terhadap Abdullah

SHAH ALAM, 18 Jun (Bernama) -- Pakatan Rakyat akan menyokong usul bagi undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen Isnin ini, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – BERNAMA, 18 Jun, 2008 20:41 PM

Tidak Ada Usul Tidak Percaya Diterima, Kata Speaker

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau belum menerima sebarang notis daripada mana-mana parti berkaitan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Saya belum terima apa-apa lagi. Tidak ada notis yang telah dikemukakan kepada pejabat saya setakat ini," kata beliau kepada Bernama ketika dihubungi. – BERNAMA, 18 Jun, 2008 23:27 PM

Saya amat pasti Abdullah dan BN kini sedang berusaha keras untuk menggagalkan ura-ura di atas yang belum pernah berlaku di Malaysia sebelum ini. Lantas, kita tunggu dan lihat sama ada ianya akan jadi kenyataan dan apakah pula kesudahannya. – Ruhanie Ahmad

11 comments:

Akar Umbi said...

Dato' Ron,

Saya berdukacita dan sebagai menghiburkan diri sendiri, saya ingin menyanyi lagu tanpa senikata:

Lahlahlahlahlahlahlahlahlahlahlahlahlahlahlahlahlahlahlahlahlahlahlahlahlahlahlahlahlahlahlahlahlahlahlah

Unknown said...

Howdy Datuk,

Hahahahahahaha...i feel the earth shake, just like it felt before the Tsunami in 2004. I think another wave of Tsunami is coming our way, don't forget to grab a life jacket. This time it'll be a very wet one, and I'm sure, and I hope and pray, the Rakyat will get the benefit this time.

Am seriously fed up big time with the PM and his "I don't know" answers. How can he be a PM if everything else he does not know? It's as good as having a cow for a PM.

Pardon my harshness, but that comes from the heart.

epain said...

tu laaaaa...

org dah bg warning tak nak dgr...

pastu awat ali rustam yg bg komen...hang tu MP ke?...hang tau tak yg hang akan dpt undi tak percaya drpd umno melaka?...

ketamakan diri?....hmmm apa ya?...

sy rasalah kan, ni kot permintaan si sapp ni...

1) 2 jawatan menteri utk dua2 MP dia...

2) jadikan teck lee KM semula

3) teck lee nak jd dpm..

4) kerusi Mp tak cukup utk sapp..

Unknown said...

Datuk,

Sepatutnya orang UMNO sendiri yang patut buat undi tak percaya pada Pak Lah, bukannya SAPP.

Kasihan UMNO, ahli-ahlinya takut nak berubah hingga terpaksa pihak luar tolong bentang undi tak percaya.

Lepas SAPP siapa pula...?

zeme said...

Salam Datuk,

Pengkhabaran selepas SAPP, ada juga parti komponen BN dari semenanjung akan mengikut jejak SAPP hilang kepercayaan kepada kepimpinan Pak Lah. Kalau di tanya kepada Pak Lah atau kepimpinan UMNO mereka akan menafikannya lagi seperti sebelumnya. Jadi kita tunggu dan lihat kerana politik sememangnya unik.

Politic is about what u want it, when u want it, how u want to get it.." dan dalam dunia politik "there are no permanent friends or permanent enemies, there are only permanent interests..".

Wasalam.

Wasalam.

angin said...

salam dato'

apakah pendirian dato' sekiranya dato masih lagi menjadi mp bn di parlimen...dan undi tidak percaya ini dijalankan di dalam parlimen.

mat_terab said...

Dato....
apakah dato Mukhriz dan tengku Razali akan menyokong undi tidak percaya ini....?
Ada yang menuduh DS anuar mendalami SUPP tapi saya tidak yakin mungkin orang umno sendiri kerana pekara ini berlaku selepas Pak Lah menegaskan akan menpertahankan jawatannya dalam pemilihan apa pendapat dato...?

zukeri said...

SAPP bukannya Parti Maju Sabah tapi Parti Mundur Sabah. Sebab tu Sabah tak maju-maju sebab yb-ybnya macam lalang. sedar dirilah sikit SAPP.

politica said...

ABDULLAH SUDAH TERSINGKIR DALAM PRU12

Hari ini, Abdullah Badawi panik. Dia juga bimbang kalau-kalau usul tidak percaya terhadapnya yang mungkin dikemukakan oleh Parti Maju Sabah (SAPP) di Dewan Rakyat akan menerima sokongan dan menyebabkan beliau tersingkir daripada jawatan Perdana Menteri.

Kalau begitu, Abdullah memang betul-betul naïve. Beliau tidak insaf yang undi tidak percaya terhadap dirinya sudah pun diberikan oleh rakyat Malaysia menerusi PRU12 tempohari.

Ini sebabnya segolongan besar rakyat pada ketika ini tidak lagi yakin dan percaya terhadap apa juga kenyataan dan tindakan Abdullah. Ini sebabnya kepimpinan Abdullah dilanda krisis.

Apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad katakan dalam akhbar hari ini memang tepat. Kalau memang ada usul tidak percaya kepada Abdullah di Dewan Rakyat minggu depan, usul itu pasti tidak akan diluluskan.

Ini kerana pihak pembangkang nampaknya berpecah. Ada parti pembangkang yang akan menolak usul itu kerana ia mahu Abdullah terus berkuasa.

Kalau parti pembangkang ini tidak sokong Abdullah dan kerajaan dipimpin oleh orang lain, parti ini mungkin hilang kekuatan untuk menguasai sesetengah kerajaan negeri dalam PRU13.

Jika parti ini terus menyokong Abdullah, rakyat jadi tambah kecewa dan kerajaan jadi makin lemah. Ini memudahkan parti ini terus berkuasa di beberapa negeri menerusi PRU13.

Satu lagi puak pembangkang memang mahukan Abdullah disingkirkan supaya parti berkenaan dapat segera memerintah Malaysia. Tapi macam mana parti ini mahu meluluskan usul itu kalau kekuatannya hanya umpama kail panjang sejengkal sedangkan cita-citanya adalah untuk memancing di laut dalam?

Jadi, undi tidak percaya terhadap Abdullah pasti tidak akan diluluskan di Dewan Rakyat. Tapi ini tidak bererti Abdullah kuat dan berwibawa. Sebaliknya, ini kerana soal-soal teknikal sahaja.

Hakikatnya, Abdullah memang sudah ditolak oleh rakyat jelata. Ura-ura undi tidak percaya yang sedang hangat dipolemikkan waktu ini, sama ada jadi kenyataan atau tidak, adalah tambahan kepada manifestasi tidak keyakinan rakyat kepada Abdullah semasa PRU12.

Kalau Abdullah bijaksana, budiman dan insaf akan harga dirinya yang semakin dihina dan dicaci rakyat, sewajarnya beliau mengundurkan diri secara sukarela dan segera dalam tempoh terdekat ini.

Unknown said...

Dolah ni memang nak hancurkan negara. Rakyat dah kata pergi, dia dok duduk tunggu lagi. Rakyat dah tak percaya, dia kata semua orang masih sokong dia. Orang macam ni tak guna kita minta berhenti. Orang macam ni kita ramai-ramai singkirkan dia. Lepas tu kita siasat siapa yang pengaruhi dia untuk terus berkuasa? Menantu dia? Anak lelaki dia? Kalimullah? Atau, Singapura?

safemalaysia said...

iler pulak org2 SABAH (aka org Melanau..kadazan..iban..dll)
pakai nama2 nie (cumer ader 3 org jer yg okey)
Nielah "mereka" yg nak hancurkan keamanan politik malaysia..
kalau tak suker pak lah..biar lah dier turun takhta secara bemaruah..
tak pon tunggu undi 5 thn lagie..

KONON NAK JAGA KEBAJIKAN ORG2 SABAH..chess..peetuihh.. :x
PENJAJAHAN BENTUK BARU.... :x

Ahli2 MT Sabah Progressive Party (SAPP)

President
Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee
Deputy President
Datuk Raymond Tan Shu Kiah, YB
Deputy President
Datuk Liew Teck Chan, YB
Deputy President
Datuk Eric Enchin Majimbun, YB
Secretary-General
Datuk Richard Yong We Kong
Treasurer-General
Datuk Wong Yit Ming
Vice President
Encik Shim Paw Fatt, YB
Vice President
Datuk Dr Chua Soon Bui
Vice President
Datuk Frankie Chong Yu Chee
Vice President
Encik Norbert Chin Chuan Siong
Vice President
Encik Jimmy Wong Chee Khiong
Vice President / Youth Chief
Encik Au Kam Wah, YB
Vice President / Wanita Chief
Puan Melanie Chia Chui Ket, YB
Information Chief
Encik Kassim b Sulaiman
Organising Secretary
Encik Edward Dagul