Wednesday, June 04, 2008

CONTOH SOKONGAN BAWA REBAH?

Di bawah ini adalah secebis berita yang menggemparkan. Ia membuktikan wujudnya segelintir individu dalam UMNO yang jelas enggan menerima realiti perlembagaan parti.

Ia juga membuktikan betapa individu kategori ini memang hanya berjuang untuk kepentingan pemimpin tertinggi parti biarpun kenyataan mereka boleh diibaratkan sebagai sokong bawa rebah.

Sebenarnya, apa yang disuarakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Naib Presiden UMNO dan Datuk Seri Dr. Rais Yatim selaku ahli Majlis Tertinggi UMNO, dalam konteks kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor, ke dalam UMNO baru-baru ini, adalah kenyataan yang selaras dengan tuntutan Perlembagaan UMNO.

Kenyataan Muhyiddin dan Rais disokong oleh segolongan besar warga parti tersebut. Warga UMNO mengambil pendirian ini kerana mereka tidak setuju dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden UMNO yang mengatakan bahawa Ezam kembali ke pangkuan UMNO tanpa sebarang syarat atau keistimewaan setelah “tiada bantahan” oleh Majlis Tertinggi UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO.

Oleh itu, seluruh individu yang mencadangkan Muhyiddin dan Rais “perlu dirujuk kepada Lembaga Disiplin kerana sering mempertikaikan keputusan parti dan meluahkannya menerusi akhbar” perlu ikhlas dan jujur dalam perjuangan mereka.

Ini kerana tindakan Muhyiddin dan Rais menyuarakan pendapat mereka mengenai Ezam bukan “menampakkan kelemahan parti di mata rakyat.”

Sebaliknya, mereka bertindak sedemikian kerana keputusan Abdullah menerima kemasukan semula Ezam ke dalam UMNO secara tergesa-gesa adalah tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan UMNO.

Untuk menyelami suara sokong bawa rebah ini bacalah sendiri berita penuh mengenainya seperti berikut:

Gesa Muhyiddin, Rais Dirujuk Ke Lembaga Disiplin

KUALA LUMPUR 3 Jun - Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Dr. Rais Yatim perlu dirujuk kepada Lembaga Disiplin kerana sering mempertikaikan keputusan parti dan meluahkannya menerusi akhbar.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, perkara terbaru yang dibangkitkan kedua-dua pemimpin itu ialah mengenai kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor ke dalam UMNO baru-baru ini.

Menurutnya, tindakan Muhyiddin dan Rais itu menampakkan kelemahan parti di mata rakyat selain memberi ruang kepada parti pembangkang untuk mengambil kesempatan terhadap pergolakan dalaman UMNO.

''Baru-baru ini, seorang menteri dan dua ahli Parlimen UMNO dikatakan boleh dihadapkan kepada Lembaga Disiplin parti kerana bertelingkah di dada akhbar kerana menyalahi pekeliling yang melarang masalah dalaman parti dibangkitkan di luar UMNO.

''Kenapa dua pemimpin ini tidak boleh diambil tindakan seperti mereka bertiga," katanya kepada Utusan Malaysia di lobi Parlimen hari ini.

Akhir bulan lalu, Muhyiddin berharap tindakan beberapa bekas pemimpin PKR menyertai semula UMNO adalah ikhlas dan bukan satu perangkap seperti 'hadiah kuda Trojan'.

Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan, Rais membangkitkan rasa hairannya dengan sikap terlalu mudah UMNO menerima kemasukan Mohamad Ezam berbanding penerimaan bekas ahli Parti Melayu Semangat 46 (S46) sebelum ini.

Musa memberitahu, semua ahli UMNO perlu ikhlas terhadap perjuangan parti dan tidak sesekali mempertikaikan keikhlasan individu yang berpindah parti.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, semua pemimpin terutama ahli MT perlu mematuhi arahan Setiausaha Agung UMNO untuk tidak mendedahkan sebarang pertelingkahan dalaman parti menerusi akhbar.

''Semua pemimpin UMNO perlu akur untuk menjaga keharmonian parti keramat itu bagi mengelakkan salah faham antara pemimpin atasan dengan bawahan yang memungkinkan terjadinya pertelingkahan.

''Kalau pemimpin atasan boleh mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya, bertelingkah antara satu sama lain di dalam akhbar, ia menunjukkan kelemahan pentadbiran,'' ujarnya.

Syed Ali juga berharap semua pemimpin UMNO menunjukkan sikap bertanggung jawab supaya ahli-ahli di peringkat akar umbi dapat menghormati antara satu sama lain.

Katanya, ia termasuklah menyelesaikan masalah di peringkat bahagian tanpa melibatkan campur tangan daripada pihak media.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0604&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

22 comments:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Selamat melancong dato'.

Umno tak boleh bermegah kerana baru 50 tahun memerintah.Kerajaan Islam Sepanyol (Andalusia) memerintah selama 781 tahun.

Ikut tu semua ahli kena rujuk ke MT bahagian disiplin.

Akhirnya , kita semua akan dirujuk kepada Allah untuk menentukan ke surga atau neraka.Masa tu gawat,tak berguna lagi.Kembalilah kpd Quran dan Hadis.Jangan dok eksyen.Tak dak sapa nak tolong , kita jadi polong.

Akar Umbi said...

Seorang pemimpin yang berwibawa tentu dapat mengelakkan cubit-mencubit macam ni. Nampak gaya macam ada yang lari sampai tak cukup tanah.....

bronaga said...

biarlah mereka berdua dibawa mengadap ke lembaga disiplin atau jawatankuasa pengurusan Umno, nak tengok apa agak - agaknya keputusan mereka...bukan semua pemimpin dan ahli umno bodoh macam sesetengah tu...

spycatcher03 said...

"Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, semua pemimpin terutama ahli MT perlu mematuhi arahan Setiausaha Agung UMNO untuk tidak mendedahkan sebarang pertelingkahan dalaman parti menerusi akhbar."
Arab bedwi ni tahu kah apa yang dia cakap dan siapa dia? Who is he to remind members of MT? a blinking,seeking cheap publicity, Ketua Bahagian. Kalau nak cakap pun luahkan lah dalam mesy perhubungan, bahlul!!!

spycatcher03 said...

Tell Zahid, he was not defending pak lah but himself and his porfolio. What about KJ who went against government policy on Akta Mesin cetak in his maiden speech in parliment? Mengapa whip tak ambiitl tindakan? Isu yang dimainkannya adalah the favourite subject of the opposition!! Ini bukan double standard lagi, dah jadi triple-standard!!!

Quantum Metal Consultant said...

Ini merupakan senerio yang menarik di dalam UMNO kerana sudah ramai yang mula bercakap, semua ini akan membawa polimek dan seluruh ahli UMNO di ajak berfikir.

UMNO belum sampai ke penghujungnya iaitu Disember, perpecahan atau penyatuan, ahli ahli UMNO khususnya perwakilan, siaplah kantong masing2, tempah yang besar2, pulus sedang mari..big pulus

Unknown said...

Tegur salah, tak tegur salah, jadi semua serba-salah.

berasiam said...

Salam Datuk Ron

Apabila diberitahu bahawa Mukhriz dicadang untuk diambil tindakan, ramai yang berpendapat, itulah yang ditunggu-tunggu. Sebahagiannya mahu melihat Mukhriz diambil tindakan supaya dia tersingkir manakala sebahagian besar pula mahu melihat bebal sangatkah Umno mengambil tindakan kepada ahli yang berani bersuara. Mukhriz bertegas dengan pendirian bahawa dia tidak melanggar sebarang peruntukan Perlembagaan Umno.

Gesaan terbaru melibatkan TS Muhyiddin Yassin dan DS Dr. Rais Yatim.

Persamaan kedua-dua kes ini ialah penglibatan senator, iaitu orang yang tidak memperoleh mandat rakyat, golongan minoriti yang cuba menjadi jaguh mengancam pemimpin bermandat rakyat. Zaid dalam kes pertama dan Musa dalam kes terkini. Kedua-dua datang dari negeri yang bukan diperintah oleh BN. Dan dalam kes melibatkan Musa, bukankah tindakannya bersuara kepada media itu sendiri pun adalah dilarang dan melanggar arahan parti.

Juraimi Zainal said...

Inilah perangai2 pelik pemimpin dalam UMNO... Semua nak mencari nama... Buatlah macam perangai, kapal dah nak karam dah...

Bung Karno said...

kalau memberi pandangan nak kena mengadap lembaga displin, elok bubar je UMNO ni.

Ezam kutuk UMNO, sumpah seranah, masih boleh di terima masuk. Tun M kutuk Paklah, bukan UMNO tapi kena keluar.

Ezam nak join Paklah, bukan UMNO.

kulatlapok said...

SALAM K/KEPANG,

NAMPAKNYA TAK PERLU DISANGAH LAGI MEMANG BENARLAH UMNO DALAM KEKALUTAN SKARANG. TAK BOLEH BERCAKAP SECARA TERBUKA. TAK BOLEH KRITIK SCARA TERBUKA. TAK BOLEH BERBINCANG SECARA TERBUKA. KESEMUANYA NANTI AKAN MEMBUKA PEKUNG DI DADA.

SEBENARNYA (KELUAR DALAM AKHBAR)MEREKA NAK TUNJUK MEREKALAH YANG TERBAIK. MEREKALAH SEKARANG YANG BERTUNGKUS LUMUS BUAT KERJA UNTUK MENJAGA KEPENTINGAN UMNO DAN KETUANAN MELAYU.

KALAU TAK BUAT CAM TU MACAMANA ORANG LAIN NAK TAHU? SEKARANG PEMILIHAN SUDAH DEKAT, MAKA RAMAILAH YANG HENDAK MENCUBA NASIB. APATAH LAGI NANTI JIKA SISTEM KOUTA AKAN DIHAPUSKAN.

NAMUN DALAM KEKALUTAN INI, UMNO LAK TUNJUK RASA BANGGA DENGAN KEPULANGAN EZAM KEPANGKUAN MEREKA YANG BAKAL MEMPERTAHANKAN UMNO UNTUK MEMBALAS TOMAHAN 'DSAI'. (GAMAKNYA). INILAH PELUANG EZAM NAK TUNJUKAN TARINGNYA. (KOT-KOT DICALONKAN NANTI TAPI LOM LAGI DISAHKAN OLEH MT, RASENYA LULUS JIKA ARAHAN PAK LAH).

TAK TAHU LE TEMAN HEH..LANTOKLAH DEME..

http://www.kulatlapok.blogspot.com

Cucu Tok Selampit said...

Selamat melancong Dato',

Selamat pergi dan selamat kembali. Inilah kriteria juak-juak UMNO yang tak habis-habis membodek Imam Hadhari, ada had dan ada hari.

Salam.

Unknown said...

Rais Yatim lawyer. Kenapa tak terus terang saja yang Ezam tak boleh diterima masuk parti kerana pernah bertanding pilihanraya atas tiket pembangkang (1999 Shah Alam)? Rujuk Perlembagaan UMNO perkara 20.10

PAKTEH said...

Http://www.pakteh-harimauumno.blogspot.com.

http:www.shahidankasim.blogspot.com

Saya .Rone tolong publis sikit

Unknown said...

Mamak pedukang Bukit Mertajam tu nak hidup ,baru dapat senator kena bodek ,ampu sana ampu sini,lambung Pak LAH DENGAN HARAPAN SAMBUNG SEPENGGAL LAGI.Dia buta perlembagaan UMNO FASAL 20.10.Orang macam ni ada dua guni kat pekan rabu dan pasar chowrasta,Patut sangatlah Penang jatuh kat DAP,jangan dok mimpi hampa bole ambik balik Penang.

maskadove said...

sebagai ahli UMNO saya amat terkilan dengan sikap pemipin tertinggi UMNO yg lebih selesa memperjuangkan nasib mereka daripada memperjuangkan nasib ahli UMNO itu sendiri dan juga nasib orang melayu. mereka lebih cenderung kepada memperjuangkan status mereka. mereka sanggup menegakkan benang yang basah, walau hakikatnya umum dah tahu bahawa benang yg basah memang tidak akan dapat ditegakan kalau tidak disokong atau ditopangkan. sejak kebelakangan ini MT UMNO dan menteri-menteri UMNO lah yg menjadi sokongan atau topang untuk DOLAH yg umpama benag yg basah tapi masih berdiri tegak... alangkah bodohnya bangsa kita sekarang... hidup yg semakin terhimpit disebabkan petualang bangsa... ibarat kata harapkan pagar, pagar yg makan padi...
pada hakikatnya sekarang masih melayukah pak dolah... ada isteri bukan melayu... anak-nak bukan melayu jati... menantu perempuan bukan melayu... menantu lelaki tidak ada BIN... rakan penasihat kaki mabuk... berkongsi keuntungan dgn bukan melayu... malahan bukan rakyat Malaysia....
wahai bangsaku sekelian... fikirkanlah... masihkah kita perlu bergantung hidup pada UMNO... masih utuhkah wadah perjuangan UMNO... apa jasa Pak Lah pada ahli UMNO macam kita dan pada bangsanya sendiri... pak lah cuma macam lembu mandul yang telah monopous yng berada dalam induk UMNO... apa hasil yg umno boleh dapat... belanja yang tinggi untuk membela lembu induk yg telah tua lagi mandul, lagi monopous. hasil langsung tiada... nak jual daging dah tua... nak disimpan.... apa faedah yg kita dapat?
saya dah fikir masak-masak... langkah TDM keluar UMNO adalah langkah yg tepat... tetapi kalau hnaya segelintir saja yg berbuat demikian... apakah impaknya... mengapa melayu masih alpa.. tak nampakkah dgn apa yg pak lah dah buat... nak tunggu sampai bila... nak bagi dia berkuasa sampai bila... sampai kita jadi macam rakyat palestin.... sampai jadi macam rakyat selatan Thai... atau kita bakal jadi melayu Singapore.... sekarang tampok kepimpinan UMNO pun telah dicuri oleh bukan melayu/bumiputera. mamak dah semkin bermaharajalela adakah nasib melayu masih terbela...

Sama Sedia said...

Sdra Kudakepang

saya berharap Dato' membuat ulasan tentang penjelasan TDM dalam tulisan nya bertajuk "Salleh Abas saga"

seraiwangi said...

perasaan saya ketika ini bercampur2. marah, geram, benci dan meluat terhadap senario politik melayu khususnya umno. kemuncak semua perasaan tu terjadi bila kita kalah dalam kes PBP di ICJ di tangan singapura.

tak pernah dalam sejarah, saya begitu marah dengan pemimpin umno. tapi dengan sorang ni (sapa lagi pak lah la) saya tak tau kenapa.... kerana dia ekonomi kita lemah, kerana dia politik melayu haru biru, kerana dia pengaruh politik antarabangsa kita lemah dsb. pendek kata semuanya kerana dia....

dia ingat nama dia boleh naik balik ke dalam pru 14 akan datang... kalau begini corak kepimpinan yang ada, rasanya jangan harap la...

wahai pak lah... tolonglah dengar suara ini.... harap berhenti lah jadi PM kerana anda sememangnya tak layak berada di kerusi tu.... setakat bersedia mendengar pandangan semua dan buat keputusan berdasarkan suara mejoriti baik kita letak budak tadika jadi PM... kita perlukan pemimpin yang berani, tegas, kreatif dalam menyelesaikan masalah, berwawasan dan jujur. sememangnya anda tak ade semua itu

shahbandarmalakat said...

Assalamualaikum Datuk, saya ni dah mula meluat dengan berita berkaitan dengan pemimpin UMNO....saya mula tertarik membaca blog Tun M...dulu memang saya tak suka padanya...tapi sekarang ada benda yang saya boleh terima...

azlishukri said...

Sudah tiba masanya UMNO ditukar pucuk pimpinannya.

m r said...

"kenaikan Harga Petrol & Diesel: Untuk Apa?"

Isu yg menarik untuk dibincangkan.... JANGAN cepat sangat melatah dan MENYALAK... tak tentu pasal...mebe ada HIKMAYNYA dengan isu ni...

Firstly,..baru semua buka mata..hikmahnya, our govment must be transparent abt Petronas `CASH FLOW'... biar semua rakyat tahu ke mana wang itu di belanjalan - sebab sedia maklum staff petronas BONUS 6-7 month..Chairman, HASSAN MERICAN punya salary RM600,000 per anum tak termasuk others elaun.. So FUCK OFF la nak berjimat cermat konon...

Cz baru2 ni, Hassan Merican kata, ada peningkatan pelaburan pelantar2 minyak petronas... PETRONAS be supposed to restructrure all things include `CASH FLOW' - mana yg tak patut decrease la balik!!!!


Secondly, hikmahnya...kita semua kena keja kuat for our SURVIVAL - diri sendiri kena tolong dulu, tiada siapa yg akan tolong diri kita...so keje kuat2..rajin2 cari duit sebab byk kita byk komitmen.. bayar keta, rumah, bil itu ini, yuran sana sini, hutang sana sini...etc...


Hikmah seterusnya..membuatkan kita berfikir diluar kotak - kuasa kita yang menentu kerajaan - kerajaan yg membentuk dasar dan undang..
So..kita adakah kerajaan yg kita pilih ini menepati citarasa - berilah option kpd KERAJAAN BARU..ikut selera kita - TAK SESUAI kita tukar..

Jgan takut MOMOKKAN hak dan ketuanan MELAYU, membuatkan kita takut nak berubah - Sekarang tiada lagi sifat2 itu. Kita kena sedar, bangkit sebagai MELAYU baru.

RINGGIT - Thn ini aku nak sambut 1st raya pakai kemeja kerja - cz kita disunatkan memakai pakaian cantik...bukan

Unknown said...

entahlah, saya nak mengaku ahli umno pun malu!