Tuesday, December 11, 2007

Orang Kuat Hindraf
Ditangkap Oleh Polis

Kuala Lumpur, 11 Disember 2007: Penasihat Undang-Undang Hindraf, P Uthayakumar, 46 tahun, ditahan oleh pihak polis, di sini hari ini.

Beliau telah di bawa ke Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, untuk dibacakan pertuduhan ke atasnya.

Sumber-sumber memberitahu blog ini, Uthayakumar kemungkinan besar ditahan kerana peranannya menganjurkan demonstrasi Hindraf di Kuala Lumpur pada 25 November 2007.

Ahad lalu, Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu, dan Ketua Penerangan Keadilan, Tian Chua, di tahan kerana membabitkan diri dalam penganjuran gelombang kuning, di Kuala Lumpur pada 10 November 2007.

Empat orang peguam dan empat lagi aktivis pula ditahan juga kerana terbabit dalam satu acara berjalan kaki secara beramai-ramai sejauh dua kilometer, di Kuala Lumpur, pada 10 Disember 2006, sempena Hari Hak Asasi Manusia yang disambut semalam.

Sementara itu, satu pertubuhan persahabatan Islam dijangka mengadakan satu demonstrasi di Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada 16 Disember 2007.

Oleh kerana pertubuhan ini dikatakan penyokong kuat Abdullah, banyak pihak berminat untuk mengikuti perkembangan sama ada pihak polis juga akan melakukan tangkapan ke atas para penganjur demonstrasi itu kelak.

Bagaimanapun, persepsi umum pada hari ini membuat satu kesimpulan bahawa segala demonstrasi baru-baru ini mungkin tidak berlaku kalau Pentadbiran Abdullah dikatakan tidak lemah dan tidak pincang. Adakah begitu hakikatnya?

1 comment:

the indie story said...

Dengan izin Tuan punya blog

Salam DATO' serta Rakan-Rakan yang dirahmati Allah swt sekelian.

kalau ada kelapangan masa, jom masuk blog KAMI. mungkin kita boleh bertukar fikiran dan pendapat secara rasional tanpa mengharapkan kesan glamour dan populariti daripada Astro.

Optimis mungkin.