Friday, November 09, 2007

Kadam-Kadam Beruang Hitam
Mensabotaj Gelombang Kuning?

Kini terdapat sekumpulan kadam suruhan seorang anak muda codenamed “beruang hitam” sedang menyebarkan risalah di sekitar Kuala Lumpur dan Lembang Klang. Kadam-kadam berkenaan diarah oleh bosnya untuk menggagalkan gelombang kuning yang akan menggelora daripada Dataran Merdeka menuju ke Istana Negara, Kuala Lumpur, Sabtu, 10 November 2007, mulai 3.00 petang.

Kadam-kadam “beruang hitam” juga menyebarkan berita bahawa bos mereka telah mengarahkan sekumpulan “askar upahan” untuk memprovokasi peserta gelombang kuning supaya bertindak liar di sepanjang perjalanan mereka menuju ke Istana Negara.

Jangan terpedaya dan jangan patah semangat. Pastikan gelombang kuning akan tetap menggelora. Sepatah kata hebahan dalam Malaysia Today (http://www.m2day.org/), sebaik sahaja perarakan tiba di perkarangan Istana Negara, seramai 10 orang wakil gelombang kuning akan diperkenankan masuk mengadap dan menyampaikan memorandum yang mengandungi hasrat dan cita-cita rakyat jelata kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Lantas, buktikanlah kepada dunia bahawa gelombang kuning memang sebenar-benarnya satu perarakan aman. Mulakanlah langkah dengan bacaan ikrar Rukun Negara. Susulilah ikrar itu dengan nyanyian lagu Negaraku. Laungkanlah kalimah: Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, di sepanjang perjalanan dengan penuh semangat membelah angkasa.

Bergeraklah dengan penuh sopan santun dan budi bahasa. Junjung dan araklah Jalur Gemilang dengan penuh tertib dan gaya perwira negara. Jangan layan apa jua bentuk provokasi yang mungkin dicetuskan oleh kadam-kadam “beruang hitam”. Jalan dan terus berjalan dengan langkah perkasa, mengikut alir dan arus gelombang kuning menuju ke Istana Negara.

Dengan susun cara seperti di atas, mana-mana pihak yang berusaha menggagalkan gelombang kuning adalah kelompok yang mahu mengkhianati rakyat jelata daripada mengadukan nasib mereka kepada Rajanya. Dengan susun cara seperti di atas juga, kalaulah terjadi sesuatu yang tidak diingini, cepat-cepatlah katakan bahawa itulah angkara “beruang hitam” dan kadam-kadamnya yang sedang mabuk kuasa!

Insaflah. “Beruang hitam” sedang bekereja keras untuk mencipta “collateral damage” yang akan dijadikan bahan bukti kononnya gelombang kuning adalah satu tindakan tanpa budaya.

Oleh itu, jangan izinkan gelombang kuning diperdayakan oleh mana-mana pihak. Gelombang kuning bukan berhasrat mencari “collateral damage”. Sebaliknya, gelombang kuning mencita-citakan “collateral advantage” demi kesejahteraan Malaysia dan rakyat jelatanya.

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku!!! – Ruhanie Ahmad

5 comments:

jjueco said...

Datuk,

Pagi ini saya terdengar berita di Radio yang menyatakan bahawa perarakan itu tidak mendapat permit. Saya sememangnya ingin hadir bersama-sama yang lain ke perarakan ini.

Kamalkamal said...

Datuk,
Semakin hari, semakin menjadi tindakan KJ ini. Yang pastinya "perlindungan" daripada ayahmertuanya digunakan sepenuhnya.

Ahli-ahli UMNO di PWTC mungkin tidak berani bersuara menentang KJ kerana KJ telah menyediakan bertandan-tandan pisang di sana.

wutever said...

jumpa di sana!

mdkamel said...

Awas.Awas.Awas. Kadam-kadam atau provokator ini akan bertindak "dalam pagar" - bukannya di "luar pagar" untuk menghuruharakan keadaan, seolah-olah ianya dimulakan oleh para peserta perarakan.

kudakepang said...

Jue, Kamal, Azlan dan Mdkamel, terima kasih.

Jue: Soal permit, ikut kata Abdullah, tak ada. Namun saya difahamkan oleh pihak penganjur, gelombang terus menggelora dengan penuh sopan santun, budi bahasa dan tata tertib.

Kamal: Soal KJ kita ikutilah saja gelagat dia.

Azlan: Insya Allah kita ketemu esok.

Mdkamel. Tepat sekali, provokasi memang dari dalam oleh kadam-kadam beruang hitam. Waspadalah.

Secara umum harap rujuk posting saya mengenai Jalur Gemilang dan link kepada Malaysia Today mengenai tips penting kepada peserta.

Salam takzim.