Saturday, November 10, 2007

Gelombang Kuning Menggelorakan
Suara Rakyat Jelata Ke Istana Negara

Dalam tempoh kira-kira tiga jam, Dataran Merdeka Kuala Lumpur, dijangka menyaksikan kemaraan gelombang kuning – gelombang warna dan jiwa yang mencerminkan kesungguhan ratusan ribu rakyat jelata untuk menyampaikan satu memorandum mengenai pilihan raya adil dan bersih kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Menurut penganjurnya, gelombang kuning adalah satu perarakan secara aman yang dilambangkan dengan kibaran Jalur Gemilang dan laungan kalimah Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, dengan nada syahadu yang menggema di angkasa.

Perarakan ini akan dirakamkan oleh puluhan wakilan media antarabangsa dan juga pihak-pihak yang prihatin dengan keluhuran hak asasi manusia. – Ruhanie Ahmad

5 comments:

Rockybru said...

cantik pulak kuning ni tok!

kudakepang said...

Rocky, terima kasih.

Yellow all the way!

Salam takzim.

BudakJB said...

Assalamualaikum Datuk,

Demo tu demo juga. Harap-harap kita tak hanya menjadi kuda tunganggan beberapa insan yang inginkan pangkat serta kedudukan (tapi dah terlepas atau tak dapat-dapat). Mereka-mereka ini sudah kaya raya, dan kalau rakyat susahpun, bukan mereka pedulipun. Bila dah dapat pangkat & kedudukan, kroni-kroni mereka juga yang akan kaya...

kudakepang said...

Budakjb, terima kasih.

Sindiran anda cukup tajam dan mednghiris. Bagaimanapun saya langsung tidak tersindir kerana saya membuat laporan mengenai peristiwa ini dari niat ikhlas saya untuk berjuang dan menyumbang ke arah kesejahteraan bangsa kita yang kini mula mahu diinjak-injak oleh kuasa asing yang rakus. Sebagai anakjb, pastinya anda insaf apa yang saya katakan di sini.

Salam takzim.

BudakJB said...

Datuk,

I hormati perjuangan Datuk, dan tak berniat untuk menyindir Datuk atau rakan-rakan rapat yang lain. Hanya saya kuatir, perjuangan kita dipermainkan oleh beberapa insan hypocrit, konon-kononnya berjuang untuk rakyat.

I do also hates current administration, but just be cautious with who our friends are, and who we think is our leader.

Jangan nanti, menang bersorak, kampong tergadai. Nanti anak-anak kita juga yang susah ...