Saturday, November 24, 2007

Friday, November 23, 2007

Abdullah, Berhentilah Serta-Merta

Politica
[
http://politica-net.blogspot.com]

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memang wajar mengundurkan diri dari persada kuasa Malaysia. Kosongkan jawatan Perdana Menteri dengan segera. Kosongkan lain-lain jawatan dalam kerajaan dengan serta-merta. Lepas itu panggil perhimpunan agung luar biasa UMNO untuk letak jawatan presiden parti.

Lintah darat serupa Khairy Jamaluddin dan Patrick Lim yang selama ini bagaikan sokong membawa rebah, jangan sekali-kali masuk campur. Ini urusan Abdullah dengan rakyat. Ini masalah Abdullah dengan negara.

Rakyat makin derita berketuakan Abdullah. Negara tambah kucar-kacir dipimpin Abdullah. Demi rakyat dan demi negara, Abdullah kenalah korbankan jawatannya yang sedang jadi sumber rezeki seluruh lintah darat di sekelilingnya.

Abdullah tak payah lengah-lengah, tak payah tangguh-tangguh. Balik dari sidang CHOGM kali ini, kemaslah pejabat dan tinggalkanlah Seri Perdana. Lepas itu, ucapkanlah selamat tinggal kepada persada kuasa buat selama-lamanya.

Setelah tak ada apa-apa jawatan, baca semula puisi Ku Cari Damai Abadi. Abdullah kena tanya diri sendiri, benarkah selama jadi Perdana Menteri, yang dicarinya bukan harta bertimbun-timbun untuk hidup kaya; bukan wang berjuta-juta untuk hidup bergaya; dan bukan kawan-kawan untuk hidup berfoya-foya?

Sesudah itu, Abdullah jawablah pertanyaan suara hati sendiri, benarkah yang dicari selama jadi Perdana Menteri, adalah Al-Ghazali dan Al-Shafie? Benarkah yang mahu dibongkar oleh Abdullah selama ini adalah kitab suci untuk cari pedoman dan sunnah nabi untuk jadi panduan semoga dapat menikmati hidup yang damai abadi?

Untuk pengetahuan Abdullah, apa yang saya suarakan di sini hanya tuntutan saya sendiri kepada pemimpin yang sudah tidak lagi saya yakini. Tapi, janganlah Abdullah terkejut kalau tuntutan saya ini sama dengan tuntutan gelombang rakyat di seluruh negara.

34 comments:

Unknown said...

Saya sokong 200 peratus. Ya. Undurlah. Kosongkan kerusi PM seberapa segera. Rakyat dah lama sengsara. Rakyat dah lama derita. PM cuma sibuk soal anak beranak dan kutu-kutunya. Ya. Undurlah segera.

Unknown said...

I sokong. I sokong. This PM must go ASAP. Let him becomes a free citizen to enjoy durians with Gen Lee Hsien Loong everyday. Set him free to shake hand with Bush everyday. Bid him bye bye so he can go sailing with Michelle Yeoh everyday and far far away. Let him go, let him go, we don't want to see him for another day. I sokong you Politica. Abdullah must leave right away.

Unknown said...

Saya sedih dan hiba baca posting Politica. Tapi, saya lebih sedih dan lebih hiba mengenangkan nasib negara dan bangsa. Pergilah Abdullah. Kami tak akan tanya mengapa mesti kau pergi kerana kau sendiri tahu jawapannya di dalam hati.

Unknown said...

Loh, kok gitu riwayatnya Bapak Abdullah. Tapi, kalau ikut contoh Pak Gusdor, memang bagus Bapak Abdullah lekas-lekas undur. Kalau tunggu lama-lama, nama jadi binasa. Kalau undur sekarang, nama baiknya masih bisa dikenang.

kudakepang said...

Azam, Cina, Nakhoda dan Keni, terima kasih.

Saya pun turut sedih. Abdullah saya kenali sejak 1969. Masa tu dia pegawai di Kementerian Belia dan Sukan di Jalan Gurney Kuala Lumpur.

Saya tak akan ulas komen anda semua. Segala-galanya terserah kepada Abdullah dan takdir Allah SWT.

Salam takzim.

Mohd Shani said...

Dengan keadaan sekarang semua akan setuju AAB berhenti tapi siapa penggantinya ?

NTR - kalau tersabit dengan Altantuya, lagi memalukan !!!

Siapa boleh ganti AAB ?
Tak kurang juga masalah ni !!!

kudakepang said...

Di bawah ini saya siarkan komen dari seorang Hamba Allah yang menggelarkan dirinya sebagai Penjaga Kandang Kuda. Mesej ini dikirimkan kepada saya menerusi SMS pada jam 3.35 pagi Sabtu, 24 November, 2007. Kata pengirim komen ini, beliau tidak dapat mengirimkan komennya direct ke internet kerana masalah teknikal di kawasan kejiranannya. Mesejnya adalah seperti berikut:

YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.

Renungkanlah kata-kata ini:

“Maruah Bermula Denganmu Pak Lah”.

Demikianlah kata-kata propaganda picisan mengenai anda yang terpampang di papan-papan iklan di seluruh negara. Demikianlah bunyinya slogan murahan yang berusaha memartabatkan anda sebagai manusia yang kononnya mulia dan kononnya memulakan keramatnya nilai murni yang ditakrifkan sebagai maruah.

Jadi, demi maruah anda, demi maruah ayahanda dan ibunda anda, serta demi maruah nenda anda yang amat dikenang jasanya dan disanjung mulia namanya oleh masyarakat Islam seluruhnya, saya dengan ini merayu dan menasihatkan anda untuk berbuat sesuatu yang betul-betul bermaruah.

Saya merayu dan saya nasihatkan anda, sambut dan terimalah cadangan rakyat jelata Malaysia dengan dada terbuka supaya anda dengan jujur, dengan cara bermaruah dan cara terhormat, meletakkan jawatan Perdana Menteri dengan serta-merta.

Itu sajalah lagi tindakan anda yang dapat ditakrif oleh rakyat jelata Malaysia sebagai bermaruah. Itu sajalah satu-satunya perbuatan bermaruah yang mampu anda lakukan pada saat dan ketika ini.

Selamat bersara dan bertaubat. – Penjaga Kandang Kuda.

Berita dari gunung said...

Tun awal-awal lagi sudah menyatakan perkara yang sama. Ada orang yang menjangka Tun berkata demikian kerana pemerintahan kini cuba memperlekehkan khidmat bakti Tun. Seolah ada usaha untuk memadam dakwat tertentu dalam sejarah pembangunan negara.

Lalu ada yang tergamak menuduh Tun "gila talak" dan tidak percaya kepada kemampuan orang lain. PM sendiri tidak langsung berlapik ketika merujuk kepada Tun sebagai "orang tua itu".

Setelah mendengar kritikan Tun, setelah mengetahui tindakan balas PM dan barisannya, setelah melihat gelagat Khairy, setelah mengisi petrol yang sudah melonjak mahal, setelah melihat pelbagai peristiwa dalam negara dan luar negara, saya masih nostalgik dengan era Tun.

Dulu ada sense of belonging. Dulu diterap rasa sayang pada negara. Dulu dapat hidup selesa walau gaji tak seberapa. Hidup yang dulu ada arah dan berpandu.

Ada satu istilah iaitu sportsman. Orang macam ini, kalah pun masih steady. Kerajaan kini didokong kuat oleh pasukan yang pernah kalah pada tahun 1987. Team itu ada sportmanship?. Kita boleh tanyakan soalan itu sejuta kali pada YB Radzi.!

Sportsmanship satu hal, Statesmanship satu hal yang lain, malah lebih penting.

Unknown said...

Kalau pak lah masih nak jadi PM, pertama pecat semua budak2 tingkat 4 terutama menantunya KJ. Merka semua punca segala masalah negara. jemput Tun Dr Mahathir jadi penasihat bersama think tanknya yang dulu. terbukti segala dasar TDM memajukan negara. KJ & The Gang punca segala masalah di Malaysia ni. Kalau tak mahu jugak pi lah menetap di PERTH bersama kapal layarmu. Hidup TDM

Kamalkamal said...

Datuk,

Saya turut bersedih bila baca posting ini. Ini kerana Datuk Seri Abdullah (AAB) belum pun tamat satu penggal menjadi PM, rakyat sudah mula bersuara minta beliau mengundurkan diri.

Kalau ditinjau keadaan politik, ekonomi dan sosial yang semakin hari semakin teruk tanpa mendapat reaksi positif untuk membaikinya, maka AAB mesti bertanggungjawab atas segala ketidakmampuannya ini. Jalan terbaik, meletakkan jawatan.

Dengan membiarkan menantu kesayangan terkinja-kinja dalam politik telah memberi imej buruk kepada AAB. Hanya kroninya saja yang menyokong KJ. Lain-lain banyak yang menyumpah dan menyampah atas tingkah laku KJ...mungkin Datuk Khir Toyo (KT) ada hadiah untuk diberikan kepada KJ.

Suasana ekonomi global kurang stabil. AAB selaku menteri kewangan tidak mampu untuk menangani masalah ini. Kesannya rakyat akan ditindas dengan pelbagai kenaikan harga barang. Yang jelas petrol, gas dan tol mempunyai asas yang kuat untuk dinaikkan.

Keruntuhan sosial dikalangan remaja terutama remaja Melayu semakin menjadi-jadi. Nampak Islam Hadhari tidak mampu menangani masalah ini.

straycat's strut said...

Just to say it is a straight forward request and well-said...

Guess who is the biggest traitor for the malay race and malaysia as a whole?

It is sad that he is a malay, a muslim and a malaysian.

I used to laughed at Gus Dur because he did not looked like he knew what he was doing, angry at George Bush for his lies and deceptions, disgusted at marcos for accumulating wealth that belong to his rakyat, howard and blair for acting like puppy dogs...

I guess now I have to laugh at myself for having a pm with all those qualities...

ms said...

turunlah Abdullah secara hormat, sebelum rakyat turunkan secara tidak hormat !

AFRAR YUNUS said...

salam datuk
harga barang melambung-lambung. harga tepung sudah naik berbelas ringgit. shafie afdal kata, belum naik lagi. tnb untung billion- masih mahu naikkan kadar tarif, tol nak naik lagi, gas nak naik, petrol juga begitu. semualah nak naik. kesian orang kampung. sebenarnya kehebatan yang ada kepada pm ke 5 ni, luar biasa. menantu berhingusnya seperti tidak dapat dikawal oleh pm. spin doctor berkelulusan form five mengawal media. menjadi pula penasihat hadhari. datuk, rakyat sudah semakin muak.

zarul74 said...

kita berharap Pak lah segera berundur sebelum keadaan negara semakin tenat.

WE LOVE UMNO.WE LOVE MALAYSIA MORE.

zeme said...

Pesanan rakyat buat Pak Lah,
Andai khidmat gagal terserlah,
Berundur segera bukan beralah,
Jangan sampai negara lelah.

fikirkan lah PM Pak Lah..
kami sayangkan negara malaysia bukan untuk hanya semalam, bukan juga untuk setakat hari ini tapi untuk hari mendatang selamanya.

Unknown said...

Saya harap Abdullah bijak membaca the writings on the wall mengenai dirinya. Sudah sampai masanya Abdullah berundur segera. Kalau tunggu lama-lama, Abdullah akan tersungkur secara hina.

jjueco said...

Yes, I support. We should remove HIM. The sleeping PM all the time....

Laksamana said...

UNDUR.......!!!(dah berbuih)
Perkataan undur hanya mampu kita kata katakan tapi apa ia mampu jadi realiti...??? Tolong laahh saya mungkin rasa sengsara perit pedih bagaikan ditusuk duri yang amat sangat,rakyat jelata pelbagai kaum pun turut terasa....Kenapa bila tinggi gah di angkasa lupa pada asalnya.....PM lah contoh yang ternyata....Kalau di dunia mewah kaya raya...rakyat terabai neraka jawabnya...kenapa sana sini demontrasi kecoh sana sini.....Ada PM bertanya kenapa.....???!! yang tau tunding pada pembangkang....NO!! jawapan yang ternaya salah....saya bukan pembangkang...penyongkongmu dulunya....kesal dengan sikapmu bagaikan boneka......bak lembu di tusuk hidung.....FIKIRRRR!!!! dimana kebajikan rakyat...?? Sekadar zon pembangunan wilayah...??!! sapa yang dapat manafaat?? kontraktor - kontraktor yang dapat tender tersebut bukan....??
rakyat masih jadi suruhan/atau layaknya khadam pada si kaya.....yang susah tetap susah....yang kaya terus layaknya kaya.......Kata demokrasi?? kenapa perlu ada sebegini....?? ini layak nya jadi negara detaktor....di tegur sikit rakyat tak indah(cara betul ikut undang - undang)...rakyat buat demontrasi gelabah...sana sini sekatan jalan raya....susahkan rakyat.....
tapi....ia tetap ader juga kenapa....rakyat dah naik muak....!!!muak dengan segala janji.....Nah ader sejenak saya terpikir adalah bagus Tun M kembali memerintah......bukan nak di manja tapi...yang penting di masih dilandas kebenaran.....
WAHAI!!! rakan - rakan ku semua marilah kita satukan tekad nyahkan penderhaka negara ini .............dari kerusi pemerintah.......Tun M bagun lahh dari diamMu bantu lah kami.......YAALLAH Kau berilah kami kekuatan dan bantulah hamba mu ni.........

Unknown said...

Dulu saya peyokong kuat Abdullah. Waktu dia terbuang saya salah seorang yang layan dia bila datang ke Segamat. Hari ini Abdullah sudah tak saya kenali lagi. Dia sudah berubah. Dia relakan dirinya dikuasai menantunya yang gila kuasa dan mabuk kuasa. Budak berhingus tu tau apa? Sejarah UMNO pun dia tak kenal, nak suruh kita orang UMNO dengar cakap dia. His, dia agak dia tu sapa? Abdullah rosak dan hancur pasal budak tulah.

Sekarang dah sampai peringkat tenat. Selama ni kita diam dan tengok je. Mana tau Abdullah insaf dan taubat. Tapi tak. Makin lama makin jadi. Menantu dia pun makin lama makin besar kepala dan besar tembolok. Nafsunya makin buas. Dahlah gitu. Jadi ejen asing pulak. Dia dikuasai oleh orang asing yang nak kuasai pemimpin kita. Dengan Abdullah beri muka pada menantunya bermakna Abdullah beri muka pada orang asing, macam Singapura dan Amerika. Sapa boleh terima kedaaan macam ni?

Berundurlah Abdullah. Berundurlah segera. Kami orang UMNO bukan tak sayang Abdullah. Tapi kami lebih sayangkan parti, agama, bangsa dan negara. BERUNDURLAH ABDULLAH….

spycatcher03 said...

Datuk , saya perturunkan komen saya terhadap demo handraf pada 25 NOB di laman beritakmu.com:

Kita harus melihat perkembangan terkini dalam negara kita secara realistik. Adakan gerakan2 yang sedang berlaku ini merupakan manifestasi rakyat terhadap kepimpinan negara sekarang? Adakah keadaan ekonomi kita kukuh seperti yang di 'spin'kan oleh mereka2 yang diupah? Adakah pemerataan kekayaan oleh negara kepada rakyat sampai kepada sasaran nya?
Dalam sudut lain pula, adakah kerajaan perihatin atas rintihan2 rakyat dalam espek kehidupan yang kian meyempit dgn haraga barang2 keperluan harian melambung tanpa sekatan? Adakah kementerian dan agensi kerajaan memainkan peranan masing2 untuk menangani kemelesetan mutu kehidupan rakyat?
Dalam kemelut kaum India yang terkini , beberrapa soalan harus di nilaikan. Adakan MIC telah memainkan peranan untuk membela nasib kaum ini? Setakat mana? Apa yang dapat dilihat MIC hanya mengkaya kan orang2 tertentu sahaja, sedangkan pemulihan status kaum ini tidak diberi perhatian yang serious oleh pemimpin MIC, sehingga tega meyalahkan ketuanan melayu oleh pemim pin racist yang mengepalai demo ini.
Harus juga dipersoalkan tahap ketelusan yang perlu diamalakan oleh Pak Lah. Dalam negara yang mempunyai berbilang kaum ini tahap ketelusan ada batasan nya demi menentukan keharmonian rakyat dalam konteks keselamatan negara. Kalau perkara2 yang boleh membawa kepada kruntuhan perpaduan kaum , sepatutnya ditangani dengan bijak. Saya setuju bahawa api harus dikawal agar tidak menjadi besar. Kawalan inilah yang memerlukan pemimpin2 yang menangani keselamatan negara , bijak merancang dan bertindak untuk "to nip in the bud'. Adakah menteri dan IGP mempunyai kepakaran untuk menangi isu2 spt ini? Dimana perginya kehebatan SB yang berjaya menanagi ancaman kominis dan may 13 dulu disamping dapat mewujudkan keselesaan dan keharmonisn rakyat selama ini? Masih relevan lagikah pasukaN INI? Tak kan pihak PDRM hanya menjadi agensi reaktif semata2? Tak kan SB tak ada 'prior information' untuk mengambil tindakan eksukutif yang berupa proaktif? Saya pasti episod semalam dapat berada ditahap minimal sekiranya PDRM mengambil dan merancang tindakan proaktif secara professional!!!!!!!
What say you, Datuk?

The Eugenist said...

Salam Datuk..

Ada seorang lelaki tua. Dia mendapat sebuah kapal layar yang cukup indah, diberikan kepadanya oleh seorang pelayar yang sudah diketahui kejaguhan pelayar ini menembusi cabaran arus gelombang lautan.

Lelaki tua ini ada seorang pembantu, Kidam. Tugas Kidam ialah untuk mencuci kapal2 hingga ke buritannya.

Satu hari, Kidam telah merasakan yang sudah sampai waktu untuk dia menjadi Nakhoda, walaupun pengalamannya umpama setitis dakwat di tengah lautan.

Oleh kerana Kidam damba benar hendak menjadi Nakhoda, ditebuknya kapal tersebut. Maka semakin tenggelamlah kapal ini, tanpa disedari oleh lelaki tua ini yang bukan sahaja tidak sedar bahawa kapal itu telah terpesong haluan, malah kapal itu, sedikit sebanyak semakin tenggelam...

HESMEL FAZNEE FAISAL

Anonymous said...

Datuk Ruhanie,

With due respect, I wish to let it be known that it is very hard for me to watch any interview or video recording of AAB. I find him very "jijik" for a man who project himself as pious man by his aloofness, insensitivity to the plight of the marginalized, and careless and irresponsible stewardship of the country as prime minister.

Just go.

kamarulzaman ahmad said...

Salam,

Pepatah UMNO sebaik sahaja KJ mahukan jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan tahun 2004 ialah

'Pak Lah rebah kerana menantu'

Tetapi semua harus ingat, ada dua kemungkinan, pertama ialah Pak Lah melepasi ujian ini dan ada kesannya, dan kedua Pak Lah gagal ujian ini, juga ada kesanya.

Berita dari gunung said...

Ada sedikit masalah.

Setengah menganggap kemelut seperti yang berlaku kini adalah cabaran yang harus ditempuhi. Dalam keadaan itu, dia tidak berundur, malah terus mara dengan kefahaman dan kekuatan yang ada.

Pak Tun Tuah said...

AAB telah dibuai mimpi dinyayikan oleh menantunya dan juak-juaknya. Oleh kerana lena dengan mimpinya, apa yang berlaku akan dipersoalkan balik olehnya pada yang bertanya!. Lemah sungguh minda AAB. Saya sokong apa yang dituliskan oleh saudara...Jika tidak negara ini akan dikuasai oleh menantunya dan juak-juak yang berkelaparan mencari keuntungan mengisi kantungnya.....Berundurlah AAB demi bangsa, Ugama dan negara....

kudakepang said...

Sahabat-sahabat yang saya hormati, terima kasih.

Saya poskan tulisan Politica ke blog ini untuk memastikan denyut nadi masyarakat umum terhadap Abdullah mutakhir ini.

Dalam tempoh empat hari saya dapati lebih 90 peratus yang menghantar komen masing-masing menyokong tulisan Politica. Selebihnya pun menyokong tapi dengan nada yang kurang jelas.

Saya harap posting ini akan dipantau pihak-pihak berkenaan untuk disampaikan kepada Abdullah. Sesudahh itu, semoga Abdullah bertindak sewajarnya.

Ada diantara komen anda saya cedok untuk menghiasi sidebar di muka depan blog ini.

Saya ucapkan terima kasih sekali lagi dan salam takzim.

banghuris ghutghut said...

kudakepang wrote: Dalam tempoh empat hari saya dapati lebih 90 peratus yang menghantar komen masing-masing menyokong tulisan Politica. Selebihnya pun menyokong tapi dengan nada yang kurang jelas.
---
tidakkah perlu juga kudakepang jelaskan pula sikap dan pendirian kudakepang sendiri thd apa yg POLITICA suarakan?

kudakepang said...

Banghuris, buat kesekian kalinya saya ucapkan terima kasih dan selamat berkunjung ke KK.

Pendirian saya jelas dan nyata. Kalau ditelusuri seluruh posting saya kebelakangan ini Banghuris akan memperolehi jawapannya. Dan, kalau nak tau lebih jelas dan lebih nyata silakan baca kedua-dua buku baru saya THE TOYOL CODE dan GELOMBANG KUNING GELOMBANG RAKYAT.

Salam takzim dan salam perjuangan dari saya.

Ben said...

Demi negara yang tercinta
Di curahkan bakti penuh setia
Demi Raja yang di sanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi

Kepada Paklah yang dimarah
Sodah tiba masa untuk kau bela
Ambil sekeluarga pi Australia
Untuk cuti selama-lamanya

kakitidur said...

Kepada Pak Lah,
Di sini say sebagai seorang rakyat Malaysia yang tidak mahu melihat negaranya kucar kacir ingin menyeru Pak Lah supaya bertaubatlah diusia Pak Lah menjangkau 68 tahun. Bertaubatlah dengan beramal ibadat kepada Allah memohon keampunan ke atas dosa-dosa Pak Lah. Bertaubatlah dengan melepaskan jawatan kerana Pak lah sekarang ini telah jauh menyempang dari apa yang Pak Lah laungkan dahulu. Yaa Pak Lah telah tersesat jalan kerana telah dipimpin oleh seorang anak muda yang tiada berilmu akhirat. Pak Lah telah disongsangkannya melalui anak perempuan Pak Lah untuk lupa kan akhirat sehingga Pak Lah sendiri telah terjerumus kedalam kehinaan.Saya tahu Pak Lah masih ingat ajaran-ajaran ugama yang diajar oleh ayahanda dan nenda Pak Lah. Lebih-lebih lagi Pak Lah sendiri telah mengambil jurusan Pengajian Islam di UM sana walaupun hanya kerana kegagalan jurusan ekonomi. Kita rakyat Malaysia tidak mahu melihat Pak Lah kecundang kelak dengan limpahan fitnah dan dosa. Ingatlah pada arwah Kak Endon. Dia lebih perlu kepada doa Pak Lah. Dia lebih perlu kepada bacaan ayat-ayat suci alquran untuk disedekahkan kepadanya dari harta yang menimbun itu. Nasihatlah anak-anak Pak Lah Kamarudin dan Nuri supaya berdoa untuk arwah emak mereka. Ajarlah isteri Pak Lah yang baru itu dengan ilmu-ilmu Islam yang sebenarnya. Ingin Pak Lah pepatah Melayu ada mengatakan menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudia tiada gunanya.

din merican said...

Dato,

Masuk gelanggang perjuangan demi maruah bangsa. Jangan ratit saja. Salam

Serishidah said...

Aku pun dah menyampah tengok muka Pak Lah dan KJ, dah lah tipu rakyat lepas hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. rakyat dah taknak, masih lagi nak jadi PM. Orang macam dia ni memang tak boleh jadi pemimpin, zaman gemilangnya dah tamat, pi tido je lah!

hobbyshop said...

setelah di teliti segala kemelut yang melanda,mula mula permilihan sapa yang nak bertanding ,kemudian tentang pelantikan menteri besar,yang terbaru kes ahli lompat parti pula,apa ni tok lah,cukup dah ang dok mai tipu kami,macam macam idea hang koridor utara la tengah la, semua ada,buat apa semua tu tok lah oiii,lani hang pikiq la sikit tentang kami ni golongan petani ni,kami orang kampung tak mau semua tu ,baik hang ambil duit tu buat bagi subsidi minyak lagi baguih ni dak yang kaya lagi kaya ,yang miskin hangpa tekan tak mau mau,pastu hang kata pula kerajaan tak boleh nak tanggung duit subsidi minyak dah,macam mana nak tanggung hang pi perabih duit kat tempat lain.orang beli barang harga seringgit hang pa pi bayar 4 ringgit,
tok lah turun lah tok lah ,,kami merayu kat hang tok lah,,,

bn@umno said...

biarlah DSAAB memerintah lagipun aku rasa kalau PR ambil alih lagi teruk drpd DSAAB agaknya, lebih-lebih lagi kalau DSAI yg menjadi PM lagi hancur malaysia.