Friday, November 16, 2007

Akibat Ledakan Gelombang Kuning
Abdullah Dalam Keadaan Tertekan?

Datuk Seri Abdullah Ahmad kini dikatakan dalam keadaan amat tertekan dipercayai akibat keengganan beliau memberikan permit kepada perarakan gelombang di Kuala Lumpur, Sabtu, 10 November 2007.

Beliau juga diberitakan menghadapi tekanan akibat kekasaran pihak polis sewaktu menangani segolongan para peserta gelombang kuning.

Sumber-sumber memberitahu blog ini bahawa beberapa negara asing telah pun menghantar surat kepada beberapa agensi pemerintah Malaysia mengenai gelombang kuning.

Surat-surat tersebut datangnya daripada beberapa negara Islam di Asia Barat, daripada United Kingdom, daripada Amerika Selatan dan beberapa anggota ASEAN.

Sebilangan besar negara berkenaan dikatakan kesal dengan cara pemerintahan Abdullah menangani gelombang kuning.

Majoriti rakyat jelata pula kesal kerana kengganan Abdullah memberikan permit kepada gelombang kuning disifatkan sebagai tindakan yang tidak menghormati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara Malaysia.

Pada waktu yang sama, sebilangan rakyat akar umbi di kampung-kampung juga kini mula berani bersuara lantang dan menuntut Abdullah mengundurkan diri secara terhormat.

Sementara itu, adalah difahamkan bahawa kempen kuning yang pertama kali dicetuskan ideanya oleh blog ini dijangka menerima sambutan yang menggalakkan.

Kini penganjur gelombang kuning dikatakan menerima banyak panggilan telefon dan e-mail daripada rakyat Malaysia yang mahu membeli baju-t gelombang kuning. – Ruhanie Ahmad

JOM CERIAKAN MALAYSIA DENGAN PAKAIAN WARNA KUNING MULAI SABTU INI!

5 comments:

A Voice said...

Kalau nak Gelombang Kuning kali ini, janganlah benarkan ahli politik macam Anwar "hijack" dan ketengah isu-isu berbau politik kepartian. BIarlah ia benar-benar suara rakyat.

Isu-isu yang menyusahkan dan merisaukan smua rakyat banyak sekali ... dari segi ekonomi, sosial, keugamaan, keselamatan, dan sebagai rakyat negara berdaulat, isu kedaulatan negara, yang mana ini melampaui lingkungan politik kepartian. Isu2 yang orang tak berparti atau ahli biasa apa2 parti, pembangkang atau pemerintah, sama-sama bimbangkan.

Rasaya tak perlu juga perhimpunan awam yang tak berpermit. Kita boleh guna cara "civil disobedience ala Mahatma Gandhi. Sebagai contoh, hari minggu bila kita keluar beriadah untuk jogging dan exercise secara peribadi, kita pakai kuning dan lalu di istana negara & negeri dan tasik-tasik. Warna kuning, warna ceria.

Sudah masa kita menyatukan isu2 yang merisaukan sebagai rakyat. Perkara yang divisive atau memecahkan seperti isu agama kita ketepikan dahulu dan hadapi dengan fikiran yang jelas kemudian apabila suasana telah dibaiki.

Mengenai ini, saya rasa pihak Bar Council harus elak forum inerfaith mereka yang dijadualkan Desimber 9. Ia lebih membawa perpecahan rakyat dari penyatuan rakyat.

Jangan sebut lagi Perhimpunan Bersih, yang berbau kepartian. Kita sebut sahaja Gelombang Kuning.

Gelombang kuning nama gerakan,
Ceria dan aman, kesinambungan warisan,
Simbol rakyat untuk menyuarakan,
Ketidak puas hati dan kehilangan keyakinan.


Buat diri saya yang telah saya luahkan dalam tulisan pantun/ syair Dilemma November Sepuloh Haribulan, apa2 pembabitan raja harus dilakukan mengikut undang2. Saya tak setuju sekali kita kembali kepada pemerintahan Monarchy Absolute!

The Eugenist said...

Salam..

Gelombang pasti meranapkan segalanya yang goyah..

Insya'allah

blackpurple @ jowopinter said...

Sama-sama kita bersihkan sampah-sarap yang lama bergumpal! Tak perlu dikitar semula.

wutever said...

sy akan ke tempat kerja sabtu ini dengan mengenakan pakaian yang sama dipakai ketika menyertai himpunan tersebut. tambahan pula ramai rakan sekerja bertanya kepada sy mengenai gelombang kuning(ramai kalangan mereka agak kabur dan takut2 untuk hadir, ditambah dengan penggunaan perkataan haram dan rusuhan. rasa seperti wakil syarikat pun ada :) juga, walaupun saya hadir atas kapasiti blogger).semoga gelombang kuning tersebut akan menjadi pencetus arus perubahan sebagaimana gelombang oren yg berlaku di ukraine

kudakepang said...

Voice, Eugenist, Jowopinter dan Amiruddin, terima kasih.

Secara umumnya, adalah akademik untuk kita terus bincangkan soal itu dan ini mengenai gelombang kuning. Seperti saya tegaskan dalam posting terbaru saya hari ini, gelombang kuning dah bertukar jadi fenomena gelombang rakyat di mana ianya sudah mula dirasai dan dikhuatiri oleh pihak pemerintah.

Dinamika gelombang rakyat ini memerlukan kepimpinan bukan dari kalangan BERSIH. Bukan juga dari kalangan establishment mutakhir. Inilah yang perlu diatasi semoga gelombang rakyat mencapai cita-cita mengkoreksi kepincangan dan kelemahan kepimpinan Abdullah secara komprehensif. Macam mana caranya, saya tak tau. Tapi, usaha mengkoreksi Abdullah amat mendesak dan amat perlu.

Salam takzim.