Wednesday, August 31, 2011

Pengerusi Yayasan Karyawan Dr Hassan Ahmad meninggal

KUALA LUMPUR 31 Ogos – Pengerusi Yayasan Karyawan dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Hassan Ahmad meninggal dunia pada pukul 2 petang ini di kediamannya di Petaling Jaya.

Anak keduanya, Hasmirawati, 33, berkata, bapanya meninggal dunia sebelum sempat dibawa ke hospital berhampiran selepas mengadu sakit perut sejak awal pagi tadi.

Dr Hassan, 74, meninggalkan seorang balu Datin Hamimi Mohamad Shariff, 68, dan dua anak perempuan.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara, dekat sini, pagi esok sebelum Zohor. – Bernama

Ps: Terakhir sekali saya dan Allahyarham duduk semeja sewaktu majlis berbuka puasa anjuran PERKASA di Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur dua minggu lalu. Perjuangan beliau dalam bidang bahasa tidak ternilai tingginya. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan sentiasa dalam golongan orang solihin. Alfatihah!

3 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan mulia disisi Allah.

Alhamdulillah beliau setakat terlibat dalam isu PSMI. penyokong Perkasa dan tidak terlibat dalam BERSIH seperti sekor lagi tu..

Anonymous said...

Allahyarham dilihat sebagai seorang yg sangat rasional dgn pendiriannya dlm kemelut PPSMI & kelangsungan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan...

Anonymous said...

Surah Rahman - recitation by Syed Sadaqat Ali