Ruhanie Ahmad
Penduduk Malaysia mutakhir ini seramai 27 juta orang. Seramai enam peratus daripadanya adalah warga emas dalam linkungan usia 60 tahun ke atas. Mereka adalah daripada pelbagai kategori berikut:
• Pesara perkhidmatan kerajaan dengan pencen bulanan.
• Bekas-bekas tentera perkhidmatan singkat dan tanpa pencen.
• Bekas pekerja swasta yang hanya menerima wang daripada KWSP sewaktu persaraannya.
• Kaum lelaki bekas petani, nelayan, penarik beca, pemandu teksi, peniaga kecil dan lain-lainnya yang tidak langsung mempunyai pencen.
• Kaum wanita selaku peniaga kecil atau yang sepanjang hayatnya hanya menguruskan rumah tangga dan mendidik anak-anak mereka.
Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengummkan pemberian duit raya kepada pesara kerajaan baru-baru ini, hanya warga emas dalam kategori satu di atas sahaja yang gembira dan bersyukur kepada Allah di atas rezeki yang diperolehinya.
Tidak boleh dielakkan, warga emas dalam empat kategori di atas pula pasti berasa iri hati. Mereka tidak boleh berbuat apa-apa, melainkan menggigit jari.
Lantaran itu, semalan ada seorang sahabat menghubungi saya dan mencadangkan kerajaan memikirkan nasib empat golongan di atas. Katanya, hendak buat seribu daya; kalau tidak, sejuta dalih.
Katanya lagi, memang kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan konsep negara kebajikan sejak dulu hingga sekarang. Kita tak hairan jika pihak pembangkang pun terikut-ikut sama.
Tetapi, kata sahabat itu lagi, konsep kebajikan kerajaan BN ini hanya dijalankan sama ada secara adhok seperti pemberian bantuan kebajikan bila rumah rakyatnya terbakar atau rakyatnya ditimpa tragedi; dan secara makro seperti pemberian subsidi kepada harga minyak petrol dan diesel, minyak masak, gula dan sebagainya.
Tindakan ini baik. Kerajaan membelanjakan berbilion ringgit mengenainya. Malangnya, ini agak kurang disedari atau being taken for granted sebagai tugas kerajaan terhadap rakyatnya. Lantaran itu penghargaan terhadapnya tidak menyeluruh.
Dengan itu, sahabat saya mencadangkan semoga kerajaan BN memikir dan melaksanakan dengan segera skim bantuan bulanan secara menyeluruh kepada kesemua warga emas di atas umur 60 tahun yang tidak menerima sebarang pencen kerajaan atau swasta.
Sahabat saya menamakan skim ini sebagai DANA PENGHARGAAN KERAJAAN KEPADA WARGA EMAS TANPA PENCEN. Cadangan ini menjentik sanubari saya. Ianya cukup elok. Jumlah warganegara Malaysia dalam empat kategori di atas pun kecil bilangannya.
Sahabat saya mengandaikan jika jumlah warga emas Malaysia dalam empat kategori di atas adalah 300,000 orang dan kerajaan BN mampu memberikan sebanyak RM100.00 setiap bulan, jumlahnya baru mencecah RM30 juta sebulan dan RM360 juta setahun.
Kepada saya jumlah ini besar. Sahabat saya membentak, jumlah ini kecil jika dibandingkan dengan wang untuk membiayai pusat-pusat pemulihan penagih dadah, PLKN dan lain-lainnya. Apa yang perlu dan penting, kerajaan BN wajar mempunyai iltizam politik untuk menubuhkan dana khas ini.
Menurut sahabat saya, dana ini akan memberikan faedah kepada seluruh warga emas tanpa pencen daripada semua kaum dan semua ideologi siasah. Jika BN laksanakan perkara ini, jasa BN akan dikenang sepanjang hayat.
Katanya, setiap pekerja bergaji pada hari ini diperlukan menyumbangkan sebanyak RM2.00 setiap bulan kepada tabung ini. GLC pun begitu juga. Jumlahnya biar berpatutan. Mereka dimestikan membuat caruman bulanan kepada dana ini.
Wang pekerja yang dicarumkan ke dalam KWSP dan SOCSO dan dilaburkan, keuntungan mereka perlu dipotong setiap bulan dengan kadar yang munasabah.
Saya kurang arif mengenai cadangan sahabat saya seperti di atas. Tetapi, saya yakin cerdik pandai di Kementerian Kewangan, Jabatan Perancangan Ekonomi (EPU) dan lain-lainnya pintar mentafsir gagasan ini. Saya juga yakin dana yang dicadangkan oleh sahabat saya ini akan menerima sokongan rakyat jelata Malaysia seluruhnya.
Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri…

39 comments:
Tapi.... rakyat Terengganu dapat semuanya DANA Raya, DANA Remaja, DANA Pelajaran dan 1001 DANA..hinggakan nak beli seluar dalam pun guna duit DANA. Juak-juak PAS pun terima DANA dari kerajaan Negeri. Apa lagi yang tak cukup tak taulah...
Tuan tanah..sebenarnya skim ini boleh dilaksanakan tanpa perlu caruman oleh pihak lain. Britain sudah lama melaksanakan skim ini. pencen utk semua warga tua nya.
alasan nye mudah.warga tua ini telah membayar CUKAI kpd kerajaan lebih 30 tahun..bayangkan pekerja swasta yng tidak pernah mendapat manfaat seperti perkhidmatan kesihatan percuma sprt kakitangan awam membayar cukai tanpa mendapat manfaat seperti kakitangan awam.sedangkan kakitangan swasta bnyk menyumbang kpd kemajuan negara..
kengkadang orng kafir lebih berkebajikan dr orng Islam sendiri..
Tahniah dato'
Sebagai orang muda yg cepat panas telinga dengan kerenah beberapa kerat pemmpin umno akhir akhir ini,saya masih mampu"gembira" dengan komen dan pandangan dato.Semoga "kehadiran" semula dato kekancah politik akan membawa dimensi baru.Selamat berpuasa
Salam dato.
Saya amat bersetuju dengan komen komen dato.
Semoga kehadiran"semula"dato kekancah politik akan memberikan satu dimensi baru kepada seluruh rakyat malaysia.
Salam bahagia Dato Ron, dan selamat berpuasa.
Selepas membaca “Duit raya dan warga emas tanpa pencen” tulisan dato disini, mungkin ramai warga emas merasa lega seketika untuk mengetahui adakah slogan 1 Malaysia Rakyat di dahulukan boleh menjadi kenyataan.
Selamat berpuasa dan istirehat.
DD - Sunway
Salam Dato.. saya sokong pendapat Dato membantu beban warga emas.
Jumlah perbelanjaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diluluskan bagi tahun ini mencecah RM752,922,000.00, meningkat RM252 juta berbanding had asal RM500 juta.
Pecahan perbelanjaan meliputi RM21,328,00.00 bagi kos emolument, RM723,893,530.00 untuk perkhidmatan dan perbekalan, RM6,220,000.00 bagi aset dan RM1,480,470.00 untuk pembayaran dan kenaan bayar tetap termasuk ganjaran kepada kakitangan awam.
Jumlah itu, dikemukakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menjawab persoalan Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook yang memintanya menyatakan jumlah perbelanjaan untuk program itu bagi tahun ini.
Salam Tok,
Ini betul-betul cadangan baik. Mudah-mudahanlah DS Najib buat apa yang Datuk cadangkan. Memang lunyai pembangkang kalau ini dilaksanakan….
Saya cukup setuju cadangan ini. Senyum lebar Mak saya bila saya ceritakan tulisan Datuk padanya. Kata Mak saya, kalau Datuk Seri Najib bagi kat dia RM100.00 dia nak simpan duit tu buat beli kain kapan dan belanja pengebumiannya. Sedih tapi ikhlas komen ini.
Datuk, selamat berpuasa. Dengan seriusnya saya cadangkan Sharizat Bollywood baca tulisan ini dan buat kertas kerja untuk melaksanakannya.
Kalau betul-betul dalam bajet kali ni Najib nak atasi kos hidup rakyat, cadangan ini perlu dia fikirkan dan laksanakan.
1Malaysia. Rakyat didahulukan, prestasi diutamakan. Saya sokong cadangan ini 150 peratus.
kalau macam ini, saya sokong sangat Dato jadi menteri jaga kebajikan rakyat malaysia.. Betul Dato.. kesianlah warga emas di kampong2.. Faham sajalah Dato, tiap kali mengundi nampak dacing tapi dacing lupa timbang rasa.
Ok Dato teruskan, saya tetap menyokong Dato..
Kalau Najib berani umumkan peruntukan pendahuluan untuk pelajar IPT, apa salahnya Najib laksanakan dana untuk warga emas yang tak berpencen? Salam hormat dari saya Datuk….
Semoga Allah swt panjangkan usia Dato untuk perjuangkan pencen warga emas. Dato tubuh NGO 1 WARGA EMAS tentu ramai yang sokong.
Mintak Petronas dan lain-lain GLC yang sihat bantu kerajan BN untuk projek ini. Jangan asyik kaut untuk tapi lupakan orang kampung yang amat setia kepada BN. Syabas Datuk.
Ya Allah, mudah-mudahan cadangan ini jadi kenyataan. Berilah peluang ibu saya nikmati hasil kemakmuran negara hingga ke akhir hayatnya.
I am with u Sir
I also sokong one. My dad already 68 retired penanam sayur. Now he only sits at home doing nothing and no income anymore..
Aku rasa bajet PLKN tahun depan cecah 1 billon.. Jadi ada baiknya bantu warga emas yang telah banyak berjasa pada kita. Tanpa ibu dan ayah tiadalah kita lahir di dunia.
Bagus Dato, teruskan menulis untuk kesedaran kepimpinan yang ada.
Saya amat setuju pembentukan dana ini. It shld have been adopted long ago 'workers oldage pension' yang merupakan caruman kecil dibuat olih pekerja untuk bekalan semasa pencen kelak selain dari EPF. Kerajaan hanya membantu dari segi pengurusandan suntikan dana jika perlu!! sokong!!!!Spycatcher
Terusik jiwa saya baca posting datuk kali ini. Saya sokong. Anak-anak memang nak balas jasa ibu bapa mereka. Tapi mereka juga terpaksa jaga kebajikan anak-anaknya sendiri. Setahun sekali baru terlebih pitih bagi ibu bapa. Kalau kerajaan ada dana untuk mereka, lega sikit rasa anak-anak mereka yang terpaksa jaga anak-anak sendiri (cucu mereka). Salam...
Yes! golongan ini telah di terlupakan dalam dalam arus pembangunan negara.
Mohon PM wujud peruntukan untuk warga ini dalam bajet akan datang ini. Ganjaran dari Allah sangat besar apabila kita dapat membuat warga ini tersenyum...
Salam Ramadhan Dato',
Bagus cadangan dato'! Sy sokong sepenuhnya jika hasrat dato' ini direalisasikan. Apalah sangat nilai wang yg diberikan kpd sekumpulan kecil warga emas, tidak luak manapun duit tu. Setelah sekian lama mereka menyumbang kpd negara (walaupun jasa mereka tidak seberapa), bukankah kita patut membalasnya dengan memberi sedikit kelegaan dan kesenangan mereka mengharungi usia emas? Setidak-tidaknya duit itu kembali kpd rakyat juga. Tak begitu dato'?
-kudatongkat
Alangkah bagus kalau Dato menjawat menteri. Sudah tentu anak2 dan cucu warga emas akan terus meyokong pemerintahan BN. Adakah penukaran kerajaan Putrajaya boleh warga emas mendapat pencen sara hidup?
Datuk Ron,
Pencen warga emas termasuk untok OKU dan ibu tunggal.
5J/SB
NEGARA KABAJIKAN PAS
PRINSIP PERJUANGKAN NEGARA ISLAM TELAH BERUBAH MENJADI MEGARA KEBAJIKAN - Jangan lupa PRU 13
Saya sokong 100 peratus Warga Emas perolih wang pencen. Kenapa PM tidak umum pekara ini? Jasa bakti Warga Emas tidak ternilai dan tiba masanya di balas dengan ganjaran pencen.
Salam...
Kebaikan skim pencen warga tua ini dari segi ekonomi dan sosial boleh meliputi:
1)meningkatkan kesihatan golongan tua
2)meningkatkan status sosial golongan tua
3)meningkatkan maruah dan perasaan keyakinan di kalangan golongan tua yang tidak ingin bergantung kepada ahli-ahli keluarga
4)mengurangkan risiko dera dalam kes individu yang tua dan lemah
5)membolehkan golongan tua makan sekurang-kurangnya sekali sehari
6)memastikan golongan tua menikmati perkhidmatan dan kemudahan asas seperti jagaan kesihatan, tempat tinggal dan sebagainya
7)menanggung seluruh rumahtangga secara tidak langsung terutamanya rumahtangga yang mempunyai anak yatim yang diketuai oleh golongan tua
8)memperkukuhkan tanggungjawab negara
9)melegakan atau mengurangkan beban anak-anak dewasa
10)menyokong pertumbuhan ekonomi dan pembentukan kerja-kerja di mana rakyat akan lebih sedia mengambil risiko
11) Agaknya Pilihan raya 13 dijangka bulan 11-11-11???
Dato.. kajian di Malaysia menunjukkan 32% daripada golongan miskin adalah terdiri daripada golongan warga tua yang merupakan 5.9% populasi kita. Golongan wanita terutamanya didapati lebih susah menyimpan daripada golongan lelaki atas sebab-sebab seperti upah yang lebih rendah, tanggungan anak, hayat hidup yang lebih panjang dan sebagainya. Terima kasih tidak terhingga jika kerajaan sudi memberi pencen untuk warga emas.
Idea Dato isu ini amat bagus tetapi adakah pihak atasan terfikir untuk membantu golongan seperti ini. Bagaimana kehidupan seorang petani atau nelayan bila meningkat usia 60? Kehidupan mereka amat menyedihkan bila kita turun padang. Kepada YB wakil rakyat harap beri sokongan dalam usaha ini.
Salam dan Selamat Berpuasa
Kerajaan yg prihatin terhadap rakyatnya sentiasa peka dan mengambil berat akan kebajikan rakyat demi kelangsungan hidup terjamin. Dalam tulisan datuk, sepatutnya sudah lama dana ini diperuntukkan khas untuk golongan warga emas, terutama sekali bg mereka yg tdk punyai sumber pendapatan lain spt pencen.
Tidak perlu tunggu kisah hidup warga tua ini disiarkan di kaca tv, baru ada pihak turun padang beri sumbangan. Itupun nak tunjuk muka dalam tv seolah-olah sudah byk sgt sumbangan yg diberi kpd masyarakt. Elok sgt sekiranya dana ini diwujudkan, dapat juga menyenangkan warga emas mengharungi liku-liku akhir sisa kehidupan.
Syabas datuk! Sy doakan usaha murni datuk ini bakal dijayakan 1 hari nanti. InsyaAllah!
Hari ini DS Najib arah jimatkan letrik. Banyak lagi boleh dijimatkan kalau lampu jalan tak mati sebelah malam tapi menyala sebelah siang, paip bocor di tepi jalan dibaiki segera, kakitangan awam dilarang bawa balik sampul surat baru untuk muatkan barang-barang peribadi, kalau ada majlis tak payah pakai baju sedondon, kalau ada majlis rasmi tak payah hidang jamuan melampau-lampau dan sebagainya. Penjimatan ini kan boleh dicarumkan kepada DANA WARGA EMAS yang Datuk cadangkan, betul tak? Pokoknya, macam Datuk tulis, kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak, berjuta dalih. Moga-moga hati DS Najib terbuka untuk melaksanakan dana ini. Insya Allah.
tahniah dato'. I think your suggestion is a great idea for the government to at least also include wargaemas into the 1Malaysia concept and a good way to show that govt also appreciate golongan ini. 6 percent is a big number.
Din
Namakan apa saja skim tersebut...yang pentingnya, golongan ini harus diberi penghargaan tanpa mengira kaum dan fahaman politik serta terbatas kepada yang tidak termasuk dalam senarai penerima pencen tetap bulanan dan juga yang mendapat bantuan tetap sara hidup dari JKM.Pemimpin atasan mesti buka mata luas-luas dan perah otak untuk bersama PM lakukan 'tranfomasi'...bukannya menyedap badan saja...kalau tak mampu, letak jawatan atau berhenti dari jadi calon! Saya menyokong penoh 'KUDA KEPANG'!
Satu cadangan yang baik dan menyeluruh, sebab sekarang pun ada bantuan tapi tak sampai kepada semua golongan rakyat yang memrlukan.Hanya golongan tewrtentu saja yang dapat terutaman suku-sakat orang 2 tertentu.Itu sebab ada rakyat marah dengan kerajaan disebabkan terdapat pegawai yang tidak amanah.taqpi jika dasar ini dilaksanakan kepada semua golongan 60 tahun keatas maka tiada lagi masalah birokrasi macam kami di Semporna hanya oranga yang pandai bodek saja baru dapat macam 2 bantuan walaupun tak layak
Well wrtitten, Bung
Tahniah dato, mungkin dari rencana ini PM buat tindakan hari ini.
RM1.4b untuk bantu 500,000 golongan memerlukan - PM
24/08/2011 3:38pm
PUTRAJAYA 24 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebanyak RM1.4 bilion diperuntukkan bagi membantu kira-kira 500,000penerima bantuan kebajikan masyarakat melalui Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA).
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan yang akan diberikan pada setiap bulan itu bagi membantu kumpulan sasar yang antaranya terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal, dan kini termasuk balu askar dan polis.
Katanya, langkah itu bagi memastikan golongan tersebut tidak terus berada dalam keadaan terpinggir dan terbiar dalam masyarakat.
"Dalam kemelut ekonomi dunia, kita lihat ada ekonomi negara tertentu yang bukan sahaja tidak menentu tetapi menguncup, ada juga negara yang pencen orang bersara terpaksa dipotong dan bantuan kebajikan terpaksa dikurangkan.
"Tetapi alhamdulillah (di) Malaysia bukan sahaja kita dapat meneruskan program ini malah dapat menambah lagi jumlah peruntukan untuk rakyat dan untuk mereka yang amat memerlukan," katanya ketika melancarkan program tersebut di
pejabatnya di sini, hari ini. - Bernama
Saya sebagai seorang bekas tentera yng tidak berpencen ,amat berterima kaseh diatas cadangan YB Dato' yang di keluarkan di Utusan Malaysia hari ini. Mudah2an kerajaan yang dipimpin oleh BN akan berkekalan selama lamanya ,Isallah..Sukaimi /Segambut
Dengar sini wahai orang swasta sekelian , kalau betul kerajaan yang ada sekarang nak tolong orang swasta bukan dengan cara menaikkan umur persaraan ,banyak faktor penting boleh di fikirkan contohnya berikut;-
1;- Naikkan faedah KWSP mengikut umur seperti umur 20an 5%, umur 30an 6%, 40an 7%, 50an 8% dividen KWSP mereka.
2;- Tiap-tiap tahun awal persekolahan anak mereka, dibenarkan keluarkan RM1000 dari akaun dua KWSP masing-masing, lagipun itu memang duit mereka orang swasta .
3;- Adakan insuren kesihatan dan kematian berkelompok pada pencarum KWSP yang bersara . Kalau matipun anak bini mereka terbela dari segi pelajaran dan kehidupan.
4;- Asingkan fakta orang Swasta dan orang kerja kerajaan, sekarang ni ramai yang fikir tuntutan Ceupac adalah tuntutan orang swasta juga. Sebenarnya 11 juta pencarum kwsp orang swasta jarang menuntut apa-apa pada kerajaan yang ada. Selalunya tuntutan Ceupac (Orang kerja kerajaan )yang bermain di media massa.
5;- imuniti (Kekebalan) pada pekerja lama orang swasta yang bekerja di sektor perkilangan perlu ada. sebabnya kelompok tua ini menjadi sasaran pembuangan kerja, penindasan kerja , pertukaran kerja tampa rela dan macam-macam hal lagi.
6;- Kerajaan harus menyatakan kemanakah saluran wang KWSP di gunakan digunakan. Kalau ada 11 juta pencarum kali dengan RM100 seorang kemana duit tu , buat apa duit orang swasta ni ?
7;- Kerajaan dan NGO patut menubuhkan satu PARTI ORANG SWASTA ,orang kerja kerajaan tidak layak. dengan kekuatan 11 juta pencarum boleh mengubah undian pilihan raya PRU 13. Tapi apa pula kebajikan pada ahlinya…berbaloi ke jadi ahli parti tersebut. Fokus perjuangan untuk orang swasta.
8;- Kerajaan patut membersihkan cerita duit KWSP orang Swasta sebanyak 6 billion yang dipinjam pada Felda , betul ke digunakan untuk bayar bonus peneroka felda dan bonus kakitangan kerajaan . Kerana ini tidak patut berlaku setelah penat lelah dan menahan maki hamun boss, duit KWSP orang swasta bagi dekat bonus peneroka dan bonus kakitangan kerajaan raya 2011 baru-baru ini.
Post a Comment