Saturday, August 27, 2011

PAS: Mat Sabu dan Mat Indera

Ruhanie Ahmad




Saya cukup kagum membaca kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, yang membela Mat Indera --- komunis Melayu --- kononnya sebagai wira negara.

Inilah buktinya beliau seorang yang buta sejarah. Oleh kerana beliau pemimpin nombor dua dalam PAS, inilah juga dalilnya bahawa PAS kini dipimpin oleh salah seorang yang buta sejarah.

Maka, saya silakan Mat Sabu datang ke kampung-kampung pendalaman di Muar dan Batu Pahat untuk menjalankan kajian bagi menyokong kenyataan ini.

Di Muar, saya cadangkan Mat Sabu menjelajah kampung-kampung di kawasan Parlimen Pagoh, Ledang dan Bakri. Di Batu Pahat, jelajahilah kawasan Parlimen Parit Sulong, Air Hitam, Seri Gading dan Batu Pahat.

Lebih spesifik lagi, kalau Mat Sabu ke Parlimen Parit Sulong, jelajahilah kampung-kampung di Dewan Undangan Negeri Seri Medan dan Semerah – Sejagong, Parit Warijo, Air Putih, Parit Sulong, Parit Maimon, Separap, Parit Sidek, Sungai Nibong Darat dan Lubok Darat.

Selaku bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, saya arif dengan kampung-kampung ini. Lebih-lebih lagi, saya dari Kampung Separap bersebelahan dengan Parit Maimon, kampung Panglima Salleh Selindang Merah yang memimpin sekumpulan pahlawan Melayu bagi menumpaskan kezaliman gerila Komunis Bintang Tiga pada tahun 1945.

Di Kampung Air Putih, temuilah Haji Sharif Peto. Pastinya beliau akan menghuraikan bagaimana seluruh penduduk Melayu di kampung itu melarikan diri dan meninggalkan kampung halaman mereka selama berpuluh-puluh tahun akibat serangan gerila PKM.

Lawatilah Kampung Sungai Nibong Darat. Di sana ada sebuah surau. Tanya penduduk sekitar, khusus Wak Sumito. Tanya kepada mereka apa jadi di surau berkenaan sewaktu gerila Bintang Tiga bermaharalela pada zaman itu.

Pastinya Wak Ito dan lain-lain warga emas di kawasan itu akan menyatakan bahawa di surau itulah gerombolan PKM berpesat arak dan menyembelih babi di zaman itu.

Datanglah ke Parit Maimon. Temuilah Haji Yusof Mohd Salleh --- anak Panglima Salleh. Beliau boleh temukan Mat Sabu dengan beberapa warga emas yang pernah menjadi Pahlawan Parang Panjang bersama-sama ayahandanya.

Temuilah orang tua-tua di Parit Sidek. Mat Sabu pasti akan mendengar kisah bagaimana gerila PKM merebus orang Melayu dalam kawah besar yang berisi minyak kelapa panas menggelegak.

Kalau sudi singgah ke Separap --- kampung saya sendiri --- temuilah Haji Samad Yunos. Pastinya beliau boleh tunjukkan kepada Mat Sabu kawasan serumpun buluh yang rimbun yang menjadi pusara kepada sekeluarga Melayu yang ditanam hidup-hidup oleh gerila PKM. Inilah tugu peringatan mangsa gerila PKM di kampung saya.

Haji Samad juga boleh bawa Mat Sabu melawat tapak bekas Rumah Pasong (balai polis) Kampung Separap di pinggir Sungai Simpang Kiri di mana Mat Indera pernah di lokap di balai itu buat beberapa hari supaya orang kampung melihat sendiri wajah komunis Melayu.

Kalau sudi lagi, jumpai ibu saya, Hajah Rukiah Haji Suleiman, 87 tahun, Tanya beliau tentang kisah keganasan gerila PKM. Pastinya ibu saya akan ceritakan bagaimana satu keluarga --- adik kepada ayahanda beliau – mati dibedil gerila PKM di depan mata keluarganya. Ibu saya juga pasti akan bercerita kisah berpuluh-puluh rumah di bakar sampaikan penduduknya jadi sehelai sepinggang.

Jika Mat Sabu masih belum yakin lagi, kunjungilah Perpustakaan Awam di Bandar Penggaram, Batu Pahat. Di sama tersimpan dokumen dan data mengenai keganasan gerila PKM di daerah tersebut.

Jika beliau masih tidak puas hati, telefon saya, kerana dalam simpanan saya ada satu tesis sejarah mengenai kepengganasan gerila PKM di Batu Bahat tulisan seorang rakan sekolah saya di Muar --- anak Bukit Pasir Batu Pahat --- bernama Salmah Brix. Atau pun hubungi Hajah Zaharah Nawawi --- seorang penulis --- yang pernah menjalankan kajian untuk bukunya mengenai Panglima Salleh.

Saya mencabar Mat Sabu melakukan kajian ini kerana saya mahu buktikan kepadanya bahawa beliau adalah buta sejarah dalam konteks kenyataannya mengenai Mat Indera, sekali gus buta sejarah mengenai siapa yang perlu dikategorikan sebagai pejuang bangsa atau pengkhianat bangsa di Malaysia.

36 comments:

Anonymous said...

Mat Sabu la pejuang bagi menghapuskan rupa melayu di bumi malaysia ini.Mat Sabu akan jadi macam mat indera.Mat sabu la akan jadi pejuang kominis melayu moden.

SESTER said...

dia dah cakap dah, apabila mereka berjaya tawan putrajaya, mereka akan ubah catatan sejarah.

Ini baru pucuk pokok tersebut.

putera said...

Apa yang Datuk tulis adalah benar. Mat Sabu jangan jadi macam orang sasau tah tentu pasal. Kami silakan datang ke kawasan yang Datuk sebutkan. Harap Mat Sabi insaf/ Kalau tak elok Mat Sabu masuk hutan join komunis.

Anonymous said...

Saya cabar orang PAS minta Mat Sabu tarik balik kenyataannya. Kalau tidak memang PAS la ni memang dah jadi DAP.....

Anonymous said...

Apa kita peduli dia nak ubah sejarah negara? Kita sepatutnya kerja keras supaya dia tak sampai hajat nak ke Putrajaya dan tulis semula sejarah negara ikut kehendak DAP. PAP kat Singapura pun dah tulis semula sejarah pulau tu. Habis tak ada sebut pun pasal orang Melayu. Tak percaya? lawATILAH MUSIUM SEJARAH DI SINGAPURE.

Anonymous said...

Saya hairan macam mana manusia macam Mat Sabu boleh jadi Tim Presiden PAS. Rasa-rasanya kenaikan beliau ada kena mengena dengan konspirasi asing yang diusahakan oleh PKR. Kalau tak, mana orang bukan ulamak pimpin PAS dan kalau tak macam mana orang buta sejarah boleh angan-angan nak kuasai pemerintah. Saya harap NGO Melayu akan kutuk manusia macam Mat Sabu ni.

Anonymous said...

Mat Sabu memang kelabu. Lagak macam ulamak tapi harap lagak je. Substance ulamak elek. Tadi saya baca online newspaper, dia kempen orang Melayu yang tak sesuai dengan PAS atau UMNO masuk DAP. Apa nak jadi dengan Malaysia Datuk?

Anonymous said...

Pada tahun 80-an Mat Sabu nak bawa revolusi Iran ke Malaysia. Kali ini Mat Sabu kata komunis sebagai wira negara. Dia ni sapa? Makhluk perosak bangsa ke? Cukup malang kalau Malaysia diperintah oleh DAP-PKR-PAS. Tonggang langgang kita semua dibuatnya. Orang Melayu dan Islam akan digadaikan kepada DAP dan mungkin Singapura. Saya cabar orang PAS bangkit singkirkan Mat Sabu yang hari-hari merapu hendak-hendak lagi setelah dia makan budi DAP kebelakangan ini.

Anonymous said...

Berkemampuankah dia nak buat research, nampak gayanya tak mencapai standard...

Anonymous said...

Dengan ini saya menyeru seluruh anggota pasukan keselamatan, baik polis atau tentera serta keluarga mereka untuk membedal Mat Sabu, PAS, DAP dan PKR dalam PRU13 ini. Apa guna kita sokong PAS, DAP dan PKR yang buta hati, komunis dikatakan perwira sedang komunis inilah yang membunuh beribu-ribu anak Melayu yang berkhidmat dalam polis, tentera dan polis khas di zaman darurat. Jom ramai-ramai kita balun Mat Sabu yang dah separuh mengong. Kita musnahkan DAP. Kita hapuskan PKR.

Anonymous said...

Kenyataan Mat Sabu membuktikan PAS kini sudah jauh tersesat jalan. Saya sebagai orang Melayu dan Islam tak bolehb terima kata Mat Sabu bahawa komunis adalah wira pejuang kemerdekaan Malaysis. Hanya orang otak songsang je cakap macam ni. Hanya orang setengah tak waras je yang tergamak kata komunis yang bunuh Melayu sebagai wira kemerdekaan negara.

Saya dengar video clip ucapan Mat Sabu. Dia nak samakan komunis Melayu yang bernama Mat Indera di Johor dengan Tok Janggut di Kelantan. Tok Janggut pejuang Melayu tak bunuh Melayu/Islam. Mat Indera orang Melayu yang tergamak bersekongkol dengan cina komunis untuk bunuh polis-polis Melayu. Walaupun ketika itu zaman penjajah, tapi polis-polis Melayu ni bermati-matian untuk mempertahankan bangsa agama dan tanahair mereka. oleh itu kalau Mat Sabu kata darah mereka dihalalkan, biarpun oleh komunis, ini samalah dengan fakta PAS yang dulu kata UMNO bersekongkol dengan MCA sebagai kafir tapi la ni PAS sendiri bersongkongkol dengan DAP tapi tak ada fatwa kafir.

Anonymous said...

Saya rasa Mat Sabu adalah seorang yang kurang cerdik. Sebab itu berkata sebegitu. Amat malang kepada sebuah Parti yang membawa obor Islam mempunyai seorang pemimpin sedemikian, Timbalan Presiden pula tu.

Melihatkan wajah dan luahan kata-katanya, saya boleh memberikan kesimpulan bahawa dia sememangnya bukanlah seorang pemimpin yang mempunyai kebijaksanaan yang diharapkan.

Dia hanyalah seorang Badut yang mengikut telunjuk seseorang bilamana melakukan sesuatu perkara. Bukan semata-mata kerana Allah, tetapi ada agenda yang tersembunyi disebaliknya...

Kesian pada parti yang membawa obor Islam yang sepatutnya memiliki akhlak untuk dijadikan suri teladan pada generasi Malaysia Masa Hadapan.

Anonymous said...

mcm mana bodohnye kuda kepang bleh tuduh mat indera tu komunis? sifirnya mudah,, siapa lawan british di waktu itu digelar komunis.. british jajah negara waktu tu.. polis waktu tu bekerja utk british sebagai mata-mata british.. Nama penuh Mat Indera ialah Ahmad Bin Indera seorang berdarah pahlawan daripada keturunan datuk bentara Husin Lela pahlawan siak seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak. Mat Indera ni bukan calang2 pemuda kerana dia hafaz Quran iaitu seorang Hafiz yang juga merupakan murid kepada seorang guru agama iaitu Kiai Haji Fadzil Bentan. Dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.

Anonymous said...

Datuk, di bawah ini saya muat-turun kenyataan Mat Sabu DARI SURATKABAR PAS pasal kenyataannya yang kini dibantah dan disanggah oleh pelbagai pihak. Kenyataan ini seolah-olah dia nak salahkan Utusan. Tapi, kenyataan ini juga membuktikan Mat Sabu bercakap ikut hidung dan kaki. Maknanya, dia hentam dan belasah. Kalau tidak, takkanlah dia tak ingat apa dia cakap. Baghal betul Timbalan Presiden PAS ini. Tapi bagus. Hari ini bekas-bekas tentera dan polis nak serang hendap PAS dalam PRU13.

Saya perlu tengok rakaman" - Mohamad Sabu

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau akan meneliti rakaman ceramahnya semula berhubung dakwaan akhbar Utusan Malaysia bahawa beliau mengatakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 adalah wira negara.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily berkata, beliau tidak ingat isi ceramahnya 23 Ogos lalu itu kerana sudah seminggu berlalu dan banyak ceramah-ceramah lain yang dihadirinya selepas itu.

Bagaimanapun menurutnya, beliau sedang berusaha mendapatkan semula rakaman ceramahnya itu untuk melihat adakah benar beliau berkata sedimikan seperti dilapor akhbar Umno itu.

"Saya sedang cari tape rakan itu balik, saya tak ingat adakah saya kata begitu.

"Lepas kita tengok baru saya akan ulas sama ada perlu bincang dengan peguam untuk tindakan seterusnya atau bagaimana," katanya.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya semalam menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.

kudakepang said...

mcm mana bodohnye kuda kepang bleh tuduh mat indera tu komunis? sifirnya mudah,, siapa lawan british di waktu itu digelar komunis.. british jajah negara waktu tu.. polis waktu tu bekerja utk british sebagai mata-mata british.. Nama penuh Mat Indera ialah Ahmad Bin Indera seorang berdarah pahlawan daripada keturunan datuk bentara Husin Lela pahlawan siak seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak. Mat Indera ni bukan calang2 pemuda kerana dia hafaz Quran iaitu seorang Hafiz yang juga merupakan murid kepada seorang guru agama iaitu Kiai Haji Fadzil Bentan. Dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.

ULASAN:

Komen di atas menarik. Terima kasih kerana menuduh saya bodoh. Tetapi hanya manusia yang menggunakan sifir seperti anda sahaja yang sebenarnya tidak cerdik. Anda tidak tau bagaimana seksanya datuk nenek anda di zaman keganasan gerila PKM di Batu Pahat. Hanya orang tidak berhati perut sahaja menerima hakikat Mat Indera bukan sekutu komunis. Manusia simpleton seperti anda ini akan menjadi pneyumbang kepada kebangkitan generasi lupa sejarah dan buta sejarah seperti Mat Sabu.

Biarpun begitu, mudah-mudahan komen anda mengenai profail Mat Indera ini tepat. Tetapi, mana kita boleh terima hakikat seorang Hafiz dan berjiwa pahlawan bersekongkol dengan PKM dan tergamak membunuh umat seagamanya semata-mata kerana mereka mempertahankan negara dan agamanya. Benar mereka berkhidmat untuk British. Tetapi British di Johor melaksanakan tugas bagi pihak Sultan. Sebab itu Johor satu-satunya negeri Melayu yang mengibarkan bendera negerinya lebih tinggi dari Union Jack. Adakah anda insaf akan hakikat ini? Jika anda tuduh polis-polis Melayu sebagai bekerja untuk British, bagaimana PKM yang majoritnya kaum Cina dan belum jadi warganegara Malaysia boleh disifatkan sebagai wira negara. Bagaimana Mat Indera yang bijak terkeliru dengan fakta ini. Jangan gunakan soal agama untuk menutup kesilapan Mat Sabu sebab hari in pun orang Melayu yang dikenali sebagai Sheikh berperilaku songsang dan mengamalkan hidup yang songang!

Anak Pagoh said...

Haru-biru kita disebabkan kebodohan Mat Sabu. Paling mengejutkan lagi ada pulak manusia yang tuduh Datuk bodoh sebah menyekutukan Mat Indera dengan komunis. Saya harap polis dan kerajaan bertegas dengan Mat Sabu. Dia ni makhluk perosak Islam dan Melayu. Dia jadi gini sebab dia sekarang dipelihara oleh DAP. Sampaikan bil rawatan kakinya yang patah sebab demo pun ditanggung oleh DAP. Mudahnya Timbalan Presiden PAS menggadai bangsa dan agamanya disebabkan sedikit habuan dari DAP. Kalau macam ini jom kita semua pakat-pakat hancurkan DAP-PAS-PKR dalam PRU 13. Allahuakbar!!!!!!

Cucu Hang Nadim Panglima Bentan said...

JAHANAM MAT SABU, JAHANAN PAS, JAHANAN DAP, JAHANAN PKR. KAMI AKAN AJAR KAMU SEMUA.

Amaran ini dari saya, cucu Hang Nadim Panglima Bentan.

Hafizie said...

Tidak kira la mat indera hafiz atau apa jika dia bersekongkol dengan komunis maka kita boleh katakan matlamat tidak menghalalkan cara. Memang benar ada nasionalis melayu yang menyertai PKM kerana tekanan dari British, tetapi cara tetap salah dan kita kaji apabila darurat ke 2 diisytiharkan PKM masih membunuh ramai anak bangsa kita. Kalau kata mahu berjuang kenapa Kiai Salleh tidak sertai PKM dan dia melawan Bintang Tiga. Fikir-fikirkanlah

anak bekas polis said...

Syukur Alhamdulillah. Polis dan buka kertas siasatan buat Mat Sabu. Lepas ini jangan ada pihak PAS berkata kerajaan menganaiya Mat Sabu. Tapi hairan jugak PAS pun turut bisu dalam hal ini. Karpal Singh sudah bersuara membidas Mat Sabu. Ini bermakna DAP cuci tangan tak mau terbabit dengan Mat Sabu. Jadi, nampaknya Mat Sabu yang all out to bodek DAP.

VETERAN LEMBAH GUBIR said...

MAT SABU MULA GABRA

DI BAWAH INI KENYATAAN MAT SABU DI HARAKAHDAILY. DIA PUTAR BELIT DAN SALAHKAN UTUSAN MALAYSIA.

SAYA YANG SEMPAT MENDENGAR KENYATAAN MAT SABU MENERUSI VIDEO-CLIP DALAM SALAH SATU BLOG MENDAPATI KENYATAAN YANG DISIARKAN OLEH UTUSAN MALAYSIA ADALAH BENAR.

TAPI BILA DIA SEDAR ADA JUGA BEKAS TENTERA SOKONG PAS, MAT SABU KATA UTUSAN YANG SALAH.

SAYA SEBAGAI BEKAS TENTERA HARAP KITA TERUSKAN CADANGAN KITA UNTUK AMBUSH PAS, PKR DAN DAP DALAM PRU13 KELAK.

JANGAN KITA DAYUS. MARUAH KITA SEBAGAI PEJUANG DIPERLEKEHKAN OLEH MAT SABU TIGA HARI LALU. DENGAN ITU KITA KENA AJAR DIA CUKU-=CUKUP SAMPAI DIA TERSUNGKUR!!!!!

BEKAS TENTERA JANGAN TERMAKAN DAKYAH UMNO

BUTTERWORTH, 29 Ogos: Sambutan Merdeka sudah menjadi perayaan Umno tidak lagi dirayakan sebagai sambutan terulung negara ekoran banyak fakta mengenainya diselewengkan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Ini, katanya dengan menafikan golongan yang bersama menentang penjajah sebaliknya hanya mengagungkan kepimpinan Perikatan dan Umno yang diiktiraf oleh penjajah.

Beliau ketika ditemui di majlis berbuka puasa di Surau Al Ghufron, Taman Kuala Bekah, Penaga semalam juga menafikan apa yang ditulis dalam media pro kerajaan kononnya beliau menghina pejuang negara dengan menyokong penganas dalam kopeni pasukan ke 4 Parti Komunis Malaya (PKM).

Baginya, sejarah sebenar tentang serangan terhadap tragedi Bukit Kepong telah diselewengkan apabila mengambarkan serangan dilakukan oleh PKM padahal ia diketuai oleh Muhamad Indera yang menentang polis yang dianggap bersekongkol dengan penjajah.

"Banyak fakta sejarah telah diselewengkan terhadap serangan Bukit Kepong sedangkan serangan sebenar diketuai oleh Mohamad Indera dengan puaknya yang tidak menyenangi penjajah atau polis yang menjadi alat penjajah," jelasnya yang hadir bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan rombongan untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan daif.

Menurutnya, akibat fakta yang tidak kena pada filem 'Bukit Kepong' arahan Jins Shamsuddin membuatkan ramai orang terkeliru apabila cerita sebenar diceritakan semula di khalayak ramai.

Apa yang diperkatakan memang betul sambungnya, sebab waktu itu negara bukan lagi merdeka, polis yang bertugas adalah polis yang bersekongkol dengan penjajah.

Golongan yang menyerang penjajah pukul ratanya dianggap komunis walhal ramai anak muda Melayu ketika itu tidak menyenangi golongan yang bersubahat dengan British.

Untuk menyokong komunis nyata tidak sama sekali kerana komunis itu sendiri telah hancur dan hanya menjadi pameran di muzium.
"Contohnya pandangan Imam Khomeini sendiri jelas tentang Komunis. Semasa hayatnya dia sendiri mengatakan blok komunis bakal tinggal kenangan dalam muzium. Hari ini benar-benar berlaku," katanya.

Sepatutnya nama seperti Pak Sako, Tok Janggut, Mak Kilau, Dato' Bahaman, Dr Burhanudin, Ahmad Boestamam dan orang yang seangkatan denganya diberikan penghormatan bukan sahaja nama-nama besar Umno sahaja.

Kepada bekas anggota tentera pula terangnya, usah termakan dakyah Umno yang cuba memburukkan namanya dengan menyifatkan beliau menghina pejuang negara.

"Saya tetap puji tentera selepas negara mencapai kemerdekaan kerana perjuangan mereka untuk mempertahankan maruah negara berbanding di era sebelum merdeka sebab polis ketika itu bekerja dengan penjajah," tegasnya.

Anonymous said...

Kopi kecubung tewaskan kekebalan Mat Indera
Posted on Monday, August 29 @ 20:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Artikel Sumber Berita Harian

NAMA Jawa Ponorogo pernah terkenal dengan berita penangkapan anggota komunis, Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

Meskipun Mat Indera dikaitkan sebagai pengganas oleh sesetengah orang kerana pembabitannya dalam komunis dan dilabelkan sebagai petualang oleh kerajaan Inggeris, ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah.

Pemuda kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat itu mempunyai peribadi tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi pengetahuan agamanya. Justeru, dia disenangi penduduk di Sri Medan yang kerap membantunya membekalkan makanan ketika dia dalam parti komunis. Namun, tekanan yang diberikan Inggeris terutama kepada rakan karibnya, Mat Tukyo supaya menangkap Mat Indera atau tindakan tegas dikenakan terhadap penduduk Sri Medan menyebabkan mereka tiada pilihan selain memastikannya ditangkap. Namun, bukan kerja mudah menangkapnya kerana kehebatan dan ketinggian ilmu Mat Indera.

Ugutan Inggeris terus menjadi tekanan kepada penduduk Sri Medan termasuk untuk memindahkan mereka dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membantu membekalkan makanan kepada Mat Indera.

Penangkapan Mat Tukyo oleh Inggeris sebelum ditawarkan beberapa ganjaran selain hidup bebas di Sri Medan menjadi kemuncak tindakan nekad penduduk Jawa Ponorogo, namun perlu melalui kaedah terancang kerana semua mengetahui kesaktian Mat Indera.

Pada 14 Oktober 1952, lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera.
Ia bermula dengan jemputan Mat Tukyo dan Misban untuk mengadakan perbincangan mengenai pelan bantuan orang kampung kepada Mat Indera. Dalam perbincangan itu, dia dijamu dengan tempe dan kopi yang dicampur kecubung. Akibat itu Mat Indera mabuk dan mengantuk.

Kesempatan itu digunakan untuk menanggalkan semua tangkal serta mengikat tangannya dengan lalang. Dikatakan, kerana itulah ilmu ghaib dan kehebatan Mat Indera tidak lagi dapat digunakan.

Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri menjadi saksi bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang. Peristiwa itu sebenarnya menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat Jawa Ponorogo. Ada yang gembira dan ada yang sebak.

Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.

“Cuma apa yang kerap diceritakannya ialah tindakan mereka ketika itu adalah disebabkan tekanan yang dihadapi akibat ugutan Inggeris. Mungkin ada melabelkannya sebagai petualang tetapi saya merasakan dia seorang pejuang tetapi memilih jalan yang salah.

“Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada kumpulan lain ketika itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak” katanya.

http://www.bharian.com.my/articles/KopikecubungtewaskankekebalanMatIndera/Article/

kudakepang said...

Saudara, terima kasih.

Saya kenal Haji Malik Samuri, saya tau kisah Wak Beleteng, saya tau kisah kecubung berkenaan dan kampung Gombak tu hanya kirqa-kira 8km dari kampung saya.

Hakikatnya di sini, Mat Indera tersilap langkah sehingga menyebabkan terkorbannya nyawa 25 orang Melayu/Islam. Adakah dia layak digelar wira negara?

Salam takzim, Ruhanie Ahmad.

theprofessor said...

Mat Sabu ni kalau diteliti betul-betul mukanya macam penyangak. Kalau zaman dulu sah orang anggap dia komunis. Hidung tak mancung, pipi macam kena langgar kereta sorong. Mat, aku kenai hang lama dah...awat loqlaq sangat la nie.

dr nizam said...

salam, dato, mula2 jgnlah hentam saya krn bg komen yg mungkin tak berpihak kpd saya krn sumber yg saya dpt adalah dari kedua2 pihak.

pernah tak dato dengar kata2 ini history is made by those who win the war. komunis pd masa itu mmg bertujuan utk lawan penjajah. mereka serang bukit kepong semata2 nak senjata. komunis bunuh melayu time tu krn masa penjajahan jepun, ada melayu yg jadi tali barut jepun dan bunuh byk cina. cuba dato bagi sorang individu yg dato tahu yg tak kerja dgn british dan jepun dan tak de kaitan langsung pd ke dua2 pihak. ada tak dia ni tak pasal2 kena bunuh dgn komunis. kalau kena bunuh pun pasti ada kaitan dgn either jap or british. harap dato bg fakta yg tepat.

Adhadi Mohd said...
This comment has been removed by the author.
Adhadi Mohd said...

Sekadar ingin berkongsi. British di tanah melayu, menjajah untuk menguasai sumber kita. Memang ada melayu yang dibunuh tapi kita tak pernah dengar kampung dibakar, orang direbus hidup hidup oleh british.

mat indera bersekongkol dengan orang yang membunuh sesuka hati, memilih jalan yang lebih kejam.

padahal sejarah dah buktikan, mana negara komunis yang tidak ada kisah mass killing? indonesia? cina? soviet union? khmer rouge?

Jutaan manusia dibenarkan untuk dibunuh kerana satu ideologi.

Pas selalu sebut, matlamat tidak menghalalkan cara.

Sekarang cara yang langsung tiada nilai dan perikemanusiaan itulah yang dicanangkan.

kudakepang said...

Waialaikum salam Dr Nizam.

Pertanyaan anda menarik. Memang ada individu yang tidak pernah menjadi talibarut Jepun atau memihak kepada British yang telah dibunuh oleh Gerila Bintang Tiga PKM.

Datuk Saudara saya – Pakcik kepada ibu saya – dibunuh Gerila Bintang Tiga di hadapan keluarganya. Allahyarham hanya seorang pekebun kecil yang datang dari tanah Jawa. Allahyarham tidak pernah memihak kepada sesiapa pun. Silapnya mungkin kerana sewaktu Jepun memerintah, Allahyarham pernah dipaksa memanjat pokok kelapa untuk membawa turun kelapa muda buat minuman tentera Jepun yang berkawal di kampong saya. Tindakan itu dilakukan dalam keterpaksaan, kalau tidak Allahyarham kena BAGERO, tempeleng atau sepak dan terajang!

Satu lagi kes sekeluarga tujuh orang di kampung saya yang dikuburkan hidup-hidup oleh Gerila Bintang Tiga. Keluarga ini pun sama. Datang dari tanah Jawa untuk membuka kampung halaman. Tidak pernah jadi talibarut Jepun dan tidak pernah membodek British.

Jika Dr ragu-ragu ketepatan fakta ini, ada lagi kes yang boleh saya huraikan. Di dalam Parlimen Parit Sulong ada kampung bernama Sungai Nibong Darat. Di kampung ini terdapat sebuah surau dinamakan Surau Panglima Salleh. Di surau inilah anak-anak gadis Melayu di rogol dan diperkosa oleh Gerila Bintang Tiga. Apa dosa gadis-gadis ini? Ayah dan ibu mereka hanya orang kampung biasa. Tetapi, kekejaman PKM menyebabkan mereka menjadi mangsa.

Oleh itu, sementara andaian Dr mungkin betul, iaitu mereka yang dizalimi oleh PKM mungkin jadi talibarut Jepun, andaian ini juga mungkin kurang tepat. Kisah kezaliman Gerila Bintang Tiga di kampung saya dan di Surau Panglima Salleh adalah antara manifestasinya.

Tapi, kalau kisah di atas pun masih dianggap kurang tepat, sila lakukan kajian ke banyak lagi kampung di sekitar Mukim Empat Simpang Kiri, Mukin Satu Lubok, Mukim Dua Bagan, Mukim Tiga Peserai dan Mukim Lapanbelas Seri Medan di Batu Pahat. Pastinya ada lagi orang-orang tua di mukim-mukim ini yang boleh menceritakan kisah Gerila Bintang Tiga membunuh rakyat tempatan walaupun mereka tiada sebarang kaitan dengan Jepun atau British. – Ruhanie Ahmad

Anonymous said...

sebelum wujud UMNO telah ada Kesatuan Melayu Muda , Pertubuhan kebangsaan Melayu Malaya , Angkatan wanita insaf , Hizbul Muslimn . kemudian semuanya diharamkan oleh british dan ribuan anggotanya dipenjara oleh british dibawah ordinan darurat bertujuan untuk menjaga keselematan pemerintahan british . kemudian british mengankat Umno sebagai pewaris takhta kerajaan British untuk menjaga kepentingan ekonomi dan strategik british di tanah melayu

Gedung Akal said...

Perpatah Melayu jelas mengingatkan anak-anak Melayu.. 'gajah sama gajah berjuang...pelanduk mati di tengah"

Mat Indera dan mata-mata Bukit Kepong sebenarnya pelanduk yang mati di tengah-tengah. Kapitalis Kolonial dan sosialis-Marxist yang bertelagah besar sebenarnya. Bacalah dalam konteks apa pun..ekonomi. politik atau sosial. Perlumbaan besar sesama Yahudi menjadikan Melayu dan seluruh anak-anak Tanah Jajahan terkorban. Akal dan maruah! Mudah-mudahan Dato' dapat berikan sedikit komen balas atas komen yang umum ini. Terima kasih.

dr nizam said...

terima kasih atas penerangan Dato' yg saya menilai agak bertamaddun dan tidak emosi walaupun awal2 saya kata yg saya tidak berpihak kepada Dato'. Agak tertarik juga melihat hujah dato' walaupun deep in my heart saya agak sangsi mungkin saya belum hidup di zaman itu dan tiada keluarga dan saudara mara saya terbabit dalam apa yg dikatakan "kekejaman komunis". For your info saya merupakan dari generasi Y, Dato' belum lagi menjawab persolan "history has been made by those who win the war".

Ni nak cerita out of topik sikit.....

To be honest with you ever since I entitle for voting, I never vote for your side due to I believe govt need to be check and balance. I also seen that the govt is too arogant. dan kalau nak bertemu rakyat mesti ada TV dan eskot police. Baru2 ni di kwasan parlimen saya (Pagoh) ada rumah terbuka yg di buat kat dewan in pagoh area (tak payah saya nak sebut sapa timbalan menteri tu) jalan bukan main jem, tapi polis yg bawak eskot menteri tu bukan main nak suruh org ketepi bagi laluan, padahal rakyat nak menyambut menteri tu. Ada byk lagi yg saya nak sebut tapi tak terlarat. Harga barang saya akui ini mmg keadaan global dan saya tak salahkan govt.

Cubalah Dato' bagi pandangan masa meeting UMNO, nasihatkan kpd pak2 menteri, jgn nampak too arogant. down to earth lah sikit.

Lagi satu saya nak komen stesyen TV yang own by parti dato' jgnlah dok hari2 hentam pihak sebelah sana. ye, walaupun itu adalah reverse psychology, tapi kalau hari2 nampak kutuk sana aje, rakyat pun naik menyampah. sampai bila lah negara ni nak jadi demokrasi yg bertamadun. Saya akui pihak sana pun 2X5 aje byk cakap dari kerja. Kini saya rasa saya tergolong pengundi atas pagar aje, silap2 tak mengundi lagi krn bosan dgn keadaan demokrasi haru biru kat negara kita.

Saya yakin org macam dato' ni dapat memberi nasihat kepada pak2 menteri kita.

kudakepang said...

Saudara Dr Nizam, Gedung Akal dan lain-lain…
Salam takzim

1. History is created by those who win the war: Benar. War on terror yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat sejak 2001 jadi buktinya. Tapi kebenaran akan pastinya terserlah. Contohnya, tragedy 911 di Amerika. Bush kata itu perbuatan Osama dan al-Qaeda. Tapi sampai hari ini kebenaran muncul sedikit demi sedikit dan terbkti bahawa WTC bukan runtuh akibat dirempoh pesawat. Tetapi ranap akibat termite bomb yang dipasang sebelumnya. Hari ini beratus arkitek, jurutera structural, pakar bomb, pakar demolition dan lain-lainya mempersoalkan tragedy 911. Pakatan Ahli Parlimen antarabangsa juga turut terlibat. Ini bermakna, no doubt history is written by the victor, the real history is based on the account of the eyewitnesses. Tetapi jika the victor is honest maka sejarah yang ditulisnya juga selari dengan apa yang disaksikan sendiri oleh eyewitnessesnya.

2. Sebelum UMNO wujud pelbagai pertubuhan pejuang kemerdekaan: Ini juga benar. Tetapi, dalam kajian strategi dan security terdapat satu cara untuk mengkaji kaitan peristiwa dengan masa. Oleh sebab itu, walaupun sebelum UMNO, wujud pejuang kemerdekaan seperti KMM dan lainnya, waktu itu British masih tegap dan kukuh. Oleh sebab itulah KMM dan lain-lainnya dilumpuhkan secara mudah. Setelah Perang Dunia II, British mengalami masalah ekonomi dan tekanan politik yang kuat, sebab itulah dia mengambil keputusan untuk membebaskan majority tanah jajahannya. Maka, muncullah UMNO pada waktu dan ketika yang tepat. Lagipun UMNO berpendirian sederhana. Dan juga bergabung dengan majority kaum lain. Oleh sebab itulah UMNO dan Perikatan menawan hati British. Dari huraian ini kita dapati bahawa waktu dan faktor sistemik menentukan peristiwa di Tanah Melayu. Jadi, bukanlah kerana UMNO ciptaan British. UMNO muncul pada waktu dan ketika yang tepat, iaitu sewaktu British dikuasai kerajaan sosialis, ekonomi British setengah lumpuh dan orang Melayu mula membeni British bila dia cuba memperkenalkan Malayan Union yang mahu menghapuskan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan Agama Islam. Maka, biarpun sebelum ini ada KMM, KMM gagal sebab British masih kuat. Oleh sebab itulah KMM dilumpuhkan. Kalau ikut Islam, kaedah waktu mempengaruhi peristiwa ini umpama peristiwa terjadi atas kehendak Tuhan. Kalau kita percaya qada’ dan qadar, itulah hakikatnya. KMM ditakdirkan aktif di era kegagahan British. UMNO aktif di era kelumpuhan British… Qada’ dan qadar berperanan dalam kedua-dua scenario ini..

3. Moga-moga huraian cetek ini dapat menyakinkan Dr Nizam, Gedung Ilmu dan lain-lainnya. Hal UMNO dan BN angkuh tidak benar. Yang angkuh dan sombong segelintir orang UMNO dan BN yang lupa daratan. Sewaktu saya jadi Ahli Parlimen Parit Sulong selama 15 tahun saya tak pernah pasang logo Ahli Parlimen di kereta saya. Saya masuk kampung senyap-senyap. Tapi orang kampung tetap kenal saya. Jadi semunya bergantung kepada individu. Oleh sebab itu, memang sampai waktu segelintir orang UMNO perlu ditegur dan diingatkan bahawa mereka adalah pemegang amanah rakyat. Dalam pada itu, mungkin kurang sesuai jika kita marahkan karenah individu maka partinya yang kita hukum. Banyak cara lain boleh dibuat. Kirim surat. Temui mereka dan sebagainya. Harap Dr Nizam akan mengubah citarasa selepas ini. Insya Allah.

dr nizam said...

tq atas pandangan dato. saya harap sesiapa yg nak bg komen, bglah komen yg tidak memaki hamun disbbkan berbeda pendapat politik. balas balik dgn bg fakta bukan kondem org lain macam dato punya komen. nothing wrong to be berbeza pendapat.

dato, although saya bukan pro govt, saya lihat your political miliege can go further. kalau ada rezeki jadi menteri persekutuan atau mb baru, mohon dato down to earth, berdampinglah dgn rakyat, walaupun bukan pro govt. saya yakin pendekatan dato akan membuka mata rakyat bahawa ada lagi pemimpin umno bn yg tidak sombong.

ps, saya teringin nak lihat dato pakai kain pelikat keliling kawasan parlimen @ dun naik basikal tanpa tv dan press dan eskot police tanya masalah rakyat, macam yg pernah dilakukan oleh dr chua jui meng, masa jadi mp muar dulu.

Anonymous said...

Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera

Kita tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’ Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato’ Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/5201-kerajaan-johor-iktiraf-ketokohan-mat-indera

Dari situ kita tahu siapa yg bodoh siapa yg tidak, siapa yg penipu siapa yg munafik!!!!

kudakepang said...

Salam Dr Nizam dan selamat hari raya.

Terima kasih atas ulasan. Saya memang pernah lakukan apa yang dr cakapkan. Cuma basikal tak ada dan naik motorsikal pun tak tau. Maklum anak orang miskin masa kecil dulu. part political mileaeage tu tak apalah. Saya sudah berusia kita bagi peluang kepada generasi baru seperri dr. salam takzim--- Ruhanie Ahmad

kudakepang said...

Di bawah ini saya muat-turunkan berita Utusan Malaysia yang membuktikan bahawa komen ARAH dua tiga hari lalu yang saya siarkan adalah meleset.

Dakwaan Mat Sabu makan diri

JOHOR BAHRU 5 Sept. - Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu cuba 'mengukuhkan' kenyataannya bahawa Muhammad Indera dan rakan seperjuangan dalam Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan nyata memakan diri.

Apa yang pasti, pemimpin nombor dua Pas itu perlu kembali 'semula' ke sekolah untuk belajar sejarah dengan lebih mendalam kerana dakwaan bahawa buku Pengukir Nama Johor yang diterbitkan Yayasan Warisan Johor (YWJ) pada 2004 menyokong kenyataannya, sebaliknya tidak menyatakan Muhammad atau Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan tetapi mengajak rakyat menilai siapa sebenarnya Mat Indera.

Editor buku tersebut, Prof. Datuk Abu Bakar A. Hamid yang membidas kenyataan kontroversi itu turut menegaskan bahawa Mat Sabu tidak layak menentukan siapa pejuang kemerdekaan negara yang sebenar kerana beliau bukan orang yang arif dalam bidang sejarah.

"Biarlah ahli sejarah yang arif dalam bidang sejarah menentukan siapakah sebenarnya pejuang kemerdekaan negara. Sebagai politikus (Mat Sabu) tidak layak mencampuri hal-hal sejarah kerana dia bukan orang yang arif dalam bidang itu. Ini kerana apabila orang yang bukan arif bercakap tentang sejarah, ia akan mengelirukan pemikiran masyarakat.

"Sebenarnya isi kandungan buku 'Pengukir Nama Johor' yang ditulis Ismail (Adnan) yang telah meninggal dunia tiga tahun lalu mengajak pembaca berfikir siapa sebenarnya Mat Indera yang terlibat dalam peristiwa berdarah Balai Polis Bukit Kepong 61 tahun lalu, sama ada hero atau pengkhianat negara?" katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Terdahulu pada sidang akhbar di sini hari ini, Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dengan 'yakin' mempertahankan kenyataannya bahawa Mat Indera dan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sebenar.

"Berdasarkan buku itu dari awal lagi saya yakin saya menang mengenai isu (Mat Indera) dan keyakinan itu diperkukuhkan lagi dengan bukti bahawa Penaung YWJ ialah Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, malah bersama ahli akademik berwibawa yang dengan jelas menyatakan Mat Indera seorang pejuang dan bukannya komunis," katanya.

Anonymous said...

BRAVO BROTHER MAT SABU...