Thursday, April 21, 2011

PASCA-PRU DUN SARAWAK: SUPP PERLUKAN KERUSI TIMBALAN KETUA MENTERI?

Ruhanie Ahmad

Corak undi masyarakat Cina Sarawak dalam PRU DUN ke-10 baru-baru ini jelas memihak kepada pemangkang.

Oleh sebab itulah SUPP yang mewakili kaum Cina dalam komponen BN Sarawak hanya memenangi dua kerusi sahaja.

Masyarakat Cina Sarawak juga turut mengorbankan Presiden SUPP, Tan Sri George Chan, yang sebelum ini menjadi Timbalan Ketua Menteri Sarawak.

Oleh sebab itu, dengan prestasi yang amat buruk, dengan corak pengundian yang jelas memihak kepada pembangkang, dan dengan hanya dua kerusi dimenangi oleh SUPP kali ini, adakah BN Sarawak masih mahu memperuntukkan satu kerusi Timbalan Ketua Menteri kepada SUPP?

Persoalan ini pastinya menghantui semua pihak dalam BN Sarawak dan BN Pusat. Biarpun demikian, jawapannya sudah jelas dan nyata, iaitu PRU DUN Sarawak baru-baru ini membuktikan bahawa majoriti pengundi Cina di Sarawak sudah tidak lagi memerlukan BN.

Maka, jika demikianlah hakikatnya, perlukah SUPP dengan hanya dua kerusi DUN diberikan jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak?

Jika begitulah hakikatnya, adakah majoriti kumuniti Cina Sarawak akan terkilan, kecewa dan marah jika mereka tidak diberikan kerusi Timbalan Ketua Menteri?

Oleh kerana tindakan pengundi Cina Sarawak untuk memihak kepada pembangkangt adalah tegas dan jelas, tidakkah BN Sarawak dan BN Pusat juga perlu bertegas untuk tidak memberikan kerusi Timbalan Ketua Menteri Sarawak kepada SUPP kali ini?

9 comments:

Hamizi Hamdan said...

macam nak buka blog politik semula lah datuk... geram dengan UMNO yang lembap nak berubah...

saya jangka PRU akan datang lebih teruk dari zaman pak lah... sebabnya UMNO masih tido dan percaya kekalahan lepas semata-mata kerana pak lah dan kj...

orang tak sokong PR sebab anwar macam dulu-dulu... orang undi PR untuk check dan balance...

baru-baru ni, e-mail 1Malaysia mensabotaj najib... siapa nak percaya syarikat swasta nak bagi charity RM50 juta tanpa pulangan dari kerajaan?

Man said...

Tak boleh ..... tak boleh .... ini bukan perlu tak perlu ... ini mesti tak boleh.

Anonymous said...

UMNO syok sendiri dan suka berangan-angan macam mat jenin dengan jawatan dan pangkat mereka. Semangat perjuangan mereka dah kurang sebab syok nak jadi saudagar mimpi. Rasanya UMNO kena rombaklah. Yang mana dah lama dalam parti dan kerajaan sampai dah jadi kayu mati tu tukarlah dengan pemimpin baru dan cerdik pandai. Janganlah nak pegang jawatan sampai mati ...lepas2kan kepada anak2 melayu yang berkeliber dan wibawa macam otak Obama. Ini ambik calun macam watak filem melayu seperti Salleh Kamil dan Mat June macamana UMNO boleh berubah dan maju.

Anonymous said...

Kerajaan Negeri dan Pusat kena tegas dan berani buat keputusan tidak memberi kerusi Timbalan Ketua Menteri kepada SUPP. Hakikatnya pengundi cina sudah membuat pilihan mengundi pembangkang dan menolak BN jadi tidak perlu ada wakil cina dalam kerajaan. Kerusi Timbalan Ketua Menteri hendaklah diberi kepada parti2 bumiputra yang nyata menang banyak dari SUPP. Kerusi Timbalan Ketua Menteri patut dihadiahkan kepada parti bumiputra sama ada PRC atau SPDP yang setia menyokong BN dan mereka menang banyak dari SUPP. Lantik saorang SUPP sahaja sebagai menteri kebinet sudah cukup supaya ia menjadi satu pengajaran kepada pengundi2 cina di Sarawak dan Semenanjung.

jebat said...

Salam takzim, Bung,

Satu kelemahan orang Melayu ialah memikirkan perkara yang tidak berkaitan dengan mereka !!

Orang cina tidak mahu diwakili dalam kerjaan Serawak. Itu pilihan mereka !!

Jngan ambil pusing sampai memeningkan kepala !!

Si Luncai terjuan dengan labu labunya ! Biarkan, biarkan !!

Orang Melyu yang masih DALAM PERAHU jagalah hatinya !!

Jangan pula DIBIARKAN.

LUNCAI YANG MEMIMPIN UMNO/MELAYU PATUT TERJUN BERSAMA SI LUNCAI !!

BIARKAN , BIARKAN !!

jebat said...

Salam Bung,

Apa susah !!
BN kalah ke menang ke, serupa sahaja.

Kita pernah merasa pemerintahan Cina (komunis) selama tiga bulan. Apa salahnya kita rasa pula selama 5 tahun.

(peristiwa Parang Panjang di Batu Pahat masih segar di ingatan)


(13 Mei 1989 macam baru semalam.

Anonymous said...

Jangan marahkan nyamuk kelambu dibakar. Lagi parah BN nanti. Cari puncanya bukan hukuman.

Anonymous said...

pengundi cina tidak perlukan BN sebab di sarawak BN yang perlukan undi cina untuk menang terutama di kawasan-kawasan bandar. Kebanyakan rakyat sarawak tahu jika agenda pilihanraya di sarawak ialah "politic of debolotmen". Jadi kawasan bandar di sarawak sudah ada dengan kemudahan sedia ada berbeza dengan kawasan diluar bandar. walaupun Dapat mentadbir dengan majoriti dua per tiga di sarawak tetapi tab masih tidak dapat tidur lena bila kalah di kawasan bandar dengan bilangan kerusi yang semakin berkurangan.

Anonymous said...

Jawatan Timbalan Ketua Menteri perlu diberikan kepada SUPP supaya mudah untuk pengundi-pengundi Cina menuntut hak mereka seperti pruntukan untuk sekolah Cina.

Undi DAP tapi apa-apa keperluan mintak dengan BN! Yeah!!!