Sunday, April 10, 2011

PRU DUN SARAWAK: SESAL DULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN APA GUNANYA?



Ruhanie Ahmad



PRU DUN Sarawak adalah untuk menentukan parti manakah yang akan membentuk kerajaan bagi mengurus serta mentadbirkan negeri tersebut dalam tempoh lima tahun akan datang. Jika ini hakikatnya, adakah perlu status quo kuasa di Sarawak mutakhir ini dirobah menerusi PRU DUN yang sedang berlangsung sekarang?



Persoalan ini mungkin tidak bernada demokratik sebab sesuatu pilihan raya adalah manifestasi prinsip-prinsip demokrasi dalam politik. Tetapi, adakah perlu pengundi Sarawak membuat perubahan semata-mata atas nama demokrasi jika perubahan itu belum pasti menjanjikan kesejahteraan yang mereka nikmati sejak sekian lamanya.



Tetapi, jika pengundi Sarawak memang benar-benar mahukan perubahan, mereka mesti mendapatkan kepastian sama ada perubahan itu akan membawa manfaat atau mudarat. Oleh sebab itu, para pengundi Sarawak mesti bertanya kepada pihak pembangkang---PKR, PAS dan PKR---mampukah mereka mentadbir Sarawak sebaik BN mentadbirkan negeri tersebut selama ini?



Jangan dapatkan kepastian ini daripada ‘buku jingga’ yang menjadi manifesto pembangkang. Buku itu memang menjanjikan langit, bumi, matahari, bulan dan bintang. Tetapi, ianya tidak lebih daripada fantasi dan ilusi semata-mata.



Hakikatnya begitu sebab janji pilihan raya yang mereka taburkan di Malaysia Semenanjung hingga ke hari ini pun masih jauh dari kenyataannya. Ikut bahasa pasar, cakap tak serupa bikin. Ikut bahasa sebenarnya, janji itu hanya janji kosong!



Tetapi, jika pengundi Sarawak gagal mendapatkan kepastian daripada seluruh parti pembangkang berkenaan, pastinya pengundi di Sarawak juga sudah mengetahui rekod ketiga-tiga parti pembangkang ini.



DAP yang kini menguasai Pulau Pinang terbukti gagal membela nasib pribumi di negeri tersebut. Jika tidak, mana mungkin asyik terdapat kumpulan pribumi yang melakukan protes dan tunjuk perasaan terhadap DAP di negeri tersebut.



PAS yang menguasai Kelantan sejak berpuluh tahun lamanya, dan Kedah sejak PRU 2008, pun terkial-kial untuk membela kesejahteraan hidup rakyat di negeri-negeri tersebut. Ketika ini ramai anak Kelantan yang berduyun-duyun mencari rezeki di lain-lain negeri di bawah kekuasaan BN di Malaysia Semenanjung. Ini buktinya pemerintahan PAS gagal membela nasib rakyat negerinya sendiri.



PKR yang memerintah Selangor pun tidak putus-putus dengan krisis dan kisah kekucar-kaciran yang tanpa kesudahan. Akibatnya, sebilangan besar rakyat Selangor kini dalam keadaan memberonak untuk mencari kesaksamaan yang sebelum ini diperjuangkan oleh BN.



Memang kepimpinan Tan Sri Taib Mahmud ada cacat dan celanya. Tetapi, kepimpinan yang sama juga sudah membuktikan kejayaannya merobah Sarawak daripada sebuah negeri yang mundur kepada sebuah negeri yang bermaya, maju dan ceria. Hakikat positif ini mesti diambilkira dalam membuat perkiraan sebelum membuang undi kelak.



Selain itu, bukankah Tan Sri Taib sudah berjanji akan melakukan peralihan kuasa sesudah PRU DUN Sarawak kali ini? Jika itulah janji beliau, tentulah peralihan kuasa itu akan dilaksanakan. Dengan itu, sekaligus seluruh keresahan rakyat pasti akan reda dan apa jua karenah pihak yang didakwa sebagai menaipulasikan Tan Sri Taib kebelakangan ini, pastinya akan turut berakhir.



Oleh sebab itu, seperti ditegaskan dalam posting sebelum ini, pengundi Sarawak perlu insaf bahawa sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kalau marahkan nyamuk, jangan bakar kelambu. Jika ada pedagang politik yang ketika ini datang ke Sarawak dan menjanjikan hujan emas, insaflah janji itu belum pasti menjadi realiti!!!

10 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Berita dari gunung said...

Sarawak has always been protective of their right and sovereignty. Anwar and Karpal could had misjudged that sentiment. Tactics of Anwar and Karpal will not go down well with Sarawakians.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Juraimi Zainal said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Alias Mohd Yusof said...

taktik menakut-nakutkan pengundi memang telah lama digunakan oleh BN, dan taktik ini memang diakui berkesan hinggalah pilihanraya 2008. Di zaman internet ini, saya rasa taktik seperti itu tidak berapa sesuai lagi, kenalah ubah pendekatan kita.

Anonymous said...

Dato' ni menulis seolah2 sudah hilang fakta2 & spt orang yg tidak mpunyai pengalaman dlm politik.. Apa yg diterima melalui TV3 & Utusan Msia diterima bulat2.. Come on Dato' , wpun pahit utk ditelan & terima la perubahan politik skrg.. Tell the truth.. Senang jer orang nak patahkan fakta2 Dato'..