Sunday, April 17, 2011

PRU DUN SARAWAK: SATU POST-MORTEM

Ruhanie Ahmad


Masyarakat Cina hanya memiliki dua kerusi sahaja dalam BN Sarawak menerusi PRU DUN berakhir semalam. Kedudukan ini adalah atas pilihan pengundi Cina di negeri berkenaan yang memberikan undi mereka kepada DAP sehingga parti itu memenangi 12 daripada 17 kerusi pembangkang.


Tindakan itu tidak salah, malahan demokratik. Oleh sebab itu, tidak ada siapa perlu kecoh dan bising jika BN Negeri dan Pusat bertegas mengenai pembahagian kerusi dalam Kabinet Sarawak kelak berasaskan jumlah kemenangan SUPP.


Ketegasan pengundi Cina untuk memilih pembangkang perlu disambut dengan ketegasan BN Negeri dan Pusat dalam layanannya kepada masyarakat Cina Sarawak. Segala-galanya perlu berasaskan status quo keputusan berkenaan.


Ini kerana corak pengundian masyarakat Cina di Sarawak semalam menunjukkan seolah-olah wujud satu permuafakatan sulit di kalangan mereka untuk sengaja mengenepikan perwakilan Cina dalam kerajaan, termasuk mengorbankan Presiden SUPP, Tan Sri George Chan.


Oleh sebab itu, BN Negeri perlu bertindak hanya berasaskan pilihan ini. Selain itu, BN Sarawak perlu memberikan penghargaan kepada rakyat Sarawak, majoritinya pribumi, yang masih mengekalkan kekuasaan BN menerusi PRU DUN semalam.


Layanan mesra kepada masyarakat Cina Sarawak dalam semua bidang perniagaan yang membabitkan Kerajaan Negeri juga perlu dikaji semula. Kemsesraan pula perlu diberikan kepada masyarakat Pribumi Sarawak yang selama ini mendakwa mereka jadi masyarakat kelas kedua.


Kewujudan parasit dan oportunis dalam semua bentuk yang sebelum ini didakwa oleh segolongan rakyat Sarawak sebagai keterlaluan dan berlebih-lebihan juga perlu segera dihapuskan supaya kredibiliti Kerajaan Sarawak meningkat, Pribumi Sarawak benar-benar rasa terbela.


Dengan cara ini, Kerajaan Sarawak dan Pribumi Sarawak pasti berjaya mewujudkan sinergi dan kerjasama dalam mengukukan kuasa BN Sarawak bagi menghadapi PRU13 kelak.


Perkembangan mengenai corak pengundian masyarakat Cina Sarawak juga perlu dijadikan sebahagian daripada asas kepada pembahagian kerusi antara parti-parti komponen BN dalam PRU13 kelak.


Dalam konteks ini, BN pusat perlu sensitif kepada sentimen pengundi Melayu dan Pribumi. Jangan ketepikan pandangan mereka jika BN mahu menempah kejayaan dalam PRU13. Undi masyarakat Cina yang volatile tidak payah dilayan secara berlebih-lebihan sehingga menyebabkan pengundi Melayu dan Pribumi berkecil hati dan merasakan mereka diketepikan seperti dalam PRU12.

13 comments:

panglima hitam said...

aku sokong kerajaan BN

kita tak payah pedulikan pengundi2

cina ni. tanpa pengundi2 cina ni kita

masih jugak jd kerajaan

so tak payah nak merayu2 nak layan

jemput ke blog aku

http://persekutuantanahmelayu.blogspot.com

balisungai said...

secara amnya undi kepada BN telah merosot..ini fakta.

khusairi talib said...

Dato', BN perlu mencari formula terbaik untuk menawan hati pengundi Cina. Nampaknya beberapa formula sebelum ini belum lagi dapat menarik perhatian mereka terhadap BN. Gerakkerja parti-parti berteraskan kaum Cina dalam BN perlu dilestarikan. Tidak lagi boleh guna cara lama, atau langsung tidak menunjukkan cara.

NSK said...

Salam...
1. Sbgai kaum pribumi sarawak, sy amat bsetuju dgn pandangan ini.
2. Bukan lagi satu rahsia, layanan mesra dan berlebihan terhadap kaum Cina harus dikaji.
3. Berilah ruang kpd kaum pribumi utk sama2 meraih pendapatan tinggi dlm pelbagai bidang dan cabang ekonomi.
4. Sayu hati sy melihat sokongan masyarakat Iban di tempat sy thdp BN, hidup mati mrka ttp sokong BN.
5. Lalu, kpd pemimpin2 BN, soalan sy apa smbgan anda seterusnya terhadap mereka ini, khususnya yg hidup di pendalaman.
6. Permintaan mereka tak tinggi, tp berilah sedikit ruang ekonomi utk mereka...
7. Saya khuatir, pengabaian terhadap mereka ini,akan mghilangkan rasa syg mereka thdp BN.
8. Lagi sayu hati sy bilamana wakil bertanding, ibarat memandang kaum ini hanya sblh mata, salahkah trn dari rumah ke rumah, selami khidupan mereka...
9. Apa2pn sy ttp yakin sokongan mereka tetap pada BN, cuma awas anasir luar semakin agresif bergerak menerusi anak2 muda yang merantau di luar....
10. Mohon, kerajaan BN Sarawak jgn hanya lihat hal ini sbelah mata.. Takut2 byk yg akan hilang.

ipv6 said...

Najibo would not have the ball to do just that pluss the Cinabukt will gerrymander many thing just they always does..watch their paper this coming week. Therefore you guys must pressure the current administration to do what it take or else it's business as usual!

Antibarua said...

Saya menyokong sepenuhnya tulisan saudara. Pribumi Sarawak adalah pemenang mutlak dalam pilihanraya lepas. Kerajaan BN jangan sesekali melupakan jasa ini. Abaikan majoriti kaum cina kerana inilah pilihan mereka. jangan beri muka lagi. Inilah demokrasi...

Tahniah kepada Pribumi Sarawak kerana anda telah bersatu dan berpadu tenaga menolak Pakatan Haprak. Melayu semenanjung bila nak bersatu?

jebat said...

Salam takzim, bung,

Buat Post Mertem seratus kali pun keputusannya tetap sama:

Orang Cina di Malaysia mahu:

1. PM dan Ketua Menteri?Menteri Besar mereka mestilah dari kalangan mereka;

2. Bahasa Cina jadi Bahasa Rasni negara ini;

3. Kebudayaan Cina jadi teras kebudayaan Kebangsaan;

4. Agama Islam bukan agama rasmi negara ini; dan

5. Matlamat pemimpin mereka negara ini jadi negara komunis !

APAKAH BN AKAN TUNDUK KEPADA SEMUA INI ?

APAKAH PEMIMPIN UMNO TIDAK SEDAR LAGI DARI TIDUR MEREKA ??

TIDURLAH PEMIMPIN UMNO ... BILA KEDUDUKAN TERJUAL BARU BANGUN !!!

ITU LAH SIKAP PEMIMPIN MELAYU !!!
PERKARA SEBENARNYA ??

MENGHARAPKAN PEMIMPIN CINA DALAM BN UNTUK MENGHADAPI SEMUA INI ADALAH SAPERTI MENGHARAPKAN KUCING BERTANDUK !!!!

HAI ORANG MELAYU DAN BUMUPUTRA,
SEDARLAH DAN BERSATU LAH.

Anonymous said...

Dato'

Fakta- Undi BN telah merosot. Pada saya Tiada Formula.. Tunjukan transparensi dalam Pemerintahan.

Zaman Celik IT ni, segala maklumat semakin mudah diperolehi. Semakin kerajaan meluaskan internet coverage semakin luas maklumat yg boleh dicapai..

Nowaday, Kerajaan sekonyong-konyong mengunakan jentera2 yg ada. Ingat la, rakyat bukan buta & tak pandai menilai..

Contoh yg paling ketara: 1)Penggunaan media perdana. Berilah liputan yg adil dan sama rata. Kalau betul2 berani kenapa tidak adakan hujah diantara pemerintah & pembangkang dlam membahaskan hujah masing2.. Ingatla media arus perdana juga la nanti yg akan menjatuhkan kerajaan..
p/s.. Maafla ya saya dah lama boikot berita melalui media perdana. Dan ramai lagi kawan2 sy yg berbuat begitu..

Un-educated people in rural area bole la digula2.. Tapi sampai bila?

From : Transparensi
Wasalam

NURUL MUBIN SIRAJ said...

itu pilihan mereka sama ada semasa mengundi mereka yakin PR akan menjadi kerajaan atau sebagai pemnangkang. Pisau dan timun ada di tangan BN, tapi eloklah layan lebih kpd yg memerlukan seperti kaum melayu/pribumi kerna mereka penduduk asal, tuan rumah sejak dulu2.

Anonymous said...

salam..datuk, memang cina macam itu,cuma dua tiga kerat saja yang sokong BN, saya cadangkan agar banyakan perumahan rakyat di kws. bandar untuk melayu,india dan bumiputera agar masa hadapan pengundi akan berpihak kpd.BN

Anonymous said...

Salam Datuk
Ini namanya DEMOKRASI rakyat berhak memilih siapa yg dia suka dan kita perlu hormat pilihan mereka.BN dengan kemudahan kerajaan yang luas gagal mendapat sokongan besar ini menunjukan BN sudah tak popular lagi dan dibenci.Menghukum dan memingirkan mereka samalah ala pemerintahan kuku besi/ditator saperti Libya Gadafi,Iraq Saddam yang sangup membunuh rakyat sendiri kerana tidak menyokong mereka.Apakah BN kearah itu? Dizaman IT tanpa sepadan ini seluroh dunia sedang memerhati kita dan Barat sedang menungu peluang dan ruang untuk capurtangan saperti Libya dan Iraq apabila ini berlaku BN lah patut di persalahkan.Fikir-fikirkanlah KEKUASAAN ADALAH MILIK ALLAH , DIA BERHAK MENARIK DAN MEMBERI KEPADA SIAPA YANG DI KEHENDAKINYA.

Anonymous said...

salam,Melayu kalau ada kuasa pun tak tolong Melayu , contoh UDA. ada hak pun nak bagi kepada China . Jadi dalam hal ni . pada pandangan saya Melayu-melayu seperti ini perlu dicantas dulu Dalam UMNO. hidup Melayu!!!!!!!!!

Anonymous said...

salam,Melayu kalau ada kuasa pun tak tolong Melayu , contoh UDA. ada hak pun nak bagi kepada China . Jadi dalam hal ni . pada pandangan saya Melayu-melayu seperti ini perlu dicantas dulu Dalam UMNO. hidup Melayu!!!!!!!!!