Tuesday, June 29, 2010

Perkhidmatan Awam Dan Rasuah: Siri Lima

Ruhanie Ahmad
Siri sebelum ini membuktikan bahawa kecekapan sesuatu pentadbiran awam atau syarikat swasta hanya boleh mengurangkan tahap rasuah atau membasmi rasuah keseluruhannya jika semua individu dalam organisasi berkenaan membenci rasuah.

Lantaran itu, analisis ini berpendapat bahawa rasuah hanya boleh dihapuskan menerusi tiga kaedah utama. Pertama, menerusi sistem perundangan yang tegas, penguatkuasaan undang-undang yang berkesan, dan penalti undang-undang yang berat.

Bagaimanapun, pastikan pihak penguatkuasa undang-undang itu sendiri tidak terlibat dengan rasuah. Benveniste (1997:119) yang menitikberatkan masalah ini menegaskan ”rasuah hanya akan terhapus jika pihak berkuasa yang bertanggungjawab membanteras rasuah tidak boleh dirasuah oleh sesiapa. Situasi seperti ini wujud jika badan berkuasa berkenaan mempunyai komitmen kepada ideologi perjuangan negara dan komitmen kepada profesionalisme kerjaya.”

Kedua, rasuah boleh dihapuskan menerusi pelaksanaan dasar, konsep serta program anti-rasuah yang berterusan, program yang menerima iltizam politik yang jujur, serta program yang digandingi oleh strategi penjernihan minda menerusi ajaran agama dan pemupukan norma-norma masyarakat yang positif. Ini penting kerana sasaran utama program, konsep dan dasar anti-rasuah adalah individu dalam perkhidmatan awam dan swasta.

Dalam konteks ini, Caiden et. al. (2001:253) menegaskan, ”warga perkhidmatan awam perlu mengamalkan sistem etika dan tanggungjawab moral yang murni. Mereka boleh mengamalkannya jika mereka menginsafi bahawa mereka berkhidmat untuk negara dan kesejahteraan rakyat. Amalan ini sangat diutamakan dalam negara yang demokratik kerana jika tidak, warga perkhidmatan awam akan dituduh mengamalkan birokrasi ala-Nazi yang mengorbankan kepentingan rakyat demi memenuhi matlamat birokrasi yang kejam.”

Dobel (1999:95) pula menyatakan ”jika penjawat awam tidak menjunjung nilai-nilai demokrasi, mereka akan dijebak dilema moral. Jika mereka hanya menentingkan keselesaan peribadi, mereka akan berleluasa tanpa mengambilkira hak-hak rakyat serta integriti perlembagaan negaranya.”

Ketiga, jenayah rasuah boleh dihapuskan menerusi kebangkitan serta kewujudan masyarakat sivil yang berani bersuara dan bertindak secara berwibawa dalam soal-soal anti-rasuah. Hakikat ini signifiken kerana di kebanyakan negara, jenayah rasuah berleluasa sebab rakyat jelatanya tidak peduli, takut atau berasa terancam jika mereka berbicara tentang rasuah.

Johnston (2007:197) menegaskan, “penyertaan masyarakat sivil diperlukan dalam pembanterasan rasuah kerana jenayah ini adalah sistemik. Oleh sebab itulah reformasi menghapuskan rasuah perlukan dukungan minat serta tenaga masyarakat.”

Kesemua pra-syarat di atas wujud di Malaysia. Negara ini mempunyai institusi serta undang-undang anti-rasuah yang berwibawa. Tetapi, kredibiliti penguatkuasaan yang lahir daripada institusi dan undang-undang itu masih diragui dan dipertikaikan oleh rakyat.

Malaysia mempunyai dasar, konsep serta program anti-rasuah yang dilaksanakan secara berterusan. Tetapi, sesetengah program berkenaan terlalu dibelenggu oleh kewujudan institusi birokrasi yang tidak fokus terhadap misi membanteras rasuah. Pada waktu yang sama, program-program keagamaan dan ketatanegaraan yang disasarkan khusus terhadap aspek anti-rasuah juga masih berkurangan.

Akhir sekali, Malaysia mempunyai pelbagai pertubuhan masyarakat sivil untuk menjana minat serta tumpuan umum kepada kegiatan membanteras dan membenci rasuah. Bagaimanapun, sebilangan pertubuhan ini jelas terikat kepada parti-parti politik tertentu. Oleh sebab itu, suara dan tindakan organisasi ini lebih disorot daripada perpektif politik. Itulah sebabnya suara dan tindakan mereka hanya menerima respons yang sinis daripada pemerintah.

Oleh sebab itu, Kerajaan Malaysia tidak perlu menjadikan pentadbiran awam yang cekap sebagai indikator untuk mengukur tahap rasuah di kalangan warga perkhidmatan awam ataupun pemimpin kerajaan. Sebaliknya, di samping kewujudan dan pematuhan kepada seluruh peraturan, arahan, prosidur dan undang-undang untuk meningkatkan mutu, kecekapan, dan sikap membenci rasuah, kerajaan perlu memberikan emfasis secara konsisten kepada usaha penjernihan minda dan pengukuhan iman dan moral menerusi pendekatan agama dan ketatanegaraan.

Seterusnya, kewujudan organisasi masyarakat sivil yang anti-rasuah dan bebas daripada naungan atau kongkongan politik perlu digalakkan. Moga-moga dengan cara ini rasuah dapat diminimumkan dan lama kelamaan berjaya dihapuskan.

Dengan itu, pentadbiran awam yang cekap adalah tidak bebas dari rasuah. Tetapi, pentadbiran awam yang cekap dan mempunyai warganya yang jijik dan benci kepada rasuah adalah ideal uuntuk membebaskan organisasi berkenaan, kerajaan dan negara daripada belenggu gejala rasuah. [Siri penutup mengenai rasuah akan disiarkan Jumaat depan.]

9 comments:

Unknown said...

Rasuah ni macam dadah. Mula-mula sikit. Bila dah ketagih jadi overdose. Saya setuju dengan Datuk. Penguatkuasa undang-undang dan pentadbir undang-udang mesti bersih daripada rasuah. Kalau tak, ranap kita. Kalau semua perkhidmatan kritikal kerajaan dah boleh kena rasuah, jahanam. Rahsia negara boleh tergadai. Apa-apa rancangan penting kita dijual kepada jiran. Keselamatan masyarakat tergugat. Orang bawah menderita kerana duit untuk projek semua tiris ke poket perasuah.

Kerajaan kena adakah gerakan tumpuan. Tiap-tiap minggu, ada khutbah pasal rasuah. Tapi Katib janganlah menjerit-jerit dan emosik bila sampaikan khutbah tu. Hadirin boring. Adakah kempen seluruh negara oleh semua pihak. Lantik spy sebanyak mungkin. Macam Datuk tulis, wujudkan suasana takut dan gentar di kalangan

pemberi dan penerima rasuah. Biar dia orang ketaq lutut, gigil tak abis. Lepas tu kuliah agama di pejabat pun pasal rasuah. Jangan asyik cakap pasal dunia dan akhirat tapi soal rasuah dipandang ringan.

Unknown said...

Datuk,

Saya setuju penguatkuasa undang-undang mesti bersih dari rasuah. Tapi saya dengar dalam agensi tu penuh ejen-ejen pembangkang, PKR terutamanya. Dia orang pass info yang belum sahih pada PKR. Lepas tu PKR buat kangaroo court dalam Parlimen tuduh sana tuduh sini untuk buruk-burukkan kerajaan.

Ini kena disiasat dan dibetulkan.
Kalau PKR betul-betul juara anti-rasuah, cadangkan pada kerajaan apa dia orang nak buat pasal rasuah. Kisah di Selangor waktu ni pun dah cukup untuk dibongkar oleh PKR. Dakwaan umum terhadap MB Selangor pun perlu disiasat oleh PKR. Jangan bila cakap pasal rasuah PKR ingar dia orang malaikat dan BN iblis. Rakyat kena faham, rasuah tak kenal ideology.

Kalau PKR kata semua pasal BN rasuah, PKR mesti sanggup diaudit betul tak dalam warga dia orang pun tak ada yang rasuah?

Saya bimbang Datuk. Kalau betul ada negara yang kucar-kacir sebab rasuah, Malaysia masa depan macam mana agaknya? Ini soal hidup-mati negara dan bangsa, Datuk. Apa perlu kita lakukan?

Rillink said...

Aassalam Dato
Sifat tamak manusia lah yang menjadikan gejala rasuah.PM ke5 mempunyai cara penyelesaian gejala rasuah dengan menaikkan gaji kakitangan dari 30% hingga 45% yang kununnya boleh mengurangkan massalah ini katanya dan apa yang terjadi setelah kenaikkan gaji tersebut ialah gejala rasuah mangkin meningkat.Bagi pendapat saya cara untuk mengurangkan gejala ini ialah dengan menyekat PELUANG untuk menerima dan memberi rasuah.Sebagai contoh rumah kita untuk menyekat dari pencuri masuk,kita mestilah memasang grill tingkap dan pintu atau memasang alarm dan cctv,jadi peluang untuk pencuri masuk adalah semakin tipis.Begitu juga dengan rasuah.

Mika Angel-0 said...

Bung Ruhanie Ahmad,
Salaams

Saya lebih mirip kepada hukum berat yang dikenakan keatas pesalah rasuah.
Di PRC hukuman mati pun belum boleh menghapuskan gejala rasuah. Di America dan negara-negara barat rasuah itu sudah bermaharajalela dan jadi darah daging capitalist negara maju - 'aggresive lobbying' of law makers (contoh AG Siemens, Madoff-SEC, Mercedes-Benz, Tornadoes-Saudi) dan agama itu hanya pakaian zahir. Saya tidak tahulah sekiranya rasuah pentadbir awam berleluasa di Negara G-20.

Ini rasuah pekara yang luas.
"Whose rewards and punishments are clearer" kata Sun Tze - namun pada hemat kita ini hanya berlakupakai dalam keadaan mahu perang, Bung.

Adakah kita perlu kepada 'Blackwater' atau 'Vigilante'.
Contoh: Tahu Ketua SPRM rasuah - tembak dia; kalau berpesai macam Mongolian Model pun tak pa!


(cakap-cakap pasal rasuah bikin mood saya masak air - rasuah ini sedap bila makan)

Mika Angel-0 said...

Bung Ruhanie Ahmad,
Salaams

Kallim Stewart
(wawasan2020)

If we want to do it let's do it for the right reason, please.

Projek Rasuah - let MACC walk with us.

There are more pious employees in the Perkhidmatan Awam because they understand they Wawasan2020 and they believe in the Vision2020.

So I may need lodgings and logistics for an eleven person entourage plus a week in Langkawi - tennis practices need facilities - from Bloomington and LA to Kuala Lumpur 30-days permission from Tun DR Mahathir, Bung Ruhanie Ahmad.

Then, we post them to Gaza.
But do it for the right reason.

Salam Takzim.

Mika Angel-0 said...

Bung,

I nearly forgot.

Best and regards to NinasChemistry and salaams to the gals and guys at UKM!

salam takzim.

(o'mr conductor, the mission, please)

Mika Angel-0 said...

Alhamdulillah. Shukran jazielan.

Best Wishes, Bung Datuk Ruhanie Ahmad.


Salaam Takzim.

jebat said...

Bung,

Saya rasa kalau nak berkesan tangkap Pengarah dan Pengerusi MACC simpan mereka di SUNGAI BULUH.

Kesalahan nya "lembab menjalankan tugas".

Lepasitu barulah MACC active menjalankan tugas.

JEBAT - Suka kuda kepang johor.

spycatcher03 said...

Nakhoda said " ......Tapi saya dengar dalam agensi tu penuh ejen-ejen pembangkang, PKR terutamanya. Dia orang pass info yang belum sahih pada PKR. Lepas tu PKR buat kangaroo court dalam Parlimen tuduh sana tuduh sini untuk buruk-burukkan kerajaan........."

Remember our telecon the other day Dato'? I feel that the government should endeavour to thoroughly investigate these 'fears' because if its true, then SPRM will be the vehicle to topple the government and UMNO not only through prosecutions but character assassinations using cyber world!!! A person will not necessarily be prosecuted to bring him down, but by mere disclosures in the internet will do the job!! I think lets see around us within these few months. How many government related personalities ( such director of BN and alike) have been brought to court, with trivial involvements as compared to the 'big fish'!
I hope YAB PM is fully aware of this and should take stern actions to water out the rats in the moles!!!