Monday, June 28, 2010

Universalis, Gedebe Dan Natey

Sabtu lalu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, menulis kisah Melayu universalis dalam Utusan Malaysia. Kini beliau diserang oleh seorang universalis dengan tuduhan gedebe. Jika universalis itu mengetahui maksud perkataan natey, mungkin dia juga akan menggunakannya untuk mendiskripsikan Ibrahim.

Semua ini terjadi bukan kerana Ibrahim benar-benar gedebe. Tetapi kerana beliau kini menikmati limelight yang suatu ketika dulu mungkin milik orang lain, dan orang lain itu mutakhir ini seolah-olah ketandusan publisiti akibat fenomena perubahan cuaca dan suhu siasah negara.

Maka, orang lain yang berkenaan itu pun mencipta polemik dangkal membabitkan Ibrahim semata-mata untuk memperolehi sedikit limelight yang kebelakangan ini menggerhanai siasahnya.

Inilah pendekatan siasah di kalangan segelintir universalis. Jika Ibrahim dianggap berminda katak bawah tempurung, universalis terbabit sentiasa berfikiran out-of-the-box. Oleh sebab itulah Ibrahim sentiasa mengapresiasi falsafah mengenai hujan lembing di tanah airnya sendiri, sementara universalis itu terus terpesona dengan the glittering diamonds in the sky sehingga tak tergapai tangan untuk mencapainya!

Saya tertunggu-tunggu komen universalis terbabit mengenai saranan Tuanku Paduka Sultan Johor supaya jambatan baru di bina menggantikan Tambak Johor yang usang. Ini kerana banyak pihak pasti bahawa universalis itu mengetahui seribu satu kisah di sebalik pembatalan projek jambatan itu oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi beberapa tahun yang lalu!

7 comments:

Muhammad Azli Shukri said...

tahniah datuk!

spycatcher03 said...

Ini adalah kisah seorang anak muda yang ingin mencari tapak yang agak pejal untuk berpijak. Masih tidak berhaluan, bak sebagai penyayi genre apakah yang ingin dilagukan agar mendapat perhatian umum. Selama 4 tahun berada di bawah sayap yang kuat tetapi udah menunjukkan tanda2 keuzuran, budak ini menyangkakan bisa mempersiapkan gelanggang untuk majlis tarinya. Rupa2 hujan tak sampai kepetang, maka terumbang ambing sekali lagi cuba mendapat rentak tari yang populist!!
Political animal will stop at nothing to achieve his goal!! He goes by senses which he feels is confortable to to embark in order to portray his prowess in this field, which is still new to him! There you are , sometimes going by senses alone would be disastrous!! What more when playing fire with the elders like Ibrahim Ali!!!
He should realise that nowadays, someone's reputation will be ruined because of the perceptions created! To The eyes of the malays and bumi he is finished because being percieved as 'unmalay' and un-dependable!!.
My advice to Dtk Paduka Ibrahim Ali is, PERSETANKAN orang muda ni , dia dah ketandusan isu untuk menaikan harga dirinya.

nakhoda said...

Salam Datuk dan Spycatcher.

Saya pun dah lama tak bersuara dalam blog. Tapi bila spesies universalis ni mula bersuara, saya kenalah bersuara.

Saya setuju dengan spycatcher, persetankan budak universalis berhingus ni. Dia ingat dia masih dalam cloud nine di aras 4. Dia lupa itu semua dah jadi sejarah.

Semalam saya terbaca, dia bercakap di JB mintak orang Johor pertahankan UMNO dan BN. Sebagai anak Johor jati, saya nak bagi tau budak universalis ni, Johor jadi kucar-kacir PRU lalu sebab Jambatan Bengkok dikenselkan oleh Dolah badawi dan sebab Dolah Badawi buat Iskandar Malaysia.

Kepada warga UMNO semua saya seru kita semua desak budak ni mengaku sama ada betul dia main politik wang untuk menang Ketua Pemuda. Juga bagitau kita semua, sama ada betul dia kelentong undi sampai Mukhriz kalah? Watch out man!!!!

putera bentan said...

Tok Him, teruskan perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air. ALIF BA TA. Budak ni jangan layan. Dia nak cari pasal Tok Him arahkan ahli Perkasa godam dia sampai lunyai....

azam said...

This KJ guy is a publicity maniac who talks through his none. He thinks it is ok to defend Ka Siong. It is WRONG. The right move is to reprimand Ka Siong, tunjal his head, and warn him not to insult us THE MALAYS AND THE BUMIS.

But, this guy KJ took the wrong move. It only reflected his real self as a person who only knows Malaysia in recent years. Before that, where was he? Singapore for the primary education? UK for secondary and university?

Well, I know him, especially while at his night outing at the SOUX in jalan Ampang!!!!

kudakepang said...

Sdra Muhammad Azli, Spycatcher, Nakhoda, Putera Bentan, dan Azam. Jutaan terima kasih kerana kembali berkunjung ke KK.

Soal universalis ni lumrah hidup. Kini dia nak mendaftarkan diri semula ke alam politik. Tapi, sepak terajang politik perlu difahami. Kata orang tua-tua: sarang tebuan jangan dijolok, kalau kail panjang sejengkal jangan diduga lautan dalam, air tenang jangan di sangka tak ada buaya, kalau meludah ke langit pasti terkena batang hidung sendiri!!! Itu saja nasihat saya kepadanya.

salam takzim: Ruhanie Ahmad

Mika Angel-0 said...

Bung Ruhanie Ahmad,
Salaams

Prebet Khairi Lwn Tokhim
(jamais plus jamais)

Bagus, Khairi J berani mahu 'berentap' dengan Ibrahim Ali.
Charismatic fellows; Ibrahim Ali pun bukan calang-calang gedebeh anak.
Namun, Khairi ini cekal orangnya, Ibrahim Ali guru yang baik cepat akalnya - Ibrahim Ali boleh jual pasir pada tok arab.

Kirim salam sama YBhg Datuk Khalid Yunus: anak didiknya istimewa.

salam takzim.

(kj boma-ye!)