Sunday, July 04, 2010

Pentadbiran Awam Dan Rasuah: Kesimpulan

Ruhanie Ahmad

Siri ini merumuskan bahawa pentadbiran awam yang cekap adalah tidak bebas dari rasuah. Ini bermaksud bahawa kecekapan warga perkhidmatan awam tidak boleh dijadikan indikator total kepada ketiadaan amalan rasuah dalam sektor berkenaan.

Sebaliknya, hanya warga pertadbiran awam yang cekap dan membenci rasuah sahaja yang boleh mengurangkan tahap rasuah dan lama kelamaan menghapuskan jenayah tersebut secara komprehensif.

Dalam konteks ini, seluruh institusi negara dan NGO berkaitan dengannya wajar melaksanakan prorgam membanteras rasuah menerusi pemupukan iman yang lurus dan jiwa yang murni.

Seterusnya, kerajaan wajar memastikan bahawa pelbagai institusi anti-rasuah untuk memupuk sikap membenci jenayah ini perlulah fokus dan tidak terjebak dalam sesawang birokrasi yang akhirnya melunturkan impak perjuangan anti-rasuah.

Akhir sekali, pihak penguatkuasa undang-undang anti-rasuah mestilah mempunyai pegawai di semua peringkat yang benar-benar bebas daripada persepsi, tuduhan, dan amalan rasuah.

[nota: sepanjang siri ini tidak ada sesiapa yang sudi menyahut rayuan saya untuk memberikan bukti-bukti konkrit mengenai amalan rasuah di sektor awam dan swasta di Malaysia. Sekali lagi saya merayu agar anda yang mempunyai maklumat sahih kirimkanlah ke blog ini atau kirimkanlah menerusi e-mail saya yang tercatat di sidebar blog ini. Rayuan ini adalah untuk membolehkan saya menulis sebuah buku ringkas mengenai rasuah demi untuk manfaat kita bersama.]


4 comments:

Mika Angel-0 said...

Bung Ruhanie Ahmad,

Kalau mahu tulis cerita, ini ada cerita kecil:

tanah wakaf,
tiada permohonan melainkan satu
calun cukup syarat tetapi tidak di endahkan; kenapa?

nak bukti konkrit...

Rillink said...

Assalam Dato,
Kuasa rasuah bukan sepenuhnya pada pentadbiran awam sahaja,tetapi yang menjadi kepalanya adalah pak menteri.Baca cerita seorang pengomen dalam blog MSO bagaimana satu projek 72 juta di markup jadi 92 juta dengan pak menteri menjadi kepalanya.

spycatcher03 said...

Just to draw yr attention to Utusan Malaysia today(13/7) entitled "Pemuda gesa kerajaan siasat Proton"
quote "Beliau mengulas dakwaan sebuah blog, ruangbicarafaisal. blogspot.com hari ini yang mendakwa penceramah Pas serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyusup masuk dan mengadakan sesi ceramah politik sejak dua tahun lalu hasil anjuran pengurusan kanan Proton." I found out that not only Proton is inviting lacturers from opposition but , DBKL!! Ex-Imam Besar Mesjid Negara (MP for Baling) frequently being invited to give lactures to their officers. Are the Govt officers and GLCs , with us? I know one officer with Proton who is a committed Pas member! Is the govt loosing grip on it's officers (incl GLCs)?

Mohsinar said...

Salam Dato',

Rasuah di kalangan penjawat awam adalah lebih berbentuk 'menghalalkan cara'. susah utk di buktikan terutama dalam bentuk hitam putih kerana segala urusan mengikut prosedur serta proses yang di tetapkan.