Wednesday, July 29, 2009

Satu catatan di persimpangan hidup

Ruhanie Ahmad
Kehidupan ada batas dan etikanya. Manusia punya nilai moral dan akal budinya. Politik ada sempadan dan sekatannya. Kebebasan bercakap dan bersuara ada adat dan susilanya. Inilah tuntutan kehidupan yang luhur dan abadi. Apatah lagi dalam kerangka masyarakat Malaysia yang masih mencari-cari asas perpaduan yang tulen dan sejati.

Hakikatnya begitu kerana kita bukan mahkluk rimba. Manusia bukannya singa yang boleh membunuh sesiapa sahaja yang disukainya pada saat dan ketika yang terbaik mengikut naluri kebinatangannya. Manusia juga bukannya kancil yang boleh menipu dan memijak kepala sesiapa sahaja yang mampu diperbodohkannya.

Biarpun lumrah semulajadi manusia saling mencurigai antara satu sama lain, manusia juga dianugerahkan Allah dengan akal budi yang boleh memoderatkan sesuatu ekstremisme. Biarpun kita realis atau pun liberal internasionalis, kita adalah manusia yang mempunyai identiti, salasilah, sejarah dan tamadun.

Lantaran itulah wujud konsep-konsep societal yang menitikberatkan soal bumi yang perlu dipijak dan langit yang harus dijunjung. Lantaran itulah lahir kata pujangga yang melarang seluang menodak langit, kacang usah lupakan kulit. Sebab itulah dilahirkan logika purba yang mengatakan orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Dan, sebab itu jugalah jika kita menampi, jangan pula dibuang padinya.

Pastinya seluruh warga Malaysia faham maksud cetusan di atas. Datuk Nik Aziz Nik Mat pastinya arif akan kesemuanya. Pihak yang menuduh Tun Mahathir Mohamad sebagai rasis semata-mata kerana beliau menegakkan kebenaran mengenai Melayu, wajar mengerti apakah kebenaran yang sebenar-benarnya. Blogger yang celupar dan tergamak menggelar Melayu sebagai babiputera, tentu faham akan dampak dan implikasi kata-katanya. Apologis Melayu juga mesti insaf bahawa sopan dan santunnya Melayu pantang sekali dipijak kepalanya.

Kita semua bukan binatang. Kita bukan singa. Kita bukan kancil. Kita Melayu. Kita Cina. Kita India. Kita rakyat Malaysia. Kita ada persamaan. Kita juga ada perbezaan. Tetapi, persamaan dan perbezaan ini tidak akan menggoncang langit atau menggelorakan segara jika kita sentiasa memilih kerukunan, kedamaian dan kemuafakatan. Kita boleh menjadi materialis. Kita boleh menjadi idealis. Tapi, janganlah jadi oportunis. Jangan jadi pseudo-nasionalis.

Walau apa sekali pun arah pilihan kita, pastinya kita akan melalui satu jalan tengah sebelum kita boleh bergerak ke kiri atau ke kanan. Akal dan budi akan memandu kita ke arah kebaikan!

Malaysia bukannya rimba. Kita bukannya binatang. Tetapi, atas nama sebuah kebebasan, sesiapa yang memilih untuk menjadi binatang, carilah rimba di hujung dunia. Sesiapa yang mahu menodai seluruh norma-norma societal warisan kita bersama, bangunlah daripada kehidupan di alam mimpi dan insaflah bahawa alam nyata yang dimimpi-mimpikan itu pastinya bukan di Malaysia.

21 comments:

Unknown said...

Tulisan Dato' penuh pengertian dan perlu dijadikan panduan dalam tindakan kita semua rakyat Malaysia. Suka saya memetik kata-kata pujangga berikut:
“MENGAPA MANUSIA GEMAR MENCETUSKAN PERTELINGKAHAN SEDANGKAN MANUSIA ITU SENDIRI DILAHIRKAN DARI SEBUAH KEMESRAAN”
drpd luahfikiran

penulis said...

Salam,
Kita orang Melayu. Kita WAJIB mempertahankan hak kita. Kita WAJIB membela bangsa kita. Tuhan jadikan manusia itu berpuak-puak dan berbangsa-bangsa, sudah ada tentu ada hikmahnya. Siapa pun kita, Islamkah kita, bukan islamkah kita, Melayu tetap Melayu. Melayu tak boleh hilang di dunia

zainal mohd jais said...

ADAKAH SEMUA INI
KONDUSIF UNTUK PERPADUAN ?

Untuk mewujudkan perundingan ke arah perdamaian, satu tempoh yang boleh dipanggil sebagai “gencatan senjata” adalah sangat diperlukan. Ia boleh dijadikan satu jangka waktu untuk bertenang, semua pihak memuhasabah diri, dan menyediakan persekitaran iklim dan mood yang kondusif ke arah perbincangan yang positif.

Dalam hal cadangan perundingan dan perpaduan UMNO dan PAS, adakah semua pihak sedar tentang itu, dan melakukan apa yang sepatutnya, untuk memastikan matlamat yang disasarkan tercapai.

Misalnya sikap para pemimpin bawahan yang suka membuat kenyataan provokatif, kecaman melampau, dan sengaja menimbulkan suasana hubungan semakin tidak selesa.
Begitu juga media arus perdana, mahupun media picisan, atau media arus baru, terutama yang sepatutnya mendukung mesej perpaduan Melayu, perlu menjauhi liputan yang besifat melaga-lagakan.

Keberanian pelbagai pihak membuat tuntutan melampau, penghakisan hak Melayu yang membimbangkan, HANYA BERPUNCA KERANA MELAYU LEMAH DAN TIDAK BERPADU. Maka jawapannya, jangan layan sebarang tuntutan, sebaliknya perkuatkan perpaduan.

Tapi ke arah mewujudkan perbincangan, semua pihak mesti bertanggungjawab menyediakan suasana yang kondusif.
SEMAKIN LAMA KITA BERPECAH – MELAYU SEMAKIN RUGI
SEMAKIN LAMA KITA LEMAH - SEMAKIN BANYAK KITA HILANG

pakbelalang said...

Salam Satu Malaysia Dato',

Najib is in the right track. He is the CEO of the country. Let him design the most effective strategy to achieve national objectives.

We should not be concerned too much over trivial matters how he is going to implement his strategy of "peoples first,performance now".

At the end of the day as stakeholders we want a reasonable retun on our investment. He has to declare a satisfactory dividends during the "AGM".

If the results do not show anything significant changes then it is only appropriate for the stakeholders not to renew his contract,period.

The less we criticize the better for him to focus with his job as the saying goes too many cooks spoil the soup.

yuhana said...

jom wahai muslimin n muslimah kita sama baca ayat kursi demi menerangi sgala kegelapan yg menyelubungi tanah air kita umat kita..

yes said...

Hebat tulisan Datuk, tetapi persoalan nya adakah kenyataan nya begitu? Kita semua tak bisu , atau buta atau bodoh. Apa yang kita lihat di sekeliling kita pasti mempunyai impak pada pemikiran kita. Kita nampak rasuah di merata rata, kita nampak ketidak adilan berleluasa, apakah kita tak harus mengeluarkan pendapat kita?
Manusia bukan maalaikat.

Unknown said...

datuk ! tulung berikan pandangan
tentang penjualan saham bernas
kpd sharikat hungkong, tidakkah beras merupakan barangan steratiji?
bukankah beras buleh mengamcam kese
lamatan negara? bukankah dlm sejara
H bangsa kita,apa yg dinamakan 4 wi
layah selatan thailand sekarang ,ki
ta kehilangan buat selama2 nya (perjanjian british/siam 1906)kerna beras?.apakahlagi pimpinan ki
ta akan lakukan terhadap kita?

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Dato'
Im worried that CINA, INDIA, MELAYU PAS, MELAYU PKR, MELAYU DAP, CINA DAP, CINA PKR, CINA MCA,CINA GERAKAN, INDIA MIC, INDIA PPP, INDIA DAP, INDIA PKR did not understand your writing. They just understand 1 Malaysia hehhehhehee.
Ikhlas.

Unknown said...

Datuk!
tulisan datuk pada tiori sangat tepat, semua pihak perlu menyedari
kedudukan masing2, perlu terikat dgn perlembagaan dan kita mempunyai
peruntukan perundangan yg mampu mem
pertahankan keutuhan negara,maka apa yg berlaku sekarang adalah pro
sis memasak perjalanan demokrasi yg
bagi setengah2 sukar utk di terima
pakai. memandangkan kita terlalu jauh termendap dlm satu sestem yg berakar umbi,maka tiba2 pokok yg
kita anggap kebal dari guncangan
angin telah rapuh dan hampir tumba
ng, mengusarkan kita. saya rasa itu
adalah nature kpd perkembangan dunia yg memerlukan perjuangan dri
kita semua, samaada utk mempertahan
kan apayg ada atau berubah mengikut
arus perkembangan, cuma ianya memerlukan kemahiran bagi mengemudi
kan keadaan secara bijak, dan tak
perlu di takut.

Unknown said...

Salam Datuk

Jika perlu untuk menunding jari, saya sering menunding kepada para politikus (kerajaan & pembangkang)yang sering membuat kenyataan yang meresahkan rakyat.

Biarpun rakyat punya akses untuk pelbagai maklumat, bukan semuanya yang tepat dan sesuai. Akhirnya yang keliru dan bertelagah sesama sendiri ialah rakyat juga.

Pemimpin politik baik atasan atau bawahan masih boleh senyum senang-lenang sebab wang, takhta dan kuasa masih milik mereka.

Rakyat tetap jadi mangsa di setiap persimpangan hidup mereka!

Unknown said...

Dato,
Setahu saya datuk hanya bercerita pasal bangsa ,melayu dan hak .Datuk isu ini dah basi,cuba datuk fikir macamana nak jadikan malaysia sebuah negara majmuk.Kenapa asyik nak salahkan pas(pembangkan).Sebagai otai,datuk selesai dengan pro.Thank..

ChengHo said...

Melayu tidak perlu apologetic ,segala usaha untuk mempertahankan kepentingan Melayu adalah yg termaktub dlm perlembagan ,sebarang usaha atau keritikan kpd perlembagaan adalah racist..

kita anak melayu said...

Ronnie Liu dilantik jadi mufti selangor baru, bacalah di http://kitaanakmelayu.blogspot.com

kalau orang PAs tak sedar sedar lagi tak tahulah

wahai orang melayu semua bersatulah


http://kitaanakmelayu.blogspot.com/2009/08/ronnie-liu-mufti-baru-selangor.html

pakbelalang said...

Pemimpin-pemimpin yang yang suka berdemo jalanan bolehlah diibaratkan seperti orang "pekak, buta dan tuli".

Ia betul, adalah menjadi hak rakyat berdemo seperti termaktub di dalam perlembagaan tetapi kita mesti ingat adakah berdemo itu akan memudharatkan keselamatan orang ramai dan negara.

Pihak Polis memang arif tetang kedudukan keselamatan negara. Jika berdemo akan membawa padah kepada keselamatan orang ramai dan negara apakah patut Polis memberikan permit untuk berdemo? Misalnya kalau diberikan juga permit dan diizinkan beribu-ribu orang berdemo dan kemungkinan polis tidak dapat mengawal keadaan, siapa nak disalahkan jika berlaku rusuhan. Tentunya orang ramai akan menuding jari kepada pihak polis kerana gagal menjaga ketenteraman awam.

Rakyat kita masih belum lagi mencapai tahap "civilised society" untuk berdemo secara aman. Kita telah berulang kali saksikan bagaimana kesudahannya jika dibiarkan mereka berdemo. Akhirnya huru-hara jadinya. Mereka menjadi tidak siuman lagi dengan lemparan suara kesat dan cacian yang menjijikan didengar. Suara yang tidak memaparkan sebagai suara orang beriman!!

PREVENTION IS BETTER THAN CURE.


Siapa kata kerajaan tidak dengar suara rakyat. Kita kan ada parlimen. Wakil rakyat adalah mewakili suara kita. Ada wakil rakyat yang mewakili kerajaan bagi pihak majoriti rakyat dan ada wakil rakyat pembangkang yang mewakili suara minoriti. Merekalah patut berdebat di parlimen untuk menyuarakan suara hati majoriti rakyat dan suara hati minoriti rakyat.

Apa yang nak disibukkan berdemo tak tentu pasal? Dah bodoh stupid. Dah pekak buta. Dah buta tuli !! Nama je orang Islam tapi perangai macam setan dan iblis. Allah bagi akal untuk kita berfikir tapi akal orang Islam masih akal "monyet". Bukan akal "world" !! Yang ada akal "world" hanya Mawi sahaja !!

pakbelalang said...

Jika kita perhatikan yang berdemo semalam kebanyakkan anak-anak muda Melayu. Mana perginya anak-anak muda Cina dan India?

Jadi apa kesimpulannya?

Anak-anak muda Cina sibuk cari duit dan sedang memperbaiki kereta pelanggan di bengkel-bengkel dan menjual handphone dishopping complex dan segala benda barangan yang boleh dapat duit. Kalau dikumpulkan hasil pendapatan anak-anak muda Cina yang tidak berdemo mungkin ratusan ribu pada hari semalam. Hari yang paling senang nak cari duit ialah hari Sabtu.

Apa hasil anak-anak muda Melayu dapat dengan berdemo? Hanya terpekik terlalak di jalanan sahaja. Hasilnya MELOPONG. Syok gitu je lah dapat berkumpul beramai-ramai.

Pada pandangan saya anak-anak muda Melayu ni banyak yang "menganggor" dan memang telah menjadi tabiat orang Melayu suka "berkumpul dan berpesta". Kemungkinan ada dari mereka yang tidak tahu apa itu ISA dan peruntukan asas dalam Akta ISA.

Sedih, sedih, sedih !!

Nani said...

Dato' ,

Blogger mana yang kurang ajar kata melayu ni babiputera? Orang macam ni patut ditarik balik kerakyatan dan pergilah balik ke negara asal mereka .. dasar tak tau berterimakasih dan bersyukur .Inilah akibatnya apabila Melayu tak bersatu dan akibat perangai Melayu yg bertoleransi dan baik sangat . Bagi betis nak peha .. Inilah perangai mereka ...

Amir Razain said...

Rakyat pasti suatu masa nanti akn kembali kpd BN kerana BN tidak mencetuskan huru hara.
_______________________
View Profile: Rantong™

denaikecil said...

salam,
1.manusia akan terus bercakaran selagi terikat dengan kepompong asabiyah.pesepsi melihat manusia lain bukan dari kelompok sendiri akan mencetuskan kebencian dan perasaan tak puas hati yang berpanjangan...Soalnya bila nafsu akan paus?
2.datuk,kita lupakan lah politik perkauman ni..kita bina semula dengan kefahaman islam yang benar...semua manusia dari adam,adam dari tanah..kembali semula kita kepada Nya

Senjaliza said...

Aug 4th, 2009 | By webmaster | Category: Sam Ahmad, Team PerakExpress
Oleh Sam Ahmad/MSK

Berita gempar baru masuk, para pemimpin tinggi UMNO masuk PKR. Mereka adalah Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Shahrir Samad, Datuk Azmi Khalid dan Ruhanie Ahmad dari blog popular Kuda Kepang.

Namun berita tersebut masih lagi khabar angin, belum ada sesiapa yang dapat sahkan.

KuLi yang sebelum ini dipelawa oleh Datuk Zaid Ibrahim untuk masuk PKR melalui blog MyZaidIbrahim, walaubagaimanapun menolaknya juga melalui satu artikel di The Malaysian Insider.
--------------------------
Datuk lebih maklum.

Anonymous said...

Datuk nak masuk PKR ke datuk?

kudakepang said...

Salam kepada sahabat-sahabat sekalian.

Jutaan maaf kerana lama saya tidak berinteraksi sebab sibuk dengan assignments mingguan.

Apapun, kepada adik saya Ramli Yasir, saya katakan yang saya tak akan lupakan anda dan Enal. U berdua yang ragging saya cukup-cukup. Ingat tak? Tapi, lepas tu kita jadi best of friends kan? Saya akan kirimkan email address u pada Enal dan sampaikan salam saya pada Hasnah ok.

Kepada anda yang musykil kalau-kalau saya menganggotai PKR, jawabnya TIDAK....

Pasal ISA, memang terbukti ramai yang hadir. Tetapi, siapa dapat buktikan berjuta lagi rakyat yang tidak hadir juga tidak menyokong ISA.

Saya akui saya tersilap anggap. Tapi, dalam hal ini tidak ada siapa yang pasti akan hakikat sebenarnya.

Salam takzim: Ruhanie Ahmad