Wednesday, July 08, 2009

Renungan sempena 100 hari kepimpinan Najib

Ruhanie Ahmad

Pada Sabtu,11 Julai 2009, jam 10.30 pagi, di KLCC, Kuala Lumpur, akan berlangsung majlis “100 hari Najib bersama rakyat.” Daripada jemputan yang saya terima, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga dijangka turut hadir.

Sempena majlis berkenaan, saya ada beberapa catatan buat renungan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia keenam merangkap Presiden UMNO Malaysia.

Satu: Segolongan orang Melayu kini berasa cemas terhadap beberapa pengumuman kerajaan mengenai liberalisasi baru-baru ini. Perkara ini perlu dijelaskan hingga ke peringkat akar umbi jika kerajaan mahukan kemenangan dalam PRU 13. Ada pihak mengatakan kesemuanya baik dan selaras dengan tuntutan global. Tapi banyak pihak juga yang merasakan kerajaan seolah-olah memberikan terlalu banyak muka kepada pihak bukan Melayu dan kelompok asing.

Dua: Konsep 1Malaysia perlu mempunyai satu dokumen yang rasmi dan komprehensif. Ini perlu dikeluarkan dengan seberapa segera untuk mengelakkan ianya dieksploitasikan oleh pihak oportunis yang mahu memesongkan rakyat kononnya konsep 1Malaysia adalah sinonim dengan konsep Malaysian Malaysia yang dihebahkan oleh PAP serta Malaysian Solidarity Council di Singapura pada 6 Jun 1965, dan diumumkan oleh DAP menerusi Deklarasi Setapak, di Kuala Lumpur, menjelang PRU pada tahun 1967.

Tiga: Biasiswa Nasional yang diumumkan oleh kerajaan atas dasar meritokrasi cukup menarik. Tetapi, belum pasti ianya diterima baik oleh pribumi, iaitu orang Melayu dan Bumiputera, terutama sekali bila soal biasiswa adalah soal yang termaktub dan dilindungi oleh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Untuk merincikan polemik ini kajilah maksud dan semangat Perkara 153 dengan tenang dan terbuka. Pihak bukan Melayu yang asyik mendesak dengan tuntutan demi tuntutan mengenai soal biasiswa juga perlu memahami semangat Perkara 153 ini. Menurut Leong (2003:91), penganugerahan hak-hak kewarganegaraan kepada bukan Melayu (pada 1957) adalah sebagai pertukaran kepada pengiktirafan bukan Melayu pada ketika itu terhadap kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera (sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan). Oleh itu, kerajaan sewajarnya mempertahankan semangat dan maksud Perkara 153 tanpa sebarang kompromi.

Empat: Pengumuman kerajaan mengenai jambatan ketiga bagi menghubungkan Malaysia dengan Singapura kurang disenangi oleh sebilangan rakyat, terutamanya rakyat Johor Darul Takzim. Sebaliknya, kerajaan akan terbukti bijaksana jika Projek Jambatan Bengkok dapat diteruskan pembinaannya.

Lima: Adakah UMNO sudah benar-benar pulih dan kembali perkasa? Bukankah UMNO masih lagi dipalit dan dicalit dengan beberapa kontroversi membabitkan beberapa individu yang terbukti terlibat dengan rasuah politik? Apakah tindakan tegas sudah dikenakan ke atas mereka? Atau, masihkah UMNO mahu meneruskan patronage ke atas individu-individu ini? Persoalan-persoalan ini perlu dihayati demi kelangsungan UMNO dan kerajaan dalam PRU13.

Demikian lima perkara khusus buat renungan Najib dan Muhyiddin serta seluruh anggota kabinetnya sempena majlis “100 hari Najib bersama rakyat” pada 11 Julai 2009. Saya akan artikulasikan seluruh perkara ini satu per satu tidak lama lagi.

Mudah-mudahan kepimpinan Najib-Muhyiddin akan mampu memberikan sinar harapan serta keunggulan realiti kepada orang Melayu, Bumiputera dan bukan Melayu seluruhnya berasaskan semangat dan maksud perkara-perkara strategik dalam Perlembagaan Persekutuan yang diwujudkan khusus demi negara yang majmuk dan kelangsungannya di hari muka. KEPADA ALLAH BERSERAH!

27 comments:

Unknown said...

betul tu Datuk. Paling tepat lagi PM najib adalah Presiden UMNO pertama dan Perdana Menteri kedua.
Presiden UMNO - mengetuai masyarakat melayu dan melaksanakan kehendak orang Melayu pertama sekali.
Perdana Menteri - barulah mengetuai org melayu dan lain lain bangsa. Tapi sekarang dia Perdana Menteri utk bangsa lain dan Presiden UMNO utk Gerakan,MCA dan MIC.
Org Melayu dapat apa? Dapat la nostalgia Tun Razak.

Unknown said...

Warkah Terbuka Untuk Perdana Menteri
Assalamualiakum.....YAB
Semalam hamba bermimpi
Didatangi seorang tua serba putih
Jubahnya putih
Rambut,misai dan janggutnya putih
Serba putih....wajahnya berseri

Dalam mimpiku dia berpesan
Agar amanat ini disampaikan kepada YAB
Katanya Allah telah berfirman....
Mahfumnya
Wahai Nabi,
suruhlah isterimu,
anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman,
agar melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya;
Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali,
maka mereka tidak akan diganggu.
Dan Allah adalah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.
(59 - aL ahzaab)

YAB,
Sekiranya amanat ini ditunaikan
Dia percaya dan yakin
Segala amalan dan pemerintahan
Akan diberkati Allah
Kau akan lebih disanjung tinggi
Kemenangan besar akan dirasai
Pada hari-hari yang mendatang

YAB,
Ampun dan maaf
Kiranya warkah ini mengganggu hidupmu
Hamba tidak berbohong
Cuma penyampai amanat orang
Sekiranya diragui kejujuran
Hukumlah hamba ini......

Salam Hormat
Hamba rakyat yang hina

abghalim
7-7-09
sesudah zohor

pakbelalang said...

Najib has got to do a lot of explanation about his liberalization policy. Or else it will be backfired and Najib will at the end of the day feel the heat until next election. Don't assume and take things for granted as if the majority of the rakyat agree to his policy.

Don't short change the bimiputra rights in order to please others.

pakbelalang said...

Wajarkah Korbankan DEB?

Saya berpendapat wajar DEB dihapuskan dan digantikan dengan Dasar Liberalisasi Baru. Ini bermakna dasar 30% dilupuskan terus untuk bumiputra. DLB diberi penekanan yang maximum tanpa had untuk bumiputra dan tidak terikat dengan quota 30%.

Segala hak untuk bumiputra tidak ada sekatan terutama sekali tentang hak bumiputra untuk mendapatkan pendidikan tinggi, perumahan, pekerjaan dan lain-lain aktiviti ekonomi.

Umpamanya kalau 5000 penuntut bumiputra layak belajar ke luar negeri jangan seorang pun tercicir tidak mendapat peluang belajar ke luar negeri. Priority is for bumiputra first. No such thing as having 30% or 60% quota for bumiputra.

This idea of mine may sound stupid or ridiculous but I think this is the right way to close the gap between the bumiputras and the non-bumiputra to get the desired results.

The DEB is a failure and we need a new aggresive policy and strategy that could realise our dream as a dignified bumiputra. We are NOT a pariah race to be satisfied with 30% "hand out" !! Yes even though some may say that I am a dreamer but harping on the 30% for bumiputra is really sickening. We are NOT "beggars" living in our own country struggling to get only peanuts.Give ALL whatever is due for us and NOT 30% for sure.

azlishukri said...

Saya setuju apa yg datuk tulis.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Liberalisasi! Stampede!
(kuda ku lari gagah berani)

Equestrian itu sama
macam Ekuinas

bau-bau bacang
terhidu di udara
angin membawa cerita
penyamun si-empat puluh

Ekuinas itu sama
macam kuda liar

kuda means horse
kuda padi means paddy horse

kuda kepang?
- crazy horses!

Teratak Cahaya said...

Salam Datuk,

Saya juga menyarankan agar PM dan TPM mengkaji semula atas keputusan yang dibuat mengenai PPSMI.

Sila lihat komen Chedet dan juga blog saya di pandanumnodivision.blogspot.com

Manakala kita tertunggu-tunggu KPI PM dan Kabinetnya.....adakah kakitangan kerajaan juga terbabit dalam penetapan KPI tersebut....kerana saya percaya .."OUR IMMEDIATE SUPERVISOR WILL NOT ACHIEVE HIS KPI IF THE SUBORDINATES WOULD NOT BE ABLE TO MEET HIS?HER KPI OR NOT EVEN SETTING UP HIS/HER KPI OR WRONGLY SET UP THE KPI TARGET.

KPI kakitangan kerajaan adalah perlu dalam penetapan kelayakan bonus. Baru lah adil kepada kakitangan swasta yang bekerja ke dinihari demi mencapai KPI yang ditetapkan.

Harap dapat ulasan Datuk. Terima kasih.

Unknown said...

salam Datuk Ron...apa komen datuk pasal keputusan kabinet najib yang revert back ppmsi to BM

harap dapat dgr komen datuk

pakbelalang said...

Abdullah Supports Govt Move To Revert To BM




KUALA LUMPUR, July 9 (Bernama) -- Former prime minister Tun Abdullah Ahmad Badawi agrees with the government decision to abolish the teaching and learning of science and mathematics in English effective 2012 in national schools.

Abdullah said the information he received on the efficacy of the policy showed that it had failed its purpose.

comment:

Why it had failed because Pak Lah was sleeping all along together with Hishamuddin for not giving full attention on the the infrastructure requirement to make it a success. Shame on you, Pak Lah !! There is no point of getting the information about its failure when you are no more the Prime Minister. It doesn't help at all.Definitely, you are to be blamed directly for its failure.

12:15 AM

Mika Angel-0 said...

Dato' Ruhanie Ahmad,

Majlis “100 Hari Najib Bersama Rakyat.”
(wah mashallah - have fun, bro)

Satu: Segolongan orang Melayu kini berasa cemas terhadap beberapa pengumuman kerajaan mengenai liberalisasi baru-baru ini. Perkara ini perlu dijelaskan hingga ke peringkat akar umbi jika kerajaan mahukan kemenangan dalam PRU 13. Ada pihak mengatakan kesemuanya baik dan selaras dengan tuntutan global. Tapi banyak pihak juga yang merasakan kerajaan seolah-olah memberikan terlalu banyak muka kepada pihak bukan Melayu dan kelompok asing.


Pertanyaan: siapakah kelompok asing yang Dato' maksudkan dan bagaimana 17.5% dari 30% ekuiti bumiputra yang diliberalisasi itu akan dilepaskan dari tangan yang diamanahkan oleh kaum bumiputra?

Bagaimana kita boleh liberalisasikan sesuatu dalam kerangka baru ekonomi pasaran bebas yang belum lagi kita kenali konsepnya sepenuhnya dimana nilai-nilai murninya telah dinodai dan dalam masa yang sama kerakusan telah menyemai bibit-bibit 'protectionism' bersemi?

sudikah Dato' kirimkan salam hormat kami kepada Sdr Presiden dan Sdr Timbalan Presiden; dan kami harap MP Paguh kental dan cekal azam mengenggam bara demi bangsa, agama dan negara.

Terima Kasih dan Salam Takzim

PAKCIK said...

Assalamualaikum Datuk,.

Saya berminat untuk mengenal dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang pemikiran Datuk, berkenaan politik negara ini..

Jadi, saya ingin memohon Datuk menyenaraikan buku-buku yang telah datuk keluarkan untuk menjadi bahan bacaan saya untuk dijadikan pedoman.

senarai tersebut bolehlah sekiranya datuk hantarkan melalui email saya : kawe_78@yahoo.com.

terima kasih

Hawaii five -O said...

salam ta'zim

1 malaysia = 1 sekolah nasional + 1 bahasa nasional + 1 budaya nasional

tiada sekolah jenis kebangsaan, tiada bahasa ibunda

barulah dasar liberal berjaya......

sudah banyak org melayu berkorban kerana hendak jaga undi mereka....

bila pula mereka akan membalas pengorbanan.

"what u give , u get back"

Unknown said...

Salam Dato'

Biar 100 tahun DS Najib mentadbir Malaysia, beliau tak setanding dengan almarhum bapanya.

Tun Razak jauh lebih memahami masalah sebenar orang Melayu berbanding DS Najib.

Tapi apa boleh buat, hanya itu saja pemimpin yang mampu diketengahkan oleh UMNO buat masa ini. DS Najib hanya sekadar "pelepas rindu" orang Melayu terhadap Tun Razak.

pakbelalang said...

Orang Melayu harus terima perubahan yang berlaku masa kini tentang globalisasi dan liberalisasi. Kita mesti terima hakikat ini kerana negara kita adalah sebuah negara terbuka yang berdagang dengan semua negara didunia. Semua negara didunia telah terikat dengan sistem globalisasi dan liberalisasi.

Jadi kita tidak boleh tersisih dengan sistem ini.Jika negara kita bersendirian dan tidak menyesuaikan keadaan realiti sistem ekonomi dunia masa kini maka akhirnya kita akan ketinggalan dan tercicir dari arus untuk mencapai tahap ekonomi yang lebeh baik untuk negara kita.

Globalisasi dan liberalisasi ada "pro dan con nya" tapi semua negara di dunia telah memilih sistem ini sebagai yang terbaik untuk meningkatkan ekonomi negara masing-masing.

Jadi dalam hal ini Najib telah berpadangan jauh.Dia terpaksa membuat penyesuaian struktur ekonomi kita untuk mengekalkan kedudukan ekonomi kita supaya tidak terjejas dan bersaing dengan negara lain terutamanya negara Asean. Kita perlukan "foreign direct investment (FDI) untuk memajukan ekonomi kita. Untuk tujuan mendapatkan FDI kita perlu tawarkan insentif yang menarik berbanding dengan negara lain yang juga mempunyai strategi mereka untuk menarik FDI.

Saya rasa Najib terpaksa menggubal semula DEB untuk disesuaikan dengan gelombang globalisasi dan liberalisai yang telah melanda semua negara di dunia dan telah pun sampai ke pantai negara kita.

Jika ini tidak dilakukan oleh Najib saya rasa DEB akan punah terus dan tidak akan mencapai matlamat yang diharapkan.

Kita harap perlantikan 9 orang penasihat ekonomi dalam Economic Council akan dapat membuat strategi yang berkesan dan meneliti secara terperinci kerah mana ekonomi kita akan berkembang dan ditingkatkan lagi untuk kesejahteran rakyat kita terutama sekali dikalangan bumiputra. Mungkin ada dasar baru yang lebeh berkesan lagi untuk menggantikan DEB.

Kita harus mempunyai fikiran terbuka dan tidak harus MELATAH !!

Pelita Di Dalam Kaca said...

Assalamualaikum Datuk.
Rasulullah saw telah menggambarkan episod-episod sejarah dunia Islam selepas kewafatan Baginda saw mengikut kronologi zaman seperti berikut:
• Zaman kenabian
• Zaman Khulafa ar Rasyidin atas manhaj kenabian.
• Zaman Kerajaan yang menggigit (Mulkan adhudhan – Zaman Kesultanaan.
• Zaman Kerajaan menyeleweng (Mulkan Jabbariyyan – Zaman Selepas Era Penjajahan.
• Khalifah atas manhaj kenabian yang mengamalkan sunnah Rasul di kalangan manusia. Islam akan tersebar luas di muka bumi yang diredhai oleh penghuni langit dan bumi.Langit tidak akan meninggalkan setitis pun air hujan, kecuali ia mencurahkannya. Dan bumi tidak akan meninggalkan tanaman dan berkatnya kecuali ia akan mengeluarkannya (Raja-Raja Melayu hal.255)
Mulkan Jabbariyyan ialah kerajaan yang terbentuk selepas kemerdekaan. Di Malaysia ialah UMNO.UMNO adalah episode terakhir sebelum kebangkitan Imam Mahadi
Pada peringkat kini telah cukup ketara berlaku pergolakan yang semakin sengit di antara dua takdir Allah Taala yakni antara kebenaran dengan kesesatan, antara kebaikan dengan kejahatan; satu adalah golongan yang mempertahankan kedurjanaan dan kesesatan sistem Yahudi Zionis dan yang satu lagi adalah golongan yang mahu menegakkan kebenaran,keadilan, kehidupan mulia; pertarungan antara perlembagaan syaitan dengan Perlembagaan Islam; pertarungan antara Kitab Iblis dengan Kitab Allah Semua negara umat Islam kini sedang mengalami pergolakan begini dan ada pergolakan yang telah mencapai tahap yang cukup dahsyat. Keindahan Bangsa Melayu berbanding umat Islam yang lain ialah oleh pegangan terhadap Islam yang baik dari pejuang-pejuang dan penentang Mulkan Jabbriyyan; masih kuat berpegang teguh dengan amanah Junjungan Agung Rasulullah saw:
‘Akan ada padamu amir-amir yang kamu kenal dan kamu tentang. Maka barangsiapa menentangnya, sesungguhnya terlepaslah dia.Dan barangsiapa benci kepadanya, maka sesungguhnya selamatlah dia.Tetapi barangsiapa menyetujui dan mengikutinya, nescaya ia dijauhkan Allah Taala’
Lalu ada yang bertanya:’Apakah kami perangi mereka?’
Nabi saw menjawab:’Jangan! Selama mereka itu, mengerjakan solat’ – Ihya Ulumiddin Jld.1 hal.257.
Kerajaan Menderhaka (Mulkan Jabbariyyan - UMNO ) pada saat nazak sekarang menggunakan segala upaya terakhir mempertahankan dirinya.Tetapi percayalah Sunnah Allah tetap akan terjadi jua. Setiap pendakian memang akan sampai ke puncak dengan izinNya, dan selepasnya tidak akan ada lagi pendakian, selain penurunan. UMNO telah lama di puncak.
Persis malam dan siang yang silih berganti kerana hari tidak akan selamanya malam. Apabila cahaya fajar tiba, malam terpaksa berlalu pergi meninggalkan kegelapannya kerana disinari cahaya mentari yang kian terang.
Kami berharap orang Melayu UMNO mengambil iktibar untuk kembali semula kepada jiwa agung/suci/mulia zaman nenek moyang dahulu dan jati diri Melayu sebelum zaman penjajahan dahulu. Apapun blog kami menyediakan ruang untuk berfikir. Silakan...

poyosede said...

Jangan terus-terusan mengkritik sesuatu dasar yang dibuat, Try to understand first.. there must be many reason behind 1 Malaysia..Melayu don't have to worry. Please trust Najib !

pakbelalang said...

Dr M gets a sharp reproof
2009/07/14

KUALA LUMPUR: Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad, former inspector-general of police Tun Hanif Omar and former attorney-general Tan Sri Abu Talib Othman were described as “crooks” who had forgotten that they used to serve
and defend the administration.

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz said the three men were strong government supporters when they were in the government.

comment:

Orang yang berkata begitu mungkin dialah "the mother of all "crooks". Sedarlah diri. Bersopanlah sikit kalau nak kritik pun.Ada banyak perkataan yang sopan boleh digunakan. Ini memperlihatkan bagaimana angkuhnya peribadi seorang Menteri BN. Macam mana nak menang PRU13.Itu sebabnya Perak tewas dalam pilihan raya dulu. Arrogant and egoistic !!!

saji said...

Konsep 1Malaysia yang komprehensif jika dikaji dari sudut konsep pengurusan dan ciri organisasi moden, pada kefahaman saya, menghendaki penyediaan dokumen rasmi yang menjelaskan ciri2 'aspek kemanusiaan' konsep 1Malaysia, disatu pihak, dan ciri2 'aspek teknikalnya', di pihak lain, yang disusuli dengan penjelasan yang menggabungkan dua ciri tersebut bagi maksud pelaksanaannya.

Jika tidak dilakukan, konsep 1Malaysia akan menerima nasib yang sama seperti konsep Islam Hadhari dulu iaitu satu konsep yang boleh difahami oleh golongan kemanusiaan yang meliputi ahli agama,khasnya, tetapi tidak boleh dilaksanakan untuk mencapai segala matlamat yang diinginkan.

pakbelalang said...

Raja Nazrin: Malays must unite


IPOH: It is obligatory for the Malays to make efforts to unite to build human capital in the spirit of a common race and religion, said Raja Muda of Perak Raja Dr Nazrin Shah.

He said loyalty to a cause that was noble and holy should be given more importance than loyalty to the individual or group.


"Believe in the spirit of forgiveness"-

“Be realistic, be governed by reasoning. Spread the spirit of friendship, believe in the spirit of forgiveness. Malay is your race and Islam is your religion,” he said .

Raja Dr Nazrin said the Malays today faced major challenges concerning identity, integrity, status and survival of the race.

“The number of Muslim Malays is small. The number of Muslim Malays with knowledge, who are professionals, rich, possessing the qualities of towering personality is even much smaller.

“The separation of the Malays and Islam in differing groups, who are being led by personalities who refuse to meet with one another, will certainly weaken the Muslims even further,” he said.

Raja Dr Nazrin said the current political culture had created a new obsession, the emergence of a group culture, promoting the belief that loyalty to the group must be given priority above the survival of the ummah.

He said the Muslim Malays would eventually be trapped in the race to find faults and weaknesses among themselves which would weaken the race even further.

comment:

The best speech ever made by a royalty. Raja Nazrin really hit the nail right on the head. If the Malays are still being naived and gullible then I feel sorry for the Malays, period.

The Malays are just "buta, pekak dan bisu" !!

The Malays are short of being identified as a "pariah" race. What a pity. MY RACE !!!!!! Dah bodoh stupid !!!

pakbelalang said...

PPSMI ISSUE

I think the main issue now is for the students to be proficient and comfortable with English language first. So now the government is going to overhaul the teaching of the language from basic to advance level so that when they finish their studies they are marketable. Once they are proficient in English language I am sure they are able to continue their higher education to take up medicine, engineering and other science based subjects and understand the subject better in English language. I think this is the right move. Extra emphasis must be given to the teaching of English Language as a second language. The government must improve the infrastructure by training qualified English teachers by the thousands and priority is to send these qualified teachers to rural areas. The teaching hours must be increased and the timetables for English lessons must be everyday. In the primary school they must learn the basic first ie spelling, writing, dictation, reading and communication. When they are in the secondary school they can start learning grammar and English literature.

Do you think this is the right strategy?. No doubt we have lost one generation who is hopeless in English Language but never too late to rectify the situation.

The problem is that we do not have enough teachers who are really proficient to teach Maths and science in English. As a result those students whose parents are not English speaking in the rural areas found that their children could hardly understand simple term and they simply could not express it in English. The teachers themselves are also having problems teaching them in English because their English is also horrible. So back to square one. Most of the rural students suffered very badly compared to those students in the towns where their exposure is totally different from rural setting. So the only way is to get the students and the teachers be proficient in English first. Get them really able to speak and write good English and then they will understand better subjects in science and maths. They must understand the basic language first or else it is just like the blind leading the blind. I think this time Tun M got it wrong. Tun M’s idea is of course very good indeed but there is no follow through to improve the infrastructure to make the teaching of science and maths effective. Pak Lah and Hisham were sleeping all the way for not making any effort to provide the necessary tools.
Najib has got no choice but to revert to Bahasa Malaysia. I think they have done a very detailed research about this issue and finally made this unpopular decision in order to safeguard the future of the children of the rural bumiputras ie Malays, Iban, Dayak, Kadazan ,Malanau etc.

redzai said...

one malaysia concept if not handle properly will backfire.even before DS najib being PM, many things happened to some of malays nobody knows or nobody checked.either in goverment,private sector or everyday lifes.
being professional myself, i also had many bad experiance during early stage of my carrier and had seen more and more later.but did anybody cares? many like me swallow and swallow but until how long?
then come this concept.for me its like malaysian malaysian as promote by dap.now not even 100 days, we heard a lot of things already.many politicians take advantage, either in goverment or private sector.who will check and monitor? who will manage this problems? NOBODY. leaders will always ask please tolerate and tolerate. who suppose to tolerate? dont ever think that minority cannot bully majority? its about money and power.
so to both DS najib and anwar and BN and PR, please check and monitor what happened underground, dont swept under the carpet.all this racial things must be manage properly and wisely for the sake of our country not for vote or PRU13.

Unknown said...

Setiap dasar yang dibuat oleh buah fikiran manusia tidak pernah sempurna. Ini termasuklah dasar 1Malaysia dan sebagainya. Hanya dasar-dasar Allah saja yang sempurna.

Oleh kerana dasar-dasar di Malaysia bukan 100% dasar Allah, maka setiap dasar yang berasal-usul dari pemikiran manusia harus dikritik agar pembuat dasar sentiasa tersedar dan berjaga-jaga.

Najib mungkin kelihatan lebih hebat dari Pak Lah, tapi jika dibiarkan, dia pun mungkin akan tidur macam Pak Lah juga. Bukan tak nak percaya pada Najib, tapi takut pisang berbuah 2 kali.

Najib itu manusia, dan manusia sering buat silap. Setiap hari, media perdana amat jarang mengkritik, malah sentiasa memuji Najib, sepertimana Pak Lah, Tun M dan PM-PM sebelumnya. Oleh itu, jangan biar Najib lemas dalam pujian, lebih baik Najib lemas dalam kritikan.

pakbelalang said...

100 hari telah berlalu. Kita telah membuat renungan dengan komen yang berbagai bentuk.. Ada yang positif dan ada yang negatif. Ada yang memuji sampai ke langit dan ada yang mencela sampai ke longkang. Tak kurang juga ada komen yang tersasar jauh termasuk saya sendiri. Ada juga kritikan yang haprak dan HP6. Walau apa pun kita biarkanlah ianya berlalu.

Sekarang kita harus bagi tumpuan kepada "the next 265 days". Apa yang akan berlaku. Apa perubahan lagi yang Najib akan buat.

Saya ingin melihat perkembangan yang akan berlaku kepada perubahan perlembagaan UMNO yang mungkin akan dibuat dan apa kesannya kepada politik UMNO..

rashidan said...

As'kum Dato'

1. PM DS Najib menyatakan bahawa beliau berani buat perubahan demi untuk kebaikan negara. Saya bersetuju dengan pendirian itu tapi biarlah berhati-hati sikit membuat perubahan dan jangan terlalu ghairah hingga terbabas.

2. Saya juga sependapat dengan Dato' bahawa Umno sebenarnya belum lagi pulih. DS Najib sepatutnya memberi keutamaan bagi membetulkan Umno dan menjaga hati orang Melayu dahulu sebelum memberi berbagai hadiah kepada kaum lain. Dari apa yang kita lihat terlalu banyak sangat hadiah diberi kepada kaum lain daripada kepada orang Melayu sendiri.

3. Setakat ini orang Melayu hanya sekadar kecil hati sahaja. Tapi kalau terlalu banyak sangat diberi kepada kaum lain hingga orang Melayu rasa terpinggir kita khuatir orang Melayu akan jadi marah pula dan akan merajuk. Orang Melayu ini kalau dah merajuk memang susah nak pujuk. Mereka akan hilang taat setia mereka kepada kepimpinan.

4. Kita berharap PM kita tidak terbabas dan balik kelandasan sebelum terlewat.

pakbelalang said...

Saya bersetuju dengan komen poyosede.

Saya dah bingung apa lagi orang Melayu nak dengan kerajaan. Pada pendapat saya orang Melayu dah lebeh terbela hinggakan dah jadi naik lemak.

Masaalahnya bukan kerajaan tapi Melayu itu sendiri.

Takkanlah nak "free lunch" sampai mati. Usahalah sikit. Allah bagi kita tulang empat kerat dan akal yang sempurna untuk kita berusaha gigih lagi. Cubalah jangan bergantung sepenuhnya kepada kerajaan. Kita patut sentiasa bersyukur kepada Allah selalu dan berdoa supaya sentiasa dilimpahkan rahmat. Allah berfirman bahawa kita tidak akan berubah jika kita sendiri tidak mahu berubah.

Cukuplah bermanja-manja dengan kerajaan sampai kita tak boleh nak berdiri sendiri sungguh pun umur dah lebeh "50 tahun" merdeka. Takkan kita masih tempang lagi. Sedih, sedih, sedih !!

ChengHo said...

Jangan terperangkap dengan pepatah Yang Dikendung Keciciran Yang Dikejar Tak Dapat
Tegakkan bahawa yg nampak bersih dan benar benar bersih bersama kepimpinan Najib
Perhimpunan tanpa kompang/bunga manggar dan formaliti diterima olih Rakyat

Anonymous said...

Najib ada strategi sendiri. Wlaubagaimanapun, kita perlu memberiimput, cadangan utk membantu beliau. Bukan spt pembangkang.. asyik bangkang aje... benda yg baik un nak dibangkang..

_______________________
View Profile: Rantong™