Thursday, July 23, 2009

ISA dan oportunis politik

Ruhanie Ahmad


Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA tidak menjadi isu jika tidak dipolitikkan oleh sesetengah pihak. Sebelum tragedi 9/11 Presiden George W. Bush pun pernah membidas ISA. Tetapi sesudah 9/11 dia kata ISA amat relevan untuk era terorisme.

Pada awal 1980-an Amnesty International membuat isu pasal ISA. Maka KDN jemput wakil Amnesty International melawat beberapa tahanan ISA di Kemunting. Sesudah itu NGO antarabangsa itu tidak lagi membangkitkan soal ISA.

Kali ini ada orang politik nak anjurkan perhimpunan besar-besaran pada 1 Ogos 2009 sebab hendak berarak ke Istana Negara untuk membantah ISA. Pada hari ini juga satu lagi NGO akan adakah perhimpunan di Kuala Lumpur untuk menyokong ISA dikekalkan.

Ini bermakna ada pihak membantah ISA dan ada satu lagi pihak menyokong ISA. Seperti saya pernah tulis dalam Utusan Malaysia kira-kira sebulan lalu, ISA perlu untuk keselamatan rakyat, keselamatan ekonomi dan keselamatan negara.

ISA cuma dijadikan isu oleh sesetengah oportunis politik yang meraih sokongan menerusi isu. Jika tidak ada isu kumpulan ini akan layu tanpa sokongan.

Kumpulan ini silap jika mereka nak berarak ke Istana Negara sebab ISA. Mereka nak tnnjuk kekuatan kononnya mereka disokong oleh rakyat. Mereka tidak sedar bahawa antara silent majoriti pun ramai yang sokong ISA.

Jika mereka tak percaya, teruskanlah perarakan pada 1 Ogos depan dan lihat berapa ramai rakyat yang akan bersama pihak yang menyokong ISA yang juga akan berhimpun pada hari berkenaan.

Apa yang membimbangkan ialah kemungkinan adanya golongan provokator di kalangan pembangkang untuk menimbulkan huru-hara dan kemudiannya ditudingkan kepada pihak pemerintah.

Kumpulan provokator ini juga mungkin akan dikirimkan menggangu perhimpunan pihak penyokong ISA. Bayangkan apa akan jadi jika huru-hara tercetus.

Seelok-eloknya, batalkan cadangan perarakan pada 1 Ogos depan supaya pihak penyokong ISA juga akan membatalkan rancangan mereka. Ini elok kerana kerajaan pun sudah bercadang untuk meminda ISA.

Jika kita benar-benar prihatin hantarkanlah memorandum kepada kerajaan supaya diberikan pertimbangan dalam pindaan yang dicadang akan dilakukan. Jika pemerintah tidak memberikan reaksi, jadikanlah ISA sebagai manifesto dalam PRU13.

Cara ini lebih budiman dan berhemah. Lagi pun ISA bukannya undang-undang yang buruk. Ianya hanya diberikan imej yang buruk oleh pihak-pihak yang mempunyai buruk sangka terhadap pemerintah.

Secara peribadi saya syakki adanya pihak-pihak tertentu yang kini sengaja nak menghangatkan isu ISA untuk melencongkan pandangan rakyat daripada isu-isu politik yang lebih explosive dan controversial membabitkan sesetengah pemimpin pembangkang.

Jangan korbankan keselamatan negara dan keselamatan rakyat demi masalah peribadi yang sedang membelenggu diri seseorang.

47 comments:

Pak Zawi said...

Ruhanie,
ISA ada bagus jika ia tidak disalahgunakan. Pokoknya Kerajaan yang memerintah sering menyalahgunakan ISA.

Green said...

http://www.projectmalaysia.org/2009/04/broken-promises-the-malaysian-constitution-and-multiculturalism/all/1
read the article above and comment

buyung said...

Paklah tak setuju.Di ni kalau lama jadi PM huruhara negara.Hatinya bukan pada melayu Bini pertama bukan melayu Bini keduanya bukan melayu. Pendapat saya dia tak layak jadi ahli umno.

Chong said...

Saudari Ruhanie,
Hari ini kamu menyokong ISA. kalau satu hari nanti kamu kena tangkap atas ISA, baru kamu tahu kamus silap menyokong ISA. Masalah ISA ialah tangkap tanpa membicarakan di mahkamah, tiada pembelaan diri dibenarkan.
Kalau perlu menjaga keselamatan negara, ISA bukan statu-satunya caranya. Masalah ISA akan menyebabkan penyelewengan orang-orang tertentu yang meminpin kerajaan.
Contohnya, Ismail yang mengatakan "Cina ialah pendatang" tidak titangkap manakala penulis yang melaporkan berita ini ditangkap. Apakah ini adil? In bermakna orang yang mencuri tidak ditangkap tetapi orang yang melaporkan kes ditangkap. Fikirkanlah dengan otak kamu yang dirosakkan oleh orang-orang yang tertentu.

paloi bin mulau said...

mungkin tuan pernah jadi mp jadi tolong terangkan mcm mana isa menjamin keselamatan negara?

ambil contoh pemimpin hindraf. kalau mereka bersalah bicarakan saja. mungkin atas dakwaan perhimpunan haram.

contoh orang2 JI yg ditahan sehingga 7 tahun...apa yg kerajaan cuba korek dari mereka? kalau betul mereka ada kesalahan kenapa tak bicara di mahkamah?

teringat buku two faces syed husin ali bila bercakap pasal ISA. pada saya ISA byk disalahguna dan lari dari tujuan asal.

kalau tuan pandai memuji amerika meniru ISA kenapa malaysia tidak meniru sistem kehakiman amerika yg jauh lebih baik dari dimanipulasi oleh amno?

pakbelalang said...

Syariah Lawyers Association Regrets Shahrizat's Statement On Whipping Of Model

KUALA LUMPUR, July 22 (Bernama) -- The Syariah Lawyers Association regretted the statement by Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil on the Syariah Court decision to whip a model for consuming liquor.

Its deputy president Musa Awang said the statement was a challenge and insult to the Kuantan Syariah Court.

He was also replying to a similar statement by Titiwangsa Member of Parliament Dr Lo'lo Mohd Ghazali.

Musa said Judge Datuk Abdul Rahman Yunus made the decision based on provisions of the law.

"Any unhappiness with the Syariah Court decision must be made via procedures provided by law," he said in a statement here Wednesday.

Shahrizat said she was shocked by the Syariah Court decision and called for a fair and just punishment.

Dr Lo'lo was surprised that whipping of women was sanctioned by the Malaysian syariah law adding punishment should be educational, and not to cause hurt.

Musa said although whipping for women was not allowed by civil courts, Islam did not differentiate between men and women offenders.

"Their rights and punishments are the same according to Syariah law and in the eyes of God."

"Although the two leaders intention was to defend women, they should understand the whipping methods according to Islam."

He said the whipping implemented by Syariah Court was different from that done by Civil Courts.

"Whipping procedures in Pahang are spelled out in detail under section 125 and section 126 of the Syariah Criminal Procedure Enactment 2002."

Musa said a rotan or small branch should be used for whipping and that it sholud be not more than 1.22 metre long and not more than 1.25cm thick.

Whipping would not be done on pregnant offenders and would only done two months after delivery. It must not hit the face, head, stomach, breast or private parts.

"It must be done using moderate force. The punisher should not raise their hands over the head so as not to injure the skin."

He added offenders health should be checked by government health officers who should also be present during whipping.

comment:

1. Allah takkan mengzalimi makhluknya. Allah mengasihani dan menyayangi makhluknya yang selalu digoda oleh syaitan dan iblis.

2. Allah tahu kelemahan manusia, itu sebab pintu bertaubat sentiasa terbuka untuk kita memohon ampun atas dosa yang kita lakukan.

3. Kalau saya hakim, saya akan nasihat wanita itu supaya bertaubat je dan jangan diulangi perbuatan keji itu. Allah akan menerima taubat kita jika betul-betul kita menyesali atas dosa yang dilakukan.

4. Dalam Quran ada bermacam-macam "degree" of hukuman yang ditetapkan Allah. Tapi dalam hal ini kita harus gunakan akal dan kebijaksanaan kita sama ada hukuman ini setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh wanita ini.

5. Hukuman yang dibuat oleh hakim mesti "consistent" dengan hukuman kepada wanita yang ditangkap kerana "hisap dadah". Adakah hukumannya sama iaitu denda RM5000 dan 6 kali sebatan. Apa bezanya "hisap dadah" dengan minum arak?

7. Dalam Quran Allah berulang kali berfirman supaya manusia selalu berfikir !!

8.Kalau kita membaca majalah "elite" Malaysia Tatler" kita dapat perhatikan bagaimana orang Islam "bergaya" dan "berbangga" dengan meminum wine. Lihatlah gambar wanita-wanita Islam dalam majalah tersebut. Ada wanita Islam degan tidak segan silu minum arak.

5.Kenapa mereka ini tidak di tangkap dan di"SULA" je. THIS IS DOUBLE STANDARD !! Kenapa tak diheret kemakamah Syariah dan di hukum?

Fadzil said...

Salam,
1 saje saya nak tanya. Adakah menahan manusia/tertuduh tanpa dibicarakan di mahkamah yang adil diajar / dibenarkan / sah / tidak haram di sisi Islam?

Sekian

ALIF MIM NUN WAU

zeme said...

Salam Datuk,

Isu ISA boleh diklasifikasikan kepada subjektif atas integriti cara perlaksanaannya dan objektif atas tujuan kewujudannya. Cara perlaksanaan ISA yang mandatori tanpa usul bicara sewajar dan seadilnya serta penyalahgunaan menyebabkan ISA hilang integriti dan mampu dimanipulasikan oportunis politik khasnya.

Sewajarnya suatu badan Suruhanjaya Bebas mengawalselia objektif dan subjektif ISA diwujudkan bagi menimbangcara atau “check and balance” serta bertindak sebagai induk menentukan kesesuaian perlaksanaan ISA yang saksama tanpa mengira fahaman ideologi, politik atau sebagainya. ISA wajar dikekalkan sekiranya objektif kewujudannya untuk menjamin keselamatan negara adalah maksimum, namun tatacara perlaksanaannya perlu dipantau seadil saksama bagi semua pihak tanpa ada sikap prejudis pada hukuman ISA.

Wasalam.

pakbelalang said...

1.Selagi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum belum mencapai tahap "first class civilised society" dan masih lagi cetek dalam kematangan berpolitik, ISA MESTI dikekal.

2.Masyarakat Malaysia masih lagi berfikiran sempit, bermuka-muka (hypocrite)dan suka "bermain api" melaungkan semangat perkauman dengan menggunakan prinsip demokrasi, human rights, freedom of speech, freedom of expression sebagai "shield" untuk menegakkan hak masing-masing. Akhirnya jika "api ini merebak dan tak dapat dikawal" maka jadi huru-haralah negara.

3.PREVENTION IS BETTER THAN CURE !!

4.Peristiwa gelap May 13 masih lagi relevent. Kita tidak mahu peristiwa ini berlaku lagi.

5.Kalau ianya berlaku lagi yang untungnya ialah political opportunists dan racists.

6.Yang ruginya ialah rakyat.

7.Jadi untuk pendekkan cerita, ISA mesti kekal untuk selama-lamanya. Tidak ada kompromi dalam hal keselamatan negara.

8.Kalau pergaduhan perkauman berlaku lagi pada firasat saya kita mungkin akan kedengaran suara lantang yang mahukan negara kita diserahkan semula kepada Raja-raja untuk mentadbirnya. Suara itu mungkin datang dari saya yang percayakan "absolute monarchy system".

9.Democracy will be DEAD and we go back to "ABOLUTE MONARCHY SYSTEM".

eXception said...

pembangkang sentiasa cari peluang menangguk di air yg keruh, konon nak sauk ikan, tp x sedar lintah menyerbu...

eXception-Bukan Sekadar Blog Picisan

psychedelicmundo said...

Mintak maaf la Dato'.Dato' antara pemimpin UMNO yg saya kira2 tak seperti yg lain.tp dengan melihat posting kali ini saya agak terkejut kerana Dato' terag2an menyokong akta yg tak berperikemanusiaan ini.bagaimana Dato' boleh mnyatakan ISA ini elok sedangkan ramai yg dtahan tidak pun mengetahui apa kesalahan mereka,tuduhan2 palsu dan cara soal siasat (atau seperti peguam Zabidi Mohamad gunakan soal siat2) yg tak boleh diterima dek akal manusia.sekiranya kerajaan mendapati ada mana2 individu yg melakukan kesalahan dakwa di mahkamah terbuka.bukan mengurng di dalam kem tahanan tersebut sehingga bertahun2,selagi tidak mahu mengakui akan terus berkulat dalam kem.cuba Dato' selami persaan anak isteri mangsa2 ISA ini dan fikirkan kalau perkara tersebut dialami oleh Dato'.DAto' bukan lah manusia yg lidah nya berada dibelakang akal,justeru fikir dan kaji semula apa yg Dato' luah kan ini.Lagipon Pak Lah sendri da bseuara ttg ISA ni kan.Wallahu A'lam

eXception said...

Chong, org yg tak suka ISA ialah:

1) Perusuh
2) Penganjur perhimpunan haram
3) Peserta perhimpunan haram
4) Pengganas
5) Mereka yang melanggar undang-2

Hanya mereka yg bersalah tak suka ISA...

eXception-Bukan Sekadar Blog Picisan

MIGS-SABAH said...

As it was in my case of USNO and UMNO that I was detained without trial under PPSR like ISA as the illegal leaders in Mustapha and Syed Kecik and other cronies to continue to daylight robberies of Sabah.

I was in 11 months and now Sabah is so poor after locking up the self sacrificed whistleblower on corruptions and abuses of power.

Joshua Y. C. Kong

tok iskandar said...

Umum 1 Malaysia,Suruhanjaya Di Raja akan ditubuhkan untuk menyiasat prosedur soal-siasat SPRM dan inkues untuk siasat kematian mendiang Teoh.

Tindakan memang wajar cuma patut diperluaskan skop atau bidangkuasa Suruhanjaya Di Raja termasuklah menyiasat punca kematian mendiang Teoh.

Inilah yang menghairankan rakyat semua kerana bidang kuasa suruhanjaya di raja yang begitu terhad dan ramai yang meragui ketelusan inkues yang menyiasat kematian mendiang teoh.penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dan mereka yang senada dengannya melihat ini sebagai belit umno dan seperti mempersendakan kebijaksanaan rakyat.macam kita beri gula-gula kat budak 5 tahun dan suruh dia berenti menangis.kanak-kanak sekarangpun dah tak makan umpan macam tu.

Jika siasatan inkues ini gagal memuaskan hati rakyat,bersiap-sedialah semua pemimpin UMNO-BN untuk menerima hukuman rakyat pada PRU yang akan datang di mana seorang demi seorang akan kecundang.

Pelik,bagaimana pemimpin MCA,GERAKAN dan lain-lain parti berteraskan kaum Cina boleh menerima keputusan kabinet dengan hati yang terbuka.

Sebelum rakyat lebih curiga,eloklah UMNO-BN buat sesuatu yang bijak yang boleh diterima rakyat semua.Jika gagal,UMNO-BN sudah tak relevan lagi kepada rakyat.

tok iskandar said...

Anwar ditabal Ketua Imam Khalifah Besar Pusaka Gayung Malaysia

Tuesday, 07 August 2007
Oleh Mohd Sabri Said

BEKAS Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditabalkan sebagai Ketua Imam Khalifah Besar Persatuan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia di Yayasan An Nahdhoh, Kampung Petani, Kubang Semang, Bukit Mertajam petang semalam.

Majlis pertabalan itu diberikan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia, Cikgu Majid Mat Isa yang disaksikan oleh anak pengasas Seni Silat Gayung Malaysia, Dato' Mior Abdul Rahman Daeng Kuning Mohd Hashim iaitu Siti Fadhilah.

Menurut Cikgu Majid, ada dua aspek utama kenapa Anwar ditawarkan ke pangkat tersebut iaitu pesanan Dato' Mior Abdul Rahman dan bekas Ketua Imam Khalifah Besar pertama pertubuhan ini, Dato' Haji Harun Idris.

"Tindakan menabalkan Anwar bukan saya pandai-pandai lakukan sebaliknya amanat daripada Dato' Mior Abdul Rahman sebelum meninggal dunia pada tahun 1990 akibat sakit tua. Dia kata kamulah yang diharapkan jagalah gayung ni baik-baik dan pimpinlah adik-adik kamu terutamanya Badekul Zaman iaitu anak angkat Dato' Mior, " tegasnya.

Maka sebab itu katanya, sesiapa pun yang cuba menghalang tindakan ini kena ubah persepsi agar jangan mengaitkan politik sempit dengan perpaduan yang hendak dilaksanakan menerusi seni mempertahankan diri.

Lagipun, semua yang terlibat seperti anak angkat Dato' Mior, Badek dan isteri kedua Dato' Mior mempersetujui cadangan itu,katanya.

"Selepas Dato' Harun meninggal Ketua Imam Khalifah Besar Persatuan silat ini kosong sehinggalah amanat ke dua datang dari mulut Dato' Mior sendiri supaya Dato' Seri Anwar diangkat menduduki singahsana itu, " katanya lagi.

Seramai 700 ahli persatuan silat ini berkampung di Yayasan An-Nahdhoh selama dua hari bermula petang Jumaat 3 Ogos lepas.

Selain dari seminar mereka berqiamulail, mendengar kuliah perdana oleh Ustaz Mutalib Maarof, persembahan seni gayung pusaka dan pembarisan gayung.

matdeboq said...

Salam Sejahtera Datuk,

Saya ingin 'hi-lite' pasal akhabar 'the Star online' yang bertarikh 'Thursday,23 July 2009'.

Dibawah tajuk "MCA:Dr.M's remarks not helping racial unity".

The Star online, dengan sengaja telah Mengeja nama Tun Dr.Mahathir Mohamad secara MenHina..!!

Ejaan "Moha-mad's"..itu , adalah satu penghinaan . Ia pula adalah sebuah Media perdana, yang mana tidak sepatutnya berlaku .Ini amat lah di kesali..!!

Alasan 'typing error' tidak boleh di terima dari Media perdana sedemikian.

Ia adalah satu provokasi halus, walaupun mereka tidak setuju dengan pandangan Tun Dr.Mahathir.

Bayangkan kalau ini berlaku kepada puak,golongan kaum mereka.

Saya pasti mereka akan riuh satu dunia.

Nampaknya jika depa yang bersifat 'racist'..!! Tak apa.Kalau Utusan Malaysia dan media Melayu lain melakukan nya sudah pasti lah di anggap 'perkauman' dan bermacam lagi lah, repond negatif dari mereka..!!

Sekian. Wasallam.

sazali said...

Sudah pencen elok jangan komen terlebih sangat Bro, dulu Bro sokong Bro Anwar tapi lepas kena tegur dgn Tun M, Bro dah senyap.

Tapi kali ni kena cakap la sikit Bro campur dengan orang macam Brahim Ali buat apa, PERKASA ni teman tengok cuma kuda Brahim Ali saja.

Elok Bro menulis macam dulu, baru orang respek. Pada teman ISA ada baikburuknya. Faham-faham sajalah.

Apa pun teman akan terus sokong Bro kiranya segala komen-komen yang Bro berikan biarlah neutral.

Lihatlah bagaimana imej Lee Lam Thye, semua bangsa hormatinya kerana sikap dan pendirian beliau selepas tidak lagi menjadi MP.

Terima kasih dan salam buat Bro.

terracota said...

Bro Ron,
Pada teman ISA ada baikburuknya, tapi jangan salahguna dah la.......
Teman nak komen satu pasal Bro Ron pun ada aktif bersama PERKASA. Nampaknya Bro Ron pun dah terikut dengan gaya Brahim Ali. Seorang pejuang yang pada teman langsung tak membawa kemana. Selama ini Brahim Ali cuma nak promote diri sendiri saja. Jadi dipergunakan la orang pencen macam Bro, Fuad Hassan dan lain-lain.
Nasihat teman lihatlah bagaimana TS Lee Lam Thye, semua bangsa respek dengan beliau. Kerana apa, lepas pencen Bro sendiri tahu sikap dia berkaitan politik.
Itulah yang teman nak lihat perubahan komen-komen Bro Ron selepas ini.

Jiwa Merdeka said...

Walaupun atas nama keselamatan negara, tetapi menahan seseorang tanpa bicara, tanpa peluang untuk membela diri dan tidak dibuktikan pula apa kesalahanya selama bertahun-tahun, adalah jelas adalah satu kezaliman.

Adakah undang-undang seperti ini yang kita hendak pertahankan?

Kalau kita masyarakat yang bertamadun, tidak bolehkah kita memikirkan cara lain untuk mengatasi ancaman terhadap keselamatan negara, jika betul ada?

EMANG said...

apa punya komen las semua ni..

very simple lah,orang yang sudah disahkan kejahatannya tidak perlu dibicarakan...very simple!!!!

orang jahat ada chance lari jikalau dibicarakan..

so , penangkapan tanpa bicara itu perlu !!!

perlu terhadap mereka yang sudah disahkan kejahatannya!!!

Merisik Khabar said...

tapi...kenapa pada zaman Tun Mahathir dahulu tidak ada yang berani mempertikaikan ISA nie......untuk apa dibicarakan kepada yang telah didapati bersalah disisi undang-undang.......tak ada maknanya.....So.....dinasihatkan agar jangan terlalu lantang sangat la kalau nak berbunyi pun.......itu pun susah nak buat.......

Merisik Khabar said...

ISA.......ni bagus untuk menjaga hak kepentingan MELAYU.......jangan bercakap la pasal ISA kalau tak dikaji dengan betul dimana kepentingannya ISA nie.......terlalu lantang sangat bersuara sampai ianya boleh mengakibatkan keadaaan Negara huru-hara tu pasal la di tangkap.....

pakbelalang said...

meragukan tetapi bukan haram
KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui perbuatan memegang lilin di majlis memperingati kematian orang bukan Islam adalah "sesuatu yang meragukan" tetapi berpendapat perbuatan itu tidak haram di sisi Islam.

comment:

Ikut je lah cakap Tok Guru. Semua dia betul. Yang haram jadi harus, yang harus jadi halal, yang halal jadi haram, yang harus jadi haram.

Tonggang terbaliklah akidah Melayu Islam !!!

Inilah dinamakan politik Islam ala PAS.

Kalau Tok Guru masuk syurga, masuk syurgalah kita. Kalau dia masuk neraka, masuk nerakalah kita !!!

Pelita Di Dalam Kaca said...

Assalamualaikum,
ISA bercanggah dengan ajaran Islam. Mempertahankan sesuatu yang salah dan zalim di sisi Islam membabitkan soal iman. Orang Islam tanpa iman adalah orang-orang yang binasa di sisi Allah Rabbu Alamin. Kami harap orang-orang Melayu dalam UMNO tolonglah fahami erti kufur untuk semoga kembali menjadi umat Melayu yang sempurna imannya. Kerana masalah iman dan akedahlah, orang-orang Melayu tak boleh bersatu.Janganlah kerana sentimen politik, hujah kebenaran ditolak walaupun hujah datangnya dari Al Quran dan Sunnah saw. Bila Melayu berpadu atas dasar Tauhid yang bersih, insyaallah terbinalah persefahaman yang lebih ikhlas dengan orang-orang bukan Melayu, kerana ajaran Islam adalah keadilan Ilahi untuk semua umat manusia.

razifembi said...

Sokong ISA perlu.

tapi jangan sampai jadi Ikut Suka Ati . . .

dan yang paling sedih plak. Kebanyakkannya yang kena ISA adalah orang Melayu. Padahal isu-isu sensitif yang dibawa oleh kaum lain jarang yang ditahan ISA.

Adakah Melayu berani dengan Melayu sahaja.

Salam singgah dari relaxjom ...

yes said...

Inilah masaalahnya, ramai orang UMNO memang tak pernah merasa mereka bersalah. Mohon ALLAH bukakan mata hati mereka.

Datuk Ruhani, apa kata Datuk buat research berapa ramai menteri yang menghantar anaknya bersekolah di Malaysia sehingga ka perengkat Universiti selama 50 tahun kita merdeka.

nuar said...

kalau ikut hujjah pak belalang,kenapa tak suruh hakim mahkamah civil nasihatkan kepada perogol supaya pulang ke rumah dan tabat je.Allah maha pengampun.kenapa mesti hukumkan mereka dengan 20 tahun penjara dan sebat 20 sebatan?dalam hukum islam ada panduan.Rasulullah bersabda "kalau kamu nak buat dosa biarlah sembunyi.kalau kes kamu sampai kat aku ,maka aku kena laksanakan perintah Allah kepada kamu."buat dosa jangan dikhalayk ramai.inilah keadilan Islam.Islam pun tidak mahu mendedahkan aib seseorang.tapi manusia yang lalai, suka buat dosa dihadapan khalayak ramai.pak belalang kenapa kamu buat tafsiran yang salah tentang hukuman yang telah diputuskan oleh mahkamah syariah,melihat dengan kaca mata hitam.Hakim mahkamah syariah bukan belajar setahun dalam undang-undang islam.hujah quran menyuruh berfikir itu bukan tempat sesuai untuk menegakkan hujah kamu. ayat itu dalam konteks memerhatikan kejadian alam.pandangan yang sempit dan bukan dari orang yang berkeahlian inilah yang menyebabkab gambaran islam semakin buruk.perintah Allah telah diperlekehkan oleh orang islam dan bukan islam.sebenarnya kamu patut bertaubat.wallahualam

faba said...

Datuk...

Sekiranyanya saya ditanya dengan soalan:
1. "adakah anda menyokong ISA untuk menjaga keselamtan negara?" sudah pasti jawapannya YA

2. "adakah anda setuju isa dipertahankan demi menjaga survival parti yang memerintah"? sudah pasti jawapanny TIDAK.

Jika soalan yang pertama tadi ditanyakan oelh kebanyakkan media perdana sudah pasti feedback yang ditayangkan di kaca-kaca Tv dan di dada akhbar akan menyatakan persetujuan tentang perlunya ISA dipertahankan.

tetapi adakan ini adil untunk menilai sokongan rakyat apabila soalan mendorong jawapan yang dimahukan oleh pihak penanya.

Kalau dilihat masa kini bagaimanakah ISA telah diperlukan telah menjadi tanda tanya dan pertanyaan itu telah mengungkap kepada persoalan kedua di atas. tetapi ini tidak ditanyakan oleh media perdana.

jadi datuk sila bersikap rasional dalam menyatakan sesuatu perkara kerana kita semua tahu' DARIPADA NYA KITA DATANG DAN KEPADANYA KITA KEMBALI".

msmuri said...

Salam dato kk...
Maaf kalau pandangan saya ini berbeza sedikit dengan apa yang datuk tuliskan. ISA dah tidak boleh diguna pakai lagi. Kalau orang buat salah kenapa tak diadili di mahkamah? Kenapa perlu ditahan tanpa diadili. Biarkan mahkamah yang mebuat keputusan. Kata sesetengah pemimpin kita, mahkamah di negara kita mempunyai kredibiliti yang cukup tinggi. Kenapa takut untuk mengadili mereka yang buat salah dengan menahan dengan cara ISA. Kalau mereka punya cukup bukti untuk didakwa, dakwa mereka. Jangan dinafikan hak mereka untuk mendapat keadilan yang sepatutnya. Saya rasa ini yang sepatutnya dibuat, bukannya menahan mereka dengan cara ISA. Dalam agama Islam pun, seseorang yang melakukan kesalahan yang jelas mereka lakukan diberikan peluang untuk mereka membela diri. Saya bukan orang politik maupun yang berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang. Tetapi sebagai rakyat biasa, saya merasakan terdapat ketidakadilan terhadap mereka-mereka yang ditahan dengan cara ISA.
wallahua'alam.

pakbelalang said...

1.The "One Malaysia Concept" is a very vague concept.

2. That is why the concept is being ridiculed and manipulated by the opposition parties.

3.The oppositions are aware that the rakyat are rather confused with the concept and take full advantage to further confused the minds of the rakyat for their political gain by giving all kinds of sarcastic interpretations.

4. Instead of the concept being as simple as ABC to understand, it has now become a controversial issue and now you have to have several forums to discuss about the concept.

5.In my opinion, without the slightest shadow of doubt this concept propagated by Najib is certainly a political slogan.

6.This new slogan is a common practice and an "old" political game to reflect a new leadership thinking of Najib's new administration.

7. Najib is applying a new "marketing strategy" to promote and introduce his new stlye of running the government in order to revitalise the already dwindling popularity of Pak Lah's "haprak and HP6" old administration he is inheriting.

8. So in order to create attention and awareness of his new administration he has to develop a "product or slogan", something that will generate "new" interest among the rakyat and make it more exciting.

9. Najib is hoping that with this "One Malaysia " slogan will help him extend the "product life cycle" curve to a higher level, provided if he manages to position his new product concept correctly and market it at the right time and place.

10. Whatever it is I think for the last 100 days, his "marketing campaign" seems to be working quite well.

11. He needs to continuously adjust his campaign to make it successful.

12. It will be a long haul marketing campaign until PRU13 and he must always be concious of his competitors strategy to derail his effort.

pakbelalang said...

Tun Dr Mahathir said the best solution to the problem was to have a good government that had the people's support.
On assumptions by some parties that he was a racist leader because he was seen as fighting for a certain community as posted in his blog, he said he had long been labelled as a racist leader.
"Before I became prime minister, some viewed me as an ultra Malay. But when I became prime minister, I found the other communities did not complain.
"When I was prime minister, they received their rights. Whatever views I post in the blog are facts. If there are facts that I gave that are incorrect, prove it...whatever I said were facts," he said.
Tun Dr Mahathir said it was a fact that there was a racial imbalance in terms of wealth in the country.
"If necessary, this can be audited. For example, under the New Economic Policy (NEP) we have succeeded in producing more doctors among the Malays to create balance...what's wrong with that? If they say I'm racist...they can actually be called racists too," he added.

comment:

Well said, Tun. They simply refuse to accept the facts and the reality. It all boils down to greed, selfish and not willing to share. What more they want? They have literally everything under the sun and yet it is not enough for them.

It is time for them to reflect and be sincere and stop being HYPOCRITE !!

As what former President Bush said, " Either you are with us or you don't, period." Make no mistake about it !!

yuhana said...

saje je tu nak gler glamer xpun dah xde keje..
bahagianya dajal berjaya dia bg
kite berperang sesame sendiri
walopon isu tu xrelevan kite bagai nak berbunuh sesame sendri :(

pakbelalang said...

Change Warrior Day Campaign Approach - Rosmah




KUALA LUMPUR, July 27 (Bernama) -- The Warrior Day campaign approach should be changed to prevent it from being associated with a donation drive or begging for alms, said Datin Seri Rosmah Mansor, the wife of the prime minister.

She said the donation drive approach would not reflect the actual message intended.


comment:

Another statement today made by One Malaysia "Secretary of State", Hillary Rosmah Mansor !!! kah, kah, kah !!

cmk said...

Salam Dato'

Lazimnya yang jadi oportunis politik itu adalah golongan yang bersembunyi di sebalik akta ISA serta menyalahgunakan akta itu.

Tujuan asal ISA itu secara dasarnya bagus, tapi bila disalahguna memang AMAT TIDAK BAGUS. Sama macam dadah, tujuan asal adalah untuk kegunaan kimia, perubatan dan pelbagai aplikasi yang bagus-bagus, bila disalahguna hancur masyarakat dan negara. ISA pun begitu juga secara analoginya.

yes said...

Datuk,

Cukup cukup lah jadi pengampu

Fikirkan kenapa ISA di politik kan. Siapa yang mula mempolitik kan ISA dan untuk apa? adakah kerana negara atau kepentingan peribadi untuk terus berkuasa atau kedua duanya sekali.

Jika ada jawabnya, apa yang harus dilakukan.

kita anak melayu said...

Datuk Ron,

BN masih banyak duri dalam daging, anjing anjing kurap yang datang merayu sisa dan kemudian menggigit pulak

ada banyak anjing yang perlu ditendang, nak tahu siapa mereka, bacalah blog ini


http://kitaanakmelayu.blogspot.com/

pakbelalang said...

ISA Support And Abolishment Gatherings Illegal

KUALA LUMPUR, July 28 (Bernama) -- Large gatherings by two groups - the Abolish the Internal Security Act (ISA) Movement (GMI) and the Muslim Cooperation Council of Malaysia (Pewaris)- the former to support abolishment and the latter to retain the act are illegal.

Kuala Lumpur police chief Datuk Muhammad Sabtu Osman stressed that they are illegal under Section 27(5) of the Police Act 1967 as no permits had been issued.

comment:

1. The police must act now.
2. Tangkap semua kepala yang nak cuba memporak perandakan negara.

3. Prevention is better than cure.

4. Things will definitely become ugly, no doubt about it, if the police just do not act now without fear and favour.

5. Public order must be maintained without any compromise.

6. Jangan menyusahkan orang ramai yang inginkan keamanan dan menjalankan urusan harian tanpa ganguan demonstrasi jalanan.

7.Tidak ada faedah dan merugikan semua orang.

8. Negara kita sedang dalam proses pemulihan ekonomi dan kalau beginilah caranya kita sibuk dengan hendak berdemonstrasi, akhirnya hancur negara.

sri buat said...

a'kum tuan,
Pada dasarnya saya setuju ISA dikekalkan tetapi perlu menjadi alat untuk mencegah kemudaratan negara dan bukan kerana politik.
Namun dari apa yang berlaku, saya lihat ia lebih kepada survival politik. Penahanan tanpa bicara bertahun2 amat zalim kecuali ia mmg didapati bersalah oleh mahkamah.
Tuan sebagai politik UMNO sudah tentu menyokong sbb survival politik atau peruk nasi tuan walaupun tuan nampak penyalahgunaan akta ini.
Perhimpunan GMI dan Pewaris.... Ibrahim Ali meng'hero'kan dirinya sebagai juara Melayu dan bukan melihat ISA ini dari kacamata keadilan. Beliau juga terikat dengan survival politiknya. Beliau berbuat demikian untuk kelangsungan survival politiknya. Bukan kesedaran tetapi kedqangkalan. Jika berlaku provokasi, sudah tentu PEWARIS yg memulakannya. SEBAB??? Mereka sengaja memilih masa dan tarikh yang sama. Jika sokong ISA, kenapa tidak buat sehari sebelum atau selepas GMI.
Saya juga percaya, penganjur GMI juga membuat demontrasi GMI juga demi kelangsungan politik mereka. Tetapi, saya menyokong GMI sebab ISA adalah kezaliman. Kecuali Kerajaan boleh buktikan bahawa tidak ada kekejaman, penderaan emosi dan jasmani di dalam sana. Bolehkah kerajaan buktikan. Tubuh SURUHANJAYA DIRAJA UNTUK LIHAT ISA ADALAH KEZALIMAN ATAU memang untuk keselamatan negara. Tuan tolong sampaikan kepada DS Najib... wassalam

tok janggut said...

Salam,
Hanya orang yang tak suka dan tak mahu kepada ISA dan orang yang suka melakukan kesalahan dan huru-hara sahaja yang mengatakan kerajaan menyalahgunakan ISA. Sebenarnya ISA tak disalahgunakan dan ISA juga tak kejam. Banyak daripada tahanan ISA selepas keluar telah menjadi manusia.

Chong: Sedara Ibrahim Ali pernah ditahan di bawah ISA tetapi beliau menyokong ISA.

Kadang-kadang tidak semua kesalahan boleh dibicarakan dimahkamah. Isa sangat-sangat diperlukan untuk mengawal negara daripada pengkhianat yang cuba menghuru-harakan negara. Sebelum mereka melakukan huru-hara lebih baik ditangkap dahulu. Kalau dah buat huru-hara baru nak tangkap tak guna, nasi dah jadi bubur.

Inilah pentingnya ISA. Sebenarnya kita tak perlu takut kalau kita tak salah.

pakbelalang said...

pakbelalang said...
Umno Leaders Lament Nik Aziz's Statement

KUALA LUMPUR, July 28 (Bernama) -- Several Umno leaders have expressed regret over the statement "Pergi Jahanamlah Umno" (Go to Hell, Umno) by PAS Spiritual Leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat because it came from a political leader who was not only a religious scholar but also a "tuan guru" (respected teacher).

They were also upset by Nik Aziz's complete dismissal of reconciliation efforts by Umno, which they interpreted as a display of arrogance on the part of the Kelantan menteri besar.

comment:

Just leave him alone. That's the best policy. There is nothing much to expect from Tok Guru.

Let Najib continues with his economic agenda rather than wasting time to discuss about uniting the Ummah.

The Ummah will be more than happy and appreciative if Najib could make every effort to uplift their living standard.

All this unity talk is just political gimmick to score political gain. All rubbish !!

saji said...

Salam Ruhnie,

Berdasarkan pandangan pro and con dalam laman ini, khasnya mengenai kewujudan undang2 ISA dinegara ini, saya ingin mencadangkan supaya Sdr Ruhnie rumuskan pandangan berkenaan dalam bentuk senari pendek mengenai KEBAIKAN dan KEBURUKAN ISA diteruskan dan sebaliknya, dengan menekankan kepada kebaikan dan keburukannya kepada umat Islam dan agama Islam.

Ia penting, jika kita melihat isu ISA ini dari sudut perundangan Islam mengenai perkara atau masalah baru yang tiada dalil yang terang dalam al-Quran, Hadis, Ijma' dan qias yang dinamakan Masalih Mursalah.

ameer said...

amacam dah tengok ke berapa ramai sokong dan berapa ramai tak sokong ISA??????

Norazlan Bujang said...

Saya berpendapat tulisan awal kuda kepang berhubung sambutan perhimpunan anti ISA pada 1 Ogos telah jauh tersasar....

pihak anti ISA jauh lebih ramai malah menepati ramalan walaupun pelbagai sekatan dan halangan dilancarkan bagi mengagalkan perhimpunan tersebut....ini bukan lagi KUNUN nya untuk menunjukkan rakyat tidak menyokong gerakan anti ISA..tetapi benar benar KENYATAAN rakyat membenci akta tersebut! cuma pihak pihak tertentu sahaja yang masih buat buat tak tahu atau pekak kan telinga,kerana mereka sangat berharap dan bergantung dengan akta tersebut demi mencapai matlamat politik masing masing!

pakbelalang said...

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. (118) Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan) mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. Kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran).

kita anak melayu said...

Guys I am tired of hearign PAS people tellign me that Umno is unIslamic, read a very nicely written alternative viewpoint here..

Umno's Islam is closer to the spirit of the Faith


http://kitaanakmelayu.blogspot.com/2009/08/islam-cara-umno-lebih-berpandangan-jauh.html


also ada news tentang Blogger Patriot tawan Selangor

Noh Omar gave some pertinent reminders during the launch - got videos one

http://kitaanakmelayu.blogspot.com/2009/08/selangor-lancarkan-program-blogger.html

abunawas said...

Salam Dato'!

Hakikat sebenar disebalik setiap penahanan di bawah ISA mungkin tak semua dapat mentafsir dengan tepat. Maka tidak dapat tidak warga terbanyak hanya mentafsir dari apa yang berlaku dan bagaimana ia berlaku. Mungkin saudara jauh lebih tahu dari kebanyakkan orang dan ramai juga di luar sana yang juga tahu sama tahu macam saudara juga. Saya hanya terkenang Imam Ahmad Ibn Hambal juga dipenjara dan didera.... dan bukan sedikit yang tahu bahawa beliau teranyaya baik penjawat mahu pun rakyat awam.

Amatlah sukar mempercayai sepenuhnya kedua-dua belah pihak kerana kepercayaan itu timbul dari apa yang rakyat lihat dan tahu tentang sejarah keperibadian setiap mereka termasuk saudara sendiri. Lain le mereka yang berkeperibadian tinggi seperti nabi hingga dipanggil al-amin atau sahabatnya seperti Abu Bakr al-siddiq dll.

Apa pun, peneraju dikedua belah pihak secara pandangan logikanya kebanyakkanya dah hampir dengan kubur. Semuga semua mendapat hidayah.

NeomaX said...

Dato Ron

Penahanan anasir-anasir yang boleh mengancam keselamatan negara dibawah ISA adalah amat perlu dan disokong sepenuhnya.

yang menjadi pertikaian dan cuba disorot oleh penghujah seperti pak belalang adalah penahanan yang bersifat politik.

Dato, contoh yang paling klasik mengenai penyalahgunaan ISA ini adalah penahan individu-individu dalam operasi lalang tahun 1987.

Dua jaguh ia itu ketua pemuda UMNO malaysia pada masa itu dan dato lim kim sai, menteri dari mca telah menaikkan suhu api perkauman apabila menteri MCA itu mempersoalkan hak keistimewaan orang melayu - kedua-duanya tidak ditahan dibawah ISA tetapi orang lain yang tak ada sangkut paut memainkan isu tersebut kena tahan dibawah ISA.

Yang kena tahan pada masa itu termasuklah Ibrahim Ali. Orang lain kena tahan dalam lokap tetapi Ibrahim Ali kena tahan kat salah sebuah bangalow lama di KL. Tu pasai la dia sokong ISA ( Sumber: Ibrahim Ali sendiri).


ice